CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4142|Reply: 7

Tidak Ku Tahu (Prologue)

[Copy link]
Post time 21-12-2012 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Khalid tenggelam lagi dalam khayalannya bersama dengan hembusan bayu. Kini segala pertanyaan kenapa, mengapa dan bagaimana, menerjah kotak fikirannya. Daun-daunan gugur ke bumi bagai turut sama menemani Khalid untuk mencari jawapan pasti. Kali ini memang amat berlainan. Kelaianan ini telah mula Khalid rasakan ketika menghantar Khalidah ke airport sebulan yang lalu.

Matanya tertumpu kepada gadis tinggi lampai dan bertubuh kecil di hadapannya. Sepantas kilat rasa rindu di hati Khalid terlerai. Tanpa menyedari dirinya diperhati, Khalid tersenyum sendirian. Tiga hari amatlah lama bagi seorang yang dalam kerinduan duduk mundar mandir seorang diri mencari kekuatan dan jawapan. Akhirnya kaki Khalid melangkah ke mari lalu menjadi kaku bila pandangan mereka bertemu.

“Tidakkkk”, Khalid menjerit setelah mendengar segala yang Azman terangkan. Bukan kau Id, aku pasti bukan kau. Kau tidak layak dilayan dan tersika begitu. Khalid menggenggam tangannya untuk menahan rasa marah yang amat sangat.

Pada pagi Jumaat tiga tahun yang lalu di temani rintik-rintik hujan Hafiz menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pemergiannya melenyapkan derita yang Khalidah tanggung sebagai ibu. Ketika jenazah kecil itu berada di pangkuan untuk di mandikan airmata Khalidah kering dengan sendirinya. Wajah comel itu di tatap buat kali terakhir. Ada senyuman di bibir kecil itu seperti mengucapkan selamat tinggal.

Rate

1

View Rating Log

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2012 09:19 AM | Show all posts

RE: Tidak Ku Tahu (Part 1)

Glasgow is regenerating and evolving at a dizzying pace – style cats beware, this city is edgy, modish and downright ballsy. Its Victorian architectural legacy is now swamped with cutting-edge style bars, world-class venues to tickle your taste buds, and a hedonistic club culture that will bring out your nocturnal instincts. Best of all, though, is Glasgow’s pounding live-music scene which is one of the best in Britain, and accessible through countless venues dedicated to homegrown beats.



The city is going through a long-term transformation, evident along the revitalised River Clyde, where visitors can explore Glasgow’s mighty maritime heritage along riverfront walkways. Museums and galleries abound and the city’s resume has been made even more impressive with the reopening of the colossal Kelvingrove Art Gallery & Museum – which, in typical Glaswegian fashion, strips the city of any false pretences and tells it like it is – both the inspiring and the infuriating aspects of life here.
Glasgow combines urban mayhem and black humour and is so friendly, it’s sometimes downright unnerving – throw off the shackles of urban restraint and immerse yourself in a down-to-earth metropolis that is all about fun. And besides, where else in the world can you land in the middle of a city in a seaplane?


Glaswegians are proud of their working class background and leftist traditions. Their rivalry with Edinburgh is fierce and folk are full of contempt for what they see as a prissy, right-wing establishment on the east coast, full of toffs with clipped accents and, infuriatingly, holding the title of capital city. However Glaswegians remind themselves that Edinburgh may be the capital, but Glasgow has the capital.”



*****

Dengan penuh minat Khalid membaca sedikit pengenalan mengenai Glasgow. Cuaca yang mula dingin dirasa menyengat hingga ke tulang. Ingatannya terbawa kepada Khalidah lalu menjadikan Glasgow tempat percutiannya kali ini. Walaupun agak kerap menjadikan England sebagai tempat percutiannya dahulu namun Glasgow dan keseluruhan Scotland tidak pernah di jejaki.


“Pergi UK lagi?” Tak habis-habis holiday, menghabiskan duit keluarga saja. Tempelak Khalidah


“Amboi”, garangnya makcik hari ini. Nah makcik, aku bawakan kau cenderamata, senggeh Khalid pada Khalidah. Kotak sederhana kecil bereben biru air diserahkan pada Khalidah.


“Terima kasih Khalid”, ucap Khalidah dengan jelingan juga.


“Sama-sama kasih Id”, balas Khalid.


Kau tak marah lagi? Khalid bertanya. “Aku bukan marah, tapi kau tu setiap tahun entah berapa kali pergi bercuti, menghabiskan duit keluarga saja. Dahlah jadi boros sejak akhir-akhir ni, bebel Khalidah lagi. Hissh, entahlah Khalid, tak tahu dah aku nak nasihatkan kau ni. Bulan ini kalau kau mengadu tak cukup duit belanja, aku tak mahu dengar”. Tak mahu dengar tak apa, kata Khalid tapi sekarang jom teman aku pergi makan. Khalidah mengikut sahaja apabila Khalid menarik tangannya.


Khalid tersenyum sendirian mengingatkan masa itu. Aneh!! aku ke mari kerana mengikuti jejak Khalidah? Biar betul, getus hatinya. Khalidah ke mari kerana tugas. Sudah hampir sebulan lamanya dan sekaligus membuat diriku terasa kosong dan sunyi. Berlainan sungguh kali ini, dan Khalid benar-benar hairan dengan dirinya sendiri.


Khalid tenggelam lagi dalam khayalannya bersama dengan hembusan bayu. Kini segala pertanyaan kenapa, mengapa dan bagaimana, menerjah kotak fikirannya. Daun-daunan gugur ke bumi bagai turut sama menemani Khalid untuk mencari jawapan pasti. Kali ini memang amat berlainan. Kelaianan ini telah mula Khalid rasakan ketika menghantar Khalidah ke airport sebulan yang lalu.


Mulai dari situ hampir setiap hari Khalid menafikan pada dirinya. Cuba menjalani hidup seperti biasa. Keluar bersama Azman dan Fikri atau kawan-kawan wanita yang lain. Tapi tidak seorangpun dari mereka dapat mengisi kekosongan hatinya. Hari demi hari Khalid melayarkan fikirannya bersama Khalidah namum gagal mentafsirkan segala resahnya. Dalam resah dan ketidaktentuan itulah yang membawanya ke mari. Berada di Glasgow sejak semalam tidak juga melapangkan hatinya. Apakah ini? Tiada jalan lain selain mencari jawapan. Kadang-kala Khalid merasa pasti bahawa Khalidah punyai jawapan yang dicari. Kalau tidak? bertambah lagi persoalan dalam hatinya.


Telah agak lama Khalid duduk di taman ini, melihat anak-anak berlari, bermain bola dan melayan perasaannya sendiri. Terlalu lama sehingga terasa tidak mampu untuk duduk lagi. Dengan perasaan yang berbagai Khalid bangun untuk terus menyusuri jalan yang sedikit berbukit bukau sambil menikmati keindahan Glasgow, suasana sekeliling amat tenang dan damai. Namun adakah hatinya sedamai suasana di kala itu? Ahh, Khalid bingung.


“Aku rasa kau dan Id memang tidak boleh di pisahkan”, kata Azman.


“Mana ada”, Khalid membantah. Aku ke Glasgow untuk bercuti. Dah lama aku rancang, kata Khalid mempertahankan dirinya.


“Oii kawan-kawan semua, dengar tu” si Khalid ni masih tidak mahu mengaku yang dia cintakan Khalidah dan nak ke Glasgow hanya untuk bercuti, jerit Azman pada semua.


“Jangan terus bohongi diri kau Lid”. Buat keputusan sekarang. Tanya hati kau tu betul-betul, jangan sampai kau terjerumus dan tersungkur, Fikri pula menyuarakan pendapat.


“Eh apalah kau orang berdua ni”, aku ke sana memang untuk bercuti. Secara kebetulan saja Khalidah berada di sana. Khalid mempertahankan lagi dirinya. Tiba-tiba sahaja Khalid berada dalam debaran bila diusik begitu.


“Kau ni nak bohong siapa Lid?” You are lying to your self, kata Azman lagi. Kau dengar cakap aku ni Lid, cerita kau dengan Khalidah…kau orang berdua tak pernah berpisah sejak dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Masa di universiti kau sanggup berulang alik New York ke Boston hampir setiap hujung minggu semata-mata hendak berjumpa Khalidah. Nasib baik masa tu sama-sama di US. Nak juga aku tengok kalau kau orang berdua berjauhan. Dengan orang lain kau boleh bohong, dengan aku dan Fikri jangan sesekali nak cuba. Resah kau seminit pun aku boleh tahu”. Azman mempertahankan keyakinannya. Sebenarnya Lid, setelah aku kaji, jodoh kau dan Id ni dah sememangnya termaktub. Janganlah kau asyik nak nafikan lagi. Aku kawan baik kau juga sejak sekolah, kerana itu aku nak kau fikirkan betul-betul sebelum Khalidah tu terlepas ke tangan orang lain. Aku tak sanggup tengok kau merana dan yang lebih menyakitkan lagi kalau Khalidah menerima pinangan orang lain kerana terpaksa. Panjang hujah Azman pada Khalid di hari itu.

Azman dan Fikri adalah kawan rapat Khalid juga sejak sekolah rendah. Mereka hanya berpisah sementara ketika melanjutkan pelajaran keluar negeri. Fikri ke Canada, Azman pula di UK sementara aku dan Khalidah berada di United States. Sewaktu di US, walaupun berasingan universiti kami selalu berjumpa, boleh di katakan hampir setiap minggu. Memang dari dulu lagi aku sering merasakan tanpa Khalidah hidup aku kosong. Ya Allah, apakah sebenarnya yang menyelubungi diri dan hatiku? Cinta? Tak mungkin? Mungkin? Pertanyaan yang mesti Khalid jawab sendiri. Terlalu asing perkataan itu bagi dirinya, seperti asingnya diri di Glasgow sekarang ini, getus hati Khalid lagi. Tolonglah aku Ya Allah, leraikanlah kusut yang aku sendiri tidak tahu, pinta Khalid dalam resah yang melanda.

Apakah benar analisa yang Azman buat? Fikiran Khalid bertambah kusut di waktu itu.


Khalid tersenyum sendirian lagi, bila teringat usikan kawan-kawannya minggu lalu. Hari ini Khalid di sini, menghayati keindahan alam Glasgow dan tenggelam dalam ilusinya sendiri. Tiupan angin begitu dingin, namun hati dan perasaannya tidak dingin. Dikala ini hati dan perasaanya melonjak-lonjak untuk memberi kejutan kepada Khalidah, cuma kakinya enggan melangkah.


Khalidah rakan sekelasnya, seorang budak perempuan yang ayu, berambut panjang dan selalu bertoncang dua. Khalid memang suka dan sering mengusiknya dengan menarik reben yang terikat di hujung rambut itu, membuaikan toncang duanya dan berbagai-bagai lagi. Setiap kali itulah Khalidah akan melawan. Dengan bercekak pinggang, “kau memang budak jahat”, “suka kacau orang”, tempik Khalidah. Fikri dan Azman akan ketawa bila Khalidah marah begitu dan aku pula akan mengajuk cakap Khalidah, lagilah dia naik berang dan pernah menangis sekali. Hmm apalagi, puas jugalah aku memujuk dan memohon maaf.


Apalah yang Khalid tahu tentang cinta semasa di darjah satu. Khalidah adalah kawannya dan bayangkan mereka bersama dalam satu kelas sehingga darjah enam. Setiap kali peperiksaan mereka berlumba-lumba untuk mendapat markah tertinggi di dalam kelas. Kedua mereka tidak pernah lari dari nombor lima ke bawah. Tiada satupun hari penyampaian hadiah Khalid dan Khalidah tidak naik ke pentas. Sejak dari darjah satu hinggalah ke darjah enam ada sahaja hadiah yang diterima.

Sewaktu berada di darjah empat, mereka berdua mula diberi tanggungjawab oleh guru. Khalid menjadi penolong ketua perpustakaan, sementara Khalidah adalah ketua kelas dan bendahari perpustakaan. Oleh itu menjadikan mereka sentiasa bersama. Aktiviti pakaian seragam yang menjadi kewajipan membuat Khalidah memilih pandu puteri. Khalid pula ahli pasukan pengakap. Jadual yang sama membolehkan mereka pergi dan balik berdua untuk menyenangkan kedua ibu bapa mereka untuk mengambil dan menghantar.


Khalidah sememangnya ulat buku. Kemana saja pergi mesti ada buku ditangannya. Walaupun begitu minat Khalidah berbagai semasa di sekolah. Khalidah suka belajar masak, segala jenis masakan Khalidah belajar dari ibu dan neneknya ketika itu. Berbagai jenis kek dan biskut juga adalah kegemarannya. Khalidah mendaftarkan diri di kelas jahitan semasa berada di tingkatan tiga. Sehingga kini kalau setakat baju kurung dan langsir di rumah mesti Khalidah jahit sendiri. Hiasan dalaman apartmentku juga mendapat sentuhan Khalidah dari segala sudut. Selain itu Khalidah suka bercucuk tanam dan sekarang Khalidah telah mengurung hatiku. Betulkah begitu Id? Tanya Khalid lagi dalam menungannya.


Suatu pagi sewaktu berada di tingkatan tiga adalah pagi yang suram buat diri Khalid kerana ketiadaan Khalidah. Bagai menanti bulan jatuh keriba, Khalidah tidak juga muncul-muncul. Khalid diragut kebimbangan kerana tidak mengetahui puncanya. Setengah hari Khalid resah gelisah lalu memberanikan diri bertanya guru kelas Khalidah. Barulah Khalid tahu yang Khalidah diserang demam panas, batuk dan selsema. Mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama, namun berlainan taman. Petang itu tanpa berlengah Khalid pergi melawat Khalidah kerana terlalu risaukan keadaannya.


“Pucat benar muka kau Id”, cengkung dah, kata Khalid lagi. “Hmm”, ini ada kiriman dari mama aku. Tadi mama masak sup ayam dan bubur, Khalid menambah.


“Terima kasih Lid”, ucap Khalidah. Nanti ucap terima kasih pada mama kau ya, pinta Khalidah pula.


“Nak makan?” Khalid bertanya. Aku ambil mangkuk.


Hubungan kami bertambah rapat sejak dari hari itu dan menjadi akrab. Memang kami sering dilihat berdua hampir kemana saja. Gelaran belangkas sudah lama kami terima, namun baik Khalidah ataupun diri aku tidak pernah mempedulikannya.

Terasa kakinya lenguh kini, Khalid berhenti di cafe tepian jalan. Khalid memesan secawan kopi dan sandwich telor. Di seberang jalan terdapat sebuah pub yang di kunjungi oleh anak-anak muda. Riuh rendah tawa yang boleh di dengari menjejaskan lamunan Khalid. Kopi dan sandwich yang terhidang dijamah perlahan, cuaca makin gelap serta angin juga lebih dingin dari tadi. “You should visit her, you know” kedengaran suara anak muda yang duduk di belakangnya. Hampir terjatuh rasanya roti di tangan ketika mendengarkan kata-kata itu.



*****


Last edited by sanaa1 on 22-12-2012 09:25 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2012 09:32 AM | Show all posts
sanaa1 posted on 22-12-2012 09:19 AM
Glasgow is regenerating and evolving at a dizzying pace – style cats beware, this city is edgy, mod ...

Matanya tertumpu kepada gadis tinggi lampai dan bertubuh kecil di hadapannya. Sepantas kilat rasa rindu di hati Khalid terlerai. Tanpa menyedari dirinya diperhati, Khalid tersenyum sendirian. Tiga hari amatlah lama bagi seorang yang dalam kerinduan duduk mundar mandir seorang diri mencari kekuatan dan jawapan. Akhirnya kaki Khalid melangkah ke mari lalu menjadi kaku bila pandangan mereka bertemu.


“Hi sweetie”, Khalid menegur sebaik saja Khalidah membuka pintu. Setengah jam duduk memerhati di antara dinding kaca yang memisahkan mereka tanpa Khalidah sedari. Ketika pandangan mata mereka bertemu lambaian kecil Khalid beri untuk meredakan gelodak hati. Degupan jantung yang kuat seolah-olah dapat didengar


Khalidah masih di pintu memandang dan merenung dengan wajah tidak percaya. Riak wajah Khalidah memang penuh dengan rasa tidak percaya. Khalid pasti itulah yang bermain di wajah temannya itu. “Janganlah terperanjat”, ini Khalid bukannya hantu”, kata Khalid lalu mengatur langkah merapati Khalidah yang masih lagi memandangnya tanpa berkelip.


“Khalid”? “Betulkah aku tidak bermimpi”? kata-kata Khalidah di ikuti dengan gelengan kepala tanda tidak percaya. Bila kau sampai dan sudah berapa lama kau berdiri di sini? soal Khalidah seterusnya.


Khalid memberikan senyuman tanpa jawapan. “Give me a big hug”, kata Khalid lalu terus mendakap Khalidah. Tergamam Khalidah dengan kelakuan kawannya itu tapi tidak mampu untuk menegah atau menghalang. Dakapan Khalid di balas juga. Khalid memberikan dakapan yang amat erat, itu yang di rasakan oleh Khalidah. Ganjil sungguh perangainya, detik hati Khalidah. “I miss you”, kata Khalid sewaktu merenggangkan pelukan. Pandangan mereka bertemu.


“Are you ok”? Khalidah bertanya. Khalidah di gamit kerisauan melihat kelakuan sahabatnya kini.


“Alhamdulillah, I’m fine”, jawab Khalid sambil menolak rambut Khalidah yang hampir menutup pipinya.


“Maaf, aku ganggu kau dan datang tanpa beritahu”? kata Khalid. Pandangannya tidak beralih.


“Betul ni”? kau tak apa-apa” Khalidah bertanya lagi. Hanya senyuman yang Khalid beri kepada pertanyannya itu. Lagilah hatinya di gamit kebimbangan. Perut yang masih belum diisi adalah alasan yang terbaik untuk bersama Khalid buat sementara.


“Jom kita keluar dari sini”, kata Khalidah. Sessi aku dah habis sebentar tadi. “Kau tunggu kejap ya”? aku ambil coat, lalu hilang dari pandangan. Khalidah keluar beberapa minit kemudian…”hmm”, jom sambil menyauk tangan Khalid dan beredar dari pejabatnya.


“Kita pergi makan ya”, aku lapar kata Khalidah sambil menggosok-gosok perutnya. Khalid tersenyum melihat kelakuan Khalidah.


“Nak makan di mana”, Khalid bertanya.


“Mulut” jawab Khalidah ringkas dengan senyuman di beri.


Pipi Khalidah di cubit, “wahh dah pandai loyar buruk ya”, kata Khalid bergurau. “Ha’ah ialah”, dah lama aku berguru dengan kau, Khalidah membalas lalu mereka ketawa.


Entah kenapa Khalid tidak melepaskan pandangannya terhadap Khalidah yang di sisi sehingga memaksa Khalidah bertanya.


“Apa pulak yang tak kena dengan muka aku ni Lid” tanya Khalidah. Sejak tadi perangai kau ni pelik, macam tak percaya aku, Khalid yang aku kenal berubah dalam masa sebulan, sambung Khalidah. Dari tadi aku tanya, kau jawab yang diri kau tu ok, tapi macam tak ok saja di mata aku ni, hujah Khalidah lagi.


“Aduh..duhh..duhh dah jadi mak neneklah pulak”, nak kata orang berubah, kau pun sama saja” huh jawab Khalid dengan jelingan. Mereka terus berjalan dan Khalid tidak tahu arah tujuannya, hanya mengikut hayunan kaki bersama Khalidah di sisinya. “Oii kawan”, kita ni dah jauh juga jalan, cakap-cakap juga, tadi kata lapar tapi satupun kedai kau tak berhenti, tambah Khalid.


“Dua hari lepas, aku terjumpa kedai Arab di hujung jalan sana”, kata kawan-kawan di pejabat, mereka baru buka dua bulan yang lalu, terang Khalidah. Kita ke sana ya, ajak Khalidah lagi.


“Jauh lagi tak?” tanya Khalid. Kaki aku ni dah tanya, tak larat nak langkah lagi, kata Khalid dalam gurauan dengan senggeh di beri.


“Oh ya”? biarlah aku tanya kaki aku pulak, kaki oh kaki mampu kah kau berjalan 5 minit lagi? Khalidah juga bergurau perkara yang sama. “Hmm boleh saja”, jangan di ikut si mamat sebelah kau tu…dia dah mundar mandir kat sini sejak tadi, kata Khalidah lagi.


“Eh!!! Mana kaki kau tahu yang aku dah mundar mandir kat sini”? Khalid pura-pura terperanjat beserta mimik muka yang di buat, berkerut macam Mr. Bean.


Akhirnya mereka tiba di kedai yang di maksudkan Khalidah, “ohh tak sangka pula mat salleh suka makan kebabkan”? komen Khalid. “Something different” agaknya jawab Khalidah pula. Mereka di sambut oleh seorang pelayan wanita, lalu bertanya samada ingin duduk di luar ataupun dalam. Oleh kerana tiupan angin yang dingin lantas Khalid mengambil keputusan untuk duduk di dalam. Walaupun matahari masih bersinar tiupan angin yang ada menusuk hingga ke tulang di rasakan. Khalidah hampir menggigil kesejukan apabila membuka coat di luar tadi.


Khalid meneliti menu yang ada. Hampir kesemua hidangan Arab di sediakan. “Wahh, mesti perut aku cakap terima kasih banyak-banyak hari ni, kata Khalid yang masih lagi meneliti menu di hadapannya. Setelah puas meneliti Khalid membuat pesanan. Nasi saffron di ikuti oleh ayam panggang dengan buah apricot, stewe terung bulat bersama kambing dan kacang bendi di masak tomato bersama dengan jeruk buah-buahan. “Nak tambah apa-apa lagi”? Khalid bertanya Khalidah yang memerhati. Jawapan Khalidah beri dengan gelengan kepala.


“Huh, lapar sangat rupanya”, Khalidah mengusik. Macam orang tak makan nasi berhari-hari, Khalidah menambah dengan senyuman meniti.


“Yes, you are right”, jawab Khalid, beserta senggeh di beri. Dari hari aku sampai aku belum jamah nasi lagi, malam semalam maggi dan pagi ni roti dengan telur rebus.


“Dah berapa lama kau ada di sini”? Kau tidur di mana”? tanya Khalidah.


“Mata”, jawab Khalid pula. Erghh, ada aku cekik kau nanti Lid, kata Khalidah geram. “Dah tu…tanya tidur kat mana”? matalah jawabnya. Bukannya kau tanya aku menginap di mana? kata Khalid lagi dengan merapatkan mukanya kepada Khalid.


“Eee”, Khalidah geram lalu menunjukkan aksi untuk mencekik Khalid. Tangan Khalidah ditolak ke tepi, “eh..eh, kalau kau nak cekik aku tunggu aku makan dulu boleh”? Setidak-tidaknya aku mati dah makan, tak adalah keluar report seorang pelancung mati tak makan. Serentak dengan itu deraian ketawa keluar dari mereka dan oleh kerana mungkin kuat, adalah mata-mata yang menoleh.


“Hmm, soalan aku yang awal masih belum kau jawab, tanya Khalidah sewaktu mereka sama-sama baru hendak menikmati makanan.”


“Soalan yang mana?” tanya Khalid pula sambil memandang wajah Khalidah di depannya.


“Hah, keluhan kecil Khalidah lepaskan kerana tidak mampu untuk terus menerima jenaka Khalid waktu ini.” Please Lid, sejujurnya aku nak tahu kenapa kau kemari dan kenapa kau tidak berterus terang bila kita chat hari itu yang kau sudah berada di sini.


Khalid memberi senyuman tipis lalu mengelak memandang Khalidah. “I miss you” seraya mata mereka bertentang. Hampir terlepas sudu dari tangan Khalidah ketika mahu menyuap makanan ke mulutnya. Tergamam? Terkejut? Tidak mungkin pula kerana jenaka sebegitu memang pernah mereka kongsi. Tapi entah kenapa kali ini bila Khalid lafazkan ada rasa kelainan dengan kata-kata itu. Khalidah merasa aneh dengan perasaannya sendiri.


“Eh Id, kenapa tiba-tiba jadi patung ni?” Khalidah disedarkan oleh Khalid ketika memegang sudu di tangannya yang berada separuh jalan ke mulut.


“Ah ah apa?” Khalidah tergagap. “Hehehe” Khalid melepaskan ketawa kecil. “What’s wrong Id”? Aku cuma cakap “I miss you” dan pastinya kau tahu itu, kata Khalid. Dah tu, mari kita makan, nanti lapar pulak. Cuaca di luar tu sejuk sangat, tambah Khalid dengan lembut memujuk. Khalidah tertunduk melihat nasi di pinggannya yang dibubuh Khalid sebentar tadi. Rasa lapar yang ada hilang, seleranya di sentap dengan perkataan yang sering di ucap, namun kalinya hatinya berkata-kata, apakah sebenarnya yang Khalid maksudkan? “Id”, makan please, pujuk Khalid lagi. Aku janji kalau ada apa-apa yang menyinggung perasaan kau tadi, kita huraikan kemudian, boleh tak? Sambil memandang Khalidah, Khalid bermohon dengan menunjukan wajahnya yang amat manja. Huh desis Khalidah dalam hati, “what are you up to my friend”? dan geram serta memarahi dirinya kali ini kerana tiga patah perkataan itu tadi.


Secepat mana Khalidah tersentap tadi, sepantas itu juga Khalid mampu memujuk untuk dia melupakannya sementara. Khalidah berjanji dalam diri akan mencungkil sebab musabab kehadiran Khalid kemari tanpa pengetahuannya. Mereka terus menikmati hidangan dengan enak sekali sambil bercerita. Walaupun begitu perasaan ingin tahu Khalidah masih ada.

*****

Sudah dua minggu Khalid tidak pulang ke rumahnya. Sebaik saja menghantar Khalidah ke airport Khalid pulang terus ke rumah ibu bapanya di Shah Alam. Hujung minggu Khalid akan pulang pula ke rumah kampung mereka di Kuala Selangor. Itulah rutin hidup Khalid sejak Khalidah berlepas ke Glasgow.


Rumah adalah syurga dunia Khalid. Segalanya lengkap dalam rumah ini namun hatinya sunyi. Stereo system yang mampu menggegarkan suasana juga tidak menarik minatnya lagi. Hiasan dalaman serta barang-barang yang ada tidak lagi memberi ketenangan seperti yang di inginkan. Khalid memerhati sekeliling, pandangannya kosong. Bayangan Khalidah hadir di depan matanya. Hanya seorang wanita yang pernah ke mari selain dari ibu dan saudara maranya. Khalidah. Khalidah saja yang ada kunci rumah ini dan menjadi penjaga setia setiap kali Khalid keluar negeri.


Hah, keluhan Khalid lepaskan. “You are all over my mind Id…am I missing something here”? Khalid bertanya dirinya sendiri. Ini bukan kali pertama mereka berpisah. Sudah banyak kali aku keluar negeri kerana tugas dan begitu juga dengan Khalidah, tapi tidak pernah begini? Puas Khalid bertanya dan terus bertanya namun tiada jawapan yang dia terima.


Oleh kerana gagal memelapkan mata, Khalid melayari album-album lama. “Hmm dah lama rupanya kita tak bergambar berdua Id”, desis hati Khalid.


“Amboi-amboi abang Lid, ramainya mak we yang asyik memandang abang…apalah ilmu yang abang pakai”?


“Eh apa ni Aini”, tegur Khalid pula. Biarlah mereka nak pandang, agaknya muka abang ni berong kot, jadi special sikit dari orang lain, tambah Khalid pula.


“Hahaha”, begitu kuat Aini ketawa. I like that, kata Aini. You know bang, itulah sebabnya abang ni di minati, cakap sikit saja orang dah jatuh hati. Tengok tu…Aini ketawa bagai nak pecah perut, abang selamba saja, kata Aini dengan ketawa yang masih bersisa.


“Eh Aini, sopanlah sikit”, tegur Khalidah. Habis semua orang pandang, apa yang gelihati sangat sampai ketawa tak ingat-ingat. Kitakan di khalayak ramai, Khalidah berhujah.


“Tu lah dik”, dengar tu mak nenek dah berleter, jomlah kita pergi, ajak Khalid. Dengan selamba juga Aini menyauk tangan Khalid…hmm apa lagi ulat naik daun kata Khalidah pula. “Eee ada orang jealous dik”, kata Khalid sambil mengerling kepada Khalidah. Elahh perasan, tak ada siapa nak jealous kat awaklah, dengus Khalidah pula.


Kenangan dua tahun lepas singgah di memori Khalid semasa bersama-sama menghadiri majlis konvokesyen Aini Farhana, adik bongsu Khalidah di UIA. Khalidah anak sulong dari lima beradik dan Khalid pula anak bongsu juga dari lima beradik. Khalidah memang seorang anak yang baik, dengar nasihat ibu bapa dan seorang kakak yang penyayang. Khalidah punya tiga adik lelaki dan seorang adik perempuan, manakala aku punya tiga orang kakak dan seorang abang.


*****






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2012 09:37 AM | Show all posts
sanaa1 posted on 22-12-2012 09:32 AM
Matanya tertumpu kepada gadis tinggi lampai dan bertubuh kecil di hadapannya. Sepantas kilat rasa  ...

Angin Glasgow yang dingin menyapa lembut wajah mereka berdua ketika duduk berehat di pinggiran bukit berdekatan dengan pejabat Khalidah bekerja. Khalidah gadis ayu yang aku kenali sehampir sepanjang usiaku. Berambut pendek paras baru dan sentiasa di sisir rapi. Hanya lipstick dan eye liner saja make-up yang Khalidah guna sejak zaman di universiti lagi. Gadis riang dan ranggi, itulah ungkapan mama tentang Khalidah.


“Lama benar mama tak nampak Id, tak balik ke dia hujung minggu macam ini”? Pertanyaan itu sering mama ucapkan bila sudah lama tidak nampak anak gadis itu. Walaupun punya tiga anak perempuan, mama suka melihat Khalidah. Suatu petang semasa kami minum teh di halaman rumah seminggu yang lalu mama mengutarakan soalan. “Khalid tak rindu pada Khalidah”? “Tak ada ke sikit perasaan Lid padanya”?


“Eh apa mama ni”? Khalidah pergi kerja kan ma, kataku menyembunyikan sendiri kerinduan yang melanda kala ini. Bukannya kami tak pernah berpisah sebelum ini, Khalid menambah. Bimbang andainya keengganannya untuk pulang ke rumah sendiri membuat mama merasa sangsi.


“Sekilas ikan di laut, boleh mama mampu duga jantan betina”. Wahh hebat sungguhlah mama ni, gurau Khalid pula. Hmm, mama katakan yang betul Lid, jangan nanti meratap pilu kalau-kalau Khalidah di pinang orang dahulu. Masa tu mama tak boleh nak buat apa lagi, kamu keluar airmata darah sekalipun tak ada bantuan yang boleh di beri.


Betul kata mama tu Lid, ayah pula menyampuk. Ramai dah kawan-kawan ayah berkata, nampak kamu asyik bertukar pasangan saja. Yang kenal dengan Khalidah ada juga kata, hmm nampak bahagia dan gembira, bila lagilah agaknya mereka tu nak berumahtangga. Senyuman yang ayah beri menambah lonjakan rindu di hati pada Khalidah waktu ini.


“Kau ni tak ada girlfriend ke Lid”? pertanyaan tak semena-mena dari Khalidah membawanya kembali ke dunia asal. Ada Id, masakan kau tak tahu, jawab Khalid dengan senyuman. Senyuman Khalid memang menawan. Khalidah akui itu sejak dulu lagi. Semasa di universiti ramai yang tergila-gilakan Khalid kerana senyumannya itu, sehingga mereka kata entah bilalah Khalid ini berduka.


Ohh dalam diam kau ada girlfriend ya!!! kata Khalidah sambil memukul lembut bahu Khalid. Tahniah Lid, kata Khalidah lalu menghulurkan tangan untuk berjabat. Khalid menolaknya dengan lembut. Khalidah hairan dengan perbuatan Khalid, tapi tidak di hiraukan lalu bertanya…bila nak kenalkan gadis bertuah tu pada aku? Nak kenalkan macam mana? Gadis tu sentiasa berada di sisi aku, siang, malam, pagi, petang, hujung minggu, ehh setiap waktulah, jawab Khalid dengan ketawa kecil sambil memandang wajah Khalidah yang di sebelahnya.


Ini yang aku malas ni, kata Khalidah. Dengan menolak manja bahu Khalid, Khalidah bingkas bangun. “I should be going”, kata Khalidah pula. “Back to the office”? Khalid bertanya. Yes dear, jawab Khalidah dengan senyum manja. “Allow me to accompany you”, pinta Khalid dengan senyuman meniti. I will force it upon you even if you refused. Jawab Khalidah pula dengan membalas senyuman.


*****


"Hi sweetheart", tegur seorang jejaka sebaik saja Khalidah tiba di hadapan pejabatnya. "Naim"? Khalidah terkejut melihat seorang rakan kerjanya dahulu berada di situ. “What are you doing here”? tanya Khalidah lagi, masih dalam keadaan terkejut. Ohh kenalkan, ini Khalid kawan karib I sejak dari sekolah rendah lagi. Lid kenalkan ini Naim, our system analsyt suatu masa dahulu. Hi, kedua-dua pemuda berjabat tangan dan Khalidah masih lagi memaut lengan Khalid. I’m back to the company Khalidah, kenyataan dari Naim.


Untuk melegakan resah di hatinya Khalid mencari jalan untuk mengundurkan diri secepat mungkin. Ok Id, Khalid melepaskan pegangan Khalidah di tangannya namun terus pula mengenggam jari-jemari Khalidah. “I’ll see you at 8 tonight”? bukan pertanyaan Khalid beri, lebih kepada kenyataan. Senyuman yang meniti di bibirnya juga untuk menghindar keresahan yang melanda secara tiba-tiba. Sure jawab Khalidah pula, thanks for the lunch Lid, ucap Khalidah. Don’t mention. Secara spontan ciuman hinggap di pipi Khalidah, bye kata Khalid. See you later.


Ciuman itu meninggalkan tanda tanya dan juga warna merah di pipi. Khalidah dapat rasakan dan apabila Khalid menoleh senyuman Khalidah beri dan juga lambaian kecil. Degup jantungnya masih belum reda bila Naim mengemukan soalan. Kekasih you ke? dengan pandangan yang sukar untuk Khalidah mengerti. “All in one”, jawab Khalidah tanpa di sedari. “Hah”, you can’t be serious? Itu pula yang terkeluar dari mulut Naim. Oh ya, welcome back, ucap Khalidah. Berapa lama you akan berada di sini? Khalidah bertanya. Selama mungkin, jawab Naim.


“How about you”? Pertanyaan yang sama Naim kemukakan pada Khalidah. I nak balik ke Malaysia secepat mungkin, kalaupun mereka nak minta I kerja di sini lebih lama, I nak balik dulu. I perlu masa untuk memikirkan tawaran yang di beri, jawab Khalidah pula. Tidak banyak yang di bualkan antara Naim dan Khalidah selepas itu.


Dalam meneliti kertas kerja yang ada di hadapannya, bayangan Khalid muncul dalam kotak fikiran Khalidah. Khalid yang terkenal dengan nakal, manja dan jenaka orangnya, amat di senangi oleh semua. Lahir dari kalangan orang yang berada tidak membuatkan Khalid bangga diri dengan apa yang di miliki. Kerana ingin keluar dari kongkongan perniagaan keluarga, Khalid memulakan tugas sebagai pegawai pemasaran di salah sebuah syarikat ternama barangan electrik. Tugas tersebut membawa Khalid ke merata tempat dan tentu Eropah selalu di kunjungi kerana di sinilah asal syarikat tersebut. Khalid yang Khalidah kenali adalah seorang yang tekun dan rajin berusaha. Idea yang bernas sentiasa hadir dalam dirinya sehinggalah Khalid beralih arah dalam kerjaya.

Bermula dengan modal yang sedikit, Khalid mula membeli perniagaan yang hampir muflis ataupun sudah di istiharkan muflis. Selepas itu menjual kembali kepada pelabur-pelabur yang berminat dan membantu mereka menaikan kembali perniagaan dengan strategi yang baru. Syarikat perkapalan dan perhotelan adalah minat utama Khalid. Walaupun Khalid jarang mahu menceritakan hal kerjanya, Khalidah sering bertanya dan Khalid tidak akan membiarkan pertanyaan Khalidah berlalu pergi tanpa jawapan. Namun kali ini pertanyaan yang Khalidah kemukakan masih belum ada jawapan. Sudah dua kali Khalid mengelak hari ini dari menjawab pertanyaannya. “What are you up to Lid”? keluhan Khalidah lepaskan dan juga asyik bertanya sendirian. Ketukan di pintu membuat lamunan Khalidah terhenti.


Come in, kata Khalidah. Hi, Naim menjengokkan wajah. Tiba-tiba saja wajah anak muda itu merimaskan dirinya. Dari dahulu Khalidah kurang senang dengan perangai Naim. Seorang anak muda yang kurang sopan dalam tutur katanya juga. Sering membanggakan diri dengan kesenangan yang di miliki oleh keluarganya dan merendahkan orang lain di antara sikap yang tidak di senangi Khalidah. Khalidah sedar Naim ingin mendampinginya. Keadaan akan menjadi sukar dan rumit kembali apabila Naim kembali bertugas di sini. Entah kenapa Naim kembali? Pertanyaan tentu akan hadir dalam fikiran Khalidah kini.


“Kenapa pandang I macam tu”? Tanya Naim. Letaklah apa yang you nak beri tu di atas meja. I banyak kerja ni, jawab Khalidah dengan acuh tak acuh. Hey, kenapa dengan you ni Id? Setiap kali kita berjumpa, tidak ada satu minitpun yang you tunjukan wajah manis you kecuali ada orang di sekeliling. I banyak kerja Naim, please I tak mahu di ganggu, pinta Khalidah lalu memandang wajah anak muda itu sekali lalu. Rasa benci mula bertapak dalam diri Khalidah bila memandangnya. Ok, jawab Naim, tapi ingat tidak semudah itu I mengalah, oh siapa namanya tadi? Khalid? Kata-kata yang dituturkan Naim berbaur ancaman di telinga Khalidah.


Oleh kerana sakit hati dan geram Khalidah menghentakkan pen di tangan ke atas meja. Apa maksud you Naim? Kita bukan anak-anak kecil lagi. Tidak pernahkah ada secalit rasa hormat you pada orang lain? Kenapa you sering saja datang untuk menyakitkan hati I? kemarahan Khalidah lemparkan. Naim ketawa melihat muka Khalidah yang sudah merah padam menahan marah yang ada.

Ohh sekarang you dah pandai marah ya? Siapa yang ubah diri you? Budak hingusan tu? Kata-kata pedas Naim lemparkan dan membuat Khalidah bertambah marah. Jaga sikit mulut you tu Naim, selama ini I bersabar saja dengan perangai you mengenangkan hubungan keluarga kita. Tapi jangan ingat semudah itu I akan membiarkan you lepas bebas dengan perangai dan hati busuk you tu. Bila suka nak kerja you kerja bila tak suka you melepak sini sana. Khalid is million times better than you Naim, Khalidah melepaskan marahnya.


Jangan hanya berani berkata Khalidah, proof it. Rasanya you lupa siapa Naim and one word towards your mother pasti akan menyatukan kita. Dengan itu Naim ketawa berdekah-dekah dan meninggalkan Khalidah yang dalam kemarahan.


“Hello”…Lid? Khalidah tidak mampu berkata. Hanya membiarkan Khalid mendengar tangisannya.


“Id, are you ok?” Kau kat mana ni? Khalid bertanya dengan kerisauan.


“Aku di office, boleh tolong datang?” Khalidah meminta dalam sendu sedan yang ada.


Khalid berlari ke arah pejabat Khalidah kembali. Hatinya berdebar-debar mendengar suara Khalidah tadi, apakah yang terjadi? Soalnya sendiri. Baru saja dia meninggalkan Khalidah di pejabat, ini yang terjadi. Khalid berlari dengan laju dan sebaik saja tiba di hadapan bangunan pejabat, Khalidah sudah sedia menunggu. Dengan mengah yang ada, Khalid dapat melihat airmata yang menitis di wajah Khalidah dan tanpa menunggu Khalid membawa Khalidah kedalam dakapannya. Khalidah menangis tersedu-sedu. Khalid membiarkan saja, namun hatinya tercalit luka dengan tangisan itu kerana selama ini belum pernah Khalid melihat Khalidah menangis begini.


Apabila tangisan reda, Khalid merenggangkan pelukannya. Dikesat airmata yang bersisa. Tanpa bicara Khalid merangkul bahu Khalidah dan membawanya beredar dari situ. Airmata Khalidah masih menitis walaupun sendunya sudah berkurangan. Khalid masih membiarkan Khalidah begitu. Dengar sabar Khalid menunggu untuk Khalidah bersuara. Demi memberi kekuatan dan kasih yang ada jari jemari Khalidah kini erat dalam genggamannya.


Bersambung


Owned and written by: Sanaa 12/11/10


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2012 02:44 PM | Show all posts

RE: Tidak Ku Tahu (Part 11)

Apabila tangisan Khalidah reda, Khalid merenggangkan pelukannya. Dikesat airmata yang bersisa. Tanpa bertanya Khalid merangkul bahu Khalidah dan membawanya beredar dari situ. Airmata Khalidah masih menitis walaupun sendunya sudah berkurangan. Khalid hanya membiarkan Khalidah begitu. Dengan sabar Khalid menanti untuk Khalidah bersuara. Demi memberi kekuatan dan kasih yang ada jari jemari Khalidah kini erat dalam genggamannya.



Astaghfirullah il azim, Khalid beristifar apabila terkejut jaga dari tidurnya. Astaghfirullah il azim Khalid beristifar lagi. Debaran jantungnya masih belum reda kerana kejutan itu. Khalid beristifar sebanyaknya. “Id”? nama itu di sebut setelah sekian lama tidak dituturkan. Bayangan Khalidah tidak pernah pudar dalam ingatannya namun tidak sekalipun hadir dalam mimpinya selama ini. Khalid terkejut jaga. Apakah benar ini yang terjadi? Dalam mimpi itu, Khalidah menangis semahu-mahunya seperti orang dalam kesusahan dan menanggung penderitaan. Khalidah memerlukan bantuan serta pertolongan. Khalid menggigil kini apabila nama itu bergegar di benak fikirannya


Khalid mencari kekuatan bagi menyangkal itu hanyalah mimpi. Puas di cuba namun gagal. Khalid terus beristifar untuk melegakan gelodak rasa di hatinya. Apabila telah lega Khalid mencapai handphone di sisi katil dan membuka galeri gambar di dalamnya. Ditatap gambar yang di ambil bersama Khalidah lima tahun dahulu, semasa percutian yang di rancang hanya kerana hatinya yang melonjak mahu berada dekat dengan Khalidah. Khalid pasti ketika kakinya melangkah ke Glasgow waktu itu adalah kerana rindu yang bertapak di hati.


“Kenapa Id?” Khalid bertanya ketika menatap gambar mereka berdua.


“Apa yang terjadi”? “Kenapa tiba-tiba kau hadir dalam mimpiku”?


Kita sudah terlalu lama terpisah, perpisahan yang tidak boleh dielakkan lagi. Perpisahan yang memutuskan segala apa yang terbina sekian lama. Lebih tepat lagi, aku yang memutuskannya dengan berdiam diri selama ini. Namun dirimu dan kenangan indah kita tetap dan masih segar menghiasi seluruh ruang hatiku


“Maafkan aku Id,” aku tidak mampu membuang kenangan kita dan maafkan aku kerana memutuskan persahabatan kita. Kenangan yang pernah kita lalui adalah terlalu indah dan tidak mungkin aku temui bersama wanita lain. Bersama kenangan, bayangan mimpi itu datang kembali, gambar Khalidah ditatap, entah kenapa terbit kesayuan dalam hati tanpa Khalid sedari. Khalid di landa resah. Dada Khalid berombak kencang. Mimpinya itu terlalu ngeri untuk di lupakan. Tidak mungkin, tidak mungkin, jerit hatinya kini. Tidak mungkin Khalidah di siksa begitu sekali. Khalid makin di rasuk kebimbangan. Tanpa berlengah lagi, Khalid terus saja menghubungi seseorang yang dipercayainya.


“Assalammualaikom” Khalid memberi salam sebaik saja Azman menjawab telefon.


“Wa-alaikomsalam” jawab Azman. Ini suatu kejutan!!! Terus saja Azman berkata. Mungkin terperanjat benar menerima panggilan dari Khalid setelah sekian lama menyepi.


“Tidakkkk”, Khalid menjerit setelah mendengar segala yang Azman terangkan. Bukan kau Id, aku pasti bukan kau. Kau tidak layak dilayan dan tersika begitu. Khalid menggenggam tangannya untuk menahan rasa marah yang amat sangat. Aku tidak sepatutnya meninggalkan kau dulu Id, tapi aku juga tidak mahu jadi penghalang kebahagian kau ketika itu. “Maafkan aku Id”, kerana tidak pernah bertanya. Aku berkeyakinan yang kau benar-benar bahagia bila menceritakannya kepadaku apabila dia melamar untuk menjadikan kau isterinya, tapi kenapakah ini yang terjadi?


Entah macam mana hari itu, Khalidah mengetahui tentang jadual penerbanganku, pasti Azman yang memberitahu dan menyerahkan surat yang di tinggalkan sebelum waktunya. Khalid terdengar suara memanggil dalam keadaan yang termengah-mengah sejurus sebelum turun ke balai berlepas.


“Khalid…Khalid,” jerit suara itu, lalu Khalid menoleh. Sebaik saja memusingkan badan, Khalidah menerpa dan hampir terjatuh kerana berlari dengan pantas. Tanpa suara dan kata, Khalidah berada dalam dakapannya. Perlakuan mereka menjadi perhatian ramai. Esak tangis mula kedengaran dan airmata Khalidah jatuh bercucuran. Sepantas itu juga Khalid merasakan bahagian bahu bajunya basah dengan airmata. Dengan menahan sedih di hati sendiri Khalid mendakap Khalidah dengan erat. Khalid pasti ini adalah kali terakhir dia mendakap seorang sahabat dan wanita yang amat di cintainya selama ini. Seketika kemudian apabila dakapan di renggangkan, Khalid memberi kucupan diubun-ubun Khalidah seraya berkata, “maafkan aku Id”.


Bersama kesayuan dan kesedihan di hati, Khalid menyapu airmata yang menitis, tidak mampu memujuk sekadar mengangkat dagu Khalidah supaya pandangan mereka bertemu. Senyuman Khalid beri mengiringi perpisahan mereka dan masanya telah sampai untuk mengucapkan selamat tinggal. Terasa kuat genggaman tangan antara kami namun akhirnya terlerai jua. Ketika Khalid menoleh untuk memberi lambaian terakhir, Khalid yakin dan pasti airmata Khalidah masih lagi bercucuran. Tiada ucapan selamat tinggal yang terlepas dari bibir mereka, hanya kenangan indah yang Khalid bawa. Perjalanan mereka yang panjang berakhir di situ tanpa sepatah kata.


Dalam seketika semua kenangan bermain di fikiran Khalid. Demi mengawal rasa, Khalid menarik nafas dalam untuk melegakan segala yang ada di fikirannya. Tiba-tiba semuanya berserabut kini tapi Khalid berusaha mengawal perasaan marah, geram, sakit hati dan kecewa. Setelah reda Khalid berlabuh di kerusi lalu membuka komputernya untuk mendapat berita terkini melalui internet.


******


Keputusan muktamad dan nekad telah Khalidah ambil. Permintaan serta pujukan ibu mertuanya tidak lagi di hiraukan. Walau apapun yang terjadi, demi masa depannya, Khalidah mesti meninggalkan bungalow mewah ini yang pernah mencatatkan perjalanan hidupnya sebagai seorang isteri, ibu dan menantu selama lima tahun, yang kini segalanya telah berakhir. Kekuatan yang masih bersisa akan di gunakan untuk mengatur langkah seterusnya dalam mengharungi hidup mulai sekarang. Tiada apa lagi yang perlu di tunggu. Derita hati dan batinnya tidak mungkin dapat di sembuhkan lagi.


Wang ringgit dan segala kemewahan yang di beri gagal membawa kebahagian untuk dirinya. Lima tahun bukan jangkamasa yang singkat untuk Khalidah terus bersabar dalam mengharungi getir hidup berumahtangga. Dalam pahit dan getir yang di harungi, Khalidah amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana satu-satunya zuriat yang ada di ambil terlebih dahulu. Pemergian anak kecil itu bagai menghapus dosa papa dan mamanya.


Hafiz lahir dengan sempurna sifat, dalam keadaan yang sihat dan merupakan cucu lelaki kesayangan datuk dan nenek serta buah hati papa dan mama. Saat dan detik bahagia Khalidah ketika mengandung dan melahirkan Hafiz terduga bila demam panas yang menyerang ketika Hafiz berusia tujuh bulan. Segalanya berubah semenjak hari itu. Paru-paru Hafiz menjadi lemah. Segala usaha dan selagi ada doktor pakar di panggil untuk datang merawatnya. Berbagai ujian dan kajian yang di lakukan sehingga Khalidah tidak sanggup lagi melihat anak kecil itu menderita. Ketika segala wayar bersambung diletakan di badannya Khalidah menjadi terlalu hiba. Setiap hari Khalidah terus berdoa semoga Allah mengambilnya sahaja andai tiada lagi jalan untuk sembuh. Khalidah tidak mampu dan tidak sanggup untuk terus melihat hidup anaknya tersiksa. Dua bulan Khalidah hidup berendam airmata melihat anak yang sekecil itu menanggung derita dan berjuang untuk terus hidup.


Pada pagi Jumaat tiga tahun yang lalu di temani rintik-rintik hujan Hafiz menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pemergiannya melenyapkan derita yang Khalidah tanggung sebagai ibu. Ketika jenazah kecil itu berada di pangkuan untuk di mandikan airmata Khalidah kering dengan sendirinya. Wajah comel itu di tatap buat kali terakhir. Ada senyuman di bibir kecil itu seperti mengucapkan selamat tinggal.


“Kenapa you nak I sign cek ni?” Khalidah bertanya Ariffin.


“Sign sajalah, itukan tugas you dan tak perlu tahu kepada siapa dan untuk apa”, jawab Ariffin.


“Jumlahnya terlalu banyak”, Khalidah berkata dengan suara yang keras.


“Itu bukan urusan you, sign saja”, bentak Ariffin kembali.


Jumlah pemberian makin hari makin bertambah. Khalidah amat keberatan untuk menandatangani cek berjumlah RM150 ribu ringgit untuk di bayar kepada sebuah kedai emas terkemuka ibukota. Sejak akhir-akhir ini semakin banyak jumlah yang perlu di bayar untuk tujuan entertainment, wang sagu hati dan sehingga menaja majlis persandingan anak-anak orang yang mengelilingi perniagaan Ariffin dan mertuanya. Belum lagi di ambil kira wang kepada “anak-anak buah” orang atasan atau bahasa kasarnya orang suruhan.


Ibu mertua ku memang tidak pernah lelah memujuk. Pujukan demi pujukan di terima dari keluarga mertua untuk terus menerajui perniagaan yang dibina namun Khalidah tetap menolak. Lima tahun berada di sana juga amatlah menyiksakan. Seandainya dia tahu bagaimana bahangnya api neraka mungkin itulah perbandingan yang ada. Segala wang jolokan, wang untuk hiburan dan bermacam hadiah sempena majlis harijadi kekasih dan teman wanita, semuanya datang dari syarikat itu demi untuk mendapat setiap projek. Lalu Khalidah menjadi jijik dengan pentadbirannya dan menjadikan dirinya sebahagian dari mereka. Nasihat dan teguran yang di berikan langsung tidak berkesan, yang akhirnya membawa kepada pertengkaran demi pertengkaran.


Dirinya hanyalah isteri yang dijadikan perhiasaan untuk ke majlis-majlis rasmi dan tulang belakang syarikat kerana kecekapan Khalidah mengendalikan kontrak dan mendapat mandat dari semua ahli pengarah dan pelabur modal. Sudah lelah Khalidah menghadapi segalanya ini dan perkara yang sama sering saja menjadi punca pergaduhan dan pertengkaran.


“Ahh”, rupanya tiga bulan telah berlalu sejak kejadian kelmarin. Kematian kekasih hatinya dalam keadaan yang amat mengaibkan membuat dirinya bergelar banduan kini. Khalidah tahu ia adalah tuduhan yang memang tidak berasas. Di sebalik siksa batin yang di tanggung selama ini dan walau bagaimana sakitnya selama ini, satu perkara yang pasti dia tidak bersalah. Dia bukan pembunuh. Khalidah yakin tentang itu, walaupun Ariffin memang tidak pernah setia sejak dari mula. Keadaan ini Khalidah hidu dan mengetahui hampir segalanya sebelum kelahiran Hafiz lagi, akan tetapi tiada bukti yang sahih untuk membawa Khalidah berhadapan dengannya. Permainan Ariffin terlalu licik. Segala keperluan hidupnya tidak pernah terabai. Ariffin tetap pulang untuk makan malam bersama-sama dan kami akan makan tengahari bersama juga andainya jadual kami tidak berselisihan. Memang Khalidah akui agak sukar untuk mendapat bukti yang kukuh. Pertengkaran demi pertengkaran yang berlaku juga tidak pernah membawa Ariffin bertindak ganas terhadap dirinya. Tidak pernah sekali tangan naik ke muka dan juga badan Khalidah.


Demi sedikit kebahagian yang pernah di beri dan di kecapi sebagai isteri dan ibu membuat Khalidah berjanji untuk terus memberi sokongan dan tetap berlagak di hadapan ramai sebagai seorang isteri yang tidak terusik oleh tuduhan terhadap suaminya. Demi menjauhkan segala lapuran dan spekulasi yang tidak baik dari media, itulah janji yang Khalidah lafazkan kepada keluarga mertua dan juga keluarganya sendiri. Tiada campurtangan dari keluarganya sehingga kini dan mereka sememangnya terperanjat dan terkejut dengan segala apa yang terjadi. Sepanjang lima tahun lakonan Ariffin dan dirinya amat berkesan. Tidak sedikitpun mencetus curiga di hati keluarga Khalidah. Percutian, gurau senda, manja dan tawa di kongsi bersama. Ketika waktu berputaran dalam tangis dan derita, Khalidah akhirnya membuat kesimpulan mungkin benar Ariffin menyayangi dirinya seperti mana yang sering diucapkan. Oleh kerana perbuatan Ariffin tidak selari dengan kata-kata membuat Khalidah gagal menyakinkan dirinya dengan ucapan sayang yang di tuturkan.


Bangunan mahkamah berdiri kaku dan megah dihadapannya kini. Entah berapa kali Khalidah ke mari dalam masa tiga bulan ini. Perasaan sedih tetap melanda hatinya setiap kali melihat Ariffin dibawa masuk dalam keadaan bergari pada hari perbicaraan. Sebagai menepati janjinya kepada Ariffin, Khalidah hadir di mahkamah setiap kali perbicaraan. Kehadiran Khalidah sekadar memberi sokongan moral, tidak lebih dari itu. Permintaan dan pertanyaan Ariffin meminta Khalidah menarik balik permohonan perceraian dan kembali kepangkuannya juga tidak di hiraukan. Ketika permintaan di utarakan, jawapan yang sama Khalidah beri. Apa yang penting sekarang adalah untuk terus tabah dan kuat menghadapi segala dugaan. Khalidah juga nyatakan walau apapun yang berlaku dia tahu yang Ariffin tidak bersalah kerana di malam kejadian mereka berada di rumah kerana ada tetamu yang datang. Tidak Khalidah nafikan atau sangkal ada terselit rasa curiga, namun setiap kali perasaan itu terdetik, Khalidah pasti akan memutarkan kembali apa yang berlaku sepanjang hari sehingga waktu kejadian di lapurkan. Sebelah pagi Ariffin membawanya ke pasar dan terus saja berada di rumah selepas itu.


Kata-kata maaf tidak pernah lekang dari bibir Ariffin setiap kali berjumpa. Maaf juga yang Khalidah minta darinya kerana tidak mampu memenuhi permintaannya lagi. Hubungan mereka sebenarnya telah lama berakhir. Khalidah juga nyatakan berulang kali yang dia telahpun meninggalkan syarikat dan keluar dari rumah. Ariffin menunjukan wajah hampa. Huluran tangan ketika Ariffin cuba memegang jari jemarinya, Khalidah hindari. Ariffin yang berada di hadapannya bukan lagi seperti Ariffin yang pernah di kenali sewaktu di awal perkahwinan mereka. Dirinya tidak ubah seperti perhiasaan, sentiasa cantik dan manis di pandangan. Tiada siapa yang tahu derita hatinya sejak mula.

Setelah pemergian Hafiz, pejabat dan kerja adalah tempat Khalidah bergantung kekuatan. Ketabahan yang di bina tidak cukup kuat rupanya untuk meneruskan kehidupan. Hampir setahun Khalidah terumbang ambing mencari kekuatan diri. Walaupun Ariffin berada di sisinya dan memujuk serta menemaninya, namun kehadiran Ariffin tidak membawa apa-apa erti kepada Khalidah. Dengan berbekalkan sedikit kekuatan Khalidah mohon di lepaskan. Ternyata Ariffin amat terperanjat. Pastinya Ariffin tidak menyangka tindakan yang Khalidah ambil. Khalidah tidak bermohon dengan tangan kosong, segala surat menyurat dan peguam telah tersedia. Ariffin tergaman ketika meneliti dokumen di hadapannya. Buat pertama kali dalam hidup Khalidah sebagai isteri melihat Ariffin kehilangan kata-kata. Ariffin menghilangkan diri selama seminggu dan bila kembali dia berusaha mendekati Khalidah semula seperti di awal perkahwinan mereka, namun Khalidah menolak. Segalanya tiada makna lagi.


Waktu berlegar terlalu lama di rasakan. Demi keluarga dan untuk tidak mengeruhkan suasana Khalidah dan Ariffin masih lagi bermain wayang di hadapan semua bagi mengelirukan mereka. Oleh kerana itu ada kalanya hati Khalidah lembut dan terbayang untuk memulakan semula. Akan tetapi jeritan batinnya menghalang dan ketika Khalidah hampir mencapai kata persetujuan dari Ariffin perkara ini berlaku.


Pertemuan mereka bermula semula di satu majlis rasmi anjuran pejabat tempat Khalidah bekerja, tiga bulan sebelum dia berangkat ke Glasgow. Pertemuan itu memulakan episode baru dalam dirinya. Itulah titik permulaan. Dari situ mereka kerap berhubung dan seterusnya berjumpa. Hendak di jadikan cerita pada masa itu Khalid berada di luar negara kerana urusan perniagaan. Ketiadaan Khalid sering membuat Khalidah terasa sunyi. Kini baru Khalidah sedari kenapa dia menerima hampir kesemua ajakan Ariffin untuk berjumpa dan makan bersama. Aktiviti yang hampir serupa di lalui bersama Khalid, cuma Ariffin bukan seorang yang suka mendengar dan cepat juga nak melenting. Ia adalah pertemuan yang amat singkat sebelum membawa mereka ke dalam ikatan pernikahan.


Last edited by sanaa1 on 23-12-2012 02:47 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2012 02:51 PM | Show all posts
sanaa1 posted on 23-12-2012 02:44 PM
Apabila tangisan Khalidah reda, Khalid merenggangkan pelukannya. Dikesat airmata yang bersisa. Tanpa ...

Sebelum ini mereka hanya teman sekuliah, tidak banyak yang Khalidah ketahui tentang diri Ariffin waktu itu selain dari dia adalah seorang pelajar yang pintar dan anak orang berada. Sewaktu di kampus Khalidah tahu Ariffin suka berpoya-poya, ke parti dan kelab malam hampir setiap hujung minggu. Dengan wajah yang tampan serta mulut manis yang pandai memujuk tentu ramai gadis yang tertawan. Tidak dapat di nafikan Ariffin lebih kacak dan tampan dari Khalid akan tetapi senyuman Khalid tidak dapat Ariffin tandingi. Khalid seorang yang sopan, baik hati dan penyabar. Memang susah nak tengok Khalid marah. Khalidah sedar jauhnya perwatakan Ariffin dan Khalid, namun bila mereka bertemu semula Khalidah ingatkan segalanya telah berlalu. Memang Khalidah akui tidak berfikir panjang ketika keluarga Ariffin datang melamar.


Khalid pulang ke tanahair dua minggu sebelum Khalidah sepatutnya berangkat ke Glasgow. Terlalu cepat waktu berlalu. Memang tidak sempat untuk Khalidah berjumpa dan memberitahu Khalid apa yang berlaku ketika ketiadaannya. Tugas dan persiapan yang perlu di buat menghalang Khalidah untuk bertemu dan duduk bercerita dengan Khalid. Namun anehnya Khalidah begitu bersahaja bercerita tentang Khalid kepada Ariffin. Dalam jangka waktu yang singkat Ariffin tahu mengenai Khalid. Sehingga pernah suatu hari Ariffin melenting dan bertanya siapa Khalid dalam hidup Khalidah. Ketika itu Khalidah membiarkan soalan Ariffin tinggal sebagai soalan. Sesungguhnya sejak dari itu dan mungkin sehingga kini Khalidah tidak punya jawapan pasti.


Semuanya berlaku terlalu pantas. Tidak pernah Khalidah duga dan sesuatu yang amat memeranjatkan ketika keluarga Ariffin datang merisik dan melamar dirinya dalam kesibukan yang ada. Khalidah terus menjadi serba salah. Pekerjaan adalah sesuatu yang Khalidah hargai dan memang berharap untuk menyertai program bertukaran pekerja sejak lama dahulu. Demi perjanjian yang telah di meterai, Khalidah memohon supaya Ariffin tidak menghalang pemergiannya. Sebelum berangkat Khalidah memberi persetujuan kepada ayah dan ibu, begitu juga Ariffin dan keluarga. Permintaan dan syarat yang Khalidah minta hanyalah untuk tidak mengganggu dirinya ketika di sana selama tiga bulan.


Banyak sungguh kebetulan selepas Ariffin muncul dalam hidup Khalidah. Sebegini lama hubungan Khalidah dan Khalid tidak pernah sekalipun Khalid datang menemuinya di destinasi dia berada. Adalah sesuatu yang tidak pernah terduga apabila Khalid datang ke Glasgow dengan alasan bercuti dan secara kebetulan Khalidah di sana. Khalid berada di Glasgow selama tiga minggu, dan tidak ada seharipun hatinya terbuka untuk memberitahu Khalid. Mulut Khalidah bagaikan terkunci. Khalidah sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak memulakan kata dan seterusnya memberitahu Khalid tentang Ariffin. Di hari-hari terakhir percutian Khalid dan bila segala kerja telah selesai, mereka menghabiskan banyak masa bersama melihat dan menjejaki keindahan Glasgow. Kegembiraan yang ada membuatkan Khalidah lupa siapa dirinya waktu itu dan adakala Khalidah lupa tentang Ariffin.


“I’m flying home in two days”, itulah kata-kata Khalid selepas mereka melawat Edinburgh Castle serta sebahagian Glasgow hari itu. “Have dinner with me tomorrow”, kata Khalid seterusnya.


Tidak dapat Khalidah nafikan dan tidak juga menyangkal degupan jantungnya amat kuat di rasa. Terlalu payah untuk Khalidah melupakan pandangan serta senyuman Khalid bila menuturkan kata-kata itu.

“How about tonight”? Khalidah pula bertanya. Tawa kecil Khalid beri dengan senyuman tak henti. Sehingga hari ini senyuman itu masih menghantui hidupnya dan lebih menyesakkan nafas Khalidah sekarang ini.


Seperti yang di janjikan di malam terakhir Khalid membawa Khalidah ke sebuah restoran yang paling romantik di rasakan. The Corinthian kalau tak silap…“Cantiknyaaa” itulah yang terlepas dari mulut Khalidah. Ketika Khalid memimpin tangannya untuk masuk, gerak kaki Khalidah terhenti. Seolah-olah ada suara yang memberitahu yang dia akan menghampakan Khalid di malam ini.


“Kenapa”? Khalid bertanya dengan senyuman.


Pandangan Khalid ketika itu amat sukar untuk di mengerti. Sekilas pandang ia juga penuh makna di mata Khalidah. Sepanjang perkenalan kami, dengan segala gurau dan senda, marah, kecewa dan tangis, Khalid tidak pernah membawanya ke tempat yang begini.


“Kenapa kita ke sini?” Khalidah bertanya pada Khalid. Terasa dirinya bodoh bila soalan itu terlepas dari mulutnya. Hanya senyuman di beri untuk menutup rasa malu yang ada.


“Tak suka?” Khalid bertanya kembali.


“Bukan”, Khalidah menggelengkan kepala. Hatinya berdebar kerana tidak mengetahui apakah rancangan dan hajat Khalid di malam ini. Apakah benar usikan kawan-kawan yang Khalid ceritakan beberapa hari yang lalu? Apakah juga ada kena mengena dengan debaran yang Khalidah rasa sepanjang Khalid berada di sini? Khalidah menjadi keliru tiba-tiba dengan hatinya sendiri. Sejak awal Khalidah memang berniat untuk memberitahu Khalid tentang Ariffin, tidak berniat untuk menyembunyikan apa-apa. Telah banyak kali Khalidah cuba tapi tidak menjadi. Mulutnya bagaikan terkunci. Tidak pernah terniat di hati Khalidah untuk mendustai persahabatan mereka. Apakah aku berbelah bagi kini? Apakah Khalid yang aku harapkan? Berbagai pertanyaan datang bertubi-tubi, sewaktu Khalid di sisinya.


Cahaya lilin menerangi kawasan meja mereka dan cahaya lampu dari luar membuatkan Khalidah merasa bagai di lambung cinta. Setelah makanan di hidangkan Khalidah asyik memerhati Khalid, wajahnya begitu berlainan sekali malam ini, wajah Khalid berseri-seri, bersinar lebih dari selalu namun malangnya Khalidah tidak mampu untuk terus menatap wajah lelaki itu. Helaan nafas yang Khalidah ambil amat berat. Hatinya berkata, ia mesti di selesaikan malam ini juga. Tidak tahu bagaimana nak mulakan tapi yang pasti Khalid mesti tahu hal sebenarnya malam ini.


“Aku telah di lamar Lid”, tanpa Khalidah duga perkataan itu terkeluar dari bibirnya ketika melihat sinaran lampu di luar. Mata Khalidah tetap memandang keluar. Ketika kata-kata itu terucap, tidak sedikitpun Khalidah menoleh kepada Khalid. Sebaik saja kata-kata itu terkeluar, terasa ketar seluruh tubuhnya dan suasana menjadi sepi teramat sangat. Andainya jarum jatuhpun boleh di dengari. Khalidah tidak mampu menoleh, tidak mampu bergerak. Tidak Khalidah ketahui apakah reaksi Khalid dengan kenyataan itu sehingga dengan perlahan terasa jari jemari Khalid menyentuh tangannya dan mengambil jari jemari Khalidah berada di genggamannya.


“Hey” dan sekuntum mawar merah dihulurkan. “Congratulations” kata Khalid sepatah. Terlalu sukar untuk mencari pengertian di wajah itu dan senyuman yang menguntum. “Siapakah jejaka yang bertuah”, tanya Khalid lagi. Khalidah memandang Khalid sejenak sebelum menjawab, pandangannya berpinar. “Ariffin” jawab Khalidah sepatah lalu memusingkan pandangan keluar semula. Dengan lembut dan mesra tangan Khalid memegang dagu Khalidah meminta untuk memandangnya. Khalidah tertunduk. Jujurnya tiada perasaan gembira ketika memberitahu Khalid tentang perkara ini kerana Khalidah tidak pasti dengan hatinya sendiri. Keadaan menjadi lebih keliru pada pandangan Khalidah kerana Khalid tidak menunjukan sebarang reaksi. Apakah Khalid tidak terperanjat? Apakah Khalid tidak tergamam? Soalan demi soalan berputar di kepala Khalidah lalu makanan yang terhidang tidak di jamah.


“Id”, dengan perlahan Khalid memanggil. “Kita dah lama berkawan. Sedih, suka, duka, rajuk dan manja telah kita lalui bersama, tapi kenapa wajah kau tidak membayangkan keceriaan? Atau apakah aku silap mendengar”?


“Tak”, jawab Khalidah. Kau tak silap mendengar dan aku tidak silap memberitahu.


Dalam kesamaran cahaya lilin Khalidah mencuri pandang wajah Khalid. Masih cuba untuk membaca reaksi wajah pemuda di hadapannya ini. Tidak ada sejalur kegelisahan yang terpancar dan nak kata suka juga susah untuk di tafsirkan. Dengan sedikit mendongkat dagu, Khalid bertanya tentang Ariffin, bila dan di mana aku mula mengenalinya dan apa pekerjaannya. Pertanyaan Khalid di sulami senyuman yang menghiris tangkai hati ku.


Khalid mendengar dengan khusyuk setiap patah perkataan yang Khalidah tuturkan. Itulah di antara kelebihan Khalid. Khalidah sedar Khalid bukan jenis orang yang cepat melatah ataupun melenting. Khalid seorang pendengar yang setia. Khalid mendengar sehingga Khalidah selesai bercerita, tidak sekalipun di sampuk. Sejurus selepas itu Khalid ketawa dan bertanya adakah Ariffin yang sama sewaktu di kampus dahulu. Hanya anggukan yang Khalidah berikan. Entah kenapa dalam tawa Khalid yang ada, dapat Khalidah rasakan kesayuan dan itu bukan suara hatinya yang sebenar.


Khalid mengambil tangan Khalidah lalu di minta memegang gelas untuk congratulation toast. Dengan hati yang berat Khalidah lakukan demi Khalid. Kenapa hatinya tidak riang? Kenapa di rasakan Khalid kecewa? Tidak ada bayangan kecewa terpamer di wajah Khalid namun tidak dapat menyangkal setelah bertahun menjadi sahabat, berita ini telah memutuskan segalanya. Itu yang Khalidah rasakan. Lalu Khalidah menjadi gelisah tiba-tiba dengan perasaan itu. Perasaan takut menyelubungi diri dan hatinya. Tolonglah Ya Allah jangan putuskan persahabatan kami hanya dengan berita ini, Khalidah bermohon dalam diam. Khalidah menjadi lebih takut tiba-tiba apabila Khalid terlagak bagai tiada apa, nakal dan manja mengusik seperti selalunya.


Atas pujukan Khalid dan demi ikatan persahabatan yang telah lama terjalin Khalidah berjaya habiskan makanan yang terhidang. Malam ini semuanya Khalidah lakukan demi Khalid yang berada di hadapannya.


Khalid tetap menemani Khalidah pulang malam itu. Malam itu adalah malam yang paling sunyi di antara kami, tiada bicara, tiada tawa dan gurau senda. Tiupan angin yang membisik rasa menemani kami sepanjang jalan pulang dan Khalid membiarkan saja Khalidah memaut lengannya sepanjang waktu itu.


“So, when is the big day”? Khalid bertanya.


“Belum tahu”, jawab Khalidah tanpa memandang Khalid. Khalidah melemparkan pandangan kosong kepada kepekatan malam.


“Tahniah Id”, dan terima kasih kerana memberitahu aku dan terima kasih untuk hari-hari yang pernah kita lalui bersama. Terima kasih kerana sudi melayan sahabatmu ini ketika di sini. Terr…Khalidah menutup bibir Khalid dengan jarinya dari terus berkata. Terlalu banyak terima kasih yang Khalid ucapkan. Pandangan mereka bertemu dan ada air jernih bergenang di mata Khalidah. “Terima kasih, Lid” itu sahaja yang terkeluar dari mulut Khalidah sebelum Khalid mengalihkan jari yang menutup bibirnya. “Sama-sama kasih”, jawab Khalid lalu menghulurkan kuntuman mawar di tangannya kepada Khalidah. “Selamat malam Id”, ucap Khalid dengan membelai pipi Khalidah serta ciuman di ubun-ubunnya sebelum menoleh dan melangkah pergi. Khalidah berdiri kaku di situ buat seketika dengan airmata mengalir di pipi.


Khalidah gagal melelapkan mata. Terlalu sukar untuk dirinya menghadapi keadaan ini. Hatinya di gamit sayu. Dalam kesayuan yang amat berat Khalidah melayar segala kenangan dan hari-hari yang pernah di laluinya bersama Khalid. Kenangan demi kenangan Khalidah putar sehingga ke pagi. Airmata Khalidah menitis kerana saat-saat indah itu akan berakhir tidak lama lagi. Ianya kini hanya kenangan. Namun yang pasti ia adalah kenangan yang paling indah buat dirinya dan akan di kenang sepanjang hayat.


Dalam melayar angan Khalidah tertidur juga akhirnya dan kini dirinya kesiangan. Bunyi telefon menandakan ada pesanan ringkas membuat Khalidah terkejut jaga. Dalam keadaan terpisat-pisat pesanan di baca dan membuat dirinya bergegas menyiapkan diri. Tidak mungkin dia terlepas menghantar Khalid ke lapangan terbang. Khalidah bersiap dalam masa lima belas minit dan sepanjang masa dalam perjalanan Khalidah berdoa supaya sempat menemui Khalid di lapangan terbang. Khalidah berlari dengan pantas dan Khalid terperanjat melihat kehadirannya dalam keadaan yang tercungap-cungap. Tercengang dan ternganga mulut Khalid menyambut Khalidah yang termengah-mengah berlari.


Dengan manja Khalid memegang bahunya minta Khalidah untuk menenangkan diri dan menarik nafas perlahan. Khalid ketawa kecil melihat keadaan Khalidah dan seperti seorang abang Khalid mengosok sedikit kepala Khalidah. Mereka ketawa bersama apabila Khalid memohon maaf kerana mengusutkan rambut ku. “Bye Id” itu lagi ucapan yang terkeluar. “Bye Lid”, kita jumpa di KL ya? kata Khalidah pula. Hanya senyuman dan lambaian yang Khalid beri sebelum hilang dari pandangan. Bulan-bulan berikutnya adalah bulan-bulan dan hari-hari yang amat sedih buat Khalidah. Khalid memberi berbagai alasan untuk tidak bertemu sehinggalah Khalidah mempelajari sesuatu yang baru tentang Khalid, sesuatu yang tidak pernah Khalidah tahu sebelum ini dan sesuatu yang memang sudah terlambat. Kini barulah Khalidah tahu Khalid pandai menyembunyikan perasaannya. Walaupun tidak mungkin dapat menyelami perasaan Khalid yang sebenar dan sepenuhnya, Khalidah hanya mengagak sahaja lalu menjadikan lapangan terbang tempat perpisahan mereka.


Assalammualaikom Id

Ketika surat ini kau terima aku telah meninggalkan tanahair, walaupun tidak aku tahu jangkamasanya namun aku tidak sanggup membohongi sahabatku untuk tidak memberitahu.

Aku sedar semuanya telah dan akan berubah mulai minggu hadapan di antara kita ketika kau menerima akadnya. Walaupun kita masih sahabat namun aku tidak lagi bebas menemuimu. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk tidak menghadiri majlis pernikahan dan persandingan kau Id. Aku tidak mampu melakukannya. Andainya waktu masih bersamaku akan aku untaikan harapan bersamamu dan itulah sebenarnya tujuan aku menemuimu di Glasgow enam bulan yang lalu. Maafkan aku juga Id dengan surat ini.

Kau amat bererti dalam hidupku. Kau adalah satu-satunya wanita yang pernah aku letakan dihatiku dengan harapan. Tidak pernah aku sangka ini akan berlaku. Aku jatuh cinta kepada sahabat karibku. Percayalah, kau memberi makna dan membawa sinar dalam hidupku. Walaupun ia tidak pernah terlafaz namun percayalah kau satu-satunya wanita yang aku cintai. Waktu begitu cemburukan kita lalu aku kehilanganmu. Benar sungguh kata pujangga…kalau kita mencintai dan mengasihi seseorang, lafazkan. Jangan biarkan ia berlalu tanpa kata. Aku punya segala peluang di hadapan ku sebelum ini namun kini tidak bermakna lagi. Oleh itu Id, sejauh manapun kaki ku melangkah, kenangan indah kita dari zaman anak-anak, meniti remaja, kealam dewasa adalah kenangan paling indah dalam hidupku yang tetap akan segar selama-lamanya.

Terima kasih Id, dengan kebahagian dan kenangan indah yang telah kau berikan. Kau telah menyemai kekuatan dalam diriku untuk terus mengharungi arus hidup ini walaupun kini aku keseorangan. Terima kasih diatas rasa cinta yang ada dan membawa aku mengenali derita dan sengsara apabila gagal dalam bercinta. Aku pasti bakal suamimu adalah seorang lelaki yang beruntung untuk memiliki kasihmu. Aku mendoakan kebahagian dan kesejahteraan kau berdua. Tempuhi dan harungilah kehidupan berumahtangga dengan penuh kasih sayang, hormat menghormati dan saling percaya mempercayai.

Semoga suatu hari nanti kita akan berjumpa kembali. Pastinya pertemuan kita nanti lebih menggembirakan. Mungkin di masa itu kau telah menjadi seorang ibu…hehehe mesti anak-anak kau comel seperti ibunya dan kacak seperti bapanya. Aku mohon berhenti di sini dahulu dengan harapan yang ikhlas untuk kita bersua lagi di lain masa.

Salam kasih
Khalid Zainal


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-12-2012 02:56 PM | Show all posts
sanaa1 posted on 23-12-2012 02:51 PM
Sebelum ini mereka hanya teman sekuliah, tidak banyak yang Khalidah ketahui tentang diri Ariffin w ...

Surat bertarikh 21.10.2005 Khalidah tatap dan baca. Airmata merembas keluar tanpa dapat di tahan lagi. Apakah hidup aku tidak akan jadi begini andainya Khalid menjadi suamiku. Di manakah kau Lid? Kau benar-benar meninggalkan aku. Tapi kini aku mengharapkan belas ehsan dari seorang kawan. Aku benar-benar perlukan bantuan dan pertolongan kau Lid. Aku yakin hanya kau saja yang tahu dan mengerti andainya aku menceritakan segala perit dan lukanya hidupku bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan yang disegani.


*****


Khalid mengikuti perjalanan kes Ariffin hampir setiap hari. Nasihat mama dan ayah untuk Khalid menemui Khalidah dan memberi bantuan masih di pertimbangkan. Mama terlalu yakin yang Khalid dapat membantu Khalidah walaupun mama tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Walaupun dulu mereka berjiran dan mengenali di antara satu sama lain, mama dan ayah tidak lagi mengunjungi keluarga Khalidah selepas majlis persandingannya begitu juga dengan keluarga Khalidah. Kadang kala timbul juga rasa hairan di hati Khalid kenapa hubungan mereka terputus begitu sahaja. Namun kini bukan masanya untuk membuka sejarah lama. Permintaan Khalid kepada kedua ibu bapanya adalah supaya tidak memberitahu sesiapa tentang KZ and Partners.


Setelah tiga bulan berlalu Khalid merasakan kes tidak nampak arah dan tujuan dan entah dari mana Khalid mendapat keyakinan yang Ariffin tidak bersalah. Kesalahan Ariffin hanya terhadap Khalidah tapi bukan sebagai seorang pembunuh. Bantuan yang bagaimana Khalidah perlukan? Sokongan moral? Kewangan? Khalid berfikir sendiri, Khalidah adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan yang disegani. Suaminya kini berhadapan dengan kes pembunuhan kekasihnya sendiri, apakah nanti kehadiran Khalid akan mengeruhkan lagi keadaan?


Hampir segenap ruang rumahnya telah di lewati namun Khalid masih gagal mencari jalan mendekati Khalidah. Panggilan telefon dari Azman dua hari yang lalu mungkin ada logic dan relevantnya. Mengikut lapuran akhbar syarikat milik keluarga Ariffin terjejas dengan struktur kewangan dan kes ini menambah kesulitan yang sedia ada. Cadangan Azman untuk Khalid mengambil alih pengurusan sementara syarikat keluarga itu adalah jalan yang paling dekat untuk Khalid mendekati Khalidah. Khalidah juga yang tahu selok belok syarikat dan apa yang diinginkan oleh pelabur modal. Namun bagaimana aku boleh memulakannya? Tanya Khalid lagi dengan dirinya. Akhirnya keluhan juga yang terlepas dari diri Khalid.


Setelah berfikir lama dan demi kasih yang masih mendalam Khalid menghantar pasukannya untuk bertemu dengan keluarga mertua Khalidah, pemilik Sejati Holdings. Pasukan yang terdiri dari dua orang peguam, akauntan dan penilaian aset akan berbincang esok. Khalid bermohon supaya namanya di rahsiakan. Azman dan Fikri akan bersama dalam pasukan ini sebagai pemerhati kerana kebajikan Khalidah berada di senarai teratas dalam agenda Khalid. “Bersabar Id, aku tetap akan bersamamu dalam perjalanan ini, walaupun tiada siapa di antara kita yang tahu kesudahannya”.


*****


Pengurusan Sejati Holdings di ambil alih sementara oleh KZ and Partners dalam usaha menyelamatkan syarikat tersebut dari diheret ke mahkamah. Itulah lapuran terkini di corong tv yang Khalidah dengar pagi tadi sewaktu bersiap hendak ke pejabat atas permintaan keluarga mertuanya. “KZ and Partners”? Khalidah bertanya sendiri. Nama itu tidak janggal di pendengarannya namun siapakah di sebalik semuanya ini? Semestinya perbincangan telah ada sebelum dirinya dipanggil kerana pengumuman telah dibuat. Aneh, tidak mungkin? betulkah? Ligat segala pertanyaan bermain di kepala Khalidah pula kini dengan nama itu.


Khalidah menjejakan kaki buat kali pertama setelah melangkah keluar dari pejabat itu hampir empat bulan yang lalu. Entah apa yang di harapkan hari ini Khalidah juga tidak tahu dan lebih menghairankan Khalidah masih menerima bayaran sebagai pengarah dari Sejati Holdings. Khalidah pernah memulangkannya kerana merasakan dirinya tidak layak lagi menerima bayaran selepas meninggalkan syarikat dan tidak lagi menjalankan tugasnya di situ, namun Dato’ Arshad, bapa mertuanya menolak. “Kamu masih isteri Ariffin”, itulah jawapan dari Dato’ Arshad.


Setelah empat bulan bertarung dengan keadaan dirinya, perkahwinannya dan juga perbicaraan suaminya, Khalidah kembali atas permintaan bapa mertuanya dan demi tanggungjawab yang ada terhadap kakitangan yang masih bertugas, Khalidah berada di sini hari ini.


Khalidah kini punyai kekuatan untuk kembali ke dunia pekerjaan. Nasib menyebelahi Khalidah kerana tempat kerjanya dahulu ingin mengambilnya kembali bekerja. Masih ada dua bulan lagi sebelum Khalidah memulakan tugas barunya. Dalam waktu itu Khalidah berharap agar kes perbicaraan suaminya selesai dan semoga Ariffin tidak banyak dalih apabila Khalidah mengemukakan tuntutan perceraiannya buat kali kedua. Khalidah sudah bersedia menghadapi hidupnya seorang diri, walaupun bergelar janda.


Ucapan selamat pagi Khalidah terima sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bangunan. Terasa aneh dan janggal berada di sini kembali. Bekas setiausahanya menyambut kedatangan Khalidah dengan senyuman serta ucapan selamat pagi dan bertanya kabar. “Mereka sedang menunggu puan”, itu saja yang diucap lalu berjalan bersama Khalidah ke bilik mesyuarat. Sebaik saja pintu dibuka, hampir kesemua mata memandang kepadanya. Ternyata yang ada di situ adalah bapa mertuanya serta dua orang ahli lembaga pengarah yang memegang saham tertinggi syarikat tersebut beserta ahli kumpulan KZ and Partners. Khalidah diperkenal kepada setiap ahli pasukan itu dan apabila tiba kepada Azman dan Fikri, dia terhenti sebentar. Enam mata berpandangan di antara satu sama lain, namun tiada kata yang terkeluar.


Tepat sangkaan Khalidah yang perbincangan awal telah pun berlangsung sebanyak tiga kali sebelum ini dan hari ini adalah mesyuarat yang ke empat. Sekali lagi bapa mertuanya bermohon untuk Khalidah kembali bertugas dan bekerjasama dengan pasukan dari KZ and Partners demi menyelamatkan syarikat yang telah terbina selama duapuluh tahun itu. Khalidah meneliti segala cadangan yang di kemukakan dan buat sementara waktu pembuangan pekerja tidak tersenarai. Senarai teratas adalah mengurangkan pembayaran kepada ahli-ahli lembaga pengarah serta penarikan balik hak keistimewaan kepada pengarah executive seperti keahlian kelab, kereta mewah dan rumah. Begitu juga kepada pengurus-pengurus yang menggunakan kereta berjenama luar negara.

Masih ada projek yang belum mendapat kelulusan dan juga pembayaran. Khalidah tidak punyai bantahan apa-apa, yang dititikberatkan kini hanyalah kebajikan pekerja sebelum sebarang pembuangan atau pemotongan gaji di buat. Mengikut cadangan yang ada, mereka akan mengeluarkan memo dan secular kepada semua kakitangan untuk mendapat maklumbalas tentang potongan gaji sepuluh peratus setiap seorang dan potongan duapuluh peratus dari senior executive ke atas. Keistimewaan perubatan dan klinikal kekal.


Khalidah memohon dua hari untuk meneliti segalanya sebelum menandatangani perjanjian tersebut dan juga di beritahu yang proses ini hanya menunggu persetujuan darinya. Seorang lagi ahli pengarah dan rakan kongsi yang berada di luar negara telahpun memberi persetujuan bertulis. Apabila persetujuan di capai segala pentadbiran akan di uruskan oleh KZ and Partners. Itulah penjelasan yang Khalidah terima kepada pertanyaannya tentang berapa lama proses ini akan mengambil masa. Yang menjadi keberatan buat Khalidah sekarang hanyalah kerana mereka masih memerlukan dirinya berada di pejabat dan sebagai penasihat. Dengan spontan mata Khalidah tertumpu kepada Azman dan Fikri dan dari pandangan mereka seolah-olah mereka mahu Khalidah menyetujuinya.. Khalidah merasa tersepit kini di antara keinginannya untuk lepas bebas dan harapan yang terpikul di bahunya oleh kakitangan yang masih setia dengan Sejati Holdings.


Khalidah akan menggunakan tempoh dua hari yang diminta untuk mempertimbangkan permohonan mertuanya dan juga kumpulan KZ and Partners.


“Khalid di mana”? tanya Khalidah kepada Azman dan Fikri. “KZ”, Khalid Zainal kan? Tanya Khalidah lagi.


Pandangan mereka bertemu. “Khalid tiada di sini”, jawab Fikri teragak-agak dan KZ bukan hak milik Khalid, Azman menambah dan berharap semoga Khalidah percaya dengan alasan yang di beri. Mata Khalidah tidak berkelip memandang mereka.


“Ada apa-apa yang you nak sampaikan pada Khalid”? Azman bertanya memecah sunyi.


Hanya gelengan kepala Khalidah berikan. Lebih baik dia tidak tahu di mana Khalid berada sekarang ini dan lebih baik lagi andainya mereka tidak bertemu. Khalidah tersedar adalah satu kesilapan yang amat besar dengan bertanya Khalid kepada rakan karibnya. Bayangan Khalid sentiasa menghantuinya sejak empat bulan yang lalu dan juga di antara waktu-waktu deritanya bersama Ariffin. Lebih buruk lagi sekarang ini Khalidah merasakan bahawa bayangan Khalid memberinya segala kekuatan. Khalidah sedar dia tidak seharusnya begini namun hanya kenangan bersama Khalid memberinya senyuman setiap hari. Lima tahun lamanya Khalidah tidak pernah mendengar berita atau mendapat kabar tentang Khalid dan Khalidah tidak mampu untuk menafikan bahawa adakalanya terselit kerinduan pada lelaki itu. Khalid menyimpan segala rasa hatinya yang hanya terlerai di atas sekeping kertas, dua minggu sebelum hari pernikahannya.


“Kau kejam Lid, kau kejam”, tempik hati Khalidah tiba-tiba, lalu Khalidah terjelepuk di sudut ruang pejabatnya dalam tangis yang mendayu.


*****


Setiap hari ada saja wartawan yang tidak bergaji melaporkan kepada Khalid tentang Khalidah. Kadang-kadang boleh membuat Khalid ketawa sendirian sehingga kakitangan yang lain merasa hairan. Begitu juga hari ini, ketika sedang membelek lapuran kewangan Sejati Holdings untuk tiga bulan pertama sejak KZ and Partners mengambilalih susun atur syarikat termasuk aset dan juga liabilities syarikat.


“Id cantik hari nii”, lapur Fikri, baju kurung biru laut dan semuanya sedondon. “Warna kesukaan kau kan”, usik Fikri lagi lalu ketawa dan meletakan gagang telefon.


“Huh, disuruh jadi pemerhati syarikat, lain pula yang diperhati, bukannya mereka tidak tahu yang Khalidah tu isteri orang”, dengus Khalid sendirian.


Diam tak diam, telah lapan bulan keadaan ini berlalu dan kes Ariffin asyik ditangguh oleh pihak pendakwa. Khalid hairan kenapa itu yang terjadi. Autopsi mengatakan wanita itu mati akibat sesak nafas kerana pengambilan pil tidur yang berlebihan. Ketika mayatnya di temui tiada kesan rompakan atau pergelutan berlaku di dalam rumah itu. Mayat yang dalam keadaan separuh bogel dan ada kesan dicekik menjadi tanda tanya. Sehingga hari ini tiada tangkapan lain di buat selain Ariffin yang di syaki dan menghadapi tuduhan membunuh.


Mengikut lapuran juga tiada panggilan telefon atau hubungan dibuat di antara tertuduh dengan si mati dua hari sebelum kejadian. Oleh kerana kes ini di panjang-panjangkan Khalid mula mengesyaki sesuatu yang tidak selari di antara pihak pendakwa dengan tertuduh. Khalid mula mencongak sesuatu bagaimana dia boleh membantu Khalidah dengan keadaan ini pula. Sekali lagi semuanya adalah rahsia.


“Sampai bila”? Khalid menyoal dirinya kembali. Akhirnya Khalid merasakan sudah sampai masa dia bertemu dengan Khalidah.


“Selamat pagi puan” tegur Laila, setiausaha Khalidah.


“Selamat pagi” jawab Khalidah pula. Dipandang wajah setiausahanya. Kamu nampak macam gelisah sahaja? Kenapa? Apa betul tekaan saya yang kamu gelisah? Khalidah bertanya dengan penuh kehairan melihat keadaan setiausahanya itu.


“Maaf puan”, ada seorang tetamu menunggu puan di bilik tamu, jawab Laila.


“Siapa”? Khalidah bertanya.


“Dia enggan kenalkan dirinya”, tapi berkeras mahu bertemu dengan puan, jawapan Laila dalam nada yang agak ketar di pendengaran Khalidah.


“Baiklah”, jawab Khalidah. Saya akan menemuinya.


Khalidah memberikan ketukan di pintu menandakan kehadirannya. Sebaik sahaja masuk seorang lelaki bertubuh sederhana berdiri menyambut kehadiran Khalidah. Lelaki tersebut memberikan salam dan memperkenalkan dirinya sebagai Zahid seorang peguam yang mewakili KZ and Partners serta huluran kad perniagaan diberi. Salamnya Khalidah sambut lalu di persilakan duduk.


Beberapa ketika kemudian, saya pasti Puan Khalidah sudah jelas dengan segalanya dan dengan persetujuan puan juga kita boleh aturkan pertemuan dengan peguambela suami puan secepat mungkin. Setelah ucapan terima kasih Khalidah beri, Zahid meninggalkan Khalidah seorang diri dengan ribuan pertanyaan. Kalau diikutkan hati mahu saja Khalidah menyerbu pejabat KZ and Partners untuk mengetahui siapakah di sebalik semuanya ini, namun mampukah aku? Pertanyaan itu yang menghalang Khalidah setiap kali jiwanya bergelodak.


Perbicaraan akan bersambung lusa. Khalidah hanya ada hari ini dan esok untuk mengaturkan pertemuan di antara peguam peribadi Ariffin dan juga Sejati Holdings dengan Zahid. Butir-butir perbincangan kalau boleh tidak mahu di ketahui. Khalidah sudah letih dengan ini semua. Doa dan harapannya semoga Ariffin dibebaskan dengan segera dan kembali bertugas serta memudahkan mereka membuat haluan sendiri. Walau apapun yang terjadi Khalidah nekad dengan perpisahan. Tidak sedikitpun akan membuat Khalidah berganjak dengan keputusannya ini. Buat masa ini Khalidah masih berada di sini atas dasar hormat kepada mertuanya dan menyelesaikan tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Keluhan Khalidah lepaskan.


*****


Langkah Khalid ke pejabat pagi itu tidak cergas seperti selalu, seolah-olah ada perkara yang meminta dirinya untuk lambat sampai. Apalah lagi yang mengganggu diriku? keluh Khalid.


“Ada apa lagi yang tidak kena ke Id”? tanya Khalid sendirian sekaligus menyedarkan dirinya nama Khalidah yang di sebut. Nafas yang Khalid lepaskan amat berat dan membuatkan dirinya berhenti seketika. Kenapalah setiap kali hatinya tidak berasa tenang, Khalidah terlebih dahulu muncul di hadapan matanya. Khalid hanya mampu menggelengkan kepalanya apabila mengenangkan itu semua.


Hampir setahun tiga bulan Khalid serta rakan-rakan bertugas dan bertungkus lumus untuk menyelamatkan Sejati Holdings dan apabila kini semuanya telah selesai Khalid merasa lega walaupun tidak sekali dalam jangkamasa itu dia menemui Khalidah. Segala yang berlaku di sekeliling Khalidah hanya di dengari dari dua orang rakan karibnya, Azman dan Fikri. Doa dan harapannya semoga sinar bahagia bersama Khalidah mulai sekarang.


“Selamat pagi”, tegur seorang lelaki sebaik saja Khalid melangkah masuk.


“Selamat pagi”, jawab Khalid lalu menyambut huluran tangannya. Khalid memandang wajah lelaki di hadapannya. Dari raut wajah macam pernah di lihat, tapi di mana? Khalid mencari jawapan dalam kegusaran hatinya.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2012 03:05 PM | Show all posts
sanaa1 posted on 23-12-2012 02:56 PM
Surat bertarikh 21.10.2005 Khalidah tatap dan baca. Airmata merembas keluar tanpa dapat di tahan l ...

“Naim”, lelaki itu memperkenalkan dirinya, seakan tahu apa yang berlegar di dalam fikiran Khalid. Kita pernah bertemu sekali di Glasgow lebih kurang 6 tahun yang lalu, kata Naim lagi. “Boleh kita bercakap sebentar”? Naim bertanya mengejutkan Khalid yang telah terbawa kepada pertemuan dahulu.


“Boleh, silakan”, jawab Khalid agak tergagap lalu memberi arahan kepada setiausahanya untuk mengambil pesanan dan tidak menyambung sebarang panggilan. Khalid mempersilakan Naim duduk sebaik sahaja mereka berada di bilik pejabatnya. Haruman melor yang menghiasi ruang bilik itu amat menyegarkan namun perasaan Khalid gelisah dengan kehadiran Naim. Khalidah sudah memenuhi setiap ruang hati dan ingatannya sejak semalam dan tidak sanggup rasanya kalau ada berita yang tidak menyenangkan. Naim yang duduk di hadapannya dipandang dengan ribuan pertanyaan, kenapa lelaki ini muncul dalam hidupnya hari ini? Apakah yang membuatnya datang kemari? Apakah ada kena mengena dengan Khalidah? Setahu Khalid, Naim adalah sepupu Khalidah dari sebelah ibunya dan seorang lelaki yang amat Khalidah benci. Tapi, kenapa dia ke sini hari ini?


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah ucap Dato’ Arshad ketika keputusan perbicaraan di umumkan. Khalidah menarik nafas lega bersama airmata yang mengalir. Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadratMU Ya Allah ucap Khalidah dalam hati.


“Terima kasih Khalid”, ucapan itu terkeluar dari bibirnya. Khalidah masih termanggu di kerusi bila mengingatkan kata-kata yang dituturkan sendiri. Kenapa nama itu lagi yang aku sebut? Jerit hatinya. Kenapa?


“Ada apa yang boleh saya bantu puan”? tegur seorang pekerja di bangunan mahkamah. “Errr, tidak mengapa, terima kasih ucap Khalidah dan baru di sedari yang dirinya masih berada di bangunan mahkamah. Hari sudah makin petang, mungkin esok atau lusa Ariffin di benarkan pulang. Apakah aku perlu ke mari lagi? bisik hatinya yang sayu. Dengan lemah Khalidah bangun untuk pulang namun dari kejauhan kelihatan Zahid datang menghampiri.


“Terima kasih di atas segala bantuan dan kerjasama puan” ucap Zahid.


“Eh, saya yang sepatutnya berterima kasih kepada Encik Zahid”, selama tiga bulan ini Encik Zahid yang telah banyak membantu, tutur Khalidah dengan senyuman diberi.


“Kalau begitu kita sama-sama berterima kasih”, kata Zahid yang akhirnya membuat Khalidah tertawa kecil.


“Saya mohon diri dulu” pinta Khalidah lalu terus melangkah pergi.


Berita pembebasan Ariffin dan terlepas dari segala tuduhan mencedera dan membunuh tersiar di muka-muka akhbar tempatan dan juga saluran televisyen. Khalidah hanya mendengar, tiada rasa di hatinya ketika itu atau lebih tepat lagi tidak tahu apa yang perlu dirasakan. Yang pasti Khalidah sekali lagi harus menunjukan muka di khalayak ramai ketika membawa suaminya pulang esok. Berlagak sekali lagi di hadapan sinaran cahaya kamera sebagai seorang isteri yang setia dan bahagia. Keluhan yang amat berat Khalidah lepaskan kerana dirinya tidak mampu lagi untuk terus begitu. Demi maruah keluarga sendiri dan mertua Khalidah akan lakukan buat kali terakhir. Itulah janji Khalidah pada dirinya sendiri. Cukup sudah pengorbanannya selama setahun lebih ini dan belum dikira apa yang telah di lalui dalam tahun-tahun sebelumnya sebagai isteri dan juga sebagai pengarah dan pengurus syarikat.


Di rumah keluarga mertua sibuk dengan persiapan menyambut Ariffin pulang dan juga kenduri doa selamat yang akan di adakan. Khalidah melangkah masuk dengan hati yang berbaur. Bukan di sini dia ingin berada, dia ingin berada jauh dari sini, jauh dari segala, jauh dari tipu daya dan jauh dari pura-pura. Kedatangan Khalidah disambut oleh kedua mertuanya dan terus memintanya untuk ke bilik bacaan. Telah dapat Khalidah teka niat hati mereka. Sebaik saja pintu ditutup dan di kunci ibu mertuanya bertanya apakah rancangannya sekarang. Apabila perceraian yang Khalidah umumkan hampir terhenti rasanya nafas wanita itu pada pandangan Khalidah. Begitu juga kepada bapa mertua, Khalidah katakan ini adalah hari terakhir untuk semua orang melihat mereka bersama. Selepas ini tiada lagi senyuman kepura-puraan dan lakonan di hadapan semua. Khalidah meninggalkan bilik bacaan itu sejurus selepas menjawab pertanyaan mereka bagi melaksanakan tugas terakhirnya.


Setelah selesai kenduri dan apabila semua tetamu dan sanak saudara telah pulang, Khalidah dengan lemah menghayun langkah untuk beredar. Langkahnya terhenti bila Ariffin menegur.


“Perlukah you pergi malam ni”? tanya Ariffin.


“Tugas I dah selesai”, jawab Khalidah tanpa menoleh. Segala dokumen yang di perlukan ada dalam bilik, begitu juga dengan hal-hal di pejabat I pasti daddy akan terus membantu you.


“Apakah begini saja akhirnya”? Ariffin bertanya lagi. “Tak boleh ke kita duduk berbincang? I sedar dan I tahu yang I bersalah dan berdosa terhadap you, terhadap hubungan dan perkahwinan kita, tapi masakan tidak ada peluang untuk I menebus segala kesalahan ini”.


“Beginilah akhirnya”, kata Khalidah. “Selamat Malam”, I balik dulu dan Khalidah terus melangkah.


“Tunggu dulu Id”, kata Ariffin lalu menahan Khalidah dengan memegang lengannya. Khalidah merentap untuk di lepaskan. Hari dah jauh malam, tidurlah saja di sini, esok I tak akan halang kemana saja you nak pergi, lagipun hujan lebat tu. “Please Id”, bermalam saja di sini dan anggaplah ini permintaan terakhir I kepada you. Dengan kata-kata itu, Khalidah menoleh dan memandang Ariffin di depannya. Tidak pernah Khalidah fikir dan sangka yang airmata Ariffin akan tumpah. Tidak setitikpun airmata Ariffin kelihatan ketika Hafiz pergi meninggalkan mereka walaupun mummy ada memberitahu yang Ariffin menangis sendirian berhari-hari di bilik Hafiz. Aku tidak pernah melihat airmata sedihnya, tidak juga ketika dia di tahan dan di tuduh.


Kata-kata Naim bagai sembilu menghiris hati Khalid. Tidak pernah di ketahui Khalidah tersiksa batinnya begitu sekali dengan perbuatan Ariffin serta kehilangan satu-satunya zuriat mereka. Walaupun Khalidah nampak bahagia dan ceria setiap kali berjumpa, keceriaan itu tidak pernah sama dengan apa yang pernah di lihat sewaktu di Glasgow. “I tahu you di belakang semua ini, I juga percaya yang Khalidah tahu tapi demi menjaga kesejahteraan semua you bergerak di belakang tabir, tapi tahukah you yang Khalidah lebih menderita dengan kenyataan ini”? kata-kata Naim terngiang-ngiang di telinga Khalid. “Memang tidak silap I meneka kasih dan sayang you pada Id tidak pernah luntur dan mungkin bertambah lagi kini walaupun Khalidah sekarang bukan Khalidah yang dahulu”. Itulah kata-kata Naim tadi. Khalid menggenggam penumbuknya menahan sabar. Tidak tahu sekarang samada marah pada dirinya sendiri ataupun Naim sengaja mencari pasal di kala Khalidah melawan gelombang.


Kenapa Azman dan Fikri tidak pernah memberitahunya bahawa Khalidah pernah ada anak tapi kehilangan cahaya matanya itu ketika bayi itu berusia 9 bulan dan proses penceraian telah pernah di failkan di mahkamah syariah enam bulan sebelum Ariffin ditahan. Di manakah silap mereka? Kini, mengikut kata Naim, Khalidah sudah meninggalkan tanahair. Tidak seorangpun yang tahu ke mana Khalidah pergi. Mana mungkin? detik hati Khalid. Masakan Khalidah pergi tanpa memberitahu kedua ibu bapanya. Mengikut kata Naim lagi proses perceraian masih belum selesai kerana Ariffin ingin berdamai dan minta di beri peluang kedua. Apakah perlu aku menemui keluarga Khalidah? Apakah perlu aku menemui Ariffin? Kenapa Id? Kau tidak selemah ini, ke manakah perginya semangat juangmu? Apakah segala dugaan dan cabaran serta penderitaan membuat kau pergi? Ke manakah sudahnya kita kalau terus begini?


“Apa”? Azman amat terkejut ketika Khalid memberitahu keadaan Khalidah selama ini. Azman dan Fikri berpandangan sesama sendiri. Bagaimana siasatan mereka boleh terlepas pandang perkara itu. Memang tidak di sangka kerana tiada satupun lapuran tentang kematian bayi Khalidah dan Ariffin. Lagipun pada pandangan Azman dan Fikri setiap kali melihat Khalidah di muka akhbar dan majalah adalah wajah seorang isteri dan ibu yang bahagia. Khalidah juga kelihatan tenang sepanjang mereka bertugas di sana, Azman mengeluh. Memang ini tidak di sangka-sangka.


“Apa rancangan kau sekarang”? Azman bertanya kini.


Soalan yang mempunyai berbagai jawapan dan tidak tahu yang mana satu harus di dahulukan. Buat masa ini Khalidah masih isteri Ariffin, mengikut kata Naim. Ada dua situasi yang Khalid fikirkan, menemui Khalidah mungkin membuat dirinya tidak akan meninggalkan Khalidah lagi dan Khalid bimbang dirinya menjadi punca perpisahan Khalidah nanti andainya ada peluang untuk Ariffin kembali ke pangkuan Khalidah. Sebolehnya Khalid mahu Khalidah kembali kepangkuan suaminya dan sekaligus memberi peluang kepada Ariffin untuk memperbaiki kesilapan. Khalid pergi meninggalkan Khalidah kerana kasih yang ada dan kerana kasih juga Khalid mahu Khalidah mempertahankan rumahtangga yang di bina. Namun tidak mudah untuk Khalid membuat andaian kerana tidak mengetahui keadaan sebenar kedua belah pihak.


Khalid runsing. Hampir seluruh hidupnya di penuhi Khalidah sejak mimpi itu dan sejak menerajui Sejati Holdings, syarikat milik keluarga Ariffin. Sebagai tanda kasih dengan ikhlas Khalid mendoakan kebahagian Khalidah di mana jua dia berada dan andainya nanti mereka bertemu biarlah pertemuan yang gembira, bukan Khalidah yang dalam duka nestapa. Hanya doa Khalid pohon sehari-hari dalam mengharungi perjalanan hidupnya dan kini telah tiba masa untuk dia meneruskan kembali perjalanannya seperti dahulu. Khalidah tetap di hati, belum ada dan tidak mungkin ada pengganti.


Ombak laut yang memukul pantai serta angin yang kuat mungkin mampu menumbangkan manusia di kala ini. Begitu juga dengan Khalid. Hati dan perasaannya berombak ganas kerana gagal melupakan Khalidah. Khalidah hidup dalam dirinya di mana saja dia berada. Dalam melawan rasa dan berusaha untuk melupakan kenangan indah bersama, mata Khalid asyik memerhati anak-anak berlari dan bermain di pantai melalui lensa kameranya. Entah kenapa kampung nelayan di Marang menjadi pilihan untuk beristirehat seketika sebelum kembali menjelajah benua dalam urusan perniagaannya.

Hobi baru yang Khalid temui sejak setahun lalu tapi terhenti sementara kerana tugas yang di pikul. Khalid melihat segalanya melalui lensa tersebut, melihat keindahan alam ciptaan Tuhan dan berharap agar dirinya dapat melihat segala keindahan itu buat selama-lamanya. Segalanya tetap indah, tiada cacat dan cela kerana lensa merakam detik indah buat selamanya.


Di antara keindahan pantai dan buaian pohon kelapa, lensa kameranya merakam langkah seorang wanita yang sedang menyusuri pantai. Dengan perlahan Khalid mengikuti hayunan langkah wanita tersebut. Ada buku di tangannya dan segalanya terhenti ketika wanita itu melintasi hadapannya. Sepantas kilat jari Khalid memetik butang kameranya dan sepantas itu juga wanita di hadapannya berdiri kaku.


Pandangan mereka bertemu. Tidak bergerak. Hanya desiran angin yang kedengaran seolah menyampai kata di antara dua manusia. Dengan segala kekuatan yang ada Khalid menghampiri wanita di hadapanya. Memang tidak pernah Khalid duga dan sangka namun inilah hakikatnya.

Senyuman Khalid beri. Hatinya terlalu gembira, walaupun air jernih sudah nampak di mata.


Sebagai pernah terjadi hampir tujuh tahun dahulu, Khalidah rebah dalam rangkulan Khalid bersama deraian airmata. Akan tetapi kini tiada lagi perpisahan, itulah janji Khalid ketika pelukan di kemaskan bersama airmata yang menitis.


*****


Epilog


Suara anak-anak berlari riang menambah seri cuaca di petang itu. Ketika semua orang sibuk dengan persiapan menyambut hari lahir Anis Hanani yang kedua, abangnya Amir yang berusia lima tahun sibuk juga menyelit sana sini untuk mendapat perhatian dari ayahnya.


Senyum gembira seorang ibu terpancar ketika melihat anak dan ayah bermain dan berlari. Gelak tawa mereka adalah penghibur hidupnya sehari-hari dan tidak pernah terbayang bahawa dirinya masih berpeluang mengecapi bahagia bergelar isteri dan ibu. Lamunannya terhenti apabila si gadis comel datang berlari di ikuti oleh abang dan ayah.


“Nak air”, pinta si kecil. Iras muka Anis lebih kepada ayahnya. Itulah kata-kata yang sering Khalidah terima setiap kali bertemu sanak saudara dan mereka sering merujuk Amir sebagai photocopy dirinya. Baru berusia lima tahun ke mana sahaja dengan buku. Baca atau tidak bukan ukurannya. Yang pasti buku mesti ada di tangan dan di bawa ke mana sahaja. Akhirnya lebih banyak buku yang hilang tertinggal di mana-mana dari di baca.


“Ibu bagi adik saja”, rungut Amir. “Abang haus juga”, kata Amir dengan senggeh dan mimik nakalnya.


Ayah hanya senyum memandang. Senyum ayah yang mampu buat ibu jatuh cinta padanya untuk kesekian kali. Senyuman itu juga yang berjaya melembutkan hatiku untuk menerima kehadirannya kembali dalam hidupku. Khalid menanti dalam diam.


Kami bertemu kembali setelah sekian lama terpisah. Hampir tujuh tahun tanpa berita akhirnya Marang menemukan kami dalam kekalutan yang masih menyelubungi hidupku. Khalid tetap seperti dahulu. Mendengar, memujuk, menasihati tanpa penat dan jemu. Memang terlalu payah untuk melihat Khalid marah dan entah bila pula Khalid berduka. Tujuh tahun tidak mengubah itu semua dan tidak sekalipun dalam penantiannnya menunggu jawapan pasti dariku membuat Khalid memaksa.


Hampir dua tahun Khalid menanti dan selama itulah dan sehingga kini Khalid tidak pernah bertanya tentang apa yang telah dan pernah aku lalui. Bagi Khalid memori duka hanya sebagai panduan untuk tidak mengulanginya semula dan hadirnya kembali bukan untuk menambah episode duka dalam hidup ku. Andainya aku mahu bercerita dia sudi mendengarkannya, tetapi tidak sesekali akan bertanya. Menjadi orang di belakang tabir selama tempoh perbicaraan Ariffin dan pengambilalihan Sejati Holdings sudah cukup buat Khalid untuk mengetahui segalanya.


Sentuhan lembut ketika menguak rambutku menyedarkan bahawa aku telah jauh di bawa angan sehingga terlupa orang-orang tersayang berada di sekeliling. Senyuman itu tidak pernah lekang, entah apa ilmu di pakai senyuman itu sama sahaja sejak dulu dan Anis kini mewarisinya.

Mengambil tempat di sisi lalu merangkul manja bahuku seolah menjawab segala pertanyaan. “Thank you”, kataku. “Untuk”? dia pula bertanya. Dengan tawa kecil aku merebahkan kepala di bahunya lalu menjawab untuk hari ini, esok dan selamanya.


Angin di lewat petang awal musim dingin di Glasgow menyambut kami. Lipatan sejarah hidup kami bermula di sini dan Khalid mahu mengulanginya kembali. Glasgow menjadi tempat percutian kali ini sekaligus menyambut hari lahir Anis yang kedua. Aku terlena dalam kenangan, dalam dakapan kasih dan sayang.


Owned and written by : Sanaa 26/11/10


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.071057 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list