View: 12048|Reply: 106
|
Strategi Mengembangkan Agama Islam Dalam Erti Kata Sebenar
[Copy link]
|
|
Topik ini khusus kepada sesiapa jua yang ada pandangan dari aspek strategi perlaksanaan mengembangkan agama dalam erti kata sebenar (selagi tidak bersalahan dengan Al-Quran dan Sunnah). Nasihat kepada yang mahu penjelasan daripada mereka yang memberikan pandangan untuk mengembangkan Agama Islam, hormatilah pandangan berkenaan walaupun bersalahan dengan pandangan anda. Kekadang kekurangan pandangan ditambah pandangan yang lebih baik akan memurnikan perbuatan, kata-kata dan niat semata-mata kerana Agama Allah.
Syariat Menentukan Akidah
Syariat Membentuk Akhlak
Allah Maha Menentukan
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
aku nak share pandanagn aku within my scope of life on this matter.
bagi aku setiap muslim tu kena baiki dulu akhlak dan sahsiah dlm diri.
dahla skrg dunia mmg dah dipenuhi dgn propaganda2 yg memperkecilkan islam.
so sahsiah tu adalah salah 1 elemen penting tuk naikkan imej Islam tu sendri
bg org luar a good impression
aku tulis ni sbb kebanyakannye orang islam sekrg cuma sekadar solat,,
tapi adab, sahsiah n perangai lepas solat masing2 macam hantu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mattdemon posted on 8-8-2012 12:32 AM 
Salam,
aku nak share pandanagn aku within my scope of life on this matter.
Nice comment. Itulah realiti orang Islam. Masih ramai yg tak mahu menjadi muslim dan muslimat dalam erti kata sebenar. Perihal hantu tu, kena slow talk kalau boleh apa kata saya beri kata utk gantikan dengan "menunjuk2/ cepat2" setuju tak? Kalau tak setuju mohon maaf sebab saya tak arif perihal yg lain.
Pandangan saya lebih kepada Akhlak yg ada dalam Al-Quran yg sengaja dilupakan oleh sesetengah pihak kerana memandang kepada membaca dan memahami kehendak Al-Quran ada risiko tinggi yg boleh menyebabkan manusia sesat. Sebenarnya Allah menerangkan dengan jelas dalam Al-Quran perihal berkenaan. Kepada ulama2 yg tinggi ilmunya dari saya, sila hightlight ayat ini.
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
(Al-Baqarah 2:26)
Kepada tuan2 ulama, guru pondok ke ape ke, mintak fahamkan hal ini sesudah memahami surah A'laq. Kerana umat Islam ramai yg tak beriman kepada kitab Al-Quran kerana diblock oleh ilmu ANDA kerana terlalu advance penerangan. Bagitau kepada umat Islam secara am, wajib beriman kepada Al-Quran tak kira usia dan menjadi kesalahan kalau sekadar membaca tapi tidak memahami dan menghukum bukan kerja mereka. Bersalahan dengan ilmu tuan guru bila menyekat rukun iman yg Allah perintahkan (menakut2kan umat Islam yg berminat membaca dan memahami kitab Al-Quran dikatakan boleh menyesatkan) sedangkan anda sendiri menyebabkan orang lain TERSESAT kerana menakutkan perihal ini. Seharusnya mengajak membaca dan memahami Al-Quran perlu dititik beratkan kerana itulah kunci kepada iman dan taqwa.
Menggalakkan orang membaca Al-Quran dalam method "membaca dan memahami utk diri sendiri" dan meminta kepada pihak yg tidak faham kepada mana2 baris ayat dalam Al-Quran utk dibincangkan base on Sunnah Rasullullah utk pencerahan. Meminta kepada umat Islam jgn menghukum manusia walaupun BENAR seperti yg diterangkan Allah dalam kitabNYA kerana manusia hanya berhak mengetahui dan memahami dan berkaitan hukum BUKAN URUSAN mereka melainkan mereka mampu bermuzakarah dalam erti kata kenal Al-Quran dan Sunnah dalam erti kata sebenar.
Umat Islam ramai yg suka mentakwil dan menjatuhkan hukum sedangkan hukum adalah hak Allah. Sekiranya ada sebarang kesalahan dari insan yg kerdil ini pohon tegur utk kebaikkan bersama2. Wallah Hualam
Last edited by Abangcute on 8-8-2012 01:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya nak berpesan kepada diri saya dan rakan2, sesudah anda membaca dan memahami Al-Quran, satu mekanisma perlu di atur terhadap pihak yg mahu berhukum hudud. Jelaskan ini, hukum hudud perlu dilaksanakan dari peringkat diri dan keluarga sehingga selesai terlebih dahulu. Kalau semua faham Al-Quran, wajib ke atas mereka mengetahui Sunnah Rasullullah SaW secara keseluruhan. Dan sekiranya masyarakat masih belum sempurna akhlak, selesaikan sehingga akhlak Al-Quran utk masyarakat terlebih dahulu. Ilmu perlulah sampai ke kumpulan sasar yg pandai menghukum tapi tidak memahami ilmu kerana ilmu Allah perlukan muslim dan muslimat dalam erti kata yg sebenar2nya sebelum berhukum. Berhukum tanpa muslim dan muslimat akan memburukkan masyarakat. Cara terbaik menyesaikan orang2 yg suka berhukum, dihadapkan ke muka pengadilan dan disoal perihal muslim dan muslimat (ilmu yg mereka tahu). Hukuman bersumpah utk melaksanakan perintah Allah dikenakan sekiranya mereka gagal utk buktikan kebenaran muslim dan muslimat sebenar. Sebaik2 Umat Islam yg berhukum terhad bila minoriti dalam keadaan muslim dan muslimat ( beriman dan bertaqwa). Allah jua Yg Maha Mengetahui kebenaran. Wallah hualam Last edited by Abangcute on 8-8-2012 01:30 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
dakwahlah selagi yg terdaya dan termampu dan banyak cara.
sahsiah dan peribadi antaranya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dakwah ada dua, bil hal(perbuatan) dan bil lisan(kata-kata)... Sampaikanlah walau sepotong ayat. Soal Hidayah tu biar Allah yang tentukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
testing.... cubaan 1 2 3... |
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 8-8-2012 01:00 AM 
Nice comment. Itulah realiti orang Islam. Masih ramai yg tak mahu menjadi muslim dan muslimat dala ... Bersalahan dengan ilmu tuan guru bila menyekat rukun iman yg Allah perintahkan (menakut2kan umat Islam yg berminat membaca dan memahami kitab Al-Quran dikatakan boleh menyesatkan) sedangkan anda sendiri menyebabkan orang lain TERSESAT kerana menakutkan perihal ini. Seharusnya mengajak membaca dan memahami Al-Quran perlu dititik beratkan kerana itulah kunci kepada iman dan taqwa. Berasa takut dengan apa yang di beritakan Dalam Al Qur'an adalah sudah semestinya ( wajib percaya ).
Cuma jangan takut2kan/mengancam orang lain supaya menerima kata2 tanpa dalil - " tak ikut kata aku, berdosa, sesat, kafir "
Menggalakkan orang membaca Al-Quran dalam method "membaca dan memahami utk diri sendiri" dan meminta kepada pihak yg tidak faham kepada mana2 baris ayat dalam Al-Quran utk dibincangkan base on Sunnah Rasullullah utk pencerahan. Meminta kepada umat Islam jgn menghukum manusia walaupun BENAR seperti yg diterangkan Allah dalam kitabNYA kerana manusia hanya berhak mengetahui dan memahami. Jangan membaca dan memahami sendiri-sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh kita luaskan konsep berguru bila belajar agama ni dalam satu aspek?
berguru tu apa definisinya ?
i mean apakah kita perlukan
a) one to one dalam bentuk nyata , dalam kelas macam tu ke
b) memadai dengan bertaya yg arif - naqibah ke naqib ke , or ustaz ke bila mana ada kemusykilan?
c) kalau guna medium seperti youtube , Teds segala bagai - apakah ini dikira berguru ?
macam mana tu ?
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 9-8-2012 12:53 AM 
boleh kita luaskan konsep berguru bila belajar agama ni dalam satu aspek?
berguru tu apa definis ...
Menegaskan tauhid dalam mencari ilmu sebelum berguru itulah jawapan kepada segala jawapan. KepadaNYA jualah kita mencari kebenaran ilmu. Wallah Hualam.
Mari renungkan perihal yang saya maksudkan :
Yaa, Siin.
(Yaa Siin 36:1)Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
(Yaa Siin 36:2)Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
(Yaa Siin 36:3) Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).
(Yaa Siin 36:4)Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
(Yaa Siin 36:5)Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
(Yaa Siin 36:6)Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.
(Yaa Siin 36:7)Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
(Yaa Siin 36:8) Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
(Yaa Siin 36:9) | Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.
(Yaa Siin 36:10)
Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia. (Yaa Siin 36:11)
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
(Yaa Siin 36:12)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila beriman kepada Al-Quran, jika tidak tahu atau tidak pernah ambil tahu, BERGURULAH kepada yang mengaku BERIMAN. Susah ke nak memahami apa itu Rukun Iman? Kepada yang tidak membaca kitab Al-Quran bermaksud JELAS TIDAK BERIMAN DALAM ERTI KATA YANG DIMAKSUDKAN AGAMA ISLAM. So tak der COMPROMI dalam mempercayai Rukun Iman kepada yang MAHU BERIMAN melainkan mereka-mereka yang didatangkan KHAS untuk MENGADA-NGADAKAN dan MENAKUT-NAKUTKAN PERIHAL RUKUN IMAN sehingga mempertikaikan perihal ilmu yang berguna di dunia dan akhirat (rukun Iman). Sesungguhnya AMAT BURUKLAH SIFAT MEREKA-MEREKA YANG FASIK (menukarkan kata-kata semata-mata untuk kepentingan dunia) terhadap apa yang disampaikan Allah (melalui utusanNYA Muhammad SAW sehingga mereka bersoal perihal BERGURU dan menyandarkan TIDAK PERLU BELAJAR). Sesungguhnya, kepada yang BERIMAN ITU ILMUNYA itu SEMUANYA DARI ALLAH AZZA WAJALLA.
Soalan : Tidakkah anda takut disana anda dibicarakan sebagai orang-orang yang lalai dalam MEMPERKENALKAN ILMU ALLAH sehingga menyebabkan RAMAI YANG SESAT kerana BERHUKUM tanpa ILMU yang bermanfaat sedangkan Islam Itu MUDAH... Nauzubillah Huminzalik Last edited by Abangcute on 9-8-2012 11:48 PM
Last edited by Abangcute on 9-8-2012 11:50 PM
Last edited by Abangcute on 10-8-2012 12:01 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita sama-sama KEMBALI KEPADA FITRAH. Baca dan fahamilah walaupun ADA SUDAH TAHU kerana sifat manusia LALAI.
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
mattdemon posted on 8-8-2012 12:32 AM 
Salam,
aku nak share pandanagn aku within my scope of life on this matter.
Yups... Tapi hanya Al-Quran yang boleh menyelamatkan Akhlak. Bila kita membaca dan memahami Al-Quran (menegaskan tauhid dalam erti kata sebenar), maka secara tidak langsung 3 perkara akan dipelajari.
1) Akidah
2) Syariat
3) Akhlak
-Akidah akan menetapkan iktikad untuk beriman atau tidak beriman
-Bila akidah menetapkan beriman maka sudah pasti syariat akan diusahakan untuk ditepati
-Bila syariat dilaksanakan dalam erti kata sebenar, maka lahirlah akhlak
Maka jika kita berdasarkan untuk MENCIPTA AKHLAK tidak akan ada KESAN DIHATI bagi kepada yang MENGAKU BERIMAN tapi sebenarnya FASIK. Itulah realiti dunia hari ini. Sesungguhnya saya manusia biasa macam anda. Saya hanya menegaskan apa yang saya faham. Jika ada kekurangan harap perbetulkan dengan dalil yang jelas kerana saya MANUSIA YANG SENTIASA MELAKUKAN KESILAPAN. KepadaNYA kita MEMOHON PERLINDUNGAN dan KEAMPUNAN.
Wallah Hualam
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika kita dah bekeluarga..adalah lebih baik kita memperbaiki diri kita sendiri dan mendidik ahli keluarga kita supaya mempunyai kekuatan keimanan yang lebih kuat sebelum kita meneruskan tujuan untuk mengembangkan dakwah kepada orang lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
syarih posted on 10-8-2012 01:05 AM 
Jika kita dah bekeluarga..adalah lebih baik kita memperbaiki diri kita sendiri dan mendidik ahli kel ...
Benar kata-kata anda. Tapi apalah guna jika kita tinggal di suatu kawasan yang menunggu masa untuk dikiamatkan olehNYA. Sanggupkah anda hanya menanti HUKUMAN dariNYA? |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada yang KERAP MENGGUNAKAN HUKUM AKAL LOGIK perihal agama, sila renungkan ayat ini (sambungan sebab penyakit HATI TAK PUAS - selalunya orang-orang ini mementingkan diri sendiri beserta CONTOH)
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
(Yaa Siin 36:13)
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
(Yaa Siin 36:14)
Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang agama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
(Yaa Siin 36:15)
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
(Yaa Siin 36:16)
"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".
(Yaa Siin 36:17)
Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
(Yaa Siin 36:18)
Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
(Yaa Siin 36:19)
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
(Yaa Siin 36:20)
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
(Yaa Siin 36:21) |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 9-8-2012 12:53 AM 
boleh kita luaskan konsep berguru bila belajar agama ni dalam satu aspek?
berguru tu apa definis ...
Berguru ada banyak definasi
1) Berguru dengan Tuan Punya Alam Semesta
2) Berguru dengan kehidupan melalui Sunnahtullah
3) Berguru dengan manusia yang diberi faham ilmu Allah
4) Berguru dengan manusia yang diberi faham ilmu dunia
5) Berguru dengan manusia yang diberi faham ilmu adat
6) Berguru dengan perkara-perkara yang melibatkan Pengalaman (cth : Pendidikan,TV, Radio, Surat Khabar dan yang seumpama dengannya)
7) Berguru dengan sesuatu yang tiada di atas...
Wallah Hualam.. Kalau ada kesalahan minta pencerahan |
|
|
|
|
|
|
|
syarih posted on 10-8-2012 01:05 AM 
Jika kita dah bekeluarga..adalah lebih baik kita memperbaiki diri kita sendiri dan mendidik ahli kel ...
Boleh Tuan beri satu aje CONTOH kepada saya perihal yang Tuan katakan dalam satu situasi yang ada di dalam Al-Quran kerana kenyataan Tuan bagi pandangan saya menjurus ke arah memundurkan Islam (renunglah ayat orang-orang FASIK di dalam Al-Quran kalau tak percaya). Minta pencerahan kalau Tuan adalah Benar Pada Jalan Yang Lurus iaitu Jalan Yang Allah redai. Wallah Hualam |
|
|
|
|
|
|
|
Beriman kepada Al-Quran adalah mempercayai dengan sebenarnya kandungannya adalah kata-kata dari Allah. Awasi beriman kepada sebuah buku dan mengkeramatkannya. Terlalu mudah bagi iblis menyelewengkan insan, dan bertenggek pada ayat-ayat yang dikeramatkan kerana iblis iu pernah beriman kepada Allah ribuan tahun lamanya. Akan terjadi satu syirik yang halus. Tidak disedari. Akan menuju ke jalan yang lurus. Bukan jalan yang lurus kepada Allah, tetapi jalan lurus kepada Iblis. Yang berakhirnya bertuhankan nafsu, merasa lebih alim, suci dan akan menjadi riak. Akhirnya menilai dan menghukum sesama insan lain, yang kena difahami adalah juga ciptaan Allah. Berperangai gah dan rasa betul ini amat bahaya kerana diri insan itu bersifat mengambil tindakan tanpa di duga, boleh marah tiba-tiba (kerana sifat iblis) laksana api yang semarak.
Samalah juga beriman kepada Nabi, mesti mempercayai nabi itu adalah penyampai yang dipilih Allah untuk menerima
kata-kata atau wahyu Allah.
Just my opinion, tiada dalil hadis mana-mana.. disregard if you doubt.. Terima Kasih Allah
Last edited by dinsmann on 11-8-2012 09:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT,
Bg saya 'Islam' sudah pn berkembang meliputi seluruh tanah di bumi kini.
Dan baru² ni Islam dikenali sehingga di ceruk rantau sbg 'Terrorist'.
Krn umat dunia kini dh lama melupakannya,
malah yg summum bukmum umyun (2:18),
tiada berita yg mampu mengingatkn mereka?
1400 tahun, Islam kini dikembalikan.
Kembali kpd kebenaran. |
|
|
|
|
|
|
| |
|