CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10543|Reply: 47

Aliff Aziz & Adira pula yang bercinta????

[Copy link]
Post time 5-10-2012 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Aliff Aziz Dengan Adira Memang Bercinta!                                      
      
   







        Teks: Razif Rosdi
        Twitter: @AjiebRosdi

        KUALA LUMPUR, 5 OKT 2012: Penyanyi cantik Adira dengan Aliff Aziz memang bercinta tapi ia hanyalah sekadar untuk menjayakan watak masing-masing dalam drama berjudul Tiara selepas mereka digandingkan bersama sebagai pasangan hero dan heroin.
        Tidak mahu dilabel sebagai wanita jahat yang menjadi punca perpisahan Aliff Aziz dan Anne Ngasri, pelantun lagu Ku Ada Kamu, Adira menafikan mempunyai hubungan cinta sebenar dengan penyanyi yang berasal dari Kota Singa itu.
        "Sebolehnya saya tidak mahu ada kaitan dengan cerita perpisahan Aliff dan Anne. Saya tidak kacau pun percintaan mereka. Im not that type of person. Saya hanya menjadi kekasih Aliff untuk drama Tiara yang bakal disiarkan pada 22 Oktober depan di Astro Prima.
        "Terus-terang, saya dan Aliff hanya kawan biasa saja. Saya pun tiada masa nak ambil tahu tentang mereka. Apatah lagi bertanyakan tentang hal putus cinta itu. Saya hanya ingat keadaan mereka okay saja.
        "Ketika berlakon dengan Aliff, saya tidak tahu pun dia ada masalah dengan Anne. Kalau saya nampak dia murung pun, saya anggap ianya hanyalah perkara yang biasa dalam percintaan. Sekali lagi, saya tidak mahu campur tangan dalam urusan orang lain," kata Adira ketika dihubungi murai.com.my.
        Dalam pada itu, Adira berani menjamin bahawa hubungannya dengan Aliff tidak akan berubah menjadi cinta lokasi walaupun pada dasarnya mereka agak sukar mencari chemistry dalam drama berkenaan.
        "Saya guarantee, hubungan kami tidak akan berubah menjadi pasangan kekasih di luar lokasi. Perasaan cinta hanya wujud dalam drama saya. Saya pun bercinta dengan dia untuk drama saja. Tidak lebih dari itu.
        "Saya hanya lakukan semua ini atas dasar kerja. Saya tidak boleh menolak tanggungjawab sebagai pelakon. Sewaktu shooting pun, saya berkawan dengan semua orang dan bukan dengan Aliff seorang saja.
        "Terus-terang, saya tidak ada keluar dengan dia apatah lagi hubungi dia. Saya menafikan gosip ini kerana ia tidak wujud langsung," jelasnya.
        Menyentuh mengenai lagu yang digembar-gemburkan itu, Adira mengakui ada berduet dengan Aliff dalam sebuah lagu berjudul Keajaiban Cinta.
        "Lagu ini tidak sama dengan lagu Ombak Rindu. Lagu Keajaiban Cinta dicipta sepenuhnya oleh Manusia Putih dan menjadi lagu OST drama Tiara. Saya harap lagu ini tidak menimbulkan kontroversi kelak kerana ianya hanya sekadar lagu saja," ujarnya.


*credit to murai.com
** artis ni bercinta mcm main passing parcel pulak ye. balik2 situ jugak. adeh... momod, kalu dah ada topic ni maaf ye...

Last edited by coconico on 5-10-2012 08:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 07:56 PM | Show all posts
Hero heroin dalam drama jer...ingatkan in real life..

Pandai ke dorang berlakun nih?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 08:04 PM | Show all posts
poyos je dua2nye
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 08:12 PM | Show all posts
bikin panasss sajork..hoho..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 08:16 PM | Show all posts
..ketandusan pelakon nampaknya m'sia ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 08:34 PM | Show all posts
hehe... nafi2 esok2 cakap. ya, kami bercinta. cliche betul artis2 malaysia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2012 09:17 PM | Show all posts
Dh Ada Dlm thread Anne ngasri & aliff aziz.... X mdpt smbutan pun berita ni... Hukhukhukhuk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:16 PM | Show all posts
Nanti tgok2 mmg betul bercinta..
Dasar artis.kuat putar alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 10:17 PM | Show all posts
Choyyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:33 PM | Show all posts
Voring.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:43 PM | Show all posts
uwekkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 01:47 AM | Show all posts
fluffy cheeks nyer dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 06:01 AM | Show all posts
SOSEH SOSEH: Cinta Nubhan, Adira?
BIJAK pandai sering berkata, sekeping gambar mempunyai seribu satu makna. Seperti mana dua keping gambar yang SS terima daripada se�orang rakan yang baru pulang menjelajah Eropah baru-baru ini. Sekali tengok, mungkin ramai yang tak perasan, tetapi mata SS yang sentiasa tajam ini terus menangkap subjek dan objek yang tertera di dalam gambar-gambar menarik itu.
Kalau anda semua tengok sendiri di laman SS ini, tentu kenal dengan dua selebriti muda yang dilahirkan dari pentas Akademi Fantasia. Bukan main mesra lagi Nubhan Ahamad dan Siti Adira Shuhaimi ketika berada di dalam kereta api bawah tanah di London, baru-baru ini.

Setahu SS, mereka berdua dijemput ke London dalam program 2012 Malaysian Celebrity UK Tour Most Wanted anjuran Women Entrepreneur Association Links Tourism And Health (Wealth) pada 18 hingga 27 September lalu. Itu yang SS tahu, tetapi tidak tahu pula yang mereka sebegini rapat. Macam orang bercinta!

Namun betul ke mereka bercinta? Sebelum ini Adira menjalinkan cinta dengan Hafiz, tetapi sudah putus dan Nubhan pula pernah dikaitkan dengan Stacy. Bagaimanapun, daripada gambar-gambar yang tertera di sini, sukar untuk dikatakan mereka tidak bercinta. SS malas nak menelah, bimbang salah sangka.



Mungkin juga ia babak-babak dari video muzik atau gambar yang dirakam untuk tujuan komersial lain. Siapa tahu! Pun begitu, daripada teman yang menyampaikan cerita kepada SS, Nubhan dan Adira memang ada ‘rasa cinta’ itu. Entah ya entah tidak, SS angguk saja.


SS belum pasti sepenuhnya, tetapi akan mendapatkan kepastian daripada tuan punya badan itu. SS pernah terserempak dengan Nubhan bulan lalu, sebelum dia berangkat ke London. Nampak sangat perubahan pada wajah anak muda Negeri Sembilan itu yang semakin berseri. Seri cinta, tak tahulah, tetapi SS tengok kulit�nya semakin putih dan licin. Bila ditanya, dia hanya senyum.

Namun seorang teman yang kebetulan berada di sisinya memberitahu SS yang Nubhan kini mendapat ‘rawatan’ dari sebuah syarikat kecantikan. Kalau tidak silap SS, namanya Taharah. Nampaknya selepas ini SS kena pergi cari tauke Taharah untuk mendapatkan khidmat nasihat.


SS: Kasihan pada isteri kepada suami yang sedang menjalin kasih dengan artis.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/05


credit harian metro online




Last edited by ahkiluz on 6-10-2012 06:02 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 06:09 AM | Show all posts
statement mcm angkuh je, x perlu kot sebut berani jamin bagai. mana tahu berjodoh ke.

btw adira ni mkin hari mkin putih mayat. dah xde seri plak. lawa lagi wktu die biasa2 dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 02:26 PM | Show all posts
dah kata sakit2 jantung..ko nk berlakon ape lg.. dok umah la berehat jambu oi!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 10:41 PM | Show all posts
propa ke betul nih ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2012 02:38 AM | Show all posts
Isnin Oktober 8, 2012
Adira Pohon Tidak Dikaitkan Dengan Aliff Aziz & Anne Ngasri
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Adira Suhaimi atau Adira meminta semua pihak tidak mengaitkannya sebagai punca keretakan hubungan cinta penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz dan Anne Ngasri.
Adira, 22, menegaskan dia tidak terlibat dalam keretakan hubungan pasangan itu dan berharap semua pihak menghormati perasaannya.
"Saya tidak terlibat langsung dalam keretakan hubungan mereka dan saya tidak mahu terlibat dalam masalah yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini," ujarnya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Ahad.  
Adira menjawab tuduhan kononnya dia menjadi punca hubungan Aliff dan Anne putus apabila mereka berdua dikatakan kononnya telah jatuh cinta ketika bertemu di lokasi penggambaran drama Tiara yang sedangditayangkan menerusi saluran Astro Prima.
Dalam pada itu, Adira berkata, hubungannya dengan Aliff hanya bersifat profesional dan tidak lebih daripada itu dan dia turut hairan bagaimana cerita tersebut tersebar.
Malah kata Adira, selepas hubungannya dengan AG (Coco) gagal, dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti sebaliknya lebih selesa menikmati kehidupan solo.
"Saya hanya mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian dan lakonan dan kini lebih selesa tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana lelaki," jelasnya.
Bagaimanapun Adira berkata, dia berharap kemunculan “single” duet terbarunya bersama Aliff berjudul “Keajaiban Cinta” tidak akan menjadi kontroversi selepas ini.
"Ia hanya sebuah lagu duet untuk drama Tiara yang kami sama-sama berlakon. Hubungan kami tidak lebih daripada itu. Saya berharap tiada sebarang gosip lain timbul gara-gara kolaborasi itu," katanya.
Sementara itu, Adira berkata, dia semakin selesa bergelar pelakon namun masih meletakkan nyanyian sebagai karier utamanya.Malah dia hanya berlakon untuk mengisi masa lapang selain menambah ilmu terutamanya dari segi pembinaan watak bagi sesuatu karektor.
"Seronok berlakon kerana dapat belajar pelbagai perkara namun itu tidak bererti saya tidak mahu menyanyi lagi kerana nyanyian adalah keutamaan saya," ujarnya.


Last edited by ahkiluz on 8-10-2012 02:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 07:45 AM | Show all posts
Adira masih sukakan lelaki rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 08:36 AM | Show all posts
ade gak org suke alipp ni ye? dh sah2 kaki men betine
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 09:48 AM | Show all posts
geli aku ngn bdk2 baru ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.299268 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list