CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6149|Reply: 12

Deep Web: Entering The Forbidden City

[Copy link]
Post time 3-1-2013 01:04 PM | Show all posts |Read mode
The Deep Web

Bagi mereka yang tidak tahu, The Deep Web merupakan sesuatu yang mewakili sebahagian besar kandungan di internet yang tidak dapat diakses secara biasa melalui carian-carian utama seperti Google/Yahoo/Bing atau enjin carian lain. Jika ingin dibandingkan keluasan Deep Web adalah 500 kali ganda lebih besar dari Surface Web dan maklumat - maklumat yang terkandung di dalamnya adalah lebih
meluas jika ingin di bandingkan melalui index carian google.




Fakta Berkenaan Deep Web

1.Maklumat yang ada di The Deep Web sekarang ni hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada
   maklumat yang ada di The World Wide Web.
2.The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data yang ada di The World
   Wide Web.
3.The Deep Web menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding hanya 1 billion di The
   World Wide Web.
4.Lebih dari 200 ribu laman web yang ada di The Deep Web buat masa sekarang.
5.Di The Deep Web, lebih banyak kategori maklumat baru yang muncul setiap hari.
6.Disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada, The Deep Web sudah semakin sempit dan sukar untuk
   ditembusi.
7.Kualiti maklumat di The Deep Web adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat daripada The World Wide
   Web.
8.Kandungan di The Deep Web lebih relevan kepada carian, pasaran dan domain.
9.Lebih 95 peratus maklumat di The Deep Web adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas.

Kandungan Deep Web

Apa yang ada di bawah permukaan The Deep Web ialah apa yang tidak dibenarkan disiarkan di The World Wide Web. Di The Deep Web, hampir ada kesemua yang dicari oleh penggodam, saintis, pengedar dadah, pembunuh, ahli fizik, ahli revolusi, kerajaan, polis, pengganas, penyumbaleweng, pengumpul data, penculik, ahli sosiologi dan ramai lagi, merangkumi segenap aspek moral baik dan jahat.

Pelayar akan merasai sesuatu yang sangat menarik dan boleh dikaji walaupun terdapat berjuta-juta perkara jahat yang mendiami The Deep Web. Selain itu, terdapat juga banyak perkara-perkara baik yang boleh dikongsi tanpa batasan undang-undang dan privasi.

The Deep Web diibaratkan sebagai satu dunia yang mana anda bebas berkongsi apa sahaja, jika anda seorang pembunuh, anda boleh mengiklankan servis anda di The Deep Web, jika anda seorang pengedar dadah, anda boleh menjual apa sahaja jenis dadah di sana, begitu juga jika anda mempunyai beberapa maklumat sulit mengenai mana-mana kerajaan, anda bebas meletakkannya di sana. Ianya dicipta untuk memberi kebebasan dan hanya yang tahu sahaja yang mampu mengaksesnya.

Kesemua yang anda dapat baca di Wikileaks sebenarnya telah disimpan beberapa tahun lebih lama di The Deep Web sebelum disiarkan di Wikileaks. Mungkin anda pernah menonton aksi penggodam di dalam filem yang telah menggodam melalui server pelik yang anda rasakan tidak wujud, sebenarnya server pelik itu ialah The Deep Web. Secara amnya, pengganas, pembunuh, pengedar dadah dan pelayar porno, telah lama menggunakan The Deep Web untuk tujuan mereka. Juga terdapa laman yang khusus menyiarkan fakta dan gambar mengenai rahsia di Area 51.

Sehingga sekarang, terdapat berjuta-juta pengedar dadah beroperasi menjual dadah-dadah mereka secara terbuka di The Deep Web, berjenis-jenis dadah dijual, dari Ectasy hinggalah ke Meth, semuanya dijual dan dipamerkan secara terbuka. Begitu juga maklumat mereka, cara pembelian dan penghantaran. Sama juga dengan pembunuh upahan, anda boleh melihat berjuta pembunuh upahan yang menawarkan perkhidmatan mereka dengan upah di antara 20 ribu hingga 50 ribu EURO. Setiap hari akan ada transaksi penjualan kad kredit yang telah digodam, anda dengan mudah boleh membeli kad kredit yang telah digodam dan seterusnya menggunakannya mengikut socks dan protokol yang telah diberi.

Sehinggakan pernah disiarkan di The Deep Web, laman web yang bersimbolkan kematian 'Russian Roulette' dan diuruskan oleh organisasi-organisasi mafia sebenar. Mereka yang disiarkan adalah pemain sebenar yang telah dilatih secara professional dan bermain hanya untuk mati. Bukan lakonan yang dibuat-buat.



Langkah Untuk Memasuki Deep Web

Sebelum [KH] meneruskan, di minta untuk para pembaca memahami terlebih dahulu apakah itu
Deep Web.Sila rujuk link di bawah untuk memperoleh maklumat dengan lebih terperinci kerana
kebanyakan maklumat yang berada di dalam deep web merupakan maklumat yang terlarang untuk disiarkan
kepada umum.Namun begitu masih lagi ada maklumat - maklumat yang mungkin berguna.

http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_web
http://en.wikipedia.org/wiki/.onion
http://en.wikipedia.org/wiki/Tor_(anonymity_network

Langkah Pertama.

Sila muat turun Tor di sini.https://www.torproject.org/download/download



Langkah Kedua.

Selepas itu install dan run aplikasi tor.






Langkah Ketiga

Kemudian browser akan kelihatan.


Sila gunakan browser tersebut untuk memasuki Deep Web.
Untuk pemulaan pembaca boleh cuba melawati laman di bawah
http://kpvz7ki2v5agwt35.onion/wiki/index.php/Main_Page
http://am4wuhz3zifexz5u.onion/
http://nstmo7lvh4l32epo.onion/
http://3suaolltfj2xjksb.onion/hiddenwiki/index.php/Main_Page


Kandungan artikle ini di perolehi sepenuhnya dari http://www.kenahack.com/2012/12/deep-web-entering-forbidden-city.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 10:07 PM | Show all posts
woah artikel menarik...
penah try ka?...  

mm.. apa yg menyebabkan data deep web nih terasing... senyap jaa forum kt sini.. ekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 10:23 PM | Show all posts
betul ke deep web ni? takut lps d/l software tu rupa2nya stok stok spyware jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 11:42 PM | Show all posts
otai_g posted on 5-1-2013 10:23 PM
betul ke deep web ni? takut lps d/l software tu rupa2nya stok stok spyware jerk...

hah try lah bro otai.. aku nk try tp aku bab virus2 nih takot... sbb x pandai nk solve kalo ada virus.. kikiki...

senyap sunyi ah thread kt sini.. cuba kasi idea sket mcm mana nk meriah kan thread kt sini..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 04:12 PM | Show all posts
segalanya betoi, cuma laluan yg nak ke dalam tu terpaksa perah otak dgn ligat utk menyelam...
kecebusssss
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 02:06 PM | Show all posts
kat carigold dah sampai 100 pages!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2013 11:22 PM | Show all posts
jangan cari child porn kat situ dah ler. banyak honeypot fbi kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 08:20 PM | Show all posts
Saya pernah masuk kat Deep Web selepas setting up Tor Network dan beberapa security dalam hp Android saya awal tahun lalu, walaupun connection Tor ni agak slow tapi berbaloi juga untuk memasuki laman-laman yang x diindeks nie. Paling kerap pun saya masuk kat Hidden Wiki je, cari maklumat bebas dan ader lah masuk kat beberapa laman live, tapi tu lah, kat sini mmg sama macam dalam wayang tu, siap ada orang dirakam live dan diseksa perlahan-lahan dan ada juga viewers yang menonton secara live, mmg sangat teruk, banyak lagi lah tapi saya x tahan nak surf2 dlm cni, bukan apa tapi kitorang macam criminal jer kalau masuk kat laman2 x perikemanusiaan dan x mampu buat apa2 melainkan menambah jumlah viewers jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 09:32 AM | Show all posts
olyd88 posted on 30-4-2013 08:20 PM
Saya pernah masuk kat Deep Web selepas setting up Tor Network dan beberapa security dalam hp Android ...

kalau dah banyak gore, tak jadilah nak usha.

selama ni guna TOR nk bypass network company je. haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 09:01 AM | Show all posts
takajut ada domain .onion kalau .bawang tak ada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 11:41 AM | Show all posts
perang_saudara posted on 15-5-2013 09:01 AM
takajut ada domain .onion kalau .bawang tak ada ke?

aku dh usha semalam....astaga. dunia jenayah siot! takottttt
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 11:44 AM | Show all posts
yowa2 posted on 15-5-2013 11:41 AM
aku dh usha semalam....astaga. dunia jenayah siot! takottttt

aku pun usha gak, tak ada pun yang best kat deep web ni, macam separuh mati jer nak search benda-benda.

gue lebih aman dengan web yang tak berapa nak deep ni

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 11:45 AM | Show all posts
perang_saudara posted on 15-5-2013 11:44 AM
aku pun usha gak, tak ada pun yang best kat deep web ni, macam separuh mati jer nak search benda-b ...

ada la sikit membuka mata; bahawa dunia jenayah underground besar besaran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.273861 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list