tadi aku selak tweeter...terjumpa beberapa tweet yg ternampak MK dan RI keluar bersama. tapi kalau tanya kat dorang...confirm2 dorg jawab "kami keluar sebagai kawan"...inilah tweets tersebut:
sekitar pukul 10pm (17/10/12) tadi..
@mimih**** : Ingatkan maya karin dgn bangla mana.rupanya remy ishak.why dlm tv u so handsomeee.
@safa*** I just saw Maya Karin with Remy Ishak!!!!!!!! Ohmaii!!! Remy hensem gilaa!!!! Dia senyum kat aku!!! Ohmai ohmai! Melting~~ ahhh!!!!!! Remy ♥
@shim*** Remy Ishak dok dating dgn Maya Karin kat Sakae Sushi The Curve
date atas kobau la baru CUN
sdikit info dicedok dari beberapa forumer...dengarnya remy penah simpan hati kat MK ni tapi MK treat as "teman tapi mesra". dengarnya lg....dulu2 remy jgk penah tweet yg dia suka pmpuan yg matang ala2 MK gitu. kalau salah harap maap lah ye. tp itulah...kawan2 MK ni bnyk retis lelaki brbnding retis pmpuan...mgkin personaliti yg xleceh watkan lelaki2 suka lepak ngan dia.
UPDATE 4jam kemudian (2am 18/10/12)!
@maya_karin Whew. Akhirnya siap pack barang2ku utk gunung Nepal. Tido dulu ye, 4 jam lagi kena bangun. Nite!
WOW! jumpa remy dulu sebelum bertolak ke Nepal?? maya karin akn berada di sana sehingga awal november. lama tu.... sambut bday kat atas gunung lah jawabnya
UPDATE 18/10/2012
@maya_karin Sudah sampai di Nepal. First pitstop Kathmandu, today and tomorrow. Now having a cup of coffee with my father.
UPDATE 3/12/2012
Maya Karin Dan Remy Ishak Kembali Rapat?
KL, 3 DISEMBER 2012: Kalau tak silap Murai Batu, beberapa blog hiburan dan media pernah menyentuh hubungan yang terjalin semula antara pelakon kacak Remy Ishak dan Maya Karin. Selepas itu khabar angin itu terdiam begitu saja.
Bagaimanapun baru-baru ini ketika berlangsungnya sebuah majlis fesyen hebat di tengah ibu kota, Murai Batu dikhabarkan kedua-dua pelakon berkenaan telah kembali akrab.
Alamak! Murai Batu tak mahulah spekulasikan keakraban mereka berdua ini, kerana setahu Murai Batu masing-masing memang saling kenal mengenali. Jadi tak salah rasanya untuk mereka akrab.
Namun daripada sumber memberitahu, ketika majlis berkenaan Remy Ishak seakan tidak mahu lekang di sisi Maya Karin, sehinggakan Remy Ishak yang hadir agak lewat ke majlis berkenaan tercari-cari pelakon jelita berkenaan.
Sama ada mereka berdua duduk bersama sepanjang majlis berkenaan itu tidak pula Murai Batu tahu tapi yang Murai Batu dapat tahu mereka berdua khabarnya telah pulang bersama-sama selepas selesai saja majlis berkenaan.
Alahai, so sweet. Tapi apa yang pasti mereka tidak berpimpin tangan. Cuma berjalan sama saja.
Yalah, rasanya tidak manis Murai Batu membuat sebarang spekulasi dengan beberapa insiden itu. Tetapi sekiranya benar Remy Ishak dan Maya Karin kembali bersama, alangkah baiknya.
Bukan saja Murai Batu, malah sekalian peminat dua bintang popular ini akan turut gembira. Lebih mengejutkan Murai Batu juga diberitahu, seorang lagi bekas kekasih Remy Ishak iaitu Ummi Nazeera turut ada pada majlis berkenaan.
Apa yang pasti, Murai Batu tidak pula mendengar khabar yang Remy Ishak memanggil atau mencari Ummie Nazeera.
Ini kerana daripada info, Murai Batu dapat tahu bahawa yang pelakon muda berpersonaliti manja itu agak sibuk melayan peminat dan media yang ingin merakamkan gambarnya. Maklum sajalah baru pulang dari Australia.
Lagipun pula, Murai Batu tak melihat apa juga kepentingan untuk Remy Ishak menegur Ummi Nazeera, nanti takut cemburu pula kekasih Ummi nanti. Murai Batu hanya bergurau saja Ummi. Jangan ambil hati ya.
Murai Batu: Jika ditakdirkan Murai Batu bertemu dengan kekasih lama di tempat awam, pastinya Murai Batu akan tunduk dan jalan cepat-cepat.
UPDATE 11/12/2012
Maya Karin Mengaku Keluar Makan Dengan Remy Ishak
Semasa Majlis Tayangan Filem Lagenda Budak Setan 2 Katerina anjuran Vono pada 7 Disember lalu di TGV Wangsa Walk, Budiey sempat bertanyakan pelakon Maya Karin yang memegang watak Katerina berkenaan dengan gosip yang mengatakan Maya Karin kini kembali rapat dengan Remy Ishak.Menurut Maya Karin, beliau akui dia ada berjumpa dengan Remy ishak tapi atas hubungan mereka atas dasar kawan biasa. Tidak lebih dari itu. Kebetulan Remy Ishak ada merancang membeli rumah, jadi Maya Karin ada memberikan tips untuk memilih perabut dan juga susun atur rumah pelakon lelaki yang kacak itu.
Selebihnya, hubungan mereka setakat ini hanya sekadar kawan. TONTON VIDEO PENGAKUAN MAYA KARIN:
Komen Remy:
Semasa Budiey bertemu dengan Remy Ishak sehari selepas itu di perlawanan persahabatan media dan Star Dashing, Remy Ishak tidak mahu mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Maya Karin.
Apa-apa pun, semoga hubungan mereka ini kekal sebagai kawan. Ramai peminat yang mendoakan yang terbaik untuk kalian.
Menyentuh tentang karier, Maya akui dirinya sangat kesuntukan masa untuk diri sendiri gara-gara terlampau sibuk dengan dunia lakonan dan tawaran menghadiri pertunjukan makan malam (dinner show).
Dalam perkembangan lain, Maya Karin mengkhabarkan kepada Budiey, pada bulan Mac 2013, dia ditemani adik perempuan akan ke Finland dan Berlin untuk travel dan di Berlin, Maya akan mengunjungi keluarganya di sana.
@maya_karin Whew. Akhirnya siap pack barang2ku utk gunung Nepal. Tido dulu ye, 4 jam lagi kena bangun. Nite!
WOW! jumpa remy dulu sebelum bertolak ke Nepal?? maya karin akn berada di sana sehingga awal november. lama tu.... sambut bday kat atas gunung lah jawabnya
dunkin^donuts posted on 18-10-2012 02:05 AM
ha'ah...xmau lah ckp psl Tiz lagi.. kesian dorang... we focus for future hehe
setujuuuuuu. tp, tetap ada jgk yg sebok psl mereka b2. sedgkn masing2 dah moved on. kisah remy n tiz dah tamat dah, yg ada lakonan mereka kat drama jek.
kat thread ni lak psl remy n maya lak. tp, mungkn sekadar kwn kot. tp, klu nak bcouple pun xkesah pun. kikikikiki.