CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10632|Reply: 34

Zul Suphian Idam Watak Pondan

[Copy link]
Post time 11-8-2012 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Zul Suphian idam watak pondan
Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA

MAHU mencuba karakter yang lari jauh daripada ciri sebenar dirinya yang merupakan lelaki normal, Zul kini terpanggil untuk melakonkan watak mak nyah pula.


DIA sudah berbogel dan beraksi ghairah di layar perak, justeru apakah lagi yang bakal dilakukan oleh Zul Suphian yang dahulunya dikenali sebagai Zul Handy Black untuk mengejutkan khalayak menerusi karya-karya lakonannya pada masa akan datang?
Selepas berbogel dalam filem Mantra dan beraksi ghairah untuk filem Keramat, Zul Suphian nyata mahukan kelainan dalam filem-filem lakonannya seterusnya.
Pernah mencipta nama sebagai vokalis kumpulan Handy Black, Zul tidak malu untuk mengakui bahawa dia kini ‘mengidam’ untuk membawa watak mak nyah atau pondan pula jika diberi peluang.
Dia yang kini sedang dalam rangka promosi filem terbaharunya, Halim Munan bersama Fizo Omar dan Intan Ladyana yang bakal ditayangkan pada 13 September ini, berharap dapat memberi pelbagai dimensi watak sepanjang bekerja sebagai anak seni.
“Saya tahu muka saya kelihatan ganas tetapi jika pelakon Ahmad Tarmimi Serigar boleh membawa watak pondan dalam drama Wali dengan berkesan sekali, jadi saya yakin boleh lakukan perkara yang sama,” jelasnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama karyawan Halim Munan di Restoran Al-Andalus, Jalan Delima, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya, watak antagonis dan lucu adalah watak realiti bagi lelaki normal dan ia berbeza dengan watak pondan kerana ia adalah sesuatu yang tiada pada lelaki normal.
“Saya tidak kisah untuk pegang watak pondan menerusi cerita komedi atau serius, saya yakin dapat lakukan dan ia untuk juga untuk mencabar diri sendiri,” ujar pelakon berusia 38 tahun itu.
Tambah Zul atau nama sebenarnya, Nurzul Suphia'an Sa'ban, dia tidak mahu terikat dengan watak antagonis sahaja memandangkan wajah yang dibawanya itu agak ganas.
“Kalau berlakon komedi pula, saya mesti bawa watak sebagai kaki buli atau watak jahat contohnya untuk filem Halim Munan walaupun ia sekadar watak komedi,” jelasnya.
Tidak pernah berkubur
Sungguhpun begitu, dia menghargai setiap watak yang diberikan dan dia sebenarnya suka melakonkan watak komedi kerana ia adalah seperti kisah sebenar dirinya yang suka membuat lawak.
“Watak komedi sebenarnya dekat dengan diri saya sebab di luar lakonan juga saya suka membuat lawak. Jadi watak sebegitu tidak sukar dan senang dihayati,” ujarnya yang bakal sibuk dengan penggambaran drama bersiri Bini-Biniku Perkasa di samping Intan Ladyana.
Bercerita mengenai rezekinya sebagai pelakon yang tidak pernah putus, Zul turut menyatakan kumpulan Handy Black tidak pernah berkubur walaupun dia sibuk dengan karier lakonan.
Dia dan ahli Handy Black yang lain masih membuat jemputan persembahan tetapi lebih banyak menerima tawaran untuk persembahan majlis tertutup untuk syarikat korporat.
“Kalau ada program bersama Handy Black, saya masih akan ikut serta. Setiap anggota kumpulan ini tidak pernah dihalang untuk mencari rezeki masing-masing. Apa yang penting, asalnya ia mampu mendatangkan sumber pendapatan, kami bebas untuk bergerak,” jelasnya.
Mengenai persiapan Aidilfitri pula, Zul dan isterinya, Fyza akan pulang ke Alor Setar, Kedah di sebelah keluarga Fyza selama seminggu.
“Setiap tahun persiapan hari raya kami sederhana sahaja, kami tidak suka pembaziran,” ujarnya yang bertuah kerana tahun ini isterinya membuat sendiri kuih-kuih raya.
*************

Mcm mana tu?

Watak pondan yg berkesan dan diingati setakat ini dilakonkan oleh PELAKON STRAIGHT :

Tarmimi Serigar - Wali
Rusdi Ramli - Waris Jari Hantu
Que Haidar - Bukan  Pintaku kalau tak silap... walau pun sedikit dihujung cerita





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2012 07:57 PM | Show all posts
dunia nak akhir zaman lah ni. jantan teringin jadi pompuan, even for a day
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 08:21 PM | Show all posts
best sngt ke cerita yg ko belakon.. sampai syok sngt terengen nk jadi pondan dalam karekter... boring2 jek pelakon over ekspektesyen ni.. hihih
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 08:35 PM | Show all posts
rayna_raynes posted on 11-8-2012 07:57 PM
dunia nak akhir zaman lah ni. jantan teringin jadi pompuan, even for a day

kan..dengan muka yang jantan habis tu tak dapat bayangkan kalau heols jadi pondan..ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 08:42 PM | Show all posts
Nak jadi pondan la plak... takde watak lain ke...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 09:18 PM | Show all posts
pondan tak siap laa nanti

habis lah ketuanan geng ponen cari.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2012 09:38 PM | Show all posts
biarlah dah nama pelakon
mesti dorang nak mencuba mempelbagaikan karakter
agar dalam resume dorang nampak meriah
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 10:27 PM | Show all posts
channtek ke masaelahnyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2012 11:36 PM | Show all posts
aku rasa cam ok je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2012 11:39 PM | Show all posts
hebat ler pondan2 ni...
sampai retis pun nak try blakon jadi cam dorang....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 12:29 AM | Show all posts
Mek ok jerr..
Sebab dia sesuai sangat untuk watak pondan busuk, pondan cacat, pondan legam dan seumpamanya..
Good luck abe zul hazab..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 12:54 AM | Show all posts
katogeri berbogel tu cane ye? dah lama
tak tengok filem melayu tak tau pulak ada
adegan bogel  dah maju la kiranya. ada tak gambar dia
sedang berbogel.
jumpa kat shoping komplex ari tu nampak katik je
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 06:05 PM | Show all posts
dalam mantra dan keramat dia x nominated FFM pun, tp dalam filem santau wata dia seciput leh nominated best supt actor. to me dia ni character actor jugak lah.

watak pondan yg paling terkesan bagi aku lakonan aman graseka dalam drama amer amera tahun 1999. menang best actor anugerah sri angkasa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 09:45 PM | Show all posts
kupikirin sape la zul suphian.. ropenye handy black punye mamat
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 09:49 PM | Show all posts
baca tajuk..ingt pelakon baru..upanyer si ZUL BOGEL neh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2012 09:50 PM | Show all posts
beta_carotene posted on 11-8-2012 10:27 PM
channtek ke masaelahnyer

berkerak jeh kan?? kowser nak memondan segala...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2012 10:06 PM | Show all posts
xkisah la.. dia mewalili pondan yg tak cantik. jika dia bjaya bawak pondan itu dgn berkesan. bukan semua pondan tu cantik pun kan. kuang3x....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:23 AM | Show all posts
Wah... Masih aktif handy black ni...  Rezeki tu byk tempatnya...  Ada kepandaian tu jgn disalahguna sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 12:43 AM | Show all posts
Boleh je jad pondan mati azab dlm Tanah Kubur kat astro tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 07:24 AM | Show all posts
bini dia lawa lah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.085803 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list