CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22618|Reply: 196

BaLaDa HaTi.. ~tamat~

[Copy link]
Post time 26-11-2012 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua kwn2..

Dgn ini momey persembahkan karya momey yg ke-3 utk tatapan kwn2 sekalian. Kategori cerpen Boleh terus komen dan kritik spt biasa k!! harap-harap boleh siapkan sebelum bln feb. thn dpn hahhaha peace!!

                                                         *****************************************************

Shahir masih menggenggam erat tangan Balqis. Mereka berdua bertentangan mata. Bersaksikan matahari yang kian menyembunyikan dirinya di kawasan pantai yang cukup tenang itu.

"Kita kahwin nak?" Shahir melamar Balqis.

Balqis membeliakkan matanya. Terkejut dengan apa yang di dengarnya itu.

"Are u serius?"

"Saya sayangkan awak, cintakan awak.. Dan yang paling penting saya tak nak kehilangan awak!"

"Hahahaha kelakar la awak ni.. Saya cuma nak pegi bekerja di KL aje pun.. Takkan sampai perlu kahwin dulu? Lagipun saya belum bersedia lagi la awak.."

"Listen here, Balqis! Saya tak nak kehilangan awak.."

"Ini bermakna awak tak percayakan saya!"

"Memang saya tak percayakan awak!"

Balqis bengang. Dia bangun sambil menepuk-nepuk punggungnya yang penuh dengan pasir pantai itu lalu mula berjalan meninggalkan tempat duduknya tadi. Shahir bangun lalu mengejar Balqis dari belakang.

"Sayang!" jerit Shahir lalu memaut tangan Balqis.

Mereka sekali lagi bertentangan mata.

"Ok la.. Saya benarkan awak pegi keje dulu kat KL tu.."

"Haa? Yeke?" Balqis mula tersenyum kembali.

"Tapi dengan syarat!"

"Alaaa..ade syarat pulak.." Balqis memuncungkan mulutnya yang kemerahan itu.

"Mestila ade.."

"Ape?"

                                                            ............................................................

Rayyan merebahkan punggungnya di sebelah Najwa, isteri yang dikahwininya 2 tahun yang lalu. Mereka berdua masih belum dikurniakan anak. Masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri.

Rayyan memegang tangan isterinya itu. Mereka berdua berbalas senyuman.

"Sedap lauk gulai tempoyak yang sayang masak tadi.."puji Rayyan.

"Thanks, dear..hihi" Najwa melentokkan kepalanya di bahu kiri Rayyan.

"Sunyi kan rumah ni..hhmm" tiba-tiba Rayyan mengulangi ayatnya yang selalu disebutnya sebelum tidur.

Terus Najwa tersentap! Dilepaskan tangan Rayyan yang erat memegangnya tadi.

"Berapa kali i nak ulang ni? I belum bersedia nak ada anak ok? I kena jadi contoh yang baik untuk model-model i.." terang Najwa agak kasar sambil berdiri di hadapan Rayyan.

"Orang lain pun model juga..Siap anak berderet lagi..Ok je pun.." Rayyan mencebik.

"Itu orang lain! I bukan macam tu ok?" jawab Najwa dan terus berjalan masuk ke dalam bilik utama mereka.

Rayyan hanya memandang. Kemudian dia tertunduk. Tiba-tiba handphonenya berdering. Tertera nama Natasya. Adik angkat selaku 'junior'nya semasa mereka sama-sama belajar di kolej swasta suatu ketika dahulu.

"Yes, Tasya.."

"Hai, abang.. tak tidur lagi ke? hihi" tanya Natasya yang agak keanak-anakkan itu.

"Belum. Tasya kat mana ni? Bunyi bising aje tu.."

"Tempat biasa la, abang.. Abang, jom la join skali malam ni! Sunyi la abang tak ade.." rayu Natasya manja.

"Ermmm..."

"Alaaa..jom la, abang!" Natasya tetap akan pujuk Rayyan sampai berjaya. Bukannya dia tidak tahu si Rayyan itu sudah berkahwin! Masih mahu menggatal dengan suami orang!

"Yelah..20minit lagi abang sampai."

"Yeayyy..ok!!" Natasya mematikan talian. Dia tersenyum sendirian. Kemudian diteguknya air coke di hadapannya itu.

Rayyan mencapai kunci keretanya lalu keluar dari rumah itu. Najwa sedar akan perilaku suaminya itu. Dan dia juga tahu akan hubungannya yang begitu rapat dengan si Natasya itu. Dia masih lagi boleh mendiamkan diri.





Last edited by momey on 21-12-2012 04:02 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2012 04:01 PM | Show all posts
Setelah selesai makan pada malam itu, Balqis dan Shahir masuk ke dalam kereta. Satu hari suntuk mereka menghabiskan masa bersama berdua-duaan di Port Dickson itu.

"Seronok betul saya hari ni.. Dapat bersama dengan orang yang saya sayang!" kata Balqis lalu memegang tangan Shahir.

"Saya lagi la seronok! Kalau kita dapat spend time lagi, rasanya lagi best kottt"

"Maksud awak? Bermalam di sini?"

"Haaaa..pandai awak baca fikiran saya erk? Memang awak ni bakal isteri saya!" Shahir yakin.

"Ish..takkan nak bermalam di sini pulak kot? Apa kata mak cik Kiah nanti? Dah sah-sah kene lahar.. Saya spend time dengan awak satu hari ni pun entahlah apa yang dia bebel jap gi..hhmm"

"Awak ni, dengan mak angkat awak tu pun awak takut erk? hahaha"

"Saya bukan takut, saya hormat dia ok? Malas nak gaduh-gaduh..bosan!"

"So?"

"So, ape? Hantar la saya balik.."

"Yelah..yelah.. Tuan Puteri intan payung.."

Balqis terus mencubit manja lengan Shahir itu.


                                                         .................................................................

Natasya yang hanya memakai t-shirt bertali halus dan skirt pendek paras paha itu membuatkan lelaki-lelaki yang mata keranjang tak berkelip memandangnya.

"Kau tunggu sape?" tegur Tila, rakan sekolejnya.

"Sape lagi kalau bukan kekasih gelap aku tu..hahahaha"

"Abang Rayyan ke?"

"Yela, sape lagi?"

"Gatalnyeee.."

"Ape pulak?"

"Yelah..ngaku kekasih gelap! Padahal dia dah ade bini tau tak?"

"Apasal pulak aku tak tahu?"

"Tak malu ke kacau suami orang?"

"Nak malu apenye? Dia anak orang kaya ok?"

"Anak je orang kaya..yang kaya tu dah sah-sah bapak dia kan? Baik ko ngorat je bapak dia!"

"Bernas jugak idea ko tu! hahahaha"

"Gila! Malas la aku nak layan ko!" kata Tila lalu beredar meninggalkan Natasya sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 04:19 PM | Show all posts
Rayyan membasahkan rambutnya dengan gel rambut yang sentiasa di simpannya di dalam kereta. Dipacakkan rambutnya. Kemudian dia tersenyum sendirian. Dari jauh dia sudah nampak Natasya sedang tunggu kedatangannya.

Rayyan keluar dari kereta. Dikuncinya kereta lalu berjalan ke arah Natasya. Natasya tersenyum lebar apabila kelibat Rayyan sudah kelihatan.

"Hai, abang.." tegur Natasya lalu memberi kucupan mesra di pipi Rayyan.

"Tasya, berapa kali dah abang cakap kan? Jangan..."

"Jangan cium abang dikhalayak ramai?"

"Haaaa tau pun! Pleasee.."

"Yelah..i'm so sori. Rindu sangat kat abang!" Natasya menggenggam tangan Rayyan.

"Esok tak ade class ke yang kuar sampai lewat malam ni?"

"Tak ade.. Eh, abang nak minum ape? Tasya order kan"

"Tak pe. Kejap lagi la.."

"Isteri abang ade kat rumah ke?"

"Ade. Nape? Nak jumpa ke?"

"Eh, tak de lah. Tanye je.."

"Datang dengan sape ni?"

"Dengan sape lagi kalau bukan dengan Tila.. Siap bawak boyfriend lagi.. Tu yang Tasya bosan tu!"

"Alaaa.. Tasya pun kena la cari boyfriend jugak kalau macam tu.."

"Ha? Abang bukan boyfriend Tasya ke?"

Rayyan tercengang! Natasya salah sangka kebaikan dia ke selama ini?

"Tasya! Jom la masuk dalam! Party dah nak start niii..bawak sekali kekasih gelap kau tu" jerit Tila.

Rayyan sekali lagi hairan dengan kata-kata Tila itu.

"Jom masuk!" Natasya menarik tangan Rayyan masuk ke dalam kelab itu.

                                                           .................................................................

Berkali-kali Balqis mengetuk pintu. Shahir sudah pun pulang ke rumahnya.

"Mak cik!! Bukak lah pintu niii.."jerit Balqis dari luar rumah.

Akhirnya Mak Cik Kiah bukak juga pintu itu. Garang! Langsung tidak senyum.

"Ingatkan dah tak tau jalan nak balik rumah dah!"

"Tak payah nak bebel la, mak cik.. Saya penat! Nak tidur!" kata Balqis lalu masuk ke dalam rumah.

"Makin melampau ko erk, Qis!"

Balqis diam. Masuk ke dalam bilik lalu menguncinya.

"Bosan!" Balqis membebel sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 04:34 PM | Show all posts
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Rayyan masih belum pulang ke rumah. Najwa setia menunggu Rayyan di ruang tamu. Ini bukan kali pertama Rayyan balik selewat begini. Sudah hampir setahun setengah!

Najwa cuba menghubungi Rayyan. Panggilannya tidak dijawab. Najwa mengeluh.


                                                         ........................................................


Begitu asyik sekali Rayyan menari pada malam tu bersama Natasya. Hilang sedikit perasaan marahnya pada Najwa yang setiap kali dia mahukan anak, Najwa asyik mengelak.

Rayyan cuba mengambil handphone di dalam poketnya. Missed call dari Najwa sebanyak 20 kali! Rayyan hanya tersenyum.

"Tasya, jom minum!!" jerit Rayyan kerana keadaan yang cukup bising dengan lagu yang bersilih ganti itu.

"Okey!!"

Mereka berdua jalan beriringan menuju ke sofa yang telah disediakan.

"Abang, malam ni teman Tasya boleh?"

"Teman? Sekarang bukan teman ke?"

"Maksud Tasya teman Tasya kat rumah malam ni.. please, abang.. Tila tak balik rumah malam ni. Tasya takut la duduk sorang-sorang kat rumah tuuu"

"Malam ni tak boleh la, Tasya.."

"Jangan la macam ni, abang.. please.."

Rayyan diam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 05:06 PM | Show all posts
momey ade citer bru yeyyyy
siapa hero heroin nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 07:21 AM | Show all posts
misssakura posted on 26-11-2012 05:06 PM
momey ade citer bru yeyyyy
siapa hero heroin nih...

jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2012 08:27 AM | Show all posts
Akhirnya Rayyan pulang ke rumah setelah menghantar Natasya pulang. Perlahan-lahan pintu di buka. Kelihatan Najwa tengah baring di sofa. Rayyan tersenyum. Sayu dia memandang wajah isterinya itu.

Rayyan mendekati Najwa. Diusapnya ubun-ubun Najwa.

"Sayang.." kejut Rayyan manja.

Najwa terjaga. Dipandang muka suaminya itu. Kemudian dia memandang jam di dinding. Pukul 4.00 pagi!

"U pegi mana?" tanya Najwa dengan penuh syak wasangka.

"Lepak dengan member.." jawab Rayyan sambil berjalan perlahan menuju ke dapur mencari air suam.

"U keluar dengan adik angkat U tu kan?" tanya Najwa agak kasar.

Rayyan sentap! Dia cuba berlakon tenang. Dituangnya air suam itu ke dalam gelas lalu meneguknya.

"Kan I cakap tadi kuar ngan member kan?"

"Mengaku aje laaa.."

"Malas la I nak gaduh dengan U.. I nak pegi berehat jap. Kejutkan I pukul 7" kata Rayyan lalu menaiki tangga menuju ke bilik utama mereka.

Najwa diam. Ditahan air mata yang hendak mengalir itu.


                                                            ................................................................

Pada keesokkan paginya...

Bertalu-talu pintu bilik Balqis diketuk.

"Balqis!! Balqis!! Bukak pintu ni!!!" jerit Razif, abang angkatnya itu.

Razif dan ibunya Mak Cik Kiah memang agak kasar dengan Balqis. Selalu dimintanya duit dengan Balqis. Walaupun Balqis yang pada waktu itu bekerja sebagai pembantu kedai runcit di kedai Mak cik Wan. Balqis seorang gadis yang cukup rajin! Waktu sekolah dulu pun, dia masih boleh bekerja untuk mencari rezeki.

Balqis mengesat kedua-dua biji matanya. Dipandangnya jam di sebelahnya. Pintu biliknya masih diketuk. Perlahan-lahan dia bangun dari katil menuju ke pintu. Pintu dibuka.

"Ha! Apahal yang bangun lambat ni? Tak pegi keje ke?" marah Razif yang agak panas baran itu.

"Qis dah tak keje ngan Mak Cik Wan dah.."jawab Balqis malas.

"Ha? Ko ni dah kenapa? Kalau ko tak keje, kita nak makan ape?!" marah Razif sambil menolak kepala Balqis.

Balqis diam. Dia sudah lali dengan perangai abang angkatnya itu.

"Kenapa ko diam?! Ko nak aku bunuh ko ke?"

"Apehal ni, Razif? Pagi-pagi dah memekak!" celah Mak Cik Kiah.

"Si Qis ni dah tak keje la, mak.."

"Ha? Betol ke ni, Qis?" Mak Cik Kiah gelabah.

"Dah laaa..Qis ngantuk laaa.." jawab Balqis yang malas nak melayan karenah mereka dua beranak itu.

"Hei..hei! Sini ko.. Jangan nak melampau sangat erk.. Aku nak ko pegi keje!" marah Mak cik Kiah sambil menarik telinga Balqis.

"Sakit la, mak cik!!!" Balqis menolak Mak Cik Kiah lalu cepat masuk ke dalam bilik lalu menguncinya.

"Kurang ajar betol! Oii Qis.. Siap ko nanti aku kejekan!" jerit Razif.

Balqis mendiamkan diri di dalam bilik. Dia sudah bosan hidup di dalam rumah itu. Dia amat bersyukur kerana dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Tengah hari ni dia akan bertolak ke sana.

Balqis mencapai handphonenya. Nombor Shahir di dialnya.

"Awak..."

"Ya, Qis.."

"Tengah hari ni macam mana? Jadi tak awak jemput saya?"

"Mestilah jadi.. Nape?"

"Tak ada apa-apa.. Saya tunggu awak k.."

"Oright!"

Balqis tersenyum sendirian.

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 08:47 AM | Show all posts
ermmm...adakah BALQIS akan terjebak jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 09:59 AM | Show all posts
adakah Balqis akn bekerja dgn Rayyan n jdi 2nd wife / kekasih cerahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 11:04 AM | Show all posts
mcm si rayyan n balqis je hero heroinnya... tp macam mana?

errk cepat sikit smbung ek... x sabar nk tahu Last edited by misssakura on 27-11-2012 11:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 11:33 AM | Show all posts
nie cerpen ke novel momey
sampai feb br nak abis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 11:33 AM | Show all posts
Kelam kabut Rayyan masuk ke dalam Mustaffa Holdings. Ditekannya punat 15 iaitu aras yang paling atas sekali. Tercungap-cungap dibuatnya. Sesekali dia memandang jam di tangannya.

"Confirm papa marah aku nii..adeh.." Rayyan berbicara sendiri.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, terus dia meluru berjalan menuju ke arah bilik ayahnya. Pintu diketuk.

"Masuk.." arah Dato' Mustaffa.

Rayyan membuka pintu lalu masuk. Kelihatan Encik Najib, setiausaha sulit ayahnya itu juga turut berada di situ.

"Maaf, Dato.. Saya terlambat. Tarffic jem tadi.." kata Rayyan perlahan.

"Najib, selesaikan apa yang kita bincangkan tadi. Nanti ada apa-apa, saya hubungi kemudian..thanks a lot.." ucap Dato Mustaffa lalu berjabat tangan dengan Encik Najib.

Encik Najib berlalu keluar dari bilik itu. Rayyan diam. Dia memandang ayahnya.

"Semenjak dua menjak ni, asyik lambat je.."

"Maaf, papa.."

"Tolong fokus pada kerja, Rayyan. Papa nak harapkan siapa lagi kalau bukan Rayyan? Rayyan la sorang-sorang nye anak papa.."

Rayyan duduk berhadapan dengan ayahnya.

"Rayyan janji Rayyan takkan ulang lagi, papa.."

"Jangan berjanji aje. Mesti tunaikan!"

Rayyan hanya mengangguk. Diam.

"Esok ada dalam 5 orang staff baru yang akan masuk dalam syarikat kita ni. Papa nak Rayyan handle dia orang semua."

"Rayyan sorang je ke?"

"Haris bantu Rayyan nanti. Tolong aturkan dia orang mengikut kelebihan yang mereka ada. Esok hingga khamis ni papa mungkin outstation ke Sabah. Kita mungkin dapat projek baru.."

"Owh yeke..bagus tu!"

"Bagus tu bagus la jugak. Tapi kena ingat, lepas ni Rayyan kena uruskan semuanya. Papa dah tak larat. Rasa macam nak bersara awal je. Nak pergi makan angin dengan mama ko tu.."

"Amboi, papa.. Riso dapat adik je lagi ni..hikhik"

"Ishh..kesitu plak dia hahaha"

Mereka berdua ketawa bersilih ganti. Dua beranak yang cukup rapat!


                                                             ..................................................


Najwa termenung sambil mengetuk pen di meja hadapannya itu. Lisa perasan. Dia berjalan ke arah Najwa lalu menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Najwa.

"Ko ade masalah ke?" tanya Lisa rakan kongsinya itu.

"Ntah la.."

"Pasal suami ko tu lagi ke?"

Najwa mengangguk lemah.

"Ni confirm pasal anak kan? Adoi, Najwa.. Aku sendiri pun tak faham dengan ko ni. Ko tunggu ape lagi? Dah hampir dua tahun tau korang berdua kahwin? Tak rasa sunyi ke tak ade anak?"

"Kau tak faham.."

"Apa yang aku tak faham? Cuba kau terangkan.."

"Aku memang sayangkan suami aku. Aku tahu dia suka budak-budak. Tapi aku tak boleh tunaikan permintaan dia."

"Kenapa?"

Najwa diam. Matanya telah berkaca menahan airmata dari mengalir.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 11:45 AM | Show all posts
mandul ke najwa tu? kesiannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 11:47 AM | Show all posts
Balqis memasukkan seberapa banyak pakaiannya ke dalam beg. Dia begitu tidak sabar untuk keluar dari rumah 'neraka' itu. Handphonenya berdering. Tertera nama Shahir.

"Hello, awak. Dah sampai ke?"

"Dah. Saya kat luar ni.."

"Ok, kejap erk.."

Talian dimatikan. Balqis menutup zip begnya. Kemudian dia membetulkan rambutnya yang terurus lurus paras bahu itu. Pintu bilik dibuka. Muncul wajah Mak Cik Kiah yang garang itu.

"Nak pegi mana ni dengan beg besar-besar ni?" Mak Cik Kiah bersuara kasar.

"Saya nak bawa diri. Mak cik, Balqis nak mohon maaf dan minta lebih kurang halal apa yang Mak Cik Kiah jaga saya selama ini." kata Balqis lalu mencium tangan Mak Cik Kiah itu.

Kemudian dia berjalan menuju ke luar rumah. Kelihatan Shahir sedang setia menunggunya di kereta.

"Sampai hati ko buat mak cik macam ni!" jerit Mak Cik Kiah.

"Mak cik masih ada abang Razif! Dia anak mak cik. Saya hanya anak angkat! Saya pergi dulu!!" jerit Balqis lalu masuk ke dalam kereta.

Mak cik Kiah menahan geram.


                                                         .....................................................................


Natasya mengeringkan rambutnya yang basah itu dengan tuala sambil menonton televisyen. Kemudian pintu dibuka. Kelihatan Tila masuk dengan badan yang lemah longlai dan kusut.

"Eeeee..apehal dengan kau ni?? Kau tido mana semalam?" tanya Natasya.

"Tido mana lagi? Rumah balak aku laaa.." jawab Tila lalu baring di sebelah Natasya.

"Wei!! Busuk la ko ni..pegi mandi la!!" Natasya menolak badan Tila.

"Eleh, ko tu pun baru mandi aje kan? Ni kau bawak Rayyan balik rumah ni ke semalam?"

"Tak de maknenyeee.. Dia hantar aku terus dia blah balik macam tu aje. Penakut bini dia tu kau tau tak?"

"Padan la dengan muka ko tu! Dah macam tak ada jantan lain dah nak ngorat..werkkkkk"

"Kurang ajar! Dah la..pegi mandi!!" jerit Natasya sambil menolak Tila.

Tila bangun lalu masuk ke dalam bilik. Natasya memandang kosong televisyen yang terpasang itu. Dia memang sudah jatuh hati dengan Rayyan. Pada mulanya dia hanya mahu menganggap Rayyan sebagai abang angkatnya namun, hatinya telah tersasar jauh walaupun dia tahu Rayyan sudah berkahwin. Dia sanggup bermadu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 02:06 PM | Show all posts
fatehana posted on 27-11-2012 11:33 AM
nie cerpen ke novel momey
sampai feb br nak abis

hahahaha keje byk! riso xmenyempat je.. tu yg target bln feb tuu hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 02:34 PM | Show all posts
Najwa mencapai handphonenya.

"Nak call ke tak? Hmmm..call aje la!" Najwa terus mendail nombor telefon suaminya.

Panggilannya dijawab.

"Ya, sayang.."

"U busy ke?" tanya Najwa lembut.

"Boleh tahan jugak laa..nape, sayang?"

"Kalau busy tak ape la.."

"Sayang nak ajak abang kuar makan erk?"

"A'ah..tapi kalau abang busy tak pe. Jumpa malam ni aje laa"

"Alaaa, kuar makan kejap je kan? Tak pe.. Kita jumpa kat tempat biasa erk.. Abang kuar sekarang.."

"ok.."

Talian dimatikan. Rayyan memang suami yang baik. Masih melayan dengan penuh kasih sayang walaupun sehingga kini Najwa masih belum memberinya zuriat. Najwa menangis sendirian.


                                                        ......................................................................


Radio kereta diperlahankan. Kemudian Shahir menggenggam erat tangan Balqis. Balqis memandang Shahir.

"Ingat lagi tak apa syarat I ari tu?" tanya Shahir lembut.

"Syarat? Syarat ape erk?"

"Tengok tu! Baru semalam cakap ari ni dah lupa.. Merajuk la kalau macam ni!"

"Alaaaaa..jangan la merajuk.. Kita tak pandai pujuk laaaa.."

"I bagi U tempoh sebulan je. Pastu I datang masuk meminang U ok?"

"Sebulan? Adoi.."

"Nape adoi-adoi plak ni? U tak sayang I erk?"

"Bagi la I masa.."

"I dah lama bagi masa dekat U.. U tu aje macam mainkan perasaan I.."

"Biarla I stabil keje dulu ke.. Yang U ni riso sangat ni kenapa?"

"Mestila I riso! U tu bakal isteri I.."

Balqis diam. Di dalam fikirannya sekarang hanya memikirkan kerja. Jodoh biarlah takdir yang menentukan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 02:48 PM | Show all posts
ke balqis jd ibu tumpang ala2 citer samarinda yg rita belakon tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 03:05 PM | Show all posts
misssakura posted on 27-11-2012 02:48 PM
ke balqis jd ibu tumpang ala2 citer samarinda yg rita belakon tu?

o'ooooo
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 03:07 PM | Show all posts
x sabo nak tunggu klimaks yg seterusnya nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 03:29 PM | Show all posts
Natasya turun dari kereta. Dia keluar lalu berjalan menuju ke kedai mamak yang berdekatan. Masak pun tak pandai, kedai mamak la jawabnya!

Selepas order, Natasya cuba duduk dikerusi. Handphone dicapai lalu mula mendail nombor Rayyan. Panggilannya tidak dijawab. Natasya mengetap bibir menahan marah.

"Confirm keluar makan dengan bini dia ni! Eeeeee geram aku!" bebel Natasya sendirian.

Nasi goreng belacan yang diordernya sudah siap. Dia mengambil nasi itu di kaunter lalu membayarnya. Tiba-tiba dia terlanggar seorang perempuan.

"Hoi! Buta ke hah??! Ko tak nampak ke aku kat sini?" marah Natasya.

Keadaan sedikit huru-hara. Semua pelanggan disitu mula memerhatikan mereka berdua.

"Sori laa..langgar sikit je pun kan?"

"Sikit ko cakap? Sakit lengan aku ni tau tak?!!"

"Apa gaduh-gaduh ni, Qis?" tanya Shahir yang baru tiba di kedai mamak itu.

"Perempuan ni.. Ada masalah mental sikit!" jawab Balqis selamba.

"Kau kata apa kat aku tadi? Mental? Aku ke kau yang mental hah?!" Natasya menolak badan Balqis menyebabkan Balqis kebelakang sikit.

"Amboi..main kasar nampak.."

Baru sahaja Balqis hendak bertindak, Shahir menghalang.

"Sudah la, tu.. malu la orang duk tengok.." Shahir tenangkan keadaan.

Natasya masih tidak puas hati dengan Balqis.

"Cik.."

"Saya Tasya!"

"Ooo..Cik Tasya, saya minta maaf bagi pihak Balqis." kata Shahir sambil menghulurkan tangan untuk dijabat Natasya. Serupa mengambil kesempatan sahaja si Shahir ni. Maklumlah, Natasya ni sedikit seksi dari segi pakaian.

"Balqis yee..nama ayu tapi perangai macam setan!" jerit Natasya lalu berjalan pantas menuju ke keretanya.

Balqis hanya memandang Natasya. Kemudian dia memandang Shahir. Shahir masih lagi menumpukan pandangannya pada Natasya.

"Amboi.. gatal jugak awak erk.." kata Balqis lalu mencubit lengan Shahir.

"Aahhhhh..sakit la, awak.."

"Mengada betol perempuan tu!"

"Sudah la tu.. jom kita makan. Kang nak cari rumah sewa plak.."

Balqis diam. Mereka berjalan menuju ke meja makan.


                                                         ......................................................................


Setibanya di Restoran Seafood..

Najwa dan Rayyan duduk bertentangan. Mereka berdua bertentangan mata. Kemudian Rayyan mengukir senyuman.

"Sayang nak abang order makan ape?"

"Kejap lagi la kita makan.."

Rayyan sedikit pelik dengan perangai isterinya itu. Tangan Najwa digenggam.

"Sayang ada masalah ke?" tanya Rayyan yang cukup prihatin itu.

"Kenapa U ni baik sangat dengan I? I ni kejam U tau tak?" Najwa mula mahu menangis.

"Eh, sayang.. nape ni? Jangan la nangis.."

"I kejam! I tak boleh bagi U zuriat.."

"Sudah la, tu.. Mungkin kita belum ada rezki lagi kan? Lagipun kan U ada bagi tau I yang U belum bersedia nak mengandung.."

"Tapi.."

"Dah..dah. I tak nak kita bincang hal macam ni kat tempat orang ramai. Kalau nak bincang, balik rumah nanti k.. Sekarang kita makan dulu. Kang perut U tu masuk angin, I jugak yang susah.. I pegi order kejap erk.." kata Rayyan sambil mengusap manja pipi Najwa.

Najwa semakin serba salah dengan Rayyan. Dia harus berterus terang perkara sebenar pada Rayyan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.093197 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list