CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38686|Reply: 94

Misteri manusia bernama Mohd Hattan bin Hashim

[Copy link]
Post time 12-9-2012 10:30 PM | Show all posts |Read mode
jom pekena pop corn........!


SUMBER: http://uncleseekers3.blogspot.co ... n-azlan-shah-1.html

Friday, 7 September 2012
Misteri Sultan Azlan Shah (1)

Benar atau tidak terserah kepada orang ramai yang mempersoalkan cerita sebenar dari Tengku Amran, yang merupakan saudara sepupu tetapi berlainan darah daging dan mereka pernah tinggal sebumbung dan sama-sama diperlihara oleh Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, bekas isteri ke-empat kepada Almarhum Raja Yusuf Izuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah yang mangkat pada tahun 1857.

Pada bulan Februari 1984, Sultan Idris Iskandar Shah telah disahkan mangkat. Majlis Dewan Negara Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Ramli Ngah Talib selaku Menteri Besar ketika itu telah melantik Sultan baru sebagai pengganti. Mengikut adat istiadat dari dahulu lagi, apabila sultan telah disahkan mangkat, jenazahnya akan disimpan selama tiga hari sebelum disemadikan bagi membolehkan seorang Sultan baru dilantik.

Etika Raja-Raja Melayu yang termaktub dari dahulu lagi melarang seseorang yang bukan keturunan atau bukan berdarah raja tulin dari dinobatkan atau dilantik sebagai Sultan. Amalan tersebut diketepikan dan Datuk Seri Ramli Ngah Talib yang sudah merancang mahu melantik Raja Azlan tanpa mendapat persetujuan sepnuhnya dari ahli Majlis setelah dimaklumkan lebih awal kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa akur walaupun beliau memang tahu Raja Azlan bukan anak Raja sebenar.


(Gambar ihsan Malaysia Crisis)

Dilaporkan, Dewan Negara Perak mahu melantik juga Raja Azlan sebagai Sultan untuk memudahkan jenazah Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah disemadikan, tetapi permasalahan timbul setelah kaum kerabat mempersoalkan perlantikan Raja Azlan tidak mengikut susunan oleh kerana beliau telah melangkah lima tangga dengan mengenepikan pewaris dari keturunan sebenar yang tidak sepatutnya berlaku. Ketika itu, Raja Azlan diletak sebagai "Raja Kecil Bongsu" ditangga bawah sekali tiba-tiba mahu dinobat sebagai Sultan.

Sebelum upacara adat istiadat perlantikan dijalankan, beberapa orang ahli majlis bercakap tentang pewaris yang lebih dekat dan mereka ingin tahu dari penjelasan Raja Azlan sendiri yang mereka kira ada kebenaran tanpa keraguan. Orang kenamaan mahu tahu selaian Raja Azlan, siapa lagi pewaris yang masih ada.

Raja Azlan memberitahu bahawa Raja Baharom Shah merupakan abangnya. Kebetulan ketika itu, Raja Baharom Shah sedang menghidap penyakit kurang siuman (gila) dari zaman kanak-kanak lagi. "Ku Ann @ Amran Mohammad Shah dimana? " mereka bertanya lagi.

Raja Azlan memberitahu bahawa Ku Ann sudah lebih 20 tahun tidak pulang. Mungkin masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Ahli Majlis mendapat laporan dari beberapa orang bekas pengawal peribadi Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tahu dan mengenali Ku Ann sebelum mereka diberhentikan dari jawatan masing-masing selepas Almarhum mangkat. Nama Ku Ann atau Tengku Amran Mohammad Shah disebut oleh beberapa orang Ahli Majlis, beliau adalah cucu tunggal kepada Sharipah Malini, Permaisuri Kedua kepada Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al-Mukhataram Shah (Iskandar Muda) selepas Permaisuri Pertama Tengku Yong Sapiah mangkat di Acheh.

Nama Tengku Amran tidak tercatit dalam buku rekod kerabat-kerabat raja Perak dan beliau telah menghilangkan diri beberapa tahun selepas Allahyarham Datuk Tak Haji Daud, yang merupakan bapa tiri Raja Azlan meninggal dunia.

Siapa Ku Ann@Raja Amran Mohammad Shah?

bersambung....

Related collections:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2012 10:59 PM | Show all posts
aku kena gi buat report polis pasal blog tu tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 11:03 PM | Show all posts
awat tak buat ujian DNA saja?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 11:09 PM | Show all posts
hahaha...ingat salah thread tadi...coz ingat khenn retis sorg tu....
x yah g balai pulis..ko tanye kru misteri nusantara ker...dunia tersembunyi ker...@ uncle seeker...
tu pong kalo dh jadi 'entiti'.....n tu pong kalo us verani......hahaha....
buat dna pong leh tipu...selagi theyolls berkuasa lar kate khenn...mmg x leh ubah punya...dunia hari ini...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 11:18 PM | Show all posts
aku ingat mau jadi pejuang sultan laa..... mau gi report polis...... dapat laa glamer seminggu dua......
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 11:22 PM | Show all posts
Acong posted on 12-9-2012 11:18 PM
aku ingat mau jadi pejuang sultan laa..... mau gi report polis...... dapat laa glamer seminggu dua.. ...


kalo case ko niey bukan seminggu dua....makan2 setahun dua....
ker nk interframe masok tv.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2012 11:24 PM | Show all posts
skang ni ramai dh tak pakai waris2 ni...sape kuat n berpengaruh die la berkuasa...
tgk la kat yellow pages..nama tengku,raja dikalangan org biase mmg banyak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 11:35 PM | Show all posts
ooo ceter dongeng dari negeri asal pak kadok ka??? yg dpt emas berkoyan dari puyot ikanhapetah kemenda ak da luper..da sumpah kn dia punya 7 ketrunan tak boleh mkn ikan neh..kalu mkn jugak abis gatal2 seme bdn...ceter dari negri neh ka???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2012 11:39 PM | Show all posts
inaniloquent posted on 12-9-2012 11:22 PM
kalo case ko niey bukan seminggu dua....makan2 setahun dua....
ker nk interframe masok tv.. ...

camni aku kena join MCA dulu........ pastu baru buat report polis........ PRU 13 mungkin dpt jadik calon BN.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 11:49 PM | Show all posts
Acong posted on 12-9-2012 11:39 PM
camni aku kena join MCA dulu........ pastu baru buat report polis........ PRU 13 mungkin dpt jadik ...


makan masa gak tu....bek ko join pkr ke dap....pastu lompat parti....konpem leh dpt naik cpt....hahaha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 12:15 AM | Show all posts
inaniloquent posted on 12-9-2012 11:49 PM
makan masa gak tu....bek ko join pkr ke dap....pastu lompat parti....konpem leh dpt naik cpt.... ...

kalu joinT pkr, risau lak kena liwat......... kalu dpt share china dolls tak pe gak.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 03:06 AM | Show all posts
Benar atau tidak terserah kepada orang ramai yang mempersoalkan cerita sebenar dari Tengku Amran,

bukan tugas orang ramai untuk mempersoalkan jurai keturunan sultan perak..
itu terpulang kpd majlis raja2..

pakcik jual sayur pun boleh claim dia tu sultan perak..
kat melaka sendiri pun ade 3 ekor beruk makyeh yg dtg dari pelbagai ceruk claim depa tu sultan malacca yg mulia..

the big questio is...
knpa cerita ni timbul skrg?!

sultan azlan dah naik takhta beribu tahun dahhh....
so apa motif para ketuanan komiuntang bukit dan anjing2 nasionalis jowo totok mengetengahkan isu neh?

nak merebut takhta dari sultan azlan yg dah tua bangka tu?
atau nak mengetepikan raja muda perak yg bukan pro kepada kerajaan di bawah pokok itew?


jika haku adalah nasionalis jowo, sudah tentu sasaran aku adalah meruntuhkan institusi raja2 malon bagi memenuhi nafsu tuan2 komiuntang bukit yg berpengkalan di selatan demi menjadikkan  negara ini republik berdemokrasi gaya singapurapura

so, lets assume we are now playing poker card..
sapekah raja malon yg paling digeruni dlm banyak2 raja?
ohh... tentu la sultan azlan.. bekas ketua hakim negara dan satu2nya sultan yg mempunyai Phd... bidang undang2 pulak lagi... kelas gitu....


emm,
pastu sapa lagi next in line?
ohh.. sudah tentu la sultan ibrahim....
emm
ape pulak kelemahan dia ek?
ohh... dia bukan dari pewaris sebenar kesultanan johor pun...
dia dtg dari jurai temenggong... sedangkan keturunan yg sebenar masih lagi hidup diluar sana...
dan yg paling penting sultan iskandar tak pernah ditabal sebagai sultan pun selama nie....
so kita rekrut la keldai2 jowo totok untuk membangkitkan nasionalis pak soekarno di johor untuk menjatuhkan sang raja dari selatan ini...


pastu sapa lagi next ek?
hihi... sultan sharafudin laaa....
sesiapa sahaja yg mengawal selangor means... mengawal KL and putrajaya also..
but the difficulties is.... org2 sepet bukit bukan majoriti di selangor.. dan melayu2 selangor setia kpd sultannya..
so,
kita guna la para hero2 jowo the bajingan to bring up some sentimental issues like Clean 3.0, and the life of sultan to the public... hahahaa bravo bravo... syabas beyteyhh...


kpd para stupid di luar sana...
permainan budak2 kelas cap ayam ni, pakcik jual kuih pun malas nak layan tahu tak?...

apa lagi permainan yg bulih kita mainkan lagi ek?
oh yaa..
raja di timur pulak adalah next commander in line kpd bumi malon ini..
tapi kan... sultan muhamad belum lagi ditabalkan tau...
dan yg bestnye.. bapak dia still alive...
so apakata kita suruh je si gedik manohara tu taat balik kpd ex husband dia dan kita pun semarakkan la api perjuangan indons di kelantan agar tengku fakry yg naik takhta....
pastu bila sampai turn kelantan menjadi ketua di bumi malingsia ini... kita ganyang la habis habisan.. hahahahahaha

eh tu lama lagi pak...
agong sekarang ni pun tgh bermasalah tau..
dia enggak punya pewaris anak lelaki...
so, after dia mangkat dah tentu adik beradik akan berparang bagai...
so jom kita dekati calon yg paling bermasalah antara mereka... hahahahahaha

ok la... cukup cukup...
dah terbanyak la pulak jawapan bocor aku dah bongkar kat tahi2 indons dan ketuanan pemakan pig kat luar sane...



ok,
jom kita bayangkan begini pulak..
andaikata sultan azlan memang bukan pewaris sebenar sultan perak... so what would happen next?

kita bubarkan perak?
kita bina republik perak?
kita lantik sekor jawa totok menjadi king of puppet di perak?
so, bila perak dah jatuh... kita start la api kemarahan rakyat (kononnya) kat negri2 lain pulaks)..
genius sehh planning nihh.... syabas beyteyy... syabas inspektor sahab...



dey macha..
the next in command should goes to Raja Muda Perak, Nazrin Shah.
adakah totok yg nak claim jadik sultan tu dapat?
hahahahaha... even peguam kapal sink pun akan kata langkah mayat gua dulu beb..

adakah si totok kaldai ini sedang menentang sultan azlan one by one?
NO...
dia sebenarnya menentang keseluruhan sultan2 melayu yg sama2 mengiktiraf akan kekuasaan dan kedaulatan sultan perak.. bersama2 dgn kerajaan malaysia dan kesemua paksi tentera diraja melayu malaysia...




boleh nampak tak ranjau dan onak durinya?
hanya org tak siuman je yg berani mencabar.... ehh betul la kan? tengku amran ni dikatakan tak siumang..... Last edited by system_failure on 13-9-2012 03:31 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 03:47 AM | Show all posts
Saturday, 8 September 2012
Misteri Sultan Azlan Shah (2)

Beberapa tahun selepas menghilangkan diri, Ku Ann telah kembali kerumah mereka di Canning Garden, Ipoh. Ketika itu, Raja Azlan bertugas sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Di masa itu juga, Ku Ann baru saja tujuh hari berkahwin tanpa memberitahu keluarga.



Raja Azlan pula sudah mengetahui tentang kepulangan Ku Ann setelah mendapat berita dari AlMarhumah. Ku Ann dipanggil kepejabatnya apabila mereka berjumpa dan Ku Ann disuruh bertugas di Mahkamah Rendah Ipoh tanpa memohon atau ditemuduga oleh pegawai-pegawainya.

Tujuan Raja Azlan berbuat demikian supaya Ku Ann dapat tinggal semula bersama-sama Almarhumah yang sering bimbang Ku Ann akan merajuk lagi. Persoalannya, bagaimana Ku Ann mahu memberitahu mereka bahawa dia sudah berkahwin?

Atas alasan apa sekalipun, Ku Ann terpaksa memberitahu bahawa dia sudah berkahwin. Raja Azlan terkejut dan bertanya bila dia berkahwin. Tidak ada cara lain, Raja Azlan meminta Ku Ann membawa balik isterinya. Walaubagaimanapun, Ku Ann perlu menanggung risiko dimarahi Almarhumah. Tiket waran untuk dua orang dikeluarkan bersama surat perlantikan jawatan sebagai Penyimpan Rekod Jenayah diberikan dan Ku Ann perlu melapor diri bertugas di Mahkamah Rendah, Ipoh.

Apabila sampai dirumah dan berhadapan dengan Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, beliau bertanya siapakah perempuan yang bersama Ku Ann. Apabila diberitahu bahawa perempuan tersebut ialah isteri Ku Ann, Puan Khatijah tersentak dan meminta supaya Ku Ann menceraikan perempuan tersebut kerana perkahwinan tersebut tidak mendapat restu keluarga.

Ku Ann enggan menceraikan isterinya dan tetap dengan pendirianya walaupun dipaksa oleh Almarhumah Puan Khatijah untuk menceraikan isterinya. Akhirnya, Ku Ann keluar dari rumah tersebut dan menumpang dirumah saudara.

Raja Azlan diminta pulang segera ke Ipoh. Dari kuala Lumpur, Raja Azlan memandu keretanya, Jaguar Sport berwarna putih dan beliau mendapati Ku Ann sudah tidak ada dirumah. Kejadian pertengkaran Ku Ann dan Puan Khatijah telah diketahui oleh Raja Azlan tetapi beliau tidak boleh berbuat apa-apa kerana menghormati Almarhumah sebagai ibu. Raja Azlan terpaksa berbuat sesuatu yang difikirnya baik bagi keluarga semua, begitupun, Raja Azlan dapat membayangkan bahawa Ku Ann akan tetap meaporkan diri ditempat betugas.

Keesokan harinya, menerusi Presiden Mahkamah, Encik Azmi Kamaruddin, Ku Ann telah diperintahkan bertukar ke Kuala Lumpur. Ini satu pertukaran luar biasa yang belum pernah berlaku terhadap mana-mana pegawai kerajaan.

Dari Kuala Lumpur, Ku Ann diarah bertukar pula ke Kuala Terengganu. Disana, Ku Ann merasa tercabar disebabkan tekanan dari isterinya yang menuduh keluarga Ku Ann memandang darjat. Perselisihan kerana darjat menyebabkan akhirnya mereka bercerai kerana desakan keluarga Ku Ann.

Ku Ann merasakan bahawa Raja Azlan memainkan peranan dalam perceraianya. Ku Ann akhirnya meletak jawatan dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Indonesia sambil mencari salasilah keturunannya disana.


bersambung....

http://uncleseekers3.blogspot.com/2012/09/misteri-sultan-azlan-shah-2.html
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 07:52 AM | Show all posts
Acong bubuh kat sini sebab selain kira ada kaitan sejarah...sebab bod CI dah saturated, dia nak dapatkan belaian manja kat sini pulak...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 08:38 AM | Show all posts
toksah la pertikai pasal sultan... sayangi sultan anda.

haritu speaker dewan negeri perak dah kena angkut humban keluar dewan.
jgn sbb isu nih, sultan perak plak kene angkut humban keluar istana
dgn geng2 pertubuhan melayu bersatu menentang islam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 09:23 AM | Show all posts
system_failure posted on 13-9-2012 03:06 AM
bukan tugas orang ramai untuk mempersoalkan jurai keturunan sultan perak..
itu terpulang kpd majl ...

panjang tulis..

All Hail Atan Bin Hashim!!!!!
All Hail Atan Bin Hashim!!!!!
All Hail Atan Bin Hashim!!!!!
All Hail Atan Bin Hashim!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 10:14 AM | Show all posts
Acong posted on 13-9-2012 03:47 AM
Saturday, 8 September 2012
Misteri Sultan Azlan Shah (2)


woittt...cedok dr blog us ker??
verani sunggoh dia tu....menempah...terpikir cmner theyolls treat us...sampai sanggop nk 'check in' lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 11:05 AM | Show all posts
alphawolf posted on 13-9-2012 07:52 AM
Acong bubuh kat sini sebab selain kira ada kaitan sejarah...sebab bod CI dah saturated, dia nak dapa ...

ada forumer lain dah bukak kat CI, tapi kena katup dgn mod sbb mod kata lebih sesuai kat board ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 11:06 AM | Show all posts
bangcak posted on 13-9-2012 08:38 AM
toksah la pertikai pasal sultan... sayangi sultan anda.

haritu speaker dewan negeri perak dah ken ...

mana mungkin? sultan kan mesra BN.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 11:07 AM | Show all posts
inaniloquent posted on 13-9-2012 10:14 AM
woittt...cedok dr blog us ker??
verani sunggoh dia tu....menempah...terpikir cmner th ...

mmg laa ceduk......... takde masa aku nak tulis berjela2.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.064409 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list