CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5565|Reply: 39

Budak tak ada muka

[Copy link]
Post time 15-10-2012 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Hai semua,

Saya ada pengalaman yang agak menyeramkan untuk dikongsi. Kejadian ni berlaku 3 tahun lepas. Masa tu lum ada baby lagi. Mak saya datang melawat saya dan sekali gus melawat adiknya yang menetap berdekatan dengan rumah saya. Pada malam kejadian tu, saya menghantar mak saya untuk dia bermalam dirumah adiknya dan kami lepak sehinggalah solat isya'. Buat pengetahuan semua, rumah adik mak saya (mak sedara) adalah kawasan kampung. kebanyakkannya banyak rumah lama2 yang ditingglkan kosong. kalau waktu malam terasa sunyi dan agak menyeramkan. Malam tu pulak hujan rintik2. hati dah mula rasa tak sedap.. Lepas solat isya' saya ngan adik pun nak gerak balik ke rumah saya walaupun hati rasa lain macam. tapi saya tak cakap apa2 kat dik saya. nak tak nak kena balik jugak coz esoknya keje. selepas salam ngan mak n mak sedara saya pun start memandu, hati berbelah bagi nak ikut jalan yang mana satu. bincang ngan adik, nak ikut kiri atau kanan. Kalau ikut kanan, kena lalu kubur dan lalu tepi railway (jalannya jauh). kiri pulak jalannya gelap tapi dekat.

So, decide untuk ambil jalan kiri. Masa lalu jalan tu, kami tak bercakap pun... senyap melayan perasaan masing2. Saya berkumat kamit baca ayat kursi coz dah mula rasa lain macam. Mula2 jalan masih ada rumah orang kiri kanan jalan. Masuk satu simpang kiri kanan talian TNB dan ada banyak pokok tebu.. hujan rintik2.. suasana sunyi... tiada lampu jalan, hanya megharapkan lampu kereta saya sahaja. lampu menyuluh jalan dihadapan, tetiba sampai dipersimpangan dimana betul2 tepat dihadapan kereta saya terdapat seorang wanita mengayuh basikal dalam hujan renyai2 dengan terdapat seorang kanak2 yang memboncengkan dibelakang dia.

Awalnya saya tidak menghiraukannya, tetapi abila lampu kereta saya suluh kearah mereka berdua, si ibu tidak ada sebarang respon malah terus mengayuh dengan perlahan. Yang tak sedap hatinya si anak telah menoleh kepada kami, tetapi mukanya seolah2 kosong, tiada mata, hidung mahupun mulut.. kosong sahaja.. Masayallah terkejut saya dan terus saya membaca ayat kursi dan belok ke kanan.. melalui cermin, saya melihat, basikal tersebut perlahan2 dikayuh dan lenyap....

Saya bertanya dekat adik saya apa yang dia nampak.. dia cakap dia pun nampak benda yang sama.. yang pastinya budak tu memang tak ada muka!!!... menggigil kepala lutut kami berdua. saya pun terus memandu balik kerumah dengan selamatnya.

Keesokkan harinya saya pun pg ambil mak saya di kg mak sedara saya, dan menceritakan perkara tersebut pada mereka. yang terkejutnya rupanya disitu memang ada perkuburan lama dan ianya tersorok di dalam semak. memang ada orang yang berjumpa dengan wanita yang naik basikal area situ waktu tgh malam. lagi satu, belakang jalan tu ada lombong tinggal dan tak ada rumah yang berhampiran...

ermmm taubatlah saya nak lalu kawasan tu waktu malam2.. tak berani ooooooo...





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 05:05 PM | Show all posts
Menakutkan cerita tt
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 05:08 PM | Show all posts
seremmmmm....
ade cite lain TT..
sile kongsi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 05:16 PM | Show all posts
nape tak brenti...tumpangkan budak tu kesian dia kena hujan.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 01:13 AM | Show all posts
teringat satu kisah seram Ismahalil Hamzah kat THR dulu pasal orang takde rupa yg duk mengintai dapur rumah orang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 08:12 AM | Show all posts
Zulka, kalau saya tumpangkan budak tu... lain pulak ceritanya nanti... dah tgk muka pun tak ader.. tak sanggup nak berhenti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2012 09:22 AM | Show all posts
btw...kejadian ni kat area mana eh?
kalau taknk bagtau kat public..pm pun takpe...berminat sgt nak tau kt mana....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 09:46 AM | Show all posts
zulka, kat batu gajah, perak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 09:54 AM | Show all posts
lienaalin posted on 16-10-2012 09:46 AM
zulka, kat batu gajah, perak....

ok, tq...nti sy gi sana..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 10:16 AM | Show all posts
zulka posted on 16-10-2012 09:54 AM
ok, tq...nti sy gi sana..

okay... hati2

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:29 AM | Show all posts
waaa.. tt, seremmmm.

nasib baik budak tu tak terbang ea.. saja berkenalan say hi.. hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 10:41 AM | Show all posts
lienaalin posted on 16-10-2012 09:46 AM
zulka, kat batu gajah, perak....

batu gajah kawasan mane tu?

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 12:24 PM | Show all posts
Hhehe, menarik gak story TT... Bagi ai lebey baik tgk muke yang menakutkan daripada tengok benda2 yang takde muka ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 12:33 PM | Show all posts
kat tempat saya belajar dulu pun ada cerita gak pasal makhluk tak ade muka ni...tapi yang ni perempuan.. selalu kami panggil sister no face... dia selalu duduk dalam lift... sapa yang bertuah dapat la jumpa dia dalam lift...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 02:18 PM | Show all posts
seram plak baca...
nasib baik takde buat apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
seram gak citer tt neh..ada citer lain x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 03:02 PM | Show all posts
serius scary.... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 04:01 PM | Show all posts
fuh seremmmm... "budak" tu takde lambai2 kat TT ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 04:21 PM | Show all posts
jefrilza posted on 16-10-2012 12:33 PM
kat tempat saya belajar dulu pun ada cerita gak pasal makhluk tak ade muka ni...tapi yang ni perempu ...

cuba kalau naik lif sorang2 malam2 n terjumpa sister no face ni kat dlm lif.. dulu awak study kt mana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 04:25 PM | Show all posts
dulu studi kat matriks uia, pantai dalam...
macam2 cerita hantu kat sini... nenek kebayan la... hantu bungkusla... biasala asrama kan...
alhamdulillah tak pernah jadi kat saya sbb saya lebih rela naik tangga dari naik lif bila malam...
Last edited by jefrilza on 16-10-2012 04:30 PM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.127795 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list