CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7502|Reply: 14

Fiber dipasaran sesuai untuk pesakit ulser usus?

[Copy link]
Post time 4-10-2012 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Saya nak bertanya kepada yang pakar.

Ibu saya mempunyai masalah ulser pada usus besar beliau.
sekarang beliau ditahan di hospital kerana pendarahan ketika membuang air besar.
Ini kali ketiga berlaku. Punca berlaku disebabkan mengambil ubat tahan sakit dan panadol.
doc telah memberitahu yang ibu saya memang tidak boleh mengambil sebarang ubat tahan sakit.
tetapi susah nak cakap, orang tua. bila kita marah dia jawab ala dah ok.
bila jadi kali ketiga doc buat endoscopic test untuk tgk keadaan usus ibu saya.
Memang doc kata dah teruk. kalau ikut doc, if bleeding still tak stop maybe perlu operate buang usus besar.
tapi alhamdullillah, malam sebelum endoscopic tu dah stop bleeding.
memang ibu saya n family kalau boleh nak elakkan operate la sbb kesian ngan ibu yang dah berusia.
So doc advise  untuk pretend benda ni jadi balik dengan jangan sentuh langsung pain killer and dari pemakanan.
Doc suggest untuk everyday amik makanan berserat dan fiber serta banyak minum air. (saya xde dengan diorang time jumpa doc ni, so info doc cakap just diberitahu oleh kakak saya)

isu saya disini: adakah fiber yang dijual dipasaran (company MLM) adalah selamat untuk digunakan. sb kata doc tu x kisah apa fiber sekalipun. and dia akan beri list fiber untuk dibeli di farmasi. Doc suruh beli di farmasi, tapi sebab ada ahli keluarga yang telibat dengan MLM perlansingan badan ada jual fiber so diorang semua nak bagi minum fiber dr MLM company tu. saya ni bukan la kata anti MLM sangat, tapi lebih kepada risau dengan kandungan fiber yang takde bukti saintifik tapi based on testimoni. dah la usus ibu saya dah teruk, saya takut makin teruk kalau amik produk2 yang tak tahu amik dari mana and kadang just di repackaging je n tukar brand. any doc boleh bagi advise tak. sebab kalau ikut saya dan suami memang suruh ibu saya makan makanan semulajadi je macam makan buahan-buahan dan sayur sayuran. makan benda yang tinggi serat. please any one comment, risau kalau silap pilih makanan, nanti benda teruk makin teruk. bukan makin elok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2012 07:27 AM | Show all posts
Better awak ikut advise dr la.., beli kat farmasi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 03:08 PM | Show all posts
Ikut saya memang suh beli farmasi or just banyak makan sayur n buah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 04:40 PM | Show all posts
my opinion pls follow what the doctor suggested. beli di farmasi
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 04:42 PM | Show all posts
cuba minum gamat + madu asli......istri sy dah dua kali jadi mcm ni smpaikan level darah tu turun hingga 7. Lepas tu sy bagi dia minum gamat + madu asli utk berhentikan pendarahan.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 10:50 PM | Show all posts
MLM nie macam u cakap based on testimoni... No scientific evidence to prove that the produk that they sale actually works on patient. Setiap pesakit berbeza. Mungkin pesakit A respond well kepada produk tu tapi tidak pada pesakit B. But its a fiber, so i think if u beli dari farmasi pun x semestinya ada kajian yang telah dilakukan kepada pesakit. Just make sure if u want to buy from MLM, its really a fiber bukan alpha lipid ker, colostrum ker atau benda lain yang diorang claim fiber but actually not. To be safe, just follow advice dari doktor or tanya pharmacist kat pharmacy which type of fiber yang sesuai untuk pesakit stomach ulcer. N pls nasihat mak awak jgn makan ubat tahan sakit selalu... Ubat herbal pun elakkan sebab mmg boleh induced pendarahan dalam perut... Kalu sakit sangat, makan paracetamol jer tapi makan bila perlu jangan selalu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-10-2012 09:40 AM | Show all posts
yarid posted on 5-10-2012 04:42 PM
cuba minum gamat + madu asli......istri sy dah dua kali jadi mcm ni smpaikan level darah tu turun hi ...

tq..nnt saya belikan mak saya gamat + madu...madu ni mmg baguskan. penawar banyak penyakit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2012 09:58 AM | Show all posts
seeriesagain posted on 5-10-2012 10:50 PM
MLM nie macam u cakap based on testimoni... No scientific evidence to prove that the produk that the ...

fiber yg my sis bg my mom makan ni produk untuk pelansingan badan. Yg buat risau sebab takut macam awak cakap la. diorang claimed benda tu fiber tapi sebenarnya tak.
sb saya sorang je tak bagi mak saya makan fiber tu, jadi 4 lawan 1 sure saya kalah la.
so after this saya perlu amik initiatif sendiri pergi tanya kat farmasi tentang the best fiber untuk mak saya.
kami dah penat nasihat dekat mak saya jangan amik ubat tahan sakit even panadol skali pon.
sebab yang dia warded ni kes makan panadol la.
tapi biasa la orang tua. bila kita cakap, dia akan cakap ala sebijik je. tak de pape. last2 jadi macam ni.
nak marah pon xboleh. benda dah jadi. so as a daughter, saya nak make sure apa yang orang lain beri mak saya makan tak memudaratkan dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2012 10:37 PM | Show all posts
Terdapat 2 jenis fiber: satu soluble Dan satu lagi insoluble. Yg soluble tu akan buat satu salutan dalam usus kecil dan besar utk tujuan mengelakkan penyerapan lemak, kolesterol dan jadikan permukaan usus licin supaya tahi senang keluar tanpa geseran dan melukakan ulcer
Insoluble fiber tu macam penyapu, ia akan sapu permukaan usus yg kotor jadi bersih. So nisbah yg betul tu sgt penting supaya tidak bawa kesan sembelit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 10:40 PM | Show all posts
U punya ibu Ada diabetic tak? Repairing pd permukaan  sgt penting supaya bleeding boleh stop. Kena makan cactus utk boost repairing!! PM me for more details...

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 09:45 PM | Show all posts
try guna produk sne.....insyaalah dpt membantu.....mmg produk mlm tapi...clinical study pun ada...ada kkm dan sijil halal....dan lebih meyakinkan saya anak saya skrg br 2 tahun pulih dari sakit sawannya, saya sendiri dah takyah guna panadol hari2 untuk migrain...ayah sy kencing manis kaki luka, dah kering, nenek husband sy batu dlm hempedu dan thyroid yg mana dah takboleh buat operation sbb faktor umor dan dan hanya terbaring je dah pulih n dah boleh buat keje mcm biasa, pakcik sy stroke....dan dalam masa sebulan boleh bawa kereta sendiri lepas guna produk nih.....ikhtiarlah..........setiap penyakit ada ubatnya...yg penting berikhtiar....sy suggest guna produk ni sbb apa yg saya nampak depan mata saya............... dan saya sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 08:22 AM | Show all posts
salam, sama kes dgn mak saya la...

doktor mmg suggest mak saya makan fiber & saya sendiri mmg jual fiber yg MLM (ada sijil KKM)..saya ada juga bekalkan dia fiber yang saya jual tapi dia kata bila dia makan fiber 2 dia akan buang air lebih kerap dari biasa tp dah x ada darah la...saya juga bagi dia makan aloe vera, saya lebih prefer dia makan aloe vera drinking gel...aloe vera boleh sembuhkan luka2 dalaman..masa dia kena kali ke 2 saya dah bagi dia makan..alhamdulillah ok tp abis sebotol dia dah x makan lagi mungkin sbb dia fikir dah sembuh...bila kena balik baru-baru ni, saya paksa dia continue makan aloe vera 2..2X sehari buat mcm ubat...setakat ni alhamdulillah..darah mmg dah x ada langsung cuma dia perlu jaga pemakanan..buat masa sekarang dia cuma makan makanan yang lembut2, bubur, ikan, sayuran & buah sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 11:50 PM | Show all posts
salam
smg kesihatan ibu awak bertambah baik.
Ada baiknya saudara menggunakan produk berasaskan aloevera untuk perawatan ibu saudara. Leh kunjungi blog saya http://penawarsihat.blogspot.com
Jika berminat, leh pm saya, insya Allah saya akan syorkan kombinasi produk yang dapat membantu ibu anda
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 05:59 PM | Show all posts
U can try al- manna sejenis prebiotic yg dihasilkan Dr gum Arab.u can search the web.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 10:15 PM | Show all posts
sy pun ada ulcer kat usus tp bukan sebab ubat..tp sebab imunisasi badan sy..sy dulu pernah minum fyber fybogel..boleh beli kat farmasi.tp lebih baik rujuk kat doktor dulu sebelum guna..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.153901 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list