CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: izat123

Kenyataan Tergempar versi Faizal Tahir. updated: 3 trofi dah terjual 80k

[Copy link]
Post time 21-11-2012 11:18 AM | Show all posts
ok la tu dia sanggup jual benda yg dia syg untuk membantu..yg kita nih kdg2 benda yg kita xnk, benda yg kita xnk guna baru nk terhegeh2 sedekah kat org..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 11:19 AM | Show all posts
tahniah FT. semoga jadi contoh buat artis lain bahawa trofi bukan segala-galanya. dari membazir duit beli paper satu lori, lebih baik menderma kepada mereka yang memerlukan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 11:19 AM | Show all posts
Tak kisah lah apa saja sebab, alasan dier..itu adalah usaha dia untuk turut membantu yang memerlukan. Mungkin dia ada buat sumbangan peribadi tapi tak bagitau kat orang lain..mana kita nak tau. Mungkin hasil lelongan tuh adalah untuk topupkan lagi sumbangan. Mana kita nak tau kan? Ikhlas atau tidak, itu antara dia dan ALLAH.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 11:34 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 21-11-2012 11:19 AM
tahniah FT. semoga jadi contoh buat artis lain bahawa trofi bukan segala-galanya. dari membazir duit ...

tumpang gelak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 11:45 AM | Show all posts
mahal sgt ke harga piala2 dia tu?? cuba jual 10 hengget, ada x org nk bli?? kalo aku 10 hengget pun x sanggup nk bli piala tu sebab x bg apa2 makna pun bg aku, baik wat mkn kfc lg kenyang...so rasanya kalo stkat 10, 20 hengget tu membazir je pejal tahir nk jual, baik derma duit dia je,,,
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 11:50 AM | Show all posts
kerill posted on 21-11-2012 11:45 AM
mahal sgt ke harga piala2 dia tu?? cuba jual 10 hengget, ada x org nk bli?? kalo aku 10 hengget pun  ...

uols derma RM10 (cthnya laaa)....leh dpt trofi pejal n sumbgn ke Gaza skaligus..kira 2 in 1 laaa kan....kalo g mkn KFC...kenyang perut pastu jdk bhn buangan gitu jah....dpt kolesterol pon iyer gak.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2012 12:12 PM | Show all posts
kerill posted on 21-11-2012 11:45 AM
mahal sgt ke harga piala2 dia tu?? cuba jual 10 hengget, ada x org nk bli?? kalo aku 10 hengget pun  ...

niat FT tu mmg suci murni
even iollls pon x la minat sgt kat FT
iollls blh puji aje la keluhuran hati FT tew~
maybe la klu bg pihak kipas susah mati FT
merembes giler la nk bli trofi2 tu dgn hrga tggi
heheheee
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 12:12 PM | Show all posts
simpan trofi byk2 pon bukan boleh generate income pon...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 12:19 PM | Show all posts
Dh namanya auction, mmg lah kena announce...
Klu nak derma duit sendiri takde makna nya nak bagitau orang...
Kat Hassan sendu tu pun mampu buat org beli sekeping CD dia dgn harga RM500 utk tujuan amal...Takkan la FT tak mampu khen.....



* Nah, hari ini berjaya komen dgn betul....Wakaka..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 12:24 PM | Show all posts
cikmouse posted on 21-11-2012 09:09 AM
aku sbanarnya lbh bminat dgn koleksi tee 'S' yg ader dlm simpanan dia...

arie tuu sel ...

Bukan ke dulu pernah jadik isu yg pak tam uols tu kononnya mengagungkan Yahudi sebab asyik pakai baju superman..
Tak rasa ironik ke klu dia lelong baju S tu utk derma ke Gaza..
Ala2 mcm lelong McDonald utk Gaza gituh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 12:28 PM | Show all posts
aku x tau org lain baca statement dia jual trofi dia tu bermaksud dia x nk keluar duit dia sendiri ka utk derma ke...

bila aku baca tweet dia aku boleh faham maksud dia untuk menambah dana dekat tabung gaza...duit dia + jualan trofi dia tu kan lagi byk dia dapat...takkan dia nak pong pang2 dia kuar duit dia sendiri untuk derma weih..mcm tak ikhlas je..dia tweet pasal trofi2 dia tu pun sebab nak cari pembeli ...haih...org islam zaman sekarang ni kalau tak bersifat dengki macam tak boleh je hidup...apa bahagia sangat ke berdengki sesama islam nih....


Yang penting trofi2 yang dia dapat hasil usaha dia dan mungkin dia rasa itu yg terbaik yang dia pernah dapat dan patut disedekahkan tak kira la orang nak beli atau tidak tapi untuk niat yang baik macam ini Allah akan permudahkan jalan dia moga2 ada org beli dgn harga yang tinggi dan banyak yang boleh disumbangkan...kita doakan semoga niat murni dia ni dipermudahkan urusannya..

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” (al-Bukhari dan Muslim)
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 12:29 PM | Show all posts
Tadi mama sudah hantar SMS
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 12:36 PM | Show all posts
cknoriz posted on 20-11-2012 05:56 PM
Jom la kwn2 kita sumbang sikit2 pon takpe...

..sharing is charing...terima kasih

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 03:41 PM | Show all posts
Faizal bantu Palestin2012/11/21 - 06:22:52 AM Hanisah Selamat | nisa@bharian.com.my

Lelong trofi kumpul dana salur kepada mangsa kekejaman Israel

Ada yang menempelak, tidak kurang melabelnya sebagai tidak pandai menghargai pemberian orang, namun Faizal Tahir punya alasan tersendiri untuk melelong trofi dimenangi sepanjang enam tahun di arena seni seperti dikongsikan menerusi Twitter peribadinya, semalam.

Akui penyanyi Sampai Syurga itu, niat yang tersemat sebaik mengikuti berita kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza di bumi Palestin sejak Maal Hijrah lalu mendorongnya berbuat sesuatu demi meringankan beban saudara seagama dan antara caranya adalah menerusi pengumpulan dana.

Baginya, momento dimenangi menjadi koleksi sentimental yang tentu saja tidak boleh diukur dengan wang ringgit, namun andai ia mampu membantu insan lain, sekurang-kurangnya hasil penjualannya memberi nafas kepada mereka yang memerlukan.


“Berita Rejim Zionis membedil Gaza dan membunuh insan tidak berdosa termasuk kanak-kanak sangat merobek hati. Sebagai Muslim, saya tidak boleh berpeluk tubuh. Tetapi saya juga bukan jutawan. Saya berharap orang ramai memahami tujuan lelongan ini. Saya yakin pembelinya nanti punya niat sama, selain menjaganya sebaik mungkin.

Dipandang sinis

“Memang ada yang melayangkan pandangan sinis dan mempertikaikan mengapa perlu melelong trofi? Mereka kata, doakan saja dari jauh. Ya, selain berdoa kita perlu berbuat sesuatu. Saya percaya Tuhan memberikan saya rezeki (trofi) ini bersebab dan kini saya memanfaatkannya ke jalan yang baik, iaitu membantu saudara seagama.

“Tidak perlu mempertikaikan keputusan ini, malah saya berterima kasih kepada peminat serta semua penganjur anugerah yang menghadiahkan semua trofi. Saya amat menghargainya. Semoga niat baik saya tidak disalah erti serta dipermudahkan-Nya,” kata bapa kepada empat anak ini.

Menerusi akaun Twitternya semalam, Faizal atau nama sebenar, Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 34, meletakkan status: “Saya mahu menjual atau melelong semua trofi milik saya bagi mengumpul dana untuk GAZA. Semua trofi saya”.

Niat disokong isteri, bapa

Mendapat sokongan isteri, Siti Raihanim Noran, katanya, bapanya sendiri, Dr Mohd Tahir, yang juga orang kuat badan bukan kerajaan (NGO) yang punya hubungan dengan pertubuhan di Palestin, Aqsa Syarif, turut terkejut sebaik mendengar niatnya ingin mengumpul dana menerusi lelongan trofi.

“Sebenarnya saya hanya menyatakan hasrat ini kepada isteri dan baru tadi menyampaikan hajat itu kepada ayah. Dia terkejut, tetapi pada masa sama menyokong usaha ini. Saya buat semua ini bukan untuk nama, sebaliknya rasa kemanusiaan selain beramal. Syukurlah kita hidup dalam kemakmuran.

“Bagi yang masih belum memahami mengapa saya berbuat demikian, cuba ikuti perkembangan Gaza yang setiap hari terus bermandi darah. Mendengar dan membaca berita kematian serta bom meledak di sana sini sudah membuat kita sedih, apatah lagi melihat visualnya.

“Inilah saja sumbangan mampu saya lakukan. Buat masa ini saya masih mendapatkan pandangan beberapa individu mengenai kaedah lelongan. Saya ingin merealisasikannya secepat mungkin. Apa pun, masih ramai memberi sokongan dan merestui nawaitu ini,” katanya yang akan menyalurkan hasil jualan itu kepada Aqsa Syarif.




Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 03:45 PM | Show all posts
Faizal mahu lelong semua anugerah bantu Palestin

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Bukan sekadar gurauan. Sebaliknya penyanyi Faizal Tahir (gambar), 34, memberitahu bahawa dia memang serius mahu melelong kesemua anugerah yang telah dimenangi dalam industri muzik sebelum ini, bagi membantu mangsa perang di Gaza.
"Saya membuat keputusan ini dengan hati yang bulat dan telah mendapat persetujuan isteri dan anak-anak saya.
"Ikhlas dari hati, saya akan melelong semua piala kemenangan ini demi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa perang di Gaza, terutama kanak-kanak.
"Ini adalah keputusan seorang bapa kepada empat anak yang kerjayanya sebagai penyanyi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum itu, Faizal telah mengumumkan mengenai hasratnya itu di dalam laman sosial Twitter, awal pagi ini.
...

cettt.. nk kena cari paper UM nih. dah le aku mmg x suka paper UM ni.. Last edited by sicomel on 21-11-2012 03:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 03:50 PM | Show all posts
kerill posted on 21-11-2012 11:45 AM
mahal sgt ke harga piala2 dia tu?? cuba jual 10 hengget, ada x org nk bli?? kalo aku 10 hengget pun  ...

sedihnya aku dgn pemikiran ko ni. kesian.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 03:59 PM | Show all posts
kerill posted on 21-11-2012 11:45 AM
mahal sgt ke harga piala2 dia tu?? cuba jual 10 hengget, ada x org nk bli?? kalo aku 10 hengget pun  ...

apa punya pemikiran la awak ni. paham x auction tu apa? sesuatu barang yg pd awak xde nilai lgsung mgkin sgt bermakna dan bernilai pd org lain. lg pulak x semestinya org yg akan bid piala tu nanti nak beli hanya kerana harga atau nilai piala tu, tp dgn niat nak menyumbang sama/ berkongsi pahala, smbil membeli sambil beramal org pggil. tu pun x tau

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 03:59 PM | Show all posts
Orion posted on 21-11-2012 12:24 PM
Bukan ke dulu pernah jadik isu yg pak tam uols tu kononnya mengagungkan Yahudi sebab asyik pakai b ...

psl isu baju S tu, refer kt satu article lama ni (kt bod FT). dia kotakan apa yg dia ckp. dia dh bukan duta DC superheroes lagi dh. sejak awal tahun ni atau hjg tahun lps (aku x sure bila). dan apa yg aku tau, FT & family mmg x mkn McD.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=501915&extra=page%3D4



Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 04:13 PM | Show all posts
salute kat dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 04:38 PM | Show all posts
mixed posted on 20-11-2012 05:52 PM
mulai sungguh hati pejal

moga allah selamatkan Gaza dr israel jaham

btul tuh... kesian anak2 kecik.. x sanggup dah nak tgk tibi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.535053 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list