CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23515|Reply: 104

Penanggal - Ellie Suriati

[Copy link]
Post time 5-10-2012 11:44 AM | Show all posts |Read mode

Trailer

http://www.youtube.com/watch?v=2U0XBpBpKsk

Berlatar belakang pada zaman sekitar 1930-an, Penanggal berkisarkan tentang seorang gadis bernama Murni yang telah mewarisi ilmu penanggal secara tidak sengaja daripada Mak Ajeng sehingga dia terpaksa melarikan diri ke sebuah kampung untuk mencari perlindungan.
Pelakon Ummi Nazeera sebagai Murni, Azri Iskandar (Syed Yusof), Fasha Sandha (Sharifah Zaharah) dan Zul Ariffin (Syed Umar).
Ketika ditanya tentang pemilihan genre seram sebagai filem sulung arahannya, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-16 itu menyatakan ia dipilih berdasarkan minat penonton di negara ini yang gemarkan kisah-kisah mistik.
Jelasnya, kisah seram seperti Penanggal ini dilihat sesuatu yang cukup menarik untuk diterokai, namun menegaskan filemnya itu bukanlah sebuah kisah yang benar-benar seram.
BI :

A naïve girl inadvertently inherits the penanggal curse from her guardian and wants desperately to be rid of it, until she starts tasting the power the penanggal accords to her, an otherwise ugly and simple girl with no chance at love or power in her life.

*************

Macam promising. Nak tunggu filem seram ni selain Sembunyi (Khabir Batia)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 12:14 PM | Show all posts
mcm best jer..Ellie yg direct..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 01:31 PM | Show all posts
Ellie pun ckp majoriti penonton-penonton sukakan kisah seram dan mistik.
Apalah penonton-penonton kat mesia niekan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 12:06 PM | Show all posts
Aku google filem Sembunyi oleh Khabir Batia tu, rupanya itulah filem Azazil yang aku tengok ada poster dia kat pintu masuk MBO. Tengok poster boleh tahan menyeramkan, mulanya aku ingatkan tu poster filem hollywood rupanya filem malaywood.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2012 12:15 PM | Show all posts
dr.R posted on 9-10-2012 12:06 PM
Aku google filem Sembunyi oleh Khabir Batia tu, rupanya itulah filem Azazil yang aku tengok ada post ...

Ya dulu tajuknya Azazil, produksi tukar sebab takut orang tak faham.. tapi Sembunyi dengar macam tak komersil...  n x seram sangat kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 03:42 PM | Show all posts
takeshi_anwar posted on 9-10-2012 12:15 PM
Ya dulu tajuknya Azazil, produksi tukar sebab takut orang tak faham.. tapi Sembunyi dengar macam t ...

Perkataan sembunyi tu tak ada nilai misteri dan mistiknya untuk di jadikan tajuk, kenapa tukar nama filem? tak lepas LPF ke? tapi kalau tak lepas kenapa poster dah bersepah kat cinema-cinema?.

Lama tak nampak si Azri Iskandar ni berlakon, kali terakhir aku tengok dia berlakon filem cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu je dan lepas tu nama dia seakan tenggelam je. Nak kata lakonan tak hebat rasanya jauh lebih hebat dari pelakon yang ada, ni pun berlakon bawah arahan isteri dia kalau tak memang tak nampak dah muka dia ni. Fasha Sandha dan Ummi pun jarang nampak berlakon filem, kiranya pelakon di pilih pun berkualiti juga sebab yang pandai jaga hak ekslusif diorang jadi tak adalah orang sama yang keluar 4-5 filem dalam setahun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-10-2012 10:48 PM | Show all posts
Itu la pasal.. sbb isteri, azri dapat berlakon.. mmg dia pelakon hebat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 03:10 PM | Show all posts
Sembunyi tu jalan cerita dia nampak kelassssss!


Penanggal ni jalan cerita klise sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2012 06:23 PM | Show all posts

Sharifah Zahrah Al Saggaf.


Sharifah Zahrah (Fasha Sandha) diserang oleh Penanggal (Umi Nazeera) dan menjadi hodoh kerana bisa Penanggal. Semua ini di dalam filem terbaru Fasha Sandha bertajuk "Penanggal".
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 06:25 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 03:28 PM | Show all posts
real giler mekap effect die...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 04:33 PM | Show all posts
muka scary gilaaaa....
tp yg x best nya...tgn bersihhhh je...adakah bisa penanggal nie hanya berkesan kat muka shj...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 05:10 PM | Show all posts
chaoyunjie posted on 19-10-2012 04:33 PM
muka scary gilaaaa....
tp yg x best nya...tgn bersihhhh je...adakah bisa penanggal nie hanya berkes ...

Mungkin sebab kepalanya je yang terbang, tu yang kepalanya je yang hazab kot dan badan cantik molek sebab dia stay kat 1 tempat.

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 10:30 AM | Show all posts
tgk trailer mcm best,ape2 pon kena tgk dulu...br bleh nilai mcm mane.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepatla yg lain komen... kita tunggu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:12 PM | Show all posts
nak tgk.... sebab trailer die sgt memberangsangkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2013 03:11 PM | Show all posts
Penanggal Menjelma Dalam Artistik

Paling ditunggu, kisah hantu bercerai tubuh dan kepala - Penanggal yang pernah menjadi ketakutan dan bualan penduduk nusantara kini diangkat aktres yang pertama kali duduk di kerusi pengarah filem, Ellie Suriaty Omar.
Sekali imbas, mitos mengenai kewujudan penanggal memang tidak pernah lekang dan diceritakan sejak dulu lagi di mana kalau di Thailand ia dipanggil Krasue, Phi-kasu (Kemboja), Nukekubi (Jepun), Leyak (Bali), Kuyang (Kalimantan), Palasik (orang Minangkabau) dan tidak terkecuali popular di Sabah dengan gelaran Balan-Balan.

Sehingga kini, tiada kesahihan berjaya dibuktikan mengenai spesies apa sebenarnya penanggal itu sama ada manusia yang terkena sumpahan, jelmaan kuasa ilmu hitam atau jasad yang diserapi roh jahat.

Lantas, Ellie cuba mengambil inspirasi daripada maklumat mengenai penanggal daripada kenalan di seluruh Asia sewaktu bertandang ke Jepun beberapa tahun lalu. Dia kini mengangkat mitos itu sebagai tunjang filem sulungnya, Penanggal.





Tidak perlu dipertikaikan lagi, umum mengetahui setiap lakonan Ellie sentiasa berkesan daripada zaman filem The Spinning Gasing dan Embun malah banyak drama di kaca TV.

Dia seorang artis yang sentiasa berfikiran di luar kotak dan mencintai filem yang berfalsafah tinggi dan penuh artistik.

Itu terserlah dalam Penanggal yang mula dipertontonkan kepada anak seni dan rakan media tempatan, malam kelmarin. Jelas sentuhan Ellie memang membanggakan walaupun masih ada sedikit kelemahan dalam aspek suntingan, plot dan jalan cerita.

Ramai tetamu memuji lakonan, sinematografi serta kualiti solekan Penanggal. Ia boleh dianggap kisah seram tempatan yang paling artistik setakat ini, jika tidak pun sehebat Nang Nak arahan Nonzee Nimitbutr dari Thailand.

Terdetik awalnya filem ini menonjolkan sisi seram atau ‘horror’ semata-mata namun jangkaan itu mula tersasar lantaran adalah paparan budaya Melayu, Jawa dan Arab yang padat dengan elemen dakwah.

Dengan erti lain bukan setakat mitos dan kekejaman penanggal itu sendiri yang mahu ditonjolkan, sebaliknya paparan kekalutan dalam masyarakat dalam cerita itu.

Mengambil latar belakang pada era 1930-an, filem ini menggabungkan ramai pelakon handalan baru dan lama terutamanya Ummi Nazeera, Normah Damanhuri, Fasha Sandha, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Latiff Borgiba, Josiah Hogan, Datuk Sharifah Aini, Kuswadinata dan Nadia Mustaffa.

Enggan menyisihkan nilai hiburan itu sendiri, Ellie bagaimanapun tidak melabelkan cerita ini sebagai sesuatu yang berat untuk ditonton semua peminat filem.

“Saya tak pernah meletakkan filem ini ke tahap di mana penonton harus mendalami cerita ini untuk memahaminya. Ia macam filem biasa lain di mana penonton boleh layan dan tak perlu terlalu berfikir.

“Ia gabungan, mitos hantu, cinta, kemanusiaan serta kepercayaan terhadap agama dalam menentang gangguan iblis dan syaitan,” katanya.

Ramai sekali rakan artis hadir memberikan sokongan seperti Datin Sofia Jane, Erma Fatima, Umie Aida, Khir Rahman, Osman Ali, Fatimah Abu Bakar, Vanidah Imran, Sharifah Amani dan Sein Ruffedge.


Ketiadaan Umie tak jejas promosi

Penanggal juga mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya menggabungkan dua gergasi dalam penerbitan filem iaitu Astro Shaw dan Grand Brilliance (GB) dalam merealisasikan impian besar Ellie itu.

Bagaimanapun, pastinya ia menjadi ralat apabila pelakon utama sendiri Ummi Nazeera tidak hadir pada sesi previu kelmarin malah juga semua rangka promosi.

Ellie akui tidak terkilan kerana Ummi ada tanggungjawab lebih besar kerana menyambung pengajian di Melbourne, Australia.

“Rasanya, tidak perlulah ketiadaan Ummi menjadi satu isu besar. Dia sedang melanjutkan pengajian di Australia dan kita faham. Namun saya bangga kerana Ummi sudah memberikan yang terbaik mengikut kehendak skrip filem ini,” kata Ellie.

Tentunya mengharapkan sesuatu menerusi percubaan sulungnya ini, Ellie bagaimanapun enggan meletakkan sasaran tinggi.

“Melihat sendiri hasil akhir ini, saya berpuas hati dan sebenarnya merasakan nilainya melangkaui keseluruhan bajet RM2.8 juta termasuk promosi.

“Secara peribadi, naskhah ini sangat bermakna dan istimewa buat diri saya dan berharap penonton akan datang menonton di pawagam mulai 28 November ini,” katanya.









Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/15

PS : Mod kalau silap letak, humban la ke mana2, tq
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 05:40 PM | Show all posts
mmg diakui filem amat berseni sekali.... tp terlalu byk yg perlu diperbaiki lg...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk trailer mmg ngancam, I can't wait
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 10:09 PM | Show all posts
Minta Izin’ Sepanjang Di Set Lokasi ‘Penanggal’

November 15, 2013
SUMBER

Sebelum ini dia biasa mendengar pengalaman seram yang dilalui beberapa rakan artis lain yang menjanlani penggambaran filem seram atau mistik. Lantas timbul juga perasan risau saat dia diberitahu untuk set penggambaran filem Penanggal yang dibintanginya melibatkan lokasi di dalam hutan dan penggambaran di waktu malam.

Bagaiamanapun pelakon jelita Fasha Sandha bersyukur kerana sejak dari awal hingga tamat penggambaran dia tidak mengalami apa-apa ganguan pelik ata dalam erti kata lain gangguan makhluk halus.

” Ini filem seram saya yang kedua sebelum filem Gong, tapi itu dalam lama dulu. Saya biasa juga dengar rakan artis lain yang kalau mereka shooting filem seram, lebih-lebih lagi kalau dalam hutan atau rumah kosong, ada yang mengalami gangguan. Allhamdulillah, sepanjang penggambaran saya tak ada alami apa-apa pengalaman misteri.

“Saya ikut pesanan mak saya iaitu minta izin dan jaga tatatertib. Jadi bila sepanjang di dalam hutan, apa saja yang saya buat saya akan minta izin. Iyalah, kita datang tempat orang kan… Dalam hutan tu, pokok-pokok semuanya hidup, tanah pun hidup. Saya cakap, “Saya minta izin. Saya datang sini nak bekerja. Tolong jangan ganggu saya”. Saya pastikan, tisu pun saya tak buang merata-rata”, katanya ketika ditemui pada malam preview Penanggal, di e@Curve, kelmarin.

Penggambaran Penanggal dijalankan di sekitar Kuala Kangsar, Perak pada Disember 2011. Ketika itu hanya beberapa bulan saja lagi sebelum Fasha berkahwin dengan Rizal Ashram (Jejai).

Ikuti Kelas Bahasa Arab

Menyentuh mengenai karakternya dalam filem sulung arahan Ellie Suriaty itu, Fasha yang memengang watak Sharifah Zahrah berkata cabaran paling besarnya apabila dia perlu melakonkan watak gadis berketurunan Arab dan memerlukan dia bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih.

“Kalau nak bercakap dalam bahasa Arab ikut skrip tu, semua orang boleh. Tapi disebabkan saya bukan datang ari keluarga berdarah Arab, jadi saya tak fasih dengan sebutan-sebutan perkataannya. Nak nampak natural tu susah.

Jadi saya kena lah usaha lebih sikit, saya ambil iniasitif ikuti kelas bahasa Arab selama lebih kurang dua bulan”, katanya.

Meskipun bukan seorang penggemar filem seram namun Fasha sambil turut meluahkan bangga dan teruja apabila diberi kepercayaan oleh Ellie Suriaty menjadi sebahagian filem tersebut. Malah dia cukup mengagumi kesungguhan Ellie sepanjang penggambaran walaupun pengarahnya itu sedang hamil.

“Ramai pelakon yang mahu bekerja di bawah arahan kak Ellie. Saya rasa bertuah apabila diberi kepercayaan. Saya kagum dengan cara dan kredibiliti Kak Ellie sebagai seorang pengarah. Ketika di set walaupun hamil, dia tetap berkejar ke sana sini sepanjang menghasilkan filem ni. Dia pastikan dia hasilkan filem yang terbaik. Penanggal satu naskah yang bagus dan banyak mesej moral.

“Disebabkan dia juga seorang pelakon, jadi dia tahu nalurI berlakon tu bagaimana. Dia seorang yang banyak idea. Dia sangat teliti. Dia jaga setiap inci lakonan saya”, kata Fasha yang kini sibuk menjalani penggambaran telemovie Racun Ibu.

Selain Fasha, Penanggal dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Ummi Nazeera, Normah Damanhuri, Syed Yusof, Zul Ariffin, Nadia Mustafa, Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Kuswadinata dan ramai lagi.

Filem seram klasik terbitan Tayangan Unggul dengan kerjasama Grand Brilliace ini akan mula ditayangkan dipawagam pada 28 November 2013. – Malaysian Digest

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.085666 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list