CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Manusia_Putih

Berak Berdarah !!! OMG !!

[Copy link]
Post time 28-11-2012 05:19 PM | Show all posts
dah jumpa doktor ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 02:21 PM | Show all posts
sama lah mcm naj,banyak mkn pedas mula lah jadi mcm tuu,klu x mkn pedas lak seminggu sekali baru nk rasa membuang...skr ni naj amalkan mkn buah betik gan sayur hijau...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 02:37 PM | Show all posts
mkn betik banyak2 hari ni jugak

sy aritu kua darah gak(sembelit pregnant sbb mkn pil iron),terus tibai mkn betik sebiji.esok terus ilang darah sampai skang
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 11:46 AM | Show all posts
tidak semua berak berdarah itu di sebadkan buasir....

kalau p klinik...cakp aje berak berdarah...
few dr yg malas tanpa usul periksa lebih lanjut akan terus je ckp buasir
bg ler telan ubat buasir....
baik sekejap..then berdarah balik...

jawapan sebaliknya dr buasir adalah kanser usus...
ada beberapa symptom lain yg membezakan kanser usus dan buasir

advise p la jumapa specialist utk kepastian....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 05:02 PM | Show all posts
Aku selalu sembelit, 2 3 hari baru boleh berak ... kekadang teran macam mana pon tak leh kuar, sampai berdarah menitik.
Doctor kata banyakkan makan sayur dengan buah-buahan. Tapi aku cakap la kat doctor, semua tu aku makan, camana boleh taik keras dan susah nak berak. Bila fikir balik, mungkin sebab aku ni jenis makan laju, tak hadam dalam mulut lagi aku dah telan, possible kot kalau tak ikut sunah nabi kunyah 30 kali
Tapi ada penyelesaiannya gak, ni pun doctor yang sarankan.
Sebelum tidur, amalkan telan satu sudu besar minyak zaitun yang extra virgin. Harga mahal sikit la.
lepas Ramadan sampai sekarang aku dah tak der masalah sembelit ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 11:12 AM | Show all posts
me mmg dpd kecik mmg sminggu sekali je bru membuang
dulu2 pnh mkn pil utk kurus sebenanye
tp dia melawaskan..me mkn pon sebotol je pil tu...
tp alhamdulillah, pas mkn tu trus smpi skang ni ok

anak yg no3 pon pnh yak smpi bedarah
me bg mnum yakult, bg lactul tp pon nk kne bg slalu
tp bln lps me bg madu...dlm sejam tu 3x yak...
heheh...tp tu mse 1st time bg madu, da berbotol2 ni, same je, cume buang air tu 3x la sminggu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2012 06:47 PM | Show all posts
pakcik saya pnh kene buasir siap msk spital..last2 kanser usus..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 09:00 PM | Show all posts
miss_comel posted on 8-12-2012 06:47 PM
pakcik saya pnh kene buasir siap msk spital..last2 kanser usus..

yaAllah dugaannyer...mmg susah nak dectect cancer awal2 kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2012 12:33 AM | Show all posts

Kebiasaannnya apabila berlaku pendarahan semasa membuang air besar, ramai yang beranggapan, itu adalah tanda-tanda buasir atau najis berdarah. Ini kerana najis yang keluar diikuti dengan tompokan darah merah memberi tanda bahawa ada kesan luka pada pintu lubang dubur. Hakikatnya luka pada usus tidak hanya disebabkan oleh pendarahan pada pintu lubang dubur, sebaliknya pendarahan juga boleh berlaku pada bahagian dalam usus. Namun, masih ramai yang tidak menyedari kurangnya pendedahan dan sikap ambil tahu tentang bahayanya peyakit usus berdarah ini. Pun begitu masih ada harapan jika pencegahan dan rawatan dapat dilakukan di peringkat awal lagi supaya ia tidak memberi kesan sampingan di tahap yang lebih serius.


Punca usus berdarah
Menurut Dr. Lukman, pendarahan ketika membuang air besar dikategorikan sebagai masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat  terutama di kalangan golongan pada peringkat umur 40 tahun ke atas. Malahan, masalah ini lebih kerap berlaku pada individu yang terlalu banyak mengambil makanan yang kaya dengan serat liat seperti daging dan kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahann. Dan kesannya, individu itu akan mengalami masalah  system perkumuhan.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan pendarahan ketika membuang air besar dan yang paling lazim adalah buasir. Sealin itu, pendarahan juga boleh berlaku disebabkan oleh ulser usus, kanser usus, polip pada rectum dan usus besar serta rekahan pada kulit  saluran dubur. Kebiasaan pendarahan di dalam najis berlaku apabila sel-sel darah merah yang normal terletak di dalam saluran dan pembuluh darah telah keluar dari dinding-dinding usus dan mengalir serta bertakung dalam rongga usus.

Tambah Dr. Lukman lagi, warna dan darah juga sebenarnya berbeza dan secara umum warna boleh memberikan gambaran kasar kepada punca penyakit dan lokasi pendarahan. Jika warna darah yang keluar cerah bermakna penyakit berada dekat dengan kawasan dubur. Ia mungkin disebabkan masalah pada saluran yang menyebabkan salur darah bengkak dan pecah seperti yang berlaku pada pesakit buasir. “Pendarahan berlaku kerana disebabkan najis yang keras dan apabila melalui dinding usus, ia akan bergesel dan menyebabkan dinding usus tersebut luka. Sungguhpun begitu warna najis berbeza mengikut lokasi pendarahan,” katanya.

Jika warna darah merahgelap bermakna pendarahan berlaku pada bahagian usus yang lebih dalam. Ia boleh memberi kesan yang lebih berbahaya seperti kanser usus. Bagi warna najis yang hitam dan melekit seperti tar pula menandakan ada pendarahan di bahagian lebih atas (pangkal) usus, esophagus, perut atau duodenum (usus kecil). Ia juga boleh disebabkan oleh oleh ulser ataupun kanser di dalam organ-organ tersebut. Najis hitam ini terhasil apabila pendarahan berlaku terlalu lama dalam usus besar yang memberikan peluang kepada bacteria bertindak dan menghuraikannya kepada bahan dipanggil hematin dan berbau sangat busuk. Inilah sebabnya apabila berlaku pendarahan rectum pada kali pertama, pesakit disyorkan menjalami pemeriksaan segera.

Selain warna, kuantiti darah juga boleh menjadi tahap penyakit atau masalah yang dihadapi seseorang. Biasanya pendarahan rectum sederhana dikategorikan apabila banyak darah keluar setiap kali buang air besar. Jika kuantiti ini lebih banyak, bermaknan pendarahan sudah berada pada tahap yang serius. Kesan daripada pendarahan yag serius boleh menyebabkan pesakit berasa lesu, pening atau pitam. Kadangkala pesakit juga boleh mengalami symptom tekanan darah rendah terutama apabila berdiri selepas lama duduk di tandas.

Malahan jika berterusan, pesakit boleh mengalami pendarahan yang banyak dan dalam masa yang sama mendapat anemia (kurang darah merah). Kesannya, badan akan cepat berasa letih, mudah mendapat serangan jantung, kaki membengkak dan sebagainya.

Faktor pemakanan

Oleh kerana punca utama masalah usus berdarah disebabkan factor najis keras (bergesel dengan dinding usus menyebabkan luka), maka ia berkait rapatdengan pemakanan yang dimakan. Oleh itu, perlunya dietpemakanan yang seimbang bagi melancarkan proses perkumuhan. Antara diet pemakanan yang disyorkan ialah :

  • Kurangkan makanan yang pedas

  • Lebihkan memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman kampung

  • Perbanyakkan minum air mineral

  • Lebihkan makan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tidak melalui proses pemprosesan lanjut, seperti beras perang, roti mil penuh dan sebagainya


Rawatan

Umumnya, penyakit-penyakit keradangan usus seperti colitis dan proktitis boleh dirawat dengan pengambilan ubat sahaja. Bagaimanapun, jika penyakit anda disahkan sebagai kanser usus maka anda harus menjalani pembedahan major sebelum dibantu oleh rawatan sampingan seperti kemoterapi dan radioterapi. Buasir pula boleh dirawat secara ubat-ubatab di peringkat awal dan apabila telah masuk ke peringkat serius (buasir menjulur keluar dari dubur) ia harus dirawat melalui kaedah pembedahan.

Lebih dramatik jika penyakit ini lambat dirawat kerana ia boleh memberi kesan sampingan kepada kencing berdarah, kanser rahim dan penyakit jantung selain ia akan menghakis dinding-dinding organ berdekatan seperti usus besar dan menyebabkan pendarahan di dalam najis.

Seharusnya pesakit terus berjumpa doctor ataupun pakar gastroenterologi dengan serta-merta. Tindakan pantas ini memberi peluang awal kepada doctor untuk mengesan punca atau penyakit yang menyebabkan pendarahan itu sekali gus  memberikan harapan yang lebih cerah kepada pesakit untuk pulih. Malangnya aa diantara kita ini, yang telah mengalami pendarahan dalam najis dalam kuantiti yang sedikit dan memakan masa bertahun-tahun, tetapi ia masih tidak merujuk kepada doctor. Jika pendarahan ini disebabkan oleh penyakit yang bahaya seperti kanser usus, maka kelewatan ini boleh membunuh.

Pemeriksaan boleh dijalankan melalui endoskopi yang mana ia berfungsi untuk mencari punca pendarahan di dalam najis. Jika pendarahan hitam dan puncanya dijangka dari perut atau usus kecil maka endoskopi atas akan dilakukan melalui mulut.

Last edited by DoktorFaizal on 11-12-2012 12:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 08:46 PM | Show all posts
DoktorFaizal posted on 11-12-2012 12:33 AM
Kebiasaannnya apabila berlaku pendarahan semasa membuang air besar, ramai yang beranggapan, itu adal ...

Hi Doktor Faizal,

Serat hanya terdapat dlm tumbuh-tumbuhan Dan buah-buahan sahaja, binatang tiada serat
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2013 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn2..nk mntk further opinion.kwn sy da almost a month buang air n bleeding.dia ckp kuar darah dlu n baru najis..tp dia tkot nak cek kt hospital,tkot cancer :-(...sy risau...skrg dia try mkn pil herba dlu.any advise? Almost stiap kali nk buang air bsr akn kuar darah.aduhai risaunya..tlg ye kwn2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 05:38 PM | Show all posts
daunpudina06 posted on 24-1-2013 01:33 AM
Kwn2..nk mntk further opinion.kwn sy da almost a month buang air n bleeding.dia ckp kuar darah dlu n ...

kalau ikut u punya description, maybe bleeding tu from lower part of gastrointestinal tract. Banyak sbb bleeding, bukan colon cancer sahaja. Tat's why better gi hospital untuk rule out cause of bleeding. Dah sampai sebulan bleeding if x check nanti tiba-tiba anemia ler plak. Kena masuk darah bagai, lagi susah... One more thing, ubat herba tu takut ada steroid... Steroid pun boleh worsenedkan bleeding tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 05:41 PM | Show all posts
seeriesagain posted on 25-1-2013 05:38 PM
kalau ikut u punya description, maybe bleeding tu from lower part of gastrointestinal tract. Banya ...

oo pill herbs ada steroid ehh? ok how can i convince him utk stop consume pills tu and gtau die maybe its not a cancer..coz dia takot cancer result jer..that's y dia xnk pegi cek...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 05:44 PM | Show all posts
daunpudina06 posted on 25-1-2013 05:41 PM
oo pill herbs ada steroid ehh? ok how can i convince him utk stop consume pills tu and gtau die ma ...

oh btw, dia da start lose weights and cpt sakit kepala

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 10:38 AM | Show all posts
mkn pedas terlebih kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:51 AM | Show all posts
luka dalaman kot, gi jumpa doctor aje kan senang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 09:18 PM | Show all posts
sy penah jugak kne berak darah, da 6 taun.. baru2 ni jd mkin byk kuar... so check la doc n result mmg buasir... dia suggestkn utk ikat buasir tu.. (jgn tanya mcmana doc ikat). lps ikat tu sakit, kuar jgk drh tp doc kata normal.. smpai fobia nak berak.. skg da ok, doc bg ubat nma Davmorid..

sy nasihatkn sape2 yg ada berak drh tu check la dulu, doc akan check betul2 sbb kte tak tau betul ke tu buasir..  xpayah la nak malu2, ni utk kesihatan kte jangka panjang..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 09:58 AM | Show all posts
luka dalaman atau buasir
pi lah jumpa doktor
jangan cuba2 suluh pakai lampu picit pulak hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 12:23 PM | Show all posts
berak berdarah lama2 bahaya woo.. bole dpt chronic anemia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 12:24 PM | Show all posts
darah menitik-nitik? takot pulak aku dengar. jangan2 ko datang bulan x?
aku kalau berak berdarah dekat taik tu ada lah. *maaf kalau agak geli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.100944 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list