Dunia ini adalah untuk jiwa/insan mengenal jiwa, tempat menilai maha besarnya kuasa Allah, dan insan sebagai jurunilainya, dan Allah pula menilai insan yang menilai kekuasaan-Nya.
Amat halus, kerana kuasa Allah amat meluas sehingga membuat insan terleka, tidak dapat menilai kekuasaan Allah dengan sempurna dan insan bertambah leka. Kelekaan itulah yang membawa insan ke arah azab (kesakitan, kecelakaan, kepayahan) untuk menyedarkannya.
Oleh itu dekatkanlah jalan untuk menuju Allah dengan sentiasa mengingatkan diri pada Allah (solat) dan di dalam apa jua perbuatan, kerana insan itu sentiasa bersama kejadian Allah (jasad), agar insan merasai segala yang nyata dan yang ghaib.
Betapa Allah bersungguh-sungguh supaya insan mengenali-Nya bahawa Dia, Allah maha berkuasa, namun ramai jua insan mempersendakan-Nya, betapa Allah maha penyabar di dalam segala urusan-Nya.
Semoga otai-otai boleh panjangkan idea.. jika tidak bersalahan
(Dari kefahaman myseposensahaja)
Last edited by dinsmann on 25-11-2012 08:27 PM
|