CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18034|Reply: 104

Ancaman Kepada Pelukis Gambar

[Copy link]
Post time 16-9-2012 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Larangan Membuat & Menggantung Gambar

Berkenaan dengan larangan membuat atau menggantung (menayangkan) gambar-gambar dari
lukisan atau yang seumpamanya adalah dapat diperhatikan dengan baik daripada banyak hadis-hadis
Rasulullah shallahu 'alaihi wa sallam (s.a.w.) yang sahih. Berikut dibawakan sebahagian daripadanya
berserta beberapa fatwa ulama berkenaan dengannya.



Ancaman Kepada Pembuat/Pelukis Gambar:

1. Orang yang paling mendapat siksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar
(pelukis/pengukir).
(Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959. Muslim dalam bab
yang sama, 2109)

2. Daripada ‘Aun bin Abu Juhaifa, ayahnya menyatakan, “Nabi melarang mengambil duit jual beli
anjing dan darah, melarang kerja-kerja membuat tatoo dan mentatoo diri, melarang menerima atau
memberi riba, dan juga mencela pembuat gambar”.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34),
no. 299)

3. Daripada ‘Aisyah dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah
melihat ia, dia berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah
kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat
kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Apakah
maksud bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan
bersandar padanya”. Rasulullah menjawab, “Pembuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat.”
Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di
dalamnya terdapat gambar”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)

4. Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan
berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan
kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu
apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat
gambar dia akan diazab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia
tidak akan mampu untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang
(mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu
untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok
(tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.”
(Hadis
Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)  

5. Daripada Ibnu ‘Abbas, “Aku mendengar Muhammad berkata, “Barang siapa membuat gambar di
dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang
dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya”.”
(Hadis Riwayat
al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2012 11:11 PM | Show all posts


Gambar Yang Dilarang Adalah Gambar Berupa Makhluk Bernyawa:

1. ... Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar,
saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang
gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli
(3/34), no. 428)

2. Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah
bersama dalam peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat
tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan
adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi
Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)

3. Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan
memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)

Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Yang Mengandungi (Menayangkan/Memaparkan)
Gambar


1. Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan
memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)

2. “Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi,
tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan
malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk
bernyawa) atau anjing.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)
3. ‘Aisyah menyatakan bahawa Jibril (‘alaihis salam) berjanji kepada Rasulullah (s.a.w.) untuk
menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak
datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah
dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian nabi ternampak dan menemui seekor
anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah, bilakah anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau
(‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi pun mengarahkan supaya
anjing itu dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya,
“Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang.” Jibril
pun menjawab, “Di dalam rumahmu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), bagi
kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar”.”
(Hadis Riwayat
Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)

4. Daripada Ibnu ‘Abbas, “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar
Nabi Ibrahim dan Mariam. Kemudiannya beliau berkata, “Apakah ini? Bukankah mereka mengetahui
bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar; termasuklah gambar
(nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan ramalan dengan anak
panah?”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)

5. Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah
bersama dalam peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat
tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang Baginda maksudkan
adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi
Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)

6. Daripada Aisyah, Nabi menyatakan: “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam
rumah yang di dalamnya terdapat gambar.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)

Dalam hadis yang lain, patung/boneka juga menjadi faktor bahawa malaikat tidak memasuki
rumah,


Dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, “Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) berkata: “Malaikat tidak
memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung”.”
(Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian
& Perhiasan, no. 5250)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2012 11:13 PM | Show all posts
Perkataan Para Ulama Berkenaan Gambar

Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Atsqalani mengatakan:

“Kata al-Khaththabi: dan gambar yang menghalangi masuknya malaikat ke dalam rumah adalah
gambar yang padanya terpenuhi hal-hal yang haram, yakni gambar-gambar berupa makhluk yang
bernyawa, yang tidak terpotong kepalanya atau tidak dihinakan. Dan bahawasanya dosa tukang
gambar itu besar kerana gambar-gambar itu ada yang di-ibadahi selain ALLAH, selain itu gambar
tersebut mudah menimbulkan fitnah (bahaya) bagi yang memandangnya (gambar wanita, tokoh,
ulama,).”
(Dinukil dari Majalah Salafy, Edisi V/Zulhijjah/1416/1996. Judul asli - Fatwa Ulama tentang
Hukum Gambar, oleh Syaikh Abdullah Bin Abdul Aziz bin Baz, mufti Saudi Arabia)

Imam an-Nawawi mengatakan dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim:

“Sahabat kami dan para Ulama selain mereka mengatakan bahawa haramnya membuat gambar
haiwan adalah sekeras-keras pengharamaan. Ini termasuk dosa besar kerana ancamannya juga amat
besar, sama saja apakah ia dibuat untuk dihinakan atau tidak. Bahkan membuatnya jelas sekali
haram kerana meniru ciptaan ALLAH. Sama saja apakah itu dilukis pada pakaian, permadani, mata
wang, bejana, dinding atau lainnya. Adapun menggambar pepohonan dan sesuatu yang tidak
bernyawa, tidak mengapa. Inilah hakikat hukum membuat gambar. Sedangkan gambar makhluk
bernyawa, jika digantung/ditampal di dinding, di serban dan tindakan yang tidak termasuk
menghinakannya, maka jelas hal itu terlarang. Sebaliknya bila dibentangkan dan dipijak sebagai alas
kaki atau sebagai sandaran (setelah dipotong kepalanya, ed.) maka tidaklah haram dan tidak ada
bezanya adakah gambar yang tersebut berjasad (mempunyai bayangan atau 3 dimensi) atau tidak. Ini
adalah kesimpulan mazhab kami dalam masalah ini yang semakna dengan perkataan jumhur Ulama
dari kalangan para Sahabat, Tabi’in, dan orang yang sesudah mereka (Tabi’ut Tabi’in). Ini juga
pendapat Imam ats-Tsauri, Malik Bin Anas dan Abu Hanifah serta ulama lainnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2012 11:17 PM | Show all posts


Pertikaian & Pencerahan

Dari Aisyah Radiyallahu ‘anha (r.anha) dia berkata:

“Saya biasa bermain boneka (anak patung) di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wasalam dan saya
mempunyai beberapa orang teman yang bermain bersama saya. Maka jika Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasalam masuk, mereka menutupinya dari beliau lalu berjalan sembunyi-sembunyi dan
bermain bersama saya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab al-Adab Bab al-Inbisaath ilaa an-Naas, Fath
10/526 dan Muslim kitab Fadhail ash-Shahabah Bab fii Fadhail Aisyah, an-Nawawi, 15/203 dan 204)

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari tentang hadis ini, “Hadis ini dijadikan dalil bolehnya
boneka dan mainan untuk bermain (mendidik) anak perempuan, dan sebagai pengkhususan dari
keumuman larangan mengambil gambar. Iyadl juga menetapkan yang demikian dan dia menukil dari
jumhur, bahawasanya mereka membolehkan boneka atau mainan ini untuk melatih dan mendidik
anak-anak perempuan agar mengenal bagaimana mengatur rumah-tangga dan merawat anak-anak
nantinya. Dan sebahagian ulama menyatakan hadis ini telah mansukh (telah dibatalkan). Ibnu Bathal
cenderung pada pendapat ini dan dia menceritakan dari Abi Zaid dari Malik. Tetapi dari sini pula ad-
Daudy merajihkan bahawa hadis Aisyah (di atas) mansukh. Sedang Ibnu Hibban dan Nasa’i
membolehkan namun tidak membatasi untuk anak-anak kecil walaupun padanya ada perbincangan.


Al-Baihaqi mengatakan setelah mentakhrij hadis-hadis tersebut: Telah tsabit (tetap) larangan tentang
mengambil gambar. Maka kemungkinan rukhsah bagi Aisyah terjadi sebelum datangnya
pengharaman.  


Ibnul Jauzi menetapkan yang demikian juga, sehingga beliau berkata: “Dan Abu Dawud dan an-Nasa’i
dari sisi lain dari Aisyah (dia berkata): Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam balik dari perang Tabuk
(Khaibar) {lalu menyebut hadis beliau mengoyakkan tirai yang tergantung di pintunya} Kemudian
Aisyah melanjutkan, lalu baginda menyelak  tirai di atas permainan Aisyah dan baginda bertanya:
“Apakah ini Aisyah?”. Saya menjawab:”Boneka perempuan saya”. Baginda melihat-lihat kuda yang
bersayap yang dalam keadaan terikat, lalu bertanya: “Apakah ini?” Saya menjawab: “Kuda bersayap
dua. Tidakkah Anda mendengar bahawa Sulaiman 'alaihis salam mempunyai kuda yang bersayap?
Baginda pun tertawa.”.


Al-Khathabi berkata: Dalam hadis ini menunjukkan mainan untuk anak-anak perempuan tidaklah
seperti semua gambar yang datang ancaman, hanya saja beliau memberikan keringanan bagi Aisyah
kerana pada waktu itu Aisyah masih belum dewasa.”


Al-Hafiz berkata: Penetapan dengan dalil ini ada perbincangan, akan tetapi kemungkinannya adalah
kerana Aisyah pada waktu peristiwa perang Khaibar berusia 14 tahun dan waktu peristiwa perang
Tabuk sudah baligh. Dengan demikian, ini menguatkan riwayat yang mengatakan hal itu terjadi di
waktu peristiwa Khaibar dan mengumpulkannya dengan pendapat al-Khathabi.


Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Bazz, “Oleh kerana itu, jika hal ini telah difahami, maka meninggalkan
gambar-gambar (boneka) itu adalah lebih selamat kerana padanya ada perkara yang meragukan.
Mungkin penetapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam bagi Aisyah itu sebelum munculnya
perintah baginda untuk menghapuskan gambar-gambar. Dengan begitu hadis Aisyah ini menjadi
mansukh dengan datangnya larangan dan perintah penghapusan gambar itu, kecuali yang terpotong
kepalanya atau dihinakan, sebagaimana mazhab al-Baihaqi, Ibnul Jauzi dan Ibnu Bathal. Dan mungkin
juga ini dikhususkan dari pelarangan itu (sebagaimana pendapat jumhur) untuk faedah pendidikan.
Ini kerana permainan (boneka) itu merupakan simbolik penghinaan ke atas gambar. Jadi, dengan kemungkinan ini maka lebih baik untuk meninggalkannya, sebagaimana pengamalan sabda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam dari al-Hasan bin Ali bin Abu Thalib Radiyallahu ‘anhu (r.a):

”Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada yang tidak meragukanmu.” (Hadis Riwayat Ahmad,
1/200. Disahihkan oleh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Musnad, 3/169. ath-Thayalisi, m.s.
163, no. 1178 dan al-Albani mensahihkannya dalam Jamius Shaghir, no. 3372 dan 3373)

Demikian juga dalam hadis berikut ini dari Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu secara marfu’,

“Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya ada perkara-perkara syubhat
yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka siapa yang menjaga diri dari syubhat, maka
dia telah membersihkan Dien (agama) dan kehormatannya. Dan barang siapa yang jatuh kepada yang
haram, seperti penggembala sedang menggembalakan ternaknya di sekitar tempat yang di pagar
(terlarang), hampir-hampir ia terjatuh padanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2012 11:20 PM | Show all posts
Fatwa-fatwa Ulama Masa Kini

Fatwa Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin:

1 - Soalan:

Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin ditanya,

“Apakah hukum mengenakan pakaian yang mengandungi gambar?”

Jawaban:

Seseorang dilarang untuk mengenakan pakaian yang bergambar haiwan atau manusia, dan juga
dilarang untuk mengenakan serban serta jubah atau yang menyerupai itu yang di atasnya terdapat
gambar haiwan atau manusia atau makhluk bernyawa lainnya. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam telah menegaskan hal itu dengan sabdanya,


”Malaikat enggan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat lukisan.”  

Maka dari itu hendaklah seseorang tidak menyimpan atau memiliki gambar berupa foto-foto yang
oleh sebahagian pihak dianggap sebagai album kenangan, maka wajib baginya untuk menanggalkan
foto-foto tersebut, sama ada yang digantungkan di dinding, ataupun yang disimpan dalam album dan
seumpamanya. Kerana kewujudan benda-benda tersebut menyebabkan malaikat enggan memasuki
rumah mereka. Hadis yang menunjukkan hal itu adalah hadis yang sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa sallam. Wallahu a’lam.
(Rujuk: Ibn Utsaimin, al-Majmu ‘ats-Tsamin, hal. 199)

2 - Soalan:

Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin ditanya,

“Dengan segala hormatnya saya memohon penjelasan anda tentang hukum membuat gambar, sama
ada dengan menggunakan tangan (melukis) atau dengan alat perakam gambar (kamera), apakah
hukumnya menggantung gambar di atas dinding, dan apakah hukumnya memiliki gambar yang hanya
sekadar dijadikan sebagai kenang-kenangan?”

Jawaban:

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam disampaikan kepada junjungan kita
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam serta para sahabatnya. Melukis dengan tangan adalah
perbuatan yang diharamkan, bahkan melukis adalah termasuk salah satu dosa besar, kerana Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat para pembuat gambar (pelukis), sedangkan laknat tidak akan
ditunjukan kecuali terhadap suatu dosa besar, sama ada yang digambar ber tujuan untuk
mengungkapkan keindahan, atau yang dilukiskan (dijadikan gambar) sebagai model (bahan bantuan,
ed.) bagi para pelajar, atau untuk hal-hal lainnya, maka hal itu adalah haram.
Tetapi bila seseorang melukiskan (menjadikan gambar) dari bahagian tubuh, seperti tangan saja,
maka hal itu diperbolehkan. Adapun mengambil gambar dengan menggunakan alat fotografi, maka
hal itu diperbolehkan kerana tidak termasuk pada perbuatan melukis. Yang menjadi persoalannya
adalah: Apakah maksud di sebalik mengambil gambar tersebut? Jika pengambilan gambar
(pemotretan) itu adalah yang dimaksudkan agar dimiliki oleh seseorang meskipun hanya untuk
dijadikan sebagai kenang-kenangan, maka pengambilan gambar tersebut hukumnya menjadi haram,
hal itu dikeranakan segala macam sarana bergantung dari tujuan untuk apa sarana tersebut
dipergunakan, sedangkan memiliki gambar hukumnya adalah haram. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa sallam telah menjelaskan bahawa malaikat enggan memasuki rumah yang ada gambar di
dalamnya, di mana hal itu menunjukkan kepada haramnya memiliki dan meletakkan gambar di dalam
rumah.
  
Adapun menggantungkan gambar atau foto di atas dinding adalah haram hukumnya sehingga tidak
diperbolehkan untuk menggantungnya meskipun hanya sekadar untuk kenangan, kerana malaikat
enggan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar.
(Rujukan: Fatwa-Fatwa Sheikh Ibn
Utsaimin yang beliau tanda tangani, disalin dari kitab al-Fatawa asy-Syar’iyyah Fi al-Masa’il al-
Ashriyyah Min Fatawa Ulama al-Balad al-Haram, Edisi Indonesia “Fatwa-Fatwa Terkini-3”, Penyusun
Khalid al-Juraisy, Penerjemah Amir Hamzah, Penerbit Darul Haq)

3 - Soalan:

Sheikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin ditanya,

“Apakah hukum memakaikan baju pada anak-anak yang ada gambar bernyawa?”

Jawaban:

Ahlul Ilmi (para ulama) menetapkan hukumnya haram memakaikan pakaian pada anak kecil yang
dikenakan (dipakaikan) oleh orang dewasa. Pakaian yang bergambar hidup haram dipakai orang
dewasa, demikian juga hukumnya tidak boleh dipakaikan untuk anak-anak. Dan memang demikian
hukumnya. Sepatutnya kaum muslimin memboikot model/fesyen pakaian yang seperti ini agar
orang-orang yang berniat jahat dan rosak tidak menyusup masuk kepada kita melalui sudut-sudut ini.
Kalau benar-benar diboikot maka mereka tidak akan menemukan saluran untuk memasuki ke negeri
kita.
(Majmu’ Fatawa wa Rasa’il, 3/158)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2012 11:22 PM | Show all posts
Fatwa Sheikh Abdul Aziz bin Bazz

1 – Soalan:

Sheikh Abdul Aziz bin Baz ditanya,

“Apakah hukum menggantung lukisan di rumah dan tempat-tempat lainnya”?
Jawaban:

Hukumnya adalah haram jika gambar tersebut adalah gambar makhluk bernyawa, sama ada manusia
atau selainnya...
(Rujukan: Ibn Baz, Kitab ad-Da’wah, hal. 19-20. Disalin dari buku al-Fatawa asy-
Syar’iyyah fi al-Masa’il al-Ashriyyah min Fatawa Ulama al-Balad al-Haram, Edisi Indonesia - Fatwa-
Fatwa Terkini-3, Terbitan Darul Haq)

2 - Soalan:

Sheikh Abdul Aziz bin Baz ditanya,

“Apakah hukumnya menyimpan patung di rumah sekadar untuk hiasan dan bukan untuk disembah?”

Jawaban:

Seorang muslim tidak diperbolehkan untuk menggantung gambar atau pun menghiasi rumahnya
dengan haiwan yang diawetkan, sama ada diletakkan di atas meja ataupun kerusi, hal itu disebabkan
keumuman hadis dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menjelaskan tentang haramnya
menggantung gambar dan meletakkan patung di dalam rumah atau tempat-tempat lainnya. Kerana
benda-benda tersebut merupakan medium untuk berlaku syirik kepada Allah, dan dalam hal-hal yang
demikian terdapat penyerupaan terhadap makhluk ciptaan Allah dan perbuatan tersebut sama
seperti perbuatan menentang Allah.

Adapun perbuatan menyimpan haiwan yang diawetkan adalah perbuatan yang merosakkan, padahal
syari’at Islam yang sempurna diturunkan untuk membersihkan segala macam perantara (tawassul)
atau medium yang dapat membawa kepada kemusyrikan dan kesesatan. Hal yang demikian pernah
terjadi pada kaum Nuh di mana mereka melakukan kemusyrikan disebabkan lukisan yang
menggambarkan lima orang sholeh pada zaman mereka. Kaum Nuh memasang/meletakkan lukisan
tersebut di majlis-majlis, sebagaimana yang Allah terangkan dalam al-Qur’an dengan firman-Nya,


”Dan mereka berkata, Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan
jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa’, yaghuts,
ya’uq dan nasr’. Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia).”
(Surah Nuh: 23-
24)  

Maka, kita harus bersikap berhati-hati terhadap penyerupaan orang-orang dalam perbuatan mereka
yang mungkar yang dapat menjerumuskan kita kepada kemusyrikan.Dalam sebuah hadis sahih dari
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu
‘anhu.


“Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk,
dan jangan pula meninggalkan kuburan yang menjulang tinggi (membukit) kecuali engkau
meratakannya.”
(Hadis Riwayat Muslim dalam al-Jana’iz, no. 969)

Dalam hadis lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Orang yang paling mendapat siksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis).” (Hadis
Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian, no. 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)

Banyak sekali hadis yang menerangkan tentang hal ini. Semoga Allah memberikan petunjuk.
((Rujukan: Ibn Baz, Kitab Ad-Da’wah, hal. 18-19. Disalin dari buku al-Fatawa asy-Syar’iyyah fi al-
Masa’il al-Ashriyyah min Fatawa Ulama al-Balad al-Haram, Edisi Indonesia - Fatwa-Fatwa Terkini-3,
Terbitan Darul Haq)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-9-2012 11:23 PM | Show all posts
Lain-lain Fatwa (Dipetik/diterjemahkan dari http://fatwa-online.com/)

1 - Soalan:

“Apakah hukum mengambil gambar fotografi untuk keperluan atau ditayangkan?”

Jawaban:

Mengambil atau membuat gambar yang berupa dari makhluk bernyawa (sama ada manusia atau
haiwan) adalah haram, kecuali bagi tujuan yang amat diperlukan/mendesak, seperti bagi
dokumentasi kerakyatan, passport, dan pengenalan identiti penjenayah bagi tujuan menahan
(menangkap/memberkas) dan sebarang apa yang seumpama dengan hal tersebut yang mana
sememangnya menuntut keperluan.
(Fatwa oleh: Anggota Tetap Penyelidikan Islam & Fatwa yang terdiri daripada, Sheikh 'Abdur-Razzaaq 'Afeefee, Sheikh 'Abdullaah Ibn Ghudayyaan, Sheikh
'Abdullaah Ibn Munee', dan Majlis Fatwa al-Lajnah ad-Daa’imah lil-Buhooth al-‘Ilmiyyah wal-Iftaa, Jil.
1, m/s. 660, Persoalan 3 dari fatwa no. 260)

2 – Soalan:

“Apakah hukumnya memiliki/membeli majalah yang mana di dalamnya mengandungi gambar?”

Jawaban:

Memiliki/membeli majalah yang di dalamnya mengandungi gambar adalah dibenarkan jika tujuannya
adalah untuk faedah dari kandungannya yang mana di sana mengandungi maklumat-maklumat yang  
berguna. Dan sewajarnya kepada mereka yang memiliki majalah tersebut hendaklah menghapuskan
gambar-gambar yang terdapat di dalamnya. Walau bagaimanapun, jika tujuan memiliki/membeli
majalah-majalah tersebut adalah untuk memiliki gambar-gambar yang terdapat di dalamnya, maka
itu adalah tidak dibenarkan.
(Fatwa oleh: Anggota Tetap Penyelidikan Islam & Fatwa yang terdiri
daripada, Sheikh Abdul Aziz bin Bazz, Sheikh 'Abdur-Razzaaq 'Afeefee, Sheikh 'Abdullaah Ibn
Ghudayyaan, Sheikh 'Abdullaah Ibn Munee', dan Majlis Fatwa al-Lajnah ad-Daa’imah lil-Buhooth al-
‘Ilmiyyah wal-Iftaa, Jil. 1, m/s. 691, Persoalan 2 dari fatwa no. 3079)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2012 11:23 PM | Show all posts
Wallahu'alam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2012 10:18 AM | Show all posts
gambar kucing tk leh ke? gambar katun?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 07:53 PM | Show all posts
melukih kartun/manga pon xleh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 01:01 AM | Show all posts
adlythegreat posted on 17-9-2012 07:53 PM
melukih kartun/manga pon xleh?

ambil pndapat mudah je.
kalu lukis nk cari mkn , tuk tujuan baik tu bole aje

kalu lukis tujuan tuk puja, sebar bnda -ve ke.. tu mmg takleh..

psl bakat melukis ni anugerah tuhan, kalu pandai melukis muka pasti mudah lukis wajah suspek bila wat report polis..

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 01:16 AM | Show all posts
masa kecik2
bila i melukis
abah selalu koyak lukisan
dia kata nanti depa akan tuntut nyawa
i selalu lukis gambar org


sedih
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 01:30 AM | Show all posts
salam

errmm ..
bukan senang untok dapat ..
لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ
وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
11. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia,
dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.

errmm .. interesting ..
tiada kata .. secantik bahasa ..
tiada gambar .. secantik lukisan ..

wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 04:16 AM | Show all posts
hadits sumer.. bkn anti-hadits
nak tau gak aper kata Quran..

sian para pelukis
minat ngan ujang kaki pancing tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 05:34 AM | Show all posts
dinsmann posted on 18-9-2012 04:16 AM
hadits sumer.. bkn anti-hadits
nak tau gak aper kata Quran..

betul le kesian pelukis....hairan darimana pelukis ni dapat kesenian ni...sedangkan kanak kanak pun bolih melukis...darimana ya..?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 09:06 AM | Show all posts
batmana posted on 18-9-2012 01:01 AM
ambil pndapat mudah je.
kalu lukis nk cari mkn , tuk tujuan baik tu bole aje

oh ok noted. bukan apa, aku kalau bosan2 pon selalu akan melukis. lukis orang la, binatang la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2012 10:22 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 18-9-2012 05:34 AM
betul le kesian pelukis....hairan darimana pelukis ni dapat kesenian ni...sedangkan kanak kanak pun bolih melukis...darimana ya..?

Salam..

Tentu jawapan yang dinantikan.... kesenian tu dari Allah.....

Nanti ada pula orang berhujjah.... siapa yang jadikan Syaitan....??? Siapa yang jadikan Nafsu?

Jawapan yang dinantikan juga... tentu Allah yang Jadikan....

Tapi sepatutnya kita tanya: adakah Allah beri Pilihan atau tidak, untuk Taat (Syukur) atau untuk Derhaka (Kufur)?

Surah Al-Insan ayat 2-3
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari nutfah (benih) yang bercampur untuk Kami mengujinya (dengan perintah dan larangan), sebab itu Kami jadikan ia mendengar dan melihat
Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan-jalan (jalan yang benar dan salah), ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur.


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2012 11:08 AM | Show all posts
sebab tu ambik gambar bunga bunga sahaja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 01:23 AM | Show all posts
dulu saya pun suka tayang2kan gambar, kat fb, kat fon, whatsapp, bila terbaca artikel di atas dan dibawakan dalil2 yang kuat seperti di atas terus saya buang semua.. wallpaper gambar anime kat laptop pun da tuka gambar bukan makhluk bernyawa.

dalil di atas sangat kuat sampai tak sanggup nak mengingkarinya.... kerana seorang mukmin sejati dia akan "dengar dan taat perintah2 Allah dan Rasul-Nya."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 01:24 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 17-9-2012 10:18 AM
gambar kucing tk leh ke? gambar katun?

tak boleh sbb gambar makhluk bernyawa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.055554 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list