View: 3477|Reply: 35
|
[Tempatan]
DS Najib 'Main' Dgn Tiger Woods???
[Copy link]
|
|
Najib akan 'berdepan' dengan Tiger Woods
|
- Hazlan Zakaria
- 2:15PM Ogos 6 2012
| |
Dalam apa yang boleh dilihat sebagai satu lagi usaha untuk meningkatnya imej, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan 'tee-off' dengan pemain legenda golf Tiger Woods Oktober ini.
Perdana menteri berkata sempena kehadiran Tiger Woods (kiri)
di sini sekali lagi setelah berehat selama 13 tahun, beliau berharap untuk "tee-off" dengan juara golf itu.
Ia bergantung sekiranya tidak ada peristiwa besar lain ketika itu, katanya yang mungkin merujuk kepada pilihan raya umum yang akan datang.
Woods akan berada di Malaysia selama dua bulan dari sekarang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan golf CIMB Classic.
Najib berkata demikian dalam ucapannya di majlis pengumuman pertandingan golf tersebut di Putrajaya hari ini.
Katanya, terdapat beberapa impian di zaman kanak-kanaknya yang belum tercapai dan satu daripadanya ialah untuk melihat Malaysia menjadi tuan rumah pertandingan di peringkat PGA.
[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, Tiger Woods adalah antara bintang yang akan beraksi dalam kejohanan CIMB Classic 2012 di The Mines Resort and Golf Club pada 25-28 Oktober.
Mengesahkan penyertaannya dalam kejohanan golf itu dalam mesejnya yang disiarkan menerusi rakaman video pada majlis pelancaran rasmi CIMB Classic 2012 di Putrajaya hari ini, Woods berkata: "Saya tidak sabar untuk datang ke Malaysia pada akhir Oktober ini.
"Saya bermain dalam Piala Dunia pada 1999 dan mempunyai kenangan indah mengenai negara ini dan rakyatnya. Saya diberitahu CIMB bertindak bijak dengan menganjurkan acara ini.
"Ia secara tradisi mengetengahkan barisan pemain terkemuka dan saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan tahun ini," katanya.
Turut kembali beraksi dalam kejohanan berprestij di rantau Asia ini ialah juara bertahan Bo Van Pelt dan juara 2010, Ben Crane.
CIMB Classic 2012 yang dilancarkan oleh perdana menteri hari ini, sebelum ini dikenali sebagai CIMB Asia Pacific Classic.
Turut hadir Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Pesuruhjaya PGA Tour Tim Finchem.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak dalam sidang akhbar kemudiannya berkata pertandingan itu akan menjadi kejohanan penuh PGA Tour dan akan menjadi sebahagian Piala FedEx mulai tahun depan.
Beliau berkata selaras dengan statusnya yang telah dinaikkan, kejohanan 2013 akan disertai 78 pemain berbanding 48 pemain sekarang dan hadiah wang tunai juga akan ditambah daripada USD6.1 juta kepada USD7.0 juta.
"Perancangan sebelum ini memang untuk menjadikan acara ini kejohanan penuh PGA Tour, jadi ini merupakan berita baik bagi kami, bagi Malaysia dan bagi rantau ini," kata Nazir.
Beliau berkata CIMB telah menandatangani perjanjian baharu lima tahun dari 2012 ke 2016 dengan PGA TOUR, dan berkuatkuasa dari tahun ini, akan diurus dan dikendalikan oleh cabang pengurusan kejohanan PGA Tour sendiri.
Pertandingan pada tahun ini kekal dengan 48 pemain - 30 daripada senarai pemenang terbaik dalam FedEx, 10 daripada Order of Merit Asian Tour dan lapan pemain yang mendapat tajaan.
Dua tempat daripada pemain yang mendapat tajaan akan diberikan kepada pemain golf profesional Malaysia - seorang berdasarkan ranking dunia dan seorang lagi menerusi kelayakan kebangsaan.
Tahun lepas, Malaysia diwakili Shaaban Hussin, yang layak menerusi sesi kelayakan kebangsaan dan pemain profesional terbaik Malaysia, Danny Chia
----------------------------------------
DS Najib. U still have lots of things to do... Lots of lots of lots of work!! If U wanna boost up your image, do your work.
This is totally unacceptable!
Last edited by SulurBidar on 7-8-2012 08:20 AM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
nak main golf ke?? ingtkan nak main LAGA PEDANG!
|
|
|
|
|
|
|
|
ek eleh..
impian dari kanak2 rupenye.. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana posted on 7-8-2012 05:28 AM
ek eleh..
impian dari kanak2 rupenye..
ye lahh... keturunan bangsawan lah katakannn... hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
batmana posted on 7-8-2012 05:28 AM
ek eleh..
impian dari kanak2 rupenye..
btw, 2 bulan la yer, woods kat sini..
|
|
|
|
|
|
|
|
ini dunia mu najib...berseronoklah! |
|
|
|
|
|
|
|
rasanye.. berapa kita sume kene bayar tiger wood main ngan najib ni??
takkan seribu hinggit |
|
|
|
|
|
|
|
impian untuk bermain ngan tiger wood adalah impian dari kekanak lagi....pergh!!.....sure mmg pak jib ngan kak ros memasing ada impian menggunung cam nie......ahaks!!..kak ros impian apa ek???.....sure ada punya.... |
|
|
|
|
|
|
|
perabih selagi boleh.... anak bangsawan menadji pemerintah.... rakyat dungu terus sanjung.... wlaupun hidup susah ibarat merempat di bumi sendiri..... |
|
|
|
|
|
|
|
harap-2 lepas main ngn tiger wuds, bole announce BR1M seken round.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 7-8-2012 08:48 AM
Seingat aku, nak invite Tiger Woods utk participate dalam pertandingan pun kena bayar appearance f ...
kannnnnn........
laporan macam tiger wood terhegeh2 nak main ngan najib secara percuma
|
|
|
|
|
|
|
|
Abg mintak adik sponsor ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ade bawak 'awek2' tak? abeh la bik mama jeles sape nak jawab? |
|
|
|
|
|
|
|
steady la Jib....rakyat takde hal lah... (iyo lah tu...) |
|
|
|
|
|
|
|
boleh dilihat sebagai satu lagi usaha untuk meningkatnya imej
meningkatkan imej dgn bermain golf? seriously? |
|
|
|
|
|
|
|
ehem cimb...business adik beradik najib...patut laa bagi sokongan...ehe |
|
|
|
|
|
|
|
jgn plak pasni ahkak pink mintak retis hollywood dtg sini plaks,, mau dia suruh retis tu kirim beg LV seketul sblum sampai mesia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 7-8-2012 08:48 AM
Seingat aku, nak invite Tiger Woods utk participate dalam pertandingan pun kena bayar appearance f ...
hmm tapi paul mc cartney dalam persembahan di olimpik...cuma amik bayaran 1 pound sahaja(duit msia sekitar RM 4.80 kalau x silap)...padahal bayaran utk star camtu mungkin 4-5 juta pound...pandai artis diorang mengurangkan perbelanjaan x perlu ni... x perlu merengek kepada kerajaan bayar artis rendah dan sebagainya utk acara yg besar camtu...
aku wonder naper elton john takde di dalam persembahan pembukaan? maybe masa closing nanti ada EJ....kita tunggu ajer
|
|
|
|
|
|
|
| |
|