CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2167|Reply: 0

[Tempatan] Gelombang ke-2 banjir Terengganu, Kelantan bermula

[Copy link]
Post time 1-1-2013 03:44 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan meningkat semula setakat 9 pagi ini berbanding malam tadi ekoran banjir gelombang kedua yang melanda sejak semalam.
Di TERENGGANU, banjir gelombang kedua yang melanda empat daerah di negeri itu menyebabkan 27 pusat pemindahan banjir dibuka bagi menempatkan 1,489 orang mangsa daripada 408 keluarga.
Menurut portal banjir negeri, setakat 9 pagi ini, Hulu Terengganu mencatatkan mangsa banjir terbanyak berjumlah 701 orang diikuti Besut (569 orang) Kemanan (162) dan Dungun (57).
Sebanyak 13 pusat pemindahan dibuka di Besut, Hulu Terengganu sebanyak 10 pusat pemindahan manakala Kemaman dan Dungun masing-masing dua pusat pemindahan.
Banjir yang melanda Terengganu sejak 23 Disember lepas telah meragut enam nyawa setakat ini.
Di KELANTAN, seramai 35 orang daripada 10 keluarga di daerah Pasir Puteh dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan kampung mereka dilanda banjir pusingan kedua malam tadi.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, 20 orang daripada enam keluarga dari Kampung Baru dan Kampung Tok Sudin dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh pada pukul 10 malam tadi manakala 15 orang daripada empat keluarga dari Kampung Gong Keding dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh pada pukul 3 pagi.
Hujan lebat yang kembali melanda Kelantan sejak semalam, menyebabkan beberapa batang sungai utama mula meningkat namun masih berada di paras berjaga-jaga.
Keadaan cuaca di Kelantan ketika ini mendung dengan sesekali hujan lebat. - BERNAMA



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040942 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list