CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6251|Reply: 23

Wang Pampasan Buruh Paksa, dah diguna UMNO untuk tubuhkan MISC rupanya..

 Close [Copy link]
Post time 27-10-2012 08:26 AM | Show all posts |Read mode





Berkatalah dengan penuh mengharap Presiden Persatuan Bekas dan Warisan Buruh Paksa Ke Burma "Kami hanya menunggu masa saja. InsyaAllah, pampasan itu akan dibayar oleh kerajaan Jepun tidak lama lagi."

"Jika segala-galanya berjalan lancar, buruh paksa atau waris mereka dijangka mendapat durian runtuh hasil perjuangan persatuan ini,'' katanya.

"Ayah pernah mengeluh kepada saya dulu. Walaupun kerap kali menghadiri mesyuarat, namun, dia masih belum sempat merasa wang pampasan yang dijanjikan oleh pihak yang berkenaan.

"Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi," kata Mariam anak kepada seorang Buruh paksa yang kini sudah uzur dan tak mampu menguruskan dirinya lagi.. (baca di SINI)

Harapan yang mereka letakkan setinggi langit terhadap Kerajaan UMNO/BN supaya membayar kepada mereka pampasan itu kini mungkin tinggal harapan.

Ini kerana manusia-manusia yang diamanahkan untuk menyerahkan wang pampasan tersebut telah menggunakannya seolah-olah wang tersebut milik mak bapak mereka..

Bayaran pampasan yang telah dipersetujui antara Kerajaan Malaysia dan Jepun pada 21 Sept 1967.. tersebut telah digunakan bagi membiayai penubuhan Malaysia International Shipping Corporation...



Itu pampasan yang dipersetujui pada 1967.. bagaimana pula dengan tuntutan Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 yang telah berbincang dengan Kerajaan Jepun di Narita pada Disember 2005?

Dengar cerita ianya telah dibayar (sila baca di SINI ) kemana pula ia menghilang agaknya..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2012 02:28 AM | Show all posts
Ha.. Mana duit RM 207 beliyun tu?


Pesal sampai hari ni senyap je takde bukti duit 207 beliyun tu? Macam kencing melangit jah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 02:31 AM | Show all posts
jadi bila nak mulakan legal action...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 09:18 AM | Show all posts
mana pi mana pi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 10:05 AM | Show all posts
Apasal utk MISC? Kenapa tak bagi pada yang sepatutnya berhak? Ni apa cerita ni? Siasat ke akar umbi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 10:09 AM | Show all posts
mana gi whistleblower ... gi bongkar yg nie pulak

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2012 01:45 PM | Show all posts

saper yg pi dedahkn penyelewengan ni ?!!!! tangkap dia cepat ! gunakan osa , isa watever ! grrrrrrrrrrrrrrrrrrr !!!!!!!!!!!!!!!!!!! hamjadah betul.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 03:02 PM | Show all posts
MISC ditubuhkan utk memberi peluang pekerjaan kepada waris buruh paksa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2012 07:14 PM | Show all posts
hahaha....inilah KERAjaan BN....
hak dia mmg lah dh tentu hak dia...
hak org pn jadi hak dia gak....
bagai memberi KERA sekuntum bunga....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 12:08 PM | Show all posts
majlis hangguk kepale tajaan PR....

jom ramai ramai hangguk kepale

rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah rasuah


Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 12:38 PM | Show all posts
http://www.gwu.edu/~memory/data/treaties/Malaysia.pdf

Rumusan:-

1) Jepun bayar 2.9 billion yen = RM 25juta

2) bayaran bukan dalam bentuk tunai tapi dalam bentuk product dan servis.

3) product n service = oceon -going  cargo bot =MISC

Kesimpulan: -

1) mai mana RM207 billion ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 03:08 PM | Show all posts


di negara lain pun Jepun ada bayar kan duit ini.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 03:10 PM | Show all posts
Ni masa kes bekas buruh dari negara lain dok mintak compensation kot. Ataupun ni masa negara mana entah yg pompuan2 depa kena servis tenter jepun tu kot. Tu yang buat buruh paksa dari Malaysia excited semacam, kot2 boleh dapat compensation sama.

Tapi macam agreement yg forumer tu bagi dan seperti kenyataan dalam new portal tu kata, as a Government, takde isu nak buat tuntutan sebab berdekad yang lalu kedua-dua kerajaan dah setuju tak akan ada sebarang tuntutan.

Tapi, kalau sebagai individu atau melalui organisasi bukan kerajaan, bolehlah depa nak pi tuntut.

Tak nampak la pulak mana2 pihak songlap duit. Kalau ada yang nak songlap pun, persatuan tu ler gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 11:34 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 11:59 AM | Show all posts
ciankan pada yang menuntut...
dari 2004 lg
malah ade yg dah meninggal.
xdpt merasa pun gaji derang....

bg yg xtau apa2 jgn postkan perkara yg tidak benar...
persatuan ditubuh kerana prihatin... dah salah satu cara untuk menuntut kerana kalau tuntut secara individu tentu xde org yg hirau
kumpul ramai2 dan tuntut jika itu milik yg berhak.....

persatuan xdpt apa2 pun....


dan boleh jelaskan maksud berita di bawah

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 01:18 PM | Show all posts
tak boley bang. Apa yg AMENO buat semua betul. Tibai duit kerajaan pon takper sbb depa gendang itu duit BN..........moga anda kenyang di akhirat kelak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2012 06:43 PM | Show all posts
utusan online

ARKIB : 01/10/2008
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 2
Nasib buruh paksa Jepun perlu dibela

HULU TERENGGANU 30 Sept. - Beberapa orang bekas buruh paksa Jepun merayu kerajaan membela nasib mereka yang terlibat dengan pembinaan landasan kereta api maut di Myanmar (dulu Burma) pada Perang Dunia ke-2 lalu.

Ini kerana sehingga kini golongan itu terabai dan tidak diberi pembelaan yang sewajarnya walaupun sebahagian mereka merupakan pejuang kemerdekaan negara.

Seorang bekas buruh paksa, Ibrahim Mohd., 73, berkata, walaupun terdapat persatuan yang dikatakan melindungi sebahagian daripada golongan berkenaan namun secara umum nasib mereka tidak terbela.

Beliau berkata, keadaan meletakkan mereka dalam keadaan tertanya-tanya sejauh mana penderitaan mereka mendapat perhatian masyarakat.

"Persatuan Bekas dan Warisan Buruh Paksa Jepun 1942-46 (PBP) sudah lama diwujudkan dan beribu pejabat di daerah ini dan saya sendiri antara ahli jawatankuasanya.

"Bagaimanapun, sehingga kini tidak banyak perkara dilakukan PBP untuk membela nasib mereka, lagi pun bukan semua buruh paksa Jepun jadi ahli persatuan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Rakannya, Abu Bakar Muhammad, 79, pula berkata, PBP hanya mempunyai lebih 9,000 ahli tetapi di seluruh negara terdapat hampir 75,000 bekas dan waris buruh paksa.

Menurutnya, masalah itu menjadi lebih rumit kerana PBP kini ibarat 'hidup segan mati tak mahu' berikutan krisis kepimpinan sejak awal tahun ini.

Katanya, sejak bekas Presidennya, Wan Mamat Ngah tidak lagi memegang jawatan itu kerana dilarang Pendaftar Pertubuhan negeri ini daripada memegang jawatan dalam persatuan itu, PBP amat lemah.

Beliau yang enggan mengulas krisis tersebut dengan terperinci berkata, sebahagian bekas buruh paksa Jepun kini terlantar sakit tua dan terbiar tanpa pembelaan.

Katanya, keadaan itu berlaku di seluruh negara namun kebanyakan warga tua itu tinggal di tiga negeri pantai Timur terutama Terengganu dan Kelantan.

"Itu baru soal sakit tua, belum cakap soal kebajikan mereka serta anak cucu yang memerlukan perhatian dari segi pembinaan masa depan.

"Saya tampil menyuarakan perkara ini atas kesedaran sebagai seorang warganegara di tanah berdaulat ini. Jangan anggap saya mengkritik mana-mana pihak," katanya.

Menurutnya, sempena musim perayaan Aidilfitri ini beliau berharap kerajaan dapat melihat permasalahan ini dengan lebih mendalam.

"Tolonglah kami. Jika tidak kepada kerajaan, kepada siapa lagi kami mahu mengadu masalah ini," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 7.htm#ixzz2GFQSnYZc
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 01:22 AM | Show all posts
so, atok2 bekas buruh ni ada syer dalam MISC lah?
hebat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 01:44 AM | Show all posts
PEPPERMAN posted on 28-12-2012 01:22 AM
so, atok2 bekas buruh ni ada syer dalam MISC lah?
hebat tu...

  • atuk mader mamak sorang jerk yg ada syer dalam MISC... yg lain tgk kapal tengah lautan sepi jerk laa...

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2012 01:51 AM | Show all posts
PEPPERMAN posted on 28-12-2012 01:22 AM
so, atok2 bekas buruh ni ada syer dalam MISC lah?
hebat tu...

kalau ada syer tk de la merempat duk mintak hak mereka selama ini...
BN/Umno mmg dh semua rakyat tahu..
duit aku dh sah duit aku...
duit ko pun duit aku juga....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.090027 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list