CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

BaLaDa HaTi.. ~tamat~

[Copy link]
 Author| Post time 14-12-2012 03:34 PM | Show all posts
Hari berganti hari..

Hampir seminggu sudah Shahir tidak menghubungi Balqis. Bermacam-macam mesej sudah Balqis hantar untuk bertemu dengan Shahir. Langsung tidak dibalasnya.Balqis sudah seperti gila talak pula!

Shahir pula memang sengaja dan kalau boleh tidak mahu langsung ada hubungan dengan Balqis. Hatinya sudah ada pada Najwa yang masih lagi status isteri kepada Rayyan itu. Setiap kali Balqis hubunginya, setiap kali itulah dia akan cuba silentkan. Cuba menunggu masa untuk tukar nombor baru.

Hari penentu bagi Rayyan dan Najwa semakin hampir. Keputusan sama ada mereka masih lagi suami isteri ataupun akan berpisah akhirnya. Najwa pula seperti sudah tidak sabar untuk ke mahkamah . Manakala Rayyan masih lagi memohon doa agar keputusan yang dibuatnya adalah yang terbaik semasa di mahkamah nanti.


                                                       ...............................................................

Rayyan masuk ke dalam bilik tidur utama mereka. Kedengaran Najwa sedang mandi! Dia melihat jam di dinding. Menunjukkan pukul 8.00 malam. Rayyan merebahkan punggungnya di katil. Di capainya remote televisyen. Baru sahaja dia hendak 'on' kan televisyen, handphone Najwa berdering. Dering Mesej! Rayyan memandang pintu bilik air. Dengan keberanian yang ada, dia membuka mesej itu.

*Sayang, I tunggu kat kedai minyak Shell Taman Selasih tu tau.. U jangan lambat sangat erk.. Rindu sangat-sangat kat U..Mmuahhh!!!*

Bagaikan dipanah petir! Tertera pulak nama 'My sweetheart' menyebabkan Rayyan bagaikan tercabut nyawa. Sedih! Di padamkannya mesej itu dengan hati yang cukup marah. Tombol pintu bilik air dipulas. Dengan pantas Rayyan meletakkan kembali handphone Najwa itu di tempat asal. Rayyan berlakon seolah tiada apa yang berlaku.

Najwa yang hanya bertuala itu keluar dan terkejut melihat Rayyan sedang baring di katil sambil menonton televisyen. Najwa langsung tidak mengendahkan suaminya itu. Dipakainya dress paras peha lalu disemburnya minyak wangi. Kemudian dirapinya rambut yang masih basah itu.

"U nak ke mana?" Rayyan tiba-tiba bersuara.

"Mana-mana aje.." Najwa mengambil handphonenya lalu keluar dari bilik itu.

Rayyan menahan airmatanya dari mengalir. Sedih kerana dia gagal! Gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.


                                                   .......................................................

Najwa masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Handphone di capai lalu mendail nombor Shahir.

"U kat mane ni?" tanya Najwa sambil memandu.

"Aik? Kan I dah mesej U tadi.. U tak baca erk?"

"Mesej? Tak ade pun.."

"Eh, yeke? Takkan I silap hantar pulak?"

"I ingat U dah lupa.."

"Tak de la, sayang.. Sekarang I dah sampai kat Shell Taman Selasih ni.. Cepat sikit!"

"Yeee..I dah on the way dah pun nii.. Sabar yeee"

"Hihihi..dengan U mana la I boleh sabar.."

"Nakal!"

Rupa-rupanya Najwa tidak sedar yang Rayyan sedang mengekorinya dari belakang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2012 04:22 PM | Show all posts
Terkumat kamit Rayyan membaca doa semoga dirinya begitu tabah dan kuat dengan apa yang akan berlaku pada dirinya lepas ini. Dengan sedaya upaya Rayyan mengekori Najwa agar Najwa tidak sedar akan kehadirannya.

Najwa sudah pun tiba di Shell seperti yang dijanjikan. Dia mengambil parking. Kemudian dia keluar lalu masuk ke dalam kereta Honda Jazz hitam. Jantung Rayyan semakin berdebar dengan rancaknya.

"Kau berikanlah aku petunjuk-Mu Ya Allah.." doa Rayyan.

Perlahan-lahan Rayyan mengekori kereta Honda Jazz itu dari belakang.


                                                           ..........................................................

Najwa memegang tangan Shahir. Kemudian dilentukkan kepalanya di bahu Shahir pula.

"I tak sabar nak hidup bersama dengan U.." ucap Najwa.

"Sama laa.." Terus Shahir mengucup dahi Najwa.

Tiba-tiba handphone Shahir berdering. Tertera nama Balqis di skrin. Najwa perasan. Diambilnya handphone Shahir itu lalu dijawabnya.

"Hello.. Shahir.." panggil Balqis.

"Ko nak ape?!" tanya Najwa kasar.

Balqis terkejut! Dia ingat dia salah call, rupanya betul. Tapi kenapa perempuan pula yang jawab?

"Siapa ni?" tanya Balqis yang suaranya sudah bergetar itu.

"Aku bakal isteri Shahir.. Kenapa kau call dia?"

Balqis terus terduduk. Mimpikah dia? Airmata mula mengalir.

"Jangan ganggu kami lagi! Kami sudah cukup bahagia hidup bersama. Aku nak kau padamkan sahaja nombor Shahir ni dan anggap Shahir sudah tiada dalam hidup kau!" Najwa terus mematikan talian.

Balqis diam seribu bahasa. Tiada perkataan yang dapat diungkapnya melainkan airmata yang mengalir deras itu.


                                                       .........................................................

Sesekali Shahir memandang Najwa. Najwa menjerling tajam. Menunjukkan dia cemburu!

"Nape ni, sayang?" tanya Shahir sambil memegang tangan Najwa.

"U masih berhubung dengan perempuan tu ke?"

"Tak de laa.. Dia yang tergilakan I.. I tak layan pun dia.."

"Yeke?"

"Ye.. Sumpah!! Dia yang cari I.. Macam-macam mesej dia hantar. I tak balas pun. Sebab I dah ada U.." Shahir mencubit manja pipi Najwa.

"I nak U tukar cepat nombor U ni.."

"Ok! Demi U apa pun I sanggup buat.."

Terus Najwa mengucup pipi Shahir.


                                                      .....................................................................


Rupa-rupanya Shahir membawa Najwa ke Genting Highland. Memadu asmara kekdahnya! Malam yang sungguh dingin. Rayyan yang setia dan tabah menunggu jawapan bagi persoalannya masih mengikut kereta Honda Jazz itu dari belakang. Shahir langsung tidak perasan dia diekori. Maunya tak perasaan, tengah mabuk cinta katakan!

Shahir memarking keretanya di sebuah hotel mewah di genting itu. Tetapi parkingnya agak hujung dan juga sunyi dari kunjungan orang lalu lalang. Shahir mematikan enjin kereta. Sedikit sahaja tingkap dibuka supaya ada udara keluar masuk dalam kereta itu. Tau pulak takut mati kan?

Shahir dan Najwa bertentang mata. Kemudian Shahir mula memegang tangan Najwa yang gebu itu.

"Cinta I pada U tak penah padam. Dan I nak U jadi isteri I.." Shahir terus mengucup tangan Najwa.

"I pun cintakan U.. Terlalu sayangkan U. Lepas I bercerai nanti, kita kahwin erk.."

"Mesti la!"

Mereka berdua berbalas ketawa. Kemudian masing-masing hanya manusia biasa. Punyai nafsu. Nafsu yang tidak boleh dikawal. Wajah Shahir semakin dekat dengan wajah Najwa. Kemudian mereka hanyut di dalam buaian kucupan dan Najwa bertindak lebih agresif dengan membuka pakaiannya.

Tiba-tiba seperti yang dijangkakan, tingkap kereta Shahir itu diketuk. Apa lagi, Shahir dan Najwa terkejut bukan kepalang! Wajah Rayyan muncul bersendirian!

"Keluar kau! Aku cakap keluar!!!!!!" jerit Rayyan pada Shahir sambil membuka pintu kereta itu.

Shahir yang terkocoh-kocoh menutup zip seluarnya lalu keluar dari kereta. Habis menggeletar seluruh tubuh Najwa. Dia mengenakan kembali pakaiannya lalu keluar dan berdiri di sebelah Shahir.

"Siapa lelaki ni?" tanya Rayyan pada Najwa.

Najwa diam.

"Aku tanya siapa lelaki ni???? Kau pekak ke??!!!!!" Rayyan bertindak kasar dengan menolak kepala Najwa.

"Saya boyfriend lama dia.." jawab Shahir konon gentleman.

"Ooooo boyfriend lama erk.." Terus satu tumbukan mengena tepat ke hidung Shahir.

Shahir jatuh terduduk. Handphone di dalam poketnya jatuh terkeluar. Rupa-rupanya Balqis sedang menghubunginya. Sengaja Shahir 'silent'kan. Wajah Balqis di skrin telephone Shahir terpampang. Rayyan perasan! Wajah itu amat dikenalinya.

"Itu awek ko yang call kan?? Tu pun masih menggatal dengan isteri orang! Setan!!!!" Rayyan terus menyepak tubuh badan Shahir yang sedikit lemah itu.

"Sudah la tuu.." Najwa cuba memujuk Rayyan.

Rayyan terus menampar muka Najwa. Najwa tersandar ke kereta. Berdarah gusinya.

"Patutla tak sabar nak bercerai dengan aku..rupanya dah jumpa balik dengan kekasih hati." kata Rayyan sambil memandang Shahir.

"Sebenarnya.."

Belum sempat Najwa menghabiskan ayatnya, Rayyan sekali lagi menampar muka Najwa.

"Aku akan lepaskan kau! Sekali aku ludah, aku tak akan jilat balik! Jumpa di mahkamah.." kata Rayyan lalu berjalan pantas ke arah keretanya.

Shahir hanya diam. Dia memandang Najwa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 05:30 PM | Show all posts
Sambung lg momey
Tgh rancak nie
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 05:42 PM | Show all posts
Lagi cik momey...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 09:51 AM | Show all posts
Balqis menangis dan terus menangis. Kenapa semua ini harus terjadi setelah dia mula menyimpan hati dan perasaan pada Shahir? Dia bangun lalu melihat wajahnya di cermin. Matanya bengkak! Menangis kerana lelaki yang bernama Shahir.

"Sebab macam ni la aku tak nak bercinta lagi.. Sakit!!!!" Balqis menjerit sendirian di dalam rumah itu.

Tiba-tiba handphonenya berdering. Cepat-cepat Balqis mencapainya. Dalam hati mengharapkan Shahir yang hubunginya. Dia menjawab panggilan itu tanpa melihat skrin handphonenya.

"Hello.. sayang.."panggil Balqis sambil mengesat airmatanya.

"Hello. Balqis, saya ni Rayyan.." suara Rayyan agak lemah.

Balqis tersentap! Dilihat nama di skrin handphonenya semula. Rupanya memang Rayyan yang hubunginya. Balqis mengeluh.

"Ada apa, Encik Rayyan?"

"Esok awal pagi saya nak awak datang jumpa saya. Ada hal penting saya nak bincang dengan awak.."

"Ada meeting ke awal pagi esok?"

"Hal peribadi..tiada kene mengena dengan hal kerja.."

"Ooo..yelah.."

"Ok, thanks. Assalammualaikum.."

"Waalaikummussalam.."

Talian dimatikan. Balqis kembali sugul.


                                                   ................................................................


Rayyan memasuki perkarangan rumah banglo mewah milik ayahnya itu. Handbreak ditarik. Kemudian dia keluar dari kereta lalu berjalan ke pintu utama. Pintu dibuka. Muncul muka Mak Tom selaku orang gaji di rumah itu.

Rayyan masuk tanpa berkata apa-apa. Mukanya pucat dan matanya sedikit lebam.

"Rayyan!" panggil Dato Mustaffa yang sedar akan kedatangan anaknya itu.

Rayyan menghentikan langkahnya. Dia memandang wajah ayahnya itu.

"Kenapa ni?"

Rayyan diam.

"Duduk.. Kita bincang sama-sama.."ajak Dato Mustaffa lembut.

Rayyan mengambil tempat duduk bertentangan dengan ayahnya.

"Mak Tom, buatkan air untuk saya dan Rayyan.." pinta Dato Mustaffa.

Mak Tom hanya menggangguk lalu ke dapur. Dato Mustaffa memandang Rayyan. Dia tahu anaknya itu sedang menghadapi masalah yang besar.

"Luahla apa yang Rayyan nak luah sekarang..Papa sudi mendengarnya.." Dato Mustaffa begitu sayangkan anak tunggalnya itu.

Rayyan sebak. Air mata jantannya mula mengalir.

"Sayang.. nape ni?" tanya Datin Madihah yang tiba-tiba muncul lalu mengusap wajah anaknya itu.

Rayyan yang begitu tertekan itu terus memeluk ibunya. Dia menangis. Dato Mustaffa dan Datin Madihah saling berpandangan. Dato Mustaffa memberi isyarat supaya mendiamkan diri buat seketika waktu. Memberi peluang kepada Rayyan untuk melepaskan tekanan yang disimpannya.

Rayyan mengusap airmatanya. Dia cuba mengawal perasaan.

"Rayyan dah buat keputusan. Rayyan nak berpisah dengan Najwa.." ucap Rayyan lemah tetapi tegas.

Dato Mustaffa dan Datin Madihah sekali lagi terkejut.


                                                       .....................................................


Najwa dan Shahir masih lagi di dalam kereta. Masing-masing melayan perasaan.

"I takut.." Najwa memulakan perbualan.

"U takut ape ni?"

"Rayyan akan tinggalkan I.."

"Yelah! Kan itu yang U mahu kan?"

"Tapi.."

"Kenapa? U takut kalau Rayyan lepaskan U dan I tak akan bertanggungjawab pada U ke? Itu maksud U kan?"

"Betol ke U sayangkan I?"

Shahir terus memegang tangan Najwa.

"Buat apa I tempoh semua ni dengan U kalau I tak sayangkan U? U nak I buktikan apa lagi?"

Najwa diam. Betulkah tindakan yang dibuatnya ini? Bercerai dengan Rayyan dan mengahwini Shahir?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 12:36 PM | Show all posts
Konflik cinta bersegi2...

Mana smbungnya momey syayam...? agak2 rayyan nk jumpa balqis ajk kawin kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2012 02:22 PM | Show all posts
Pada keesokkan paginya..

Rayyan nampak Balqis agak kelam kabut masuk ke dalam biliknya. Rayyan mengambil handphonenya lalu keluar dari bilik dan ke bilik Balqis. Pintu bilik Balqis diketuk.

"Masuk.."panggil Balqis tanpa memandang ke arah pintu.

"Assalammualaikum.."

Balqis seperti pernah dengar suara itu.

"Eh, Encik Rayyan! Waalaikummussalam.. Sorry.. Saya terlambat. Sepatutnya saya yang datang jumpa encik.."

"Tak pe.." Rayyan berjalan ke arah Balqis.

"Kita nak bincang di sini ke?" tanya Balqis lembut.

"Kita bincang kat luar la.. Lagipun hal peribadi.."

"Baiklah. Saya ikut je.."

Balqis malas melawan cakap bos nya itu. Dia mengikut Rayyan dari belakang.


                                                                ....................................................


Perlahan-lahan Shahir membuka matanya. Matanya disinari cahaya matahari pagi. Kemudian dia memandang ke arah kanannya. Najwa masih kusyuk tidur. Shahir tersenyum. Dikucupnya dahi Najwa.

"Morning, sayang.."

Najwa terkejut. Suara Shahir sayup-sayup kedengaran. Dia memandang Shahir. Mereka berdua berbalas kucupan. Masih belum sedar lagi nampaknya mereka berdua ini!

"Love u so much.." ucap Shahir sambil mengucup tangan Najwa.

"Love u too.."

"U dah ok ke?"

"Ok sikit.."

"U jangan risau-risau tau.. I sentiasa bersama dengan U.."

Najwa tersenyum. Dia betul-betul yakin akan Shahir kali ini. Baru sahaja Shahir hendak memeluknya, Najwa seperti hendak muntah. Ditolaknya badan Shahir.

"Nape ni?" tanya Shahir sedikit gelisah.

"U ni busuk laaa.." Najwa menahan muntahnya.

"Busuk erkk.. Jom mandi! U pun busuk gak tau!!" Sekali lagi Shahir hendak mengangkat Najwa, dan Najwa sekali lagi hendak muntah.

Kali ini Najwa terus ke sinki dan muntah! Jantung Najwa berdegup laju. Dia dan Shahir saling berpandangan.


                                                         ....................................................


Setibanya di kedai mamak berhampiran..

Balqis dan Rayyan duduk bertentangan. Datang seorang mamak untuk mengambil pesanan.

"Saya nak 1 set roti bakar dengan nescafe panas.. Awak, Balqis?" tanya Rayyan sambil tersenyum.

"Sama la saya pun.."

Mamak itu mengambil pesanan lalu beredar. Balqis masih menanti apa yang hendak dikatakan Rayyan. Seperti serius bunyinya.

"Balqis, tujuan saya ajak awak keluar ni nak bincang hal peribadi. Dan saya nak awak jujur dengan saya. Dan juga saya nak awak anggap setiap soalan saya hanyalah untuk menjawab persoalan saya sahaja.." kata Rayyan yang tidak mahu membuang masa lagi.

Balqis semakin berdebar. Dia mengangguk perlahan.

"Awak dah bertunang?" tanya Rayyan.

"Belum.. Tapi hampir bertunang. Kenapa, Encik?"

"Boyfriend awak namanya Shahir?"

Balqis terus terkejut! Macam mana Rayyan boleh tahu sedangkan dia tidak pernah kenalkan Shahir pada bosnya itu.

"Ya. Nama dia Shahir. Kenapa ya, Encik? Encik buat saya takut plak.."

"Jangan takut. Saya nak ceritakan sesuatu ni.. Saya harap awak tenang dan banyak bersabar.."

Balqis melepaskan nafasnya. Dia sudah bersedia apa pun yang akan berlaku selepas ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 02:36 PM | Show all posts
Beberapa minit selepas itu..

"Itulah kisahnya. Saya tak sangka semua ni terjadi pada saya. Hanya kerana seorang lelaki yang bernama Shahir.."cerita Rayyan terus terang pada Balqis.

Balqis menangis. Rayyan cepat-cepat menghulurkan sehelai tisu padanya.

"Saya dah agak.."

"Maafkan saya kerana terpaksa ceritakan semua ini pada awak. Saya tak nak awak kecewa seperti saya sekarang.."

"Saya faham. Terima kasih, encik kerana ceritakan semua ini pada saya.."

"Tapi kalau saya tipu macam mana?"

"Saya tahu encik takkan tipu dalam hal sebegini.."

Rayyan diam. Habis diceritakan tentang hubungan isterinya dengan Shahir. Balqis terpaksa menerimanya walaupun pahit untuk ditelan.

"Saya akan lepaskan isteri saya.."

"Ha? Encik tak sayangkan dia ke?"

"Cinta dan sayang saya pada dia dah hilang! Sepenuh hati saya menerimanya. Saya tatang dia dengan minyak yang penuh. Tapi ini dia balas dengan begitu pantas sekali! Dengan berlaku curang di belakang saya! Hati suami mana yang tak tersinggung kalu isterinya curang.."

Balqis diam. Sekali lagi dia dikecewakan oleh manusia bergelar lelaki!


                                                           ................................................................


Shahir dan Najwa check out dari hotel itu. Najwa masih tertanya pada dirinya kenapa dia tiba-tiba berasa loya. Seperti dirinya yang pernah mengandung suatu ketika dahulu.

"U jangan la risau sangat.. Tak ada apa-apa tu.." pujuk Shahir.

"Kalau I mengandung macam mana?"

"Takkan laa.. kan I 'lepas' luar kan? hahaha"

"U jangan gelak boleh tak?! I serius ni.."

"Adoi.. U ni terlampau ikut perasaan sangat la. Tak ada apa pun."

"I nak U bawak I pergi klinik."

"Nak buat ape?!"

"Test la!"

"Adoi.. U ni.."

"I kena buat juga test ni! Sebab I rasa badan I lain macam sangat.."

"Ikut U laa.." Shahir sudah malas hendak melayan karenah Najwa. Dia membawa Najwa ke klinik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2012 02:42 PM | Show all posts
Sudahnya mengandung gak ngan jantan lain...elok ler bercerai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:55 PM | Show all posts
Sebenrnya shahir ni betul2 ke nak si najwa tuh...?...nak kena kill, kill, die, die......

Rayyan...cepat2 pinang balqis...abih citer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 03:49 PM | Show all posts
Rayyan dan Balqis balik semula ke pejabat. Balqis masih diam membisu. Rayyan faham akan perasaan Balqis pada ketika itu. Dibiarkan sahaja.

"Saya masuk bilik dulu ya.." pinta Balqis.

Rayyan tersenyum lalu mengangguk. Dipandangnya Balqis sehingga hilang dari pandangan matanya.

"Encik Rayyan.." panggil Haris.

Rayyan memandang Haris. Kemudian dia membuat isyarat supaya Haris masuk ke dalam biliknya.


                                                                   .........................................................


Najwa dan Shahir keluar dari klinik. Kemudian dengan pantasnya Najwa terus menampar muka Shahir. Beberapa orang yang berada di kawasan itu memerhatikan gelagat mereka berdua.

"Hei, apehal ni Najwa? Sakit laa" Shahir meninggikan suaranya.

"U tahu tak I mengandung?"

"So?"

"Anak ni anak U!"

"Abis tu?"

"Kenapa dengan U ni? U tak faham lagi ke?? I kan masih isteri Rayyan.."

"Adoi..kan U dah nak bercerai dengan dia kan??"

"I stress laaaaa!!!"

"U masuk dalam kereta sekarang!" jerit Shahir yang sudah lama hilang sabar dengan perangai Najwa.

"Apehal U nak tengking-tengking I plak ni?!"

"I cakap masuk, masuk la!!!" Shahir menarik lengan Najwa lalu membuka pintu kereta. Najwa akur dan terus masuk ke dalam kereta.

Shahir menghidupkan enjin kereta lalu pergi dari kawasan itu. Najwa memandang Shahir dengan penuh geram.

"Kasar betul U pegang tangan I tadi.." kata Najwa sambil mengurut lengannya yang sedikit kebiruan itu.

"U boleh bawa bersabar tak? U kalau stress, I lagi stress.."

"I takut..."

"U takut ape ni hah?! I kan ada.."

Najwa seperti kerasukan. Dia tarik-tarik tangan Shahir yang tengah memandu itu.

"Apa ni, Najwa?! Jangan ganggu saya la! Saya tengah bawa kereta ni.."

"U mesti bertanggungjawab dengan anak ni.. I tak nak U tinggalkan I.." Najwa masih meronta-ronta.

"Najwa!!"

Mereka berdua memandang ke hadapan. Lori tanah sedang menghala ke arah mereka. Rupanya Shahir telah memasuki lorong di arah bertentangan.

"Arghhhhhhh!!!!!!!!!"


                                                        .................................................................

Rayyan bangun untuk mengambil fail di rak bukunya itu. Tiba-tiba gambar kahwinnya bersama Najwa itu terjatuh ke permaidani. Angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba frame gambar itu terjatuh. Rayyan mengambilnya lalu ditatap. Kemudian handphonenya berdering.

"Hello.."

"Hello. Encik Rayyan ke?"

"Ya, saya bercakap. Siapa ni?"

"Saya dari Hospital Kuala Lumpur. Isteri encik terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Encik dikehendaki datang ke hospital sekarang."

Frame kahwin yang dipegang Rayyan tadi terhempas jatuh ke bawah. Dia diam seribu bahasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2012 04:17 PM | Show all posts
Rayyan masuk ke dalam bilik Balqis.

"Saya nak ke HKL.."

"Kenapa, encik?"

"Isteri saya kemalangan.."

"Shahir?" Balqis masih menyimpan perasaan sayang pada Shahir.

"Awak boleh ikut saya kalau awak nak.."

Balqis diam.


                                                               ......................................................


Di Hospital Kuala Lumpur..

Rayyan dan Balqis berjalan pantas menuju ke wad kecemasan. Baru sahaja Rayyan hendak bertanyakan pada jururawat di situ, kelihatan satu troli mayat sudah keluar dari wad kecemasan itu. Rayyan menggeletar. Dihampirinya mayat itu lalu diselaknya kain putih yang membaluti mayat tersebut.

"Shahir?????"

Balqis terlopong. Dia jatuh terduduk. Hampir pengsan dibuatnya.

"Nurse, cepat bantu dia.." arah Rayyan meminta jururawat di situ mengangkat Balqis.

Rayyan mengangkat Balqis duduk di kerusi roda yang dibawa jururawat di situ. Air direnjiskan sedikit ke muka Balqis. Balqis sedar. Dia sebak.

"Saya sedang bermimpi ke?" tanya Balqis teresak-esak.

"Sabar.. Semua ni ujian dari-Nya.." Rayyan memujuk Balqis.

"Encik Rayyan.." panggil Doktor.

Rayyan memandang doktor tersebut dan terus berjalan ke arah doktor itu.

"Macam mana dengan isteri saya?" Rayyan menanti dengan penuh debaran.

"Isteri Encik Rayyan memang parah. Kami dah tak boleh buat apa-apa. Hanya menunggu masa sahaja.."

"Saya nak jumpa isteri saya boleh?"

Doktor mengangguk.


                                                           .......................................................

Rayyan memandang Najwa yang terbentang kaku di atas katil itu. Memang parah! Menitik airmata Rayyan. Dia mendekatkan dirinya dengan Najwa.

Najwa hanya boleh mengalihkan pandangan matanya sahaja. Anggota badannya yang lain sudah lumpuh. Airmata mula mengalir membasahi pipi. Najwa mula menarik nafas panjang dan sudah tersekat-sekat.

Rayyan mengajar Najwa mengucap. Dan akhirnya Najwa pergi buat selamanya. Rayyan redha andai ini takdirnya.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 05:01 PM | Show all posts
hurm kesudahan hidup yg sangat sadis
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 07:30 PM | Show all posts
Tinggal sorang lagi pengacau~~Tasya~~.....huhuhuhu...
Takkan la cite ni abis camni je kan TT??...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 08:43 AM | Show all posts
Beberapa bulan kemudian...

Rayyan mengaminkan doanya sesudah selesai menunaikan solat subuh pada pagi minggu itu. Rayyan memandang setiap gambar kahwinnya bersama arwah Najwa di satu sudut perhiasan di hujung katilnya. Dia sudah mula boleh menerima takdir yang ditentukan. Rayyan bangun lalu duduk di atas katil. Diambilnya semua gambar-gambar tersebut lalu di masukkan ke dalam kotak kosong di hadapannya. Biarlah semua itu menjadi kenangan dan hidup mesti diteruskan!

Rayyan mengambil gambar Najwa yang terakhir. Ditatapnya wajah arwah.

"I dah lama maafkan U. Semoga U tenang di 'sana'.." Rayyan mengucup gambar itu lalu disimpannya dalam kotak.


                                                          ...................................................................


Begitu juga dengan kehidupan Balqis. Agak makan masa juga la dia mahu lupakan Shahir. Tetapi lama kelamaan setelah mencari kekuatan, dia menerimanya dengan redha.

Kehidupan Balqis pun sedah berubah sikit demi sedikit. Dengan berkat menyimpan duit gaji yang diterimanya, dia sudah memiliki kereta swift yang juga kereta impiannya. Dia juga tidak putus-putus mengirimkan duit bulanan kepada mak angkatnya di kampung. Walaupun layanan yang diterimanya kurang baik.


                                                                 .....................................................

Sesudah keluar dari lif, Rayyan dengan wajah yang cukup ceria pagi itu mengukir senyuman kepada setiap stafnya di situ.

"Assalammualaikum, semua.." ucap Rayyan lembut.

Semua stafnya menjawab salam Rayyan tersebut. Mereka sedikit gembira kerana Rayyan kembali ceria tidak seperti dahulu. Asyik murung dan diam sahaja. Bersyukur kerana Rayyan cepat sedar! Rayyan masuk ke dalam biliknya.

Beberapa minit kemudian, dia keluar kembali lalu ke pantry. Kelihatan Balqis sedang duduk sambil mengunyah biskut. Balqis sedar akan kehadiran Rayyan lalu cia cepat berdiri.

"Encik Rayyan.. Morning.." ucap Balqis sambil menundukkan sedikit wajahnya.

"Assalammualaikum.."

"Waalaikummussalam.."

"Dah minum ke?"

"Belum. Eh, kalau encik nak air biar saya yang buatkan.."

"Tak pe. Kali ni biar saya yang buatkan ok?" kata Rayyan sambil tersenyum lalu mengambil dua mug di hadapannya.

Balqis hanya diam dan memerhatikan sahaja gelagat Rayyan pagi itu.

"Balqis ok ke?" tanya Rayyan sambil menghulurkan mug berisi air nescafe itu.

"Ok je.."

Rayyan tersenyum.

"Yang hidup, mesti teruskan hidup. Saya masuk bilik dulu ya.." kata Rayyan lalu keluar dari pantry itu.

Balqis hanya mengangguk. Dia memandang air nescafe di hadapannya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 09:27 AM | Show all posts
Haris mengetuk pintu bilik Rayyan.

"Masuk.." panggil Rayyan sambil mengemas fail-fail yang berselerak di atas mejanya.

"Encik Rayyan, Dato Mustaffa panggil masuk ke dalam bilik meeting sekarang."

"Macam ada kes besar je.."

"Ntah la, encik.. Tapi Dato macam agak releks je.."

"Tak pe la. Kejap lagi saya masuk."


                                                     ......................................................


Rayyan mengetuk pintu bilik mesyuarat lalu masuk. Beberapa orang pegawai termasuk Balqis sudah berada di dalam bilik mesyuarat tersebut. Dia kemudian mengambil tempat duduk bersebelahan Balqis. Dato Mustaffa tersenyum.

"Kenapa lewat  5 minit ni?" tanya Dato Mustaffa spontan.

"Maafkan saya, Dato. Tadi perut saya meragam pula tiba-tiba.."

Pegawai yang lain ketawa kecil. Muka Rayyan merah padam. Dato Mustaffa hanya menggelengkan kepalanya.

"Baiklah semua. Tujuan saya panggil ni pun bukanlah ada berita gempar sangat pun. Cuma dah lama kan kita tak bermesyuarat macam ni.."

Semua mata hanya menumpu pada Dato Mustaffa sahaja.

                                                       ..................................................................


Setelah sejam mesyuarat berlalu, Haris dengan berani menyuarakan diri.

"Tuan Pengerusi, saya ada satu cadangan untuk diutarakan.." kata Haris dengan selambanya.

"Silakan, Haris.."

"Oleh kerana staf kita semakin bertambah dan duit simpanan kita masih belum digunakan, apa kata kita buat aktiviti bercamping ke..berkelah tepi pantai ke.. Semua staf boleh bawa famili masing-masing. Ok tak?"

Semua mata sekarang tertumpu pada Haris.

"Menarik juga tu. Siapa dengan sukarelanya nak atur semua ni?"

"Siapa yang cadang, dia yang aturkan ye tak?" balas Rayyan.

"Err.. saya ok je. Tak de masalah.." jawab Haris.

"Bagus juga cadangan kamu ni, Haris. Boleh la kita eratkan lagi hubungan sesama kita kan?"

Haris tersenyum bangga. Cadangannya kali ini diterima Pengerusi.

"Buat hujung minggu ni la kan? Sebab ramai staff yang tak pegi site meeting kan minggu ni?" tanya Dato Mustaffa yang agak sporting itu.

"Boleh..boleh. Tuan Pengerusi jangan risau. Saya yang akan uruskan semuanya.." kata Haris tegas.

Balqis hanya diam dan hanya melihat gelagat staf di dalam bilik mesyuarat itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2012 10:03 AM | Show all posts
momey posted on 18-12-2012 09:27 AM
Haris mengetuk pintu bilik Rayyan.

"Masuk.." panggil Rayyan sambil mengemas fail-fail yang bersel ...

Momey...haris ni solo lagi ke? elok gak ler matching ngan si tasya tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 10:15 AM | Show all posts
Di perkarangan Dato Mustaffa Holdings..

Hari yang dinantikan itu telah pun tiba. Semua orang bersetuju untuk mengadakan aktiviti bebas seperti bbq pada waktu malam, berkaraoke dan aktiviti pantai. Haris telah pun membooking bilik di hotel ternama yang berdekatan dengan pantai itu. Semua staf kebanyakkan membawa famili. Hanya kenderaan tidak disediakan. Masing-masing memandu dengan kereta sendiri.

Rayyan menghampiri Balqis.

"Awak naik kereta saya je la.. Kereta awak ni parking kat ofis." kata Rayyan mempelawa dirinya.

"Eh, tak ape la encik. Saya boleh drive sendiri.."

"Jangan la jual mahal sangat.." Rayyan membisikkan ke telinga Balqis.

Oooo mak aiii!! Meremang habis semua bulu di badannya. Hihihii.. Akhirnya Balqis akur. Dia menumpang kereta Rayyan.


                                                              .........................................................


Semua kereta bergerak sekali menuju ke tempat percutian dan kereta Rayyan adalah kereta terakhir di dalam konvoi tersebut. Balqis diam. Menunggu Rayyan memulakan bicara terlebih dahulu. Ya! Rayyan faham. Balqis malu. Perempuan katakan!

"Balqis tak bawa famili sekali?" Rayyan bersuara.

"Mak, ayah dan kakak saya dah lama meninggal.."

"Owh..maafkan saya. Saya tak tahu.."

"Tak ape.." Balqis senyum memandang Rayyan.

"Habis tu, Balqis dibesarkan dengan siapa? Ada mak saudara ke kat sini?"

"Saya ada mak angkat dan abang angkat kat kampung.."

"Ada mak angkat rupanya. Nape tak bawa sekali?"

"Panjang ceritanya, Encik Rayyan. Saya dengan mereka tidak begitu rapat. Sebab tu saya bersyukur sangat-sangat dapat kerja di sini jauh dari mereka.."

Sesekali Rayyan curi memandang Balqis.

"Kalau Balqis kurang selesa, tak payahlah ceritakan semuanya pada saya.. Saya faham."

"Saya ok je. Walaupun mereka layan endah tak endah je dekat saya, tapi kerana mereka lah saya berusaha dan dan kerja juga di sini kan?"

"Betol tu! Nanti kalau ada masa, boleh la Balqis bawa saya jumpa dengan mereka.."

"Ha?" Untuk apa?"

"Masuk meminang.."

"Ha???" terlopong dibuatnya Balqis.

"Hahahaha..saya memain aje la, Balqis. Tutup mulut tu.." Rayyan ketawa kecil melihat gelagat Balqis. Padahal apa yang dicakapnya itu adalah benar.

Balqis menutup mulutnya semula. Dia malu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 10:50 AM | Show all posts
sellie003 posted on 18-12-2012 10:03 AM
Momey...haris ni solo lagi ke? elok gak ler matching ngan si tasya tuh...

solo? errrr... hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 10:59 AM | Show all posts
momey posted on 18-12-2012 10:50 AM
solo? errrr... hihihihi

Dah tawin ler tuh...cancel ler camtu...huhu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.068272 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list