CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2401|Reply: 1

Khutbah Jumaat: Kepemimpinan berkesan jana semangat juang ATM

[Copy link]
Post time 28-9-2012 06:55 AM | Show all posts |Read mode
Khutbah Jumaat: Kepemimpinan berkesan jana semangat juang ATM
•Disediakan oleh Berita Harian

[url=][/url]

Komitmen kami keyakinan anda yang menjadi tema Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah satu perlambangan bagi membuktikan ATM akan sentiasa menentukan keamanan dan kedaulatan negara tercinta tetap terpelihara dengan penuh tanggungjawab.

Menangkis segala bentuk pencerobohan dengan segala kekuatan yang ada biarpun hingga ke titisan darah terakhir. Oleh itu, ATM akan memastikan aspek kesiapsiagaan sentiasa berada di tahap maksimum. Ini bertepatan firman Allah SWT: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya.” (Surah al-Anfal, ayat 60)

Keberkesanan ATM tidak diukur dari sudut kecanggihan persenjataan semata-mata, tetapi ia juga bergantung kepada tahap penerimaan masyarakat terhadap perkhidmatan diberi. Penerimaan masyarakat penting, antara lain mampu mengekalkan kesinambungan pelaksanaan operasi ketenteraan.

Dengan sokongan, kerjasama serta pengorbanan semua masyarakat, ATM akan berupaya menempa kejayaan berterusan ke arah memartabatkan integriti demi mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan strategik negara.

Pertahanan menyeluruh adalah dasar kerajaan bertujuan mempertahankan negara dari musuh sama ada musuh luaran mahupun dalaman. Semua anggota masyarakat bertanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara.

Pada masa sama, ATM dan pihak keselamatan lain akan bekerjasama dengan masyarakat untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran dinikmati pada masa sekarang akan terus dikecapi.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Allah amat suka orang yang berperang untuk membela agamanya dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah as-Soff, ayat 4)

Transformasi dilalui ATM antaranya melalui kepimpinan berwibawa bagi menentukan perubahan yang berlaku menjana impak positif. Kepimpinan berwibawa dalam pengurusan akan dapat menentukan pencapaian yang tinggi dan sistematik.

Malah pendekatan kepimpinan yang berkesan akan mampu memberi kepuasan serta memperkasa semangat juang warga ATM untuk berkorban demi agama dan negara.

Sejarah Islam telah membuktikan, generasi terdahulu, walaupun daripada kumpulan minoriti, berjaya menghancurkan dua kuasa gergasi iaitu empayar Rom dan Parsi. Semua bertunjangkan kekuatan rohani atau spiritual melebihi dan mendasari persiapan fizikal serta teknologi.

Walaupun tentera Islam tidak punya kekuatan material yang menggerunkan berbanding musuh, namun di medan Badar tentera Islam beroleh kemenangan besar, lantaran mereka mempunyai kekuatan rohani sarat dengan iman dan takwa yang memangkin semangat juang tinggi kerana Allah.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh leka dengan suasana hari ini, malah hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaran yang mungkin berlaku.

Cabaran sama ada berbentuk fizikal mahupun mental jika tidak dibendung boleh melemahkan dan menggoyahkan kredibiliti ATM.

Marilah kita bersama berganding bahu dengan ATM untuk memastikan negara selamat, sejahtera dan sentiasa di bawah keampunan Allah.

Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2012 07:46 AM | Show all posts
KHUTBAH KHAS DAN SOLAT JUMAAT SEMPENA SAMBUTAN HARI ATM KE-79        
Ditulis oleh Mej Zuhairy bin Limat     
Isnin, 24 September 2012 12:59  


Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-79 yang diadakan di Masjid Negara pada 21 Sep 12 yang lalu. Ketibaan beliau telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud dan Ketua Staf MK ATM, Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.176367 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list