CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4183|Reply: 10

KISAH BENAR: Cahaya Dari Kubur Hingga Ke Langit

 Close [Copy link]
Post time 23-8-2012 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki telah melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus naik memancar ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kubur yang


bercahaya itu.Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.


Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.




Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat kenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya, setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al Quran di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta Al Quran. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Quran itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Tuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Quran buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan Al Quran. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Quran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita.



Kredit: http://boyzonne-hijaurimba.blogspot.com/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2012 10:18 AM | Show all posts
terang bunderang . . ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 10:19 AM | Show all posts
momods tengah beraya, takpe la nak promote blog pun...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 10:20 AM | Show all posts
salah board nie..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 10:22 AM | Show all posts
citer  mastika    ....  utk  melayu  islam   lemah  akal  .....

madey:   elok  ko   atar   citer  kat  mastika  ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 10:59 AM | Show all posts
hahahhhaa. melayu mastika bermaharaja lela ketika mod sedang sibuk beraya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2012 11:07 AM | Show all posts
puaka-puaka trinity akan berusaha menafikanya.... tak kisah la cerita ni diceduk dari mana!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 11:08 AM | Show all posts
beginner ni lagik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2012 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kidnapped by UFO

"Beam me up, Scotty"


Last edited by Vympel77 on 23-8-2012 11:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 11:17 AM | Show all posts
owhhhhhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 11:39 AM | Show all posts
apa masalah. pasang spotlight je la. mesti terang benderang. opss.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058195 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list