Jika kita mengetahui penyelewengan yg dilakukan oleh satu badan politik yg didalangi oleh melayu (kalau melayu tu maknanya islamlah kan)... Kemudian kita maklumkan pada mereka tapi sebab mereka pegang kuasa so tiadalah tindakan dibuat.
Penyelewengan ini pula merupakan penindasan kepada org melayu yg lain (org islamlah juga kan),
Dan kita tau jika kita maklumkan kepada lawan mereka (yg akan mempolitikan penyelewegan tersebut) tapi tujuan kita maklumkan adalah untuk menghentikan penyelewengan dan penindasan dari terus berlaku dan tugas yang diamanahkan bole dibuat dgn lebih adil.
Masalahnya, lawan mereka pula org kafir - dan kita maklum nanti parti melayu ni akan susah kalau kita bgtau parti bukan melayu.
Camane yer? Adakah kita bersubahat dgn parti yg seleweng itu?
Jgn suruh nasihat - sbb dah keluarkan segala dalil, hadis dan petikan ayat alquran - tapi tak diendahkan.
ofcoz .. selepas kita bermohon doa kpd Allah dan Rasul ..
hukum mengadu pada org kafir
Hukum nya .. Harus .. tapi kalau situasi menjadi terdesak bertukar menjadi .. Wajib
zaman rasulullah pernah mengarahkan sekumpulan rombongan yang d'ketuai oleh sayidana Jaafar at toyya ..
pergi ke Habsah untok berlindong dengan raja kristain yang adil d'sana ..
tapi lebeh molek d'utamakan dulu .. apa yang d'saran kan oleh Lady mbhscf ..
Saya memang rasa fardhu kifayah. Someone has to do it. Dah 3kali saya buat. Setiap perbuatan saya tu, saya rasa diredhai Allah sbb saya dpt rasa ganjarannya tak sampai 24jam bila saya highlightkan pada yg berkuasa...
Saya juga memaklumkan bhw saya mempunyai pilihan utk memaklumkan kpd org kafir, tapi saya tidak mahu krn ini hanya akan memalukan bangsa sendiri.
Tapi skrg bila kemungkaran itu jelas terlihat (mungkin sbb tiada tindakan - jadi makin menjadilah penyelewengan tersebut) - maka saya tidak pasti samada saya patut buat jalan terakhir ini. Mula2 fikir - let it be lah- thy will answer HIM for their action- tapi takut pula bila saya nanti yang have to answer HIM.
P.s. Saya bukanlah cenderung berpolitik dan bukan pulan anti mana2 parti politik - malah saya hanya mendoakan semoga Allah menganugerahkan kita pemimpin yg dpt memimpin kita kejalan syurga -
mbhcsf posted on 23-9-2012 12:12 AM
i am a bit curious...
apa bentuk kesalahan tu yang teruk sangat tu ?
Mod, kalau tulisan dibawah ni tak sesuai utk bacaan umum, harap edit.
setiap kawasan parlimen memperuntukkan kuota kpd kelompok A dikawasan terebut. (Cth kelompok A adalah peniaga pasar malam - INI CONTOH). syarat utama kelompok A adalah rakyat yg bermaustatin di kawsan tersebutz. kelompok A mestilah dikenalpasti oleh badan politik yg dilantik oleh kementerian (walaupun badan politik ini kalah krn kes rasuah semasa PRU di bghn parlimen tersebut).
Badan politik yg dipercayai utk megnagihkan kuota tersebut walaubagaimanapun meletakkan syarat - sebahagian kecil kuota tersebut diberikan kpd mereka (ahli politik sbgai tanda MENDERMA kpd beliau).. bagi yg bersetuju agihan tersebut akan diberikan lagi tahun hadapan. (Agihan ini selalu ada setiap tahun), bagi yg tidak bersetuju, nama mereka akan dipotong dari senarai layak menerima. perbuatan menderma ini sebab ada klausa KALAU beri dapat, KALAU tak beri, tak dpt - maka unsur rasuah memang dikenalpasti disini.
Bila dah ramai yg kena potong, (sbb tak bersetuju), maka byklah lebihan kuota, so utk tahun berikutnya, utk mendptkan kuota tersebut, kelompok A dari kawasan yg lain (yg bersetuju MENDERMA) akan dimasukkan dlm senarai layak menerima walaupun mereka ini telah menerima agihan yg sama dari kawasan parlimen sendiri.
Perbuatan ini telah mybabkan ramai Kelompok A yg awal2 dahulu bertindak utk tidak membabitkan diri dgn perbuatan MENDERMA ini, akhirnya sedikit demi sedikit terpaksa akur akibat tekanan ekonomi. walaupun mereka terpaksa menderma, pada masa yg sama mereka juga membuat laporan kpd pihak berkuasa.
So far, yg diketahui, aduan dibuat kpd ketua bahagian, ada aduan dibuat kpd bahagian displin, ada yg sampai menandatagani memorandum beramai2 dan htr kpd kementerian yg mengeluarkan kuota. ada juga yg membuat aduan kpd badan2 ngo yg berkaitan.. tapi hingga sekarang tiada tindakan, malah perbuatan ini telah dibuat secara terang2an lagi.
So, kalau buat aduan kpd wakil rakyat bhgn parlimen (yg menang masa pru), mungkin wakil rakyat tersebut akan buat sesuatu sebab melibatkan kawasannya, cuma yg tertangguh adalah krn wakil rakyat tersebut bukan seagama dengan kita.
Ada yg berani hingga membuat kenyataan terbuka di facebook wall ngo dan kementerian, tetapi tulisan tersebut dipadam oleh admin page facebook tersebut. malah penulis disekat dari memasuki page tersebut.
Ni bukan nak report, tapi nak tanya - bolehker mengadu dkt org bukan islam, bila org islam tak mampu untuk menolong. Last edited by hazel23 on 23-9-2012 03:12 PM
hazel23 posted on 22-9-2012 09:37 PM
Saya memang rasa fardhu kifayah. Someone has to do it. Dah 3kali saya buat. Setiap perbuatan saya tu ...
cantikkkk!!!!!
moga terus diberi kekuatan padamu
lupa plak.....nak tanya sikit jeee
kalau ada yg MEMBANTAH SATU PERINTAH ALLAH pun
yg tu kita nak panggil depa apa ya???
maksud saya.....golongan mana???
kafirinn kaaa????
lambat menyampuk.
kalau report kat pihak yang neutral dan Islamic sekali pon, pihak "parti kafir" tu still boleh gunakan perkara tu sebagai modal untuk hentam pesalah tu bila kes tu dah diketahui umum (pada aku kesalahan pemimpin terhadap rakyat mesti didedahkan kepada rakyat).