Pelakon cilik, Puteri Balqis pintar menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh wartawan apabila dia dianugerahkan Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin 2012, baru-baru ini. Lebih selesa dipanggil Aqish, kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun ini, mempunyai minat yang sungguh mendalam dalam bidang lakonan. "Aqish gembira menang anugerah ini tapi Aqish rasa biasa saja sebab Aqish berlakon sebab Aqish minat berlakon, bukan sebab nak menang anugerah", katanya. Meminati Faizal Hussein dan Liza Abdullah, gadis kecil ini mempunyai cita-cita untuk memiliki rumah sendiri dari hasil lakonannya. "Bila dah besar, Aqish nak jadi jutawan dan beli rumah sendiri", kata Puteri Balqis. Apabila ditanya bagaimana dia menghayati sesuatu watak, kata Puteri Balqis, ibunya sering membantu disamping usahanya sendiri.
Credit to gua.com
Siesly aku suka sangat ngan budak ni.. die punya cara cakap mmg teratur sangat... cool gile... korang tgk bideo ni...aku tak reti nak tepek.. tapi aku kasik link yeaa..
http://www.youtube.com/watch?v=HfV5eIf5680
sebenar nye aku nak tunjuk bideo yang kat whi puteri balqis ni ngan pierre andre tapi jenuh nak dekat sejam aku cari tak jumpaaa..
psstttt.. kawan2 kalau jumpa tolong yeaa tepek kat sini.. tima kasihhhh...
Last edited by sophyz on 11-11-2014 03:33 PM
|