CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5768|Reply: 9

Mari Lihat Dubai Metro Yang Canggih (24 Gambar)

[Copy link]
Post time 2-10-2012 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Dubai Metro ialah sistem pengangkutan keretapi awam tanpa pemandu terpanjang dan tercanggih di dunia. Ianya mula dibuka pada 9 September 2009 pada jam 9.09 minit malam oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Sistem keretapi sepanjang 74.6 kilometer ini mengandungi 43 buah stesen didalam 2 laluan utama ialah Red dan Green line. Setakat ini USD 7.6 Billion (RM 22.8 Billion) sudah dibelanjakan untuk sistem rel kegunaan awam pertama di tanah Arab ini.

Berlainan dengan sistem kereta awam biasa, Dubai Metro mempunyai gerabak yang dibahagikan kepada tiga kelas. Silver Class ialah untuk warga marhaen, Kelas Wanita dan Kanak-kanak dan Gold Class. Jika anda membeli tiket Gold Class anda membayar harga tiket dua kali ganda dari biasa. Beza Gold Class dengan Silver Class ialah gerabaknya lebih mewah, kurang sesak dengan penumpang lain dan anda boleh melihat pemandangan dari hadapan gerabak. Dengan kata lain pemandangan hadapan yang kita nikmati di dalam Putra MRT perlu dibayar dengan harga premium bila menaiki Dubai Metro. Sistem Dubai Metro dilengkapi dengan 87 keretapi 5 gerabak yang mampu membawa 643 orang penumpang pada satu-satu masa pada kelajuan maksimum 90 kMj.

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Dubai bercadang menambah dua lagi laluan yang akan menyambungkan Lapangan Terbang Al Makhtoum serta Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Sepatutnya dua laluan ini sudah siap dibina tahun lalu tetapi kerana kegawatan ekonomi pembinaanya dihentikan buat sementara waktu.

Nampaknya stesen dan keretapi Dubai Metro memang mewah. Kita berharap sistem MRT Kuala Lumpur kelak akan menjadi sebagus Dubai Metro. Tak perlu mewah dan GOLD CLASS pun tak apa asalkan dapat memenuhi frekuensi 6 minit setiap tren seperti di Dubai sudah memandai!








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2012 01:59 PM | Show all posts
skrg mesia plak yg ketiggalan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 09:49 AM | Show all posts
lawa giler...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:02 AM | Show all posts
cantik tu cantik..dan sangat luas. tapi pening betul kalau ada cahaya lampu berwarna.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 01:03 PM | Show all posts
waaa..nmpk canggih
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 01:35 AM | Show all posts
cantik dan moden
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2014 10:59 AM | Show all posts
Teknologi kafir di Negara Islam
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 11:24 AM | Show all posts
alah DUbai nih x salah aku yg nampak gempak tu di sepanjang jalan Syeikh Zayed tu jer.......luar dari kawasan tu just typical arabian city......putih dan kusam jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 08:46 PM | Show all posts
dubai memang kelasssss
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 04:19 PM | Show all posts
bestnya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.055792 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list