CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2287|Reply: 22

[VIDEO] Terbukti MCA Pengecut - Jemput Orang Berdebat Tapi Tak Kasi Naik Pentas

[Copy link]
Post time 13-9-2012 01:05 PM | Show all posts |Read mode




Pekung Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong terbongkar malam ini apabila menghalang wakil Kerajaan Negeri Selangor untuk berdebat berkenaan isu Talam walaupun dijemput untuk berdebat.

Tindakan ini disifatkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin sebagai mencari publisiti murahan semata-mata.

Kesediaan wakil Kerajaan Negeri untuk berbahas tidak kesampaian apabila MCA tidak membenarkan keempat-empat wakil Kerajaan Negeri itu untuk berdebat dan memberi penerangan berkenaan kebenaran yang berlaku di sebalik isu Talam.

Faekah berkata tindakan Chua untuk tidak berdebat dengan ketiga-ketiga wakil lelaki itu sudah dijangkakan sejak awal lagi.

“Namun, Chua juga tidak berani untuk berdepan dengan wanita seperti saya. Terbukti Chua seorang yang tidak berani berhadapan dengan wanita,” sindir Faekah.

Faekah menambah beliau tidak datang dengan tangan kosong tetapi membawa satu bukti untuk diterangkan kepada semua.

Beliau turut membawa laporan daripada firma audit bebas, Transaction and Restructuring Sdn Bhd (KPMG) untuk dibentangkan.

“Ini kerana saya mahu rakyat terus tidak diperbodohkan dan Chua tidak memperbodohkan dirinya.

“Ini adalah orang yang tidak tahu berterima kasih kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana kami sudah mengutip setiap sen hutang yang ditimbulkan oleh pentadbiran Umno-BN sebelum ini,” katanya.

Selain Faekah, keempat-empat wakil itu terdiri daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ; Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad.

Mereka meninggalkan majlis itu selepas dihalang untuk berdebat.

Dalam sidang media yang sama di luar dewan International Youth Centre, Tony Pua berkata pihaknya kecewa dengan tindakan MCA itu.

Katanya, hal itu jelas menunjukkan MCA menjemput untuk berdebat adalah sebagai satu alasan politik.

“Chua tidak ikhlas mahu menerangkan isu ini, jika mahu mendengar penerangan kami, kenapa mereka tidak membenarkan kami untuk menerangkan perkara sebenarnya.

“Sebenarnya, beliau (Chua) tidak mahu tahu kebenaran dan beliau juga tidak mahu mendengar laporan daripada KPMG ini. Sedangkan ini merupakan satu platform untuk kedua-dua pihak memberi penjelasan di hadapan semua rakyat,” katanya

Selain itu, Dr Zulkefly berkata MCA terlepas peluang keemasan untuk membuktikan sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bersalah.

“Chua boleh bangkitkan isu ini dan beliau juga boleh menidakkan laporan daripada KPMG ini,” katanya.

Bagi William Leong pula, beliau mencabar Chua untuk melantik audit bebas terhadap skandal National Feedlot Corporation (NFC) untuk dibentangkan di sesi parlimen akan datang.

Dalam kekecohan malam ini empat pemuda ditahan polis.

Dipercayai, suspek ditahan polis ketika membuat provokasi.

Mereka ditahan polis selepas senjata jenis belatan jatuh dari tangan suspek ketika berlaku sedikit pergelutan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. -selangorku







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 01:42 PM | Show all posts

MB Khalid menyorok kat mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 01:48 PM | Show all posts
rashiman posted on 13-9-2012 01:42 PM
MB Khalid menyorok kat mana ?

tak jauh bro man.. kat bangkok, thailand jerk.. ehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 01:50 PM | Show all posts
sekor buat kacau pasal Talam, sekor buat kecor pasal Unisel, sekor buat kecoh pasal Islam......desperate sangat punya stratergy
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 02:07 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 13-9-2012 01:50 PM
sekor buat kacau pasal Talam, sekor buat kecor pasal Unisel, sekor buat kecoh pasal Islam......despe ...

bukan ke isu2 ni melibatkan kepentingan rakyat.. cemana plak boleh dikatakan desperate strategy ? kalau baling bas sendiri dgn cat utk dpt kan simpati, itu mungkin la kut..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 02:10 PM | Show all posts
Apapun...orang kampung semua dah tahu...BYE BYE BN! BE END!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2012 02:23 PM | Show all posts
dasatgiler posted on 13-9-2012 02:07 PM
bukan ke isu2 ni melibatkan kepentingan rakyat.. cemana plak boleh dikatakan desperate strategy ?  ...



Bagi diorang nie...Pemimpin2 Pakatan Rakyat suci sebersih-bersihnya, mempunyai moral yg terpuji, mana ada buat salah, mana ada buat silap. semuanya baik-baik belaka.
Kalau ada tuduhan yg tak baik, semuanya palsu belaka dan hanya cerita2 rekaan.
Itu pegangan puak2 Pakatan Rakyat terhadap pemimpinnya. Last edited by rashiman on 13-9-2012 02:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 02:32 PM | Show all posts
rashiman posted on 13-9-2012 01:42 PM
MB Khalid menyorok kat mana ?

Rasanya MB Khalid ada dipejabat mencari kot-kot ada lagi kamera yang tersembunyi..... iyelah... PRU dah dekat, yang nak pedajal pun orang-orangnya sendiri....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 05:02 PM | Show all posts
apalah bangang puak2 balaci pencacai amenok nih...

tk paham2 kot...bila otak dh karat ngan taik cam tu lah jadiknyer...

isu yg lebih besar wat tk nampak...
pujalah lagik pemimpin rasuah pelahap rete negara tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 05:12 PM | Show all posts
baru hantar fekah, terkincit2 geng2 umno tak bagi naik pentas.
itu blom dengar mb khalid berdehem...

...demam tross kot?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 05:44 PM | Show all posts
Don Henley posted on 13-9-2012 05:02 PM
apalah bangang puak2 balaci pencacai amenok nih...

tk paham2 kot...bila otak dh karat ngan taik c ...

isu yg lebih besar wat tk nampak...
pujalah lagik pemimpin rasuah pelahap rete negara tuh...



nie..pasal nak ambil tahu rete rakyat lah nie....mintak MB Khalid jelaskan...
tapi mana pulak dia menghilang.






Last edited by rashiman on 13-9-2012 06:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 06:11 PM | Show all posts
mana-mana rakyat yg ada rumah dan hartanah di Bukit Beruntung yg menghadapi masalah hutang dan masalah utk jual kerana harga rendah, boleh runding dengan kerajan negeri Selangor, mungkin boleh jual dengan harga yg berlipat ganda dengan kerajaan negeri.
Semalam MCA mendesak kerajaan negeri Selangor mendedahkan sepenuhnya perjanjian rundingan penilaian tanah di Bukit Beruntung 2 yang mencecah hampir RM345 juta.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, pihaknya mengesyaki berlaku penyelewengan setelah kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) mengutip semula hutang daripada Talam untuk tanah tersebut pada tahun 2010.

Katanya, penilaian dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada tahun sama menunjukkan kadar sebenar adalah RM113 juta iaitu RM1.96 sekaki tanah.

"Kami hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang sanggup menerima menaikkan kadar harga tanah kepada 305 peratus lebih tinggi daripada JPPH itu.

"Perbezaan RM232 juta tidak munasabah. Mereka perlu membuat penjelasan agar rakyat tidak terkeliru dan tertipu sepenuhnya," katanya.



Last edited by rashiman on 13-9-2012 06:12 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 08:44 PM | Show all posts
x paham tul la...dlm utusan hari ni sibuk kata pakatan tidak berani berdebat kerana khalid x hadir, sbelah pembangkang lak kata MCA takut x bagi pembangkang berdebat...mmg dua2 pun bleh pusing..politik2..Teringat dulu masa Anwar ajak najib berdebat..sibuk pro najib ckp anwar x layak berdebat dgn najib sbb najib perdana menteri, last2 menteri sukan ahmad shabery kot yg dtg nk berdebat, anwar terima la jugak. tp skrg situasi terbalik, patutnya chua x layak berdebat dgn khalid sbb khalid menteri besar,jd faekah dan lain2 dtg nak berdebat tapi dihalang oleh MCA ni..ikhlas ker main2 ajak berdebat ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 05:12 AM | Show all posts
dasatgiler posted on 13-9-2012 02:07 PM
bukan ke isu2 ni melibatkan kepentingan rakyat.. cemana plak boleh dikatakan desperate strategy ?  ...

Hello Beb,,,bila masa itu kepetingan raakyat, itu adalah corperate structuring administartion dimana financial situation corporation yang kendalikan adalah politicallly motivated which is beyond dia orang punya jurisdiction....sepatutnya mengikut line of command, Unisel bawah jagaan Kementrian Pelajaran dan Talam Kementian Perdagaan dan keduanya kementrian harus yang mengambil tindakan bawah kuasa jabatan masing2......satu mamat tu seharus jaga kepentingan nasib Petani,  yang lagi satu, declare dia punya wealth dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 08:31 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 14-9-2012 05:12 AM
Hello Beb,,,bila masa itu kepetingan raakyat, itu adalah corperate structuring administartion dima ...


Kenapa MB Khalid pulak yg uruskan masalah Talam menggunakan rete rakyat. Mana pegi Penasihat Negeri SElangor pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:07 AM | Show all posts
Nadim posted on 13-9-2012 02:32 PM
Rasanya MB Khalid ada dipejabat mencari kot-kot ada lagi kamera yang tersembunyi..... iyelah... PR ...

MCA ni pun satu bangang

dah tau si khalid gagap tu cuma boneka DAP, patutnya
terus je la bagi surat jemputan pada DAP

DAP pun dah tentu tak bagi khalid gagap yang debat,
satu dah la sebab tergagap2, lagi satu dia bukan tau
sangat segala perancangan dalam pentadbiran negeri selangor
yang selama ini sebenarnya dimonopoli oleh sepet2 DAP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 10:19 AM | Show all posts
d'zeck posted on 14-9-2012 09:07 AM
MCA ni pun satu bangang

dah tau si khalid gagap tu cuma boneka DAP, patutnya

Tu la.. alangkah baik kalau debat tu di teruskan ari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 11:45 AM | Show all posts
rashiman posted on 14-9-2012 08:31 AM
Kenapa MB Khalid pulak yg uruskan masalah Talam menggunakan rete rakyat. Mana pegi Penasihat Neg ...

Talam kan bawah pengurusan kerajaan Selangor..kenapa tanya pasal Penasihat Selangor..kamu perlu nasihatke...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 12:44 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 14-9-2012 11:45 AM
Talam kan bawah pengurusan kerajaan Selangor..kenapa tanya pasal Penasihat Selangor..kamu perlu na ...


Kena jugak melibatkan Penasihat Eknonomi Selangor yg bergaji Rm1 kerana melibatkan duit dan rete rakyat selangor.
Macam manalah Tuan Penasihat nie...menjalankan tugas, teringat citer P.Ramlee, Penasihat Tuan Sidiq Sigaraga menjalankan tugasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:52 PM | Show all posts
rashiman posted on 14-9-2012 08:31 AM
Kenapa MB Khalid pulak yg uruskan masalah Talam menggunakan rete rakyat. Mana pegi Penasihat Neg ...

kesian cross kat SI POLAN tu, kena post banhammer, celupar sgt, kat CI pun merapu ..agaknya puak2 sana memang suka bersikap KURANG AJAR agaknya, tak hormat RUMAH ORANG......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.332375 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list