CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10421|Reply: 16

Tradisi dan Kebudayaan Brahmana

[Copy link]
Post time 4-8-2012 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Aku tak merujuk ajaran ini sebagai Hinduisme dalam benang ini. Hal ini kerana orang yang bukan menyembah kepada Maheswar atau Shriman Narayan akan pikir bahawa ajaran para dewa dan resi2 ini adalah ajaran yang tidak ada dasar. Mereka bersikap bongkak dan menghina intelektual Hindu, para Jina dan Buddhists dengan soalan2 perli mereka. Sebenarnya ia bukan lah suatu yang tak berdasar, sebaliknya soalan2 kamu yang bodoh untuk memerli orang Hindu lah yang tidak berdasar.

Jadi aku membuka bebenang ini adalah untuk membincangkan mengenai tradisi Brahman. Jangan nak mengarut pula mengaitkan tradisi Brahman dengan agama kamu kalau kamu tidak faham apa-apa signifikan tentang tradisi dan kebudayaan Brahman. Tujuan kita supaya kekeliruan dapat digantikan dengan kefahaman. Aku menulis ini dalam bahasa Melayu supaya dapat difahami oleh orang berbahasa Melayu dan orang berbahasa Indonesia.

Pengenalan

Brahman merujuk kepada Paramatma. Brahmana merujuk kepada orang yang berpengetahuan tentang pantang larang, sanskiriti (tradisi), parampara (adat-istiadat), sastram, dan sebagainya. Apabila diinggeriskan, maka Brahmana berubah menjadi Brahmin menurut bahasa Inggeris. Ia tidak ada kaitan dengan warna kulit dan teori2 mengarut orang Barat. Mengenai Brahmin atau Brahmana ini, kita akan membincangkan mengenainya jika kita ada masa.  

Bagaimana dengan Brahma? Beberapa tahun lepas aku mendengar juga teori2 mengarut tentang Brahma oleh Muslim. AKu tak mahu sebutnya di sini. Brahma merujuk aspek penciptaan dalam kesedaran sejagat. Jika bercakap tentang konsep2 ini, hendaklah bercakap menurut konsep seorang Brahmana dan Hindu. Bukan bercakap main sedap mulut sahaja.  

Dalam pembahagian masyarakat, memang tersebut chiturwarna iaitu Brahmana, Kesatria, Vaisya, Shudra serta Chandala. Hal ini disebut dalam Atreya Smarti 141-142:

Janmana jayate shudrah, samskarat dwija uchyate, vedapati bhaved viprah, brahma janati brahmanah.

Maksud:

Jelmanya saorang itu shudra, menurut samskara naik lah ke dwija, baca lah Veda jadi lah Viprah, yang mengenali Brahman itu lah Brahmana.

Brahmana makanya adalah orang yang terlibat dalam mencapai pengetahuan kerohanian tertinggi yang dipanggil sebagai Brahmavidya. Brahmana menurut kepada shakha (cabang) dan veda pula. Hal ini diterangkan sebagai satu jalan yang sukar untuk mendisiplinkan jasad, minda dan intelektual. Dalam varna2 lain ada sahaja orang yang hidup menurut kepada cara hidup sederhana ini. Mereka ini pun dikenali sebagai Brahmana menurut dharmma, walaupun varna mereka bukan Brahmana. Apakah contohnya? Contoh seperti Resi Vishvamitra yang bukan seorang Brahmana dari kelahiran, tetapi mencapai Bramavidya lalu mengarang Gayatri Mantra. Jadi beliau menjadi sa-orang Brahmarishi, bukan menurut kelahiran varna nya tetapi menurut kepada apa yang telah dicapai oleh nya.

Dalam Manusmarti sniri, ada menyebut tentang perubahan taraf jati puak-puak di India purba misalnya melalui upacara naik taraf dan penyerapan puak-puak tidak bertamadun ke dalam sistem tradisi Brahmana iaitu secara penaikan taraf ke taraf pendita. Dalam zaman pertengahan di India dan juga zaman penjajahan British di India, orang ramai dari pelbagai jenis kemahiran pekerjaan pun mengakui diri mereka sebagai Brahmana namun mereka tidak menurut kehidupan para Brahmana, mereka gila kuasa, tamak harta dan hanya fikir ingin jadi kaya sahaja.   

Golongan pendita diharapkan menjalankan kehidupan menurut tradisi dan sanskriti, menjalankan pengorbanan dan menjadi pelindung Dharmma kerana mereka berkemahiran dalam pengajian veda-veda. Zaman moden ini, ada sedikit saguhati diberikan kepada golongan pendita yang menjalankan upacara korban untuk orang ramai supaya mereka boleh menampung hidup berdasarkan kepada kemahiran keagamaan mereka dan kewajiban mereka terhadap dharmma.  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2012 08:14 PM | Show all posts
Sejarah Umum

Kebanyakan sampradaya Brahmana moden mendakwa bahawa mereka mendapat ilham dari veda2. Menurut tradisi Hindu Ortodoks, veda2 itu apaurusheya cha anadi cha maksudnya tiada awalan. Veda2 itu merupakan kebenaran yang sahih selamanya dan diwahyukan oleh para dewata. Veda2 dianggap sbgai shruti atau apa yang didengar. Ia merupakan sumber utama kepada tradisi2 Brahmana. Teks2 shruti termasuklah empat veda2 yang terkenal iaitu rigveda, yahurveda, samaveda dan atharvaveda. Selain itu teks2 shruti adalah seperti aranyaka, brahmana, dan upanishad.

Kaitannya dengan Ahli Falsafah Barbarian

Yunani

Megasthenes menulis bahawa: "Brahman2 merupakan ahli falsafah yang menduduki tempat pertama, tetapi hanya sedikit sahaja bilangan mereka dalam masyarakat". Megasthenes menyebut tentang shramana2 yang berjati Brahman2 dengan bukan Brahman. "Selain itu ada dua jenis pula ahli falsafah di India purba seperti Brahmani dan Sharmani. Brahmani itu dipandang dengan hormat kerana mereka mempunyai sistem kepercayaan yang tetap dan malar".

Amalan Umum

Brahman2 mengikut kepada peraturan2 yang digariskan oleh veda, teks2 suci shruti dan juga smarti yang menjadi asas kepada ajaran Hindu dan amalan Sanathan dharmma. Brahmana2 yang menurut kepada veda mempunyai enam tugasan berkemahiran yang tiga daripadanya adalah wajib ke atas mereka:

1. mengaji veda2
2. menjalankan upacara2 veda
3. mengamalkan dharmma

Brahmana mesti mengajarkan wawasan2 dalam sastra veda2 yang mencakupi hal2 kehidupan seperti kerohanian, keagamaan, falsafah, yoga, upacara2, kuil2, kesenian, kebudayaan, tarian, bunyian2, tatabahasa, sebutan, seloka2, astrologi atau jotesha, astronomi, undang2, perubatan, teknologi, seni bela diri, ketenteraan dan strategi menghalau kaum barbarian. Brahmana mesti menyebarkan falsafah dan menerima falsafah kembali dari masyarakat semua keperluan2 kehidupannya sekadar perlu sebagai tukaran.  

Brahmana2 mesti mengamalkan vegetarianism atau sepenuhnya vegetarian. Ia sudah menjadi adat istiadat sejak zaman sebelum era kristian lagi. Ada juga Brahmana yang tinggal di kawasan seperti Mithila, Punjab, Kashmir, Himachal Pradesh, Bengal Barat dan Nepal yang bukan vegetarian.

Kebanyakan sampradayam (aliran) meminta semua memakai benang suci atau yagnopavitham. Ia merupakan simbol kepada kenaikan kepada pembacaan Gayattri mantra. Ini lah upacara kita selalu menyebut sebagai upanayann. Ia menandakan permulaan pembelajaran Gayatri montram. Umum nya sampradayam Brahman akan dikenalpasti melalui gotram. Ia menurut kepada sistem keturunan sebelah bapak atau adat ketemenggungan menurut adat istiadat tradisional orang Melayu. Melalui gotram, kita dapat mengenal asal-usul seseorang.

Dari apa yang kita dapati di sini, kita mendapat tahu beberapa jenis nya konsep dan istilah kehinduan jadi jangan nak sama kan pula dengan agama lain. Kalau nak banding kan pasti kan kamu tidak mencilok atau cuba menyerap ajaran Hinduism ke dalam sistem agama lain. Kamu akan menyebabkan muncul lebih kekeliruan. Kadang2 kita memakai istilah menurut agama/bahasa lain kerana orang tidak memahami maka hanya untuk memudahkan pemahaman. Bukannya hendak mengiyakan agama lain2.   


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2012 11:00 PM | Show all posts
Turunan2 Brahmana

Oleh sebab kepelbagaian dalam keagamaan dan tradisi kebudayaan atau pengamalan serta berbeza2 pula aliran veda, maka para Brahmana terbahagi pula kepada beberapa jati kecil nya. Semasa zaman sutram, kira2 1000 sm sampai 200 sm, para Brahman terbahagi pula kepada beberapa shakha (rantingan). Ini disebabkan oleh pemakaian veda2 yang berbeza dan juga penurunan semula veda2 yang berbeza2 waktu. Sampradayam untuk aliran berbeza dari shakha yan sama berdasarkan veda2 terbentuk waktu itu. Ia berada di bawah kepimpinan para guru terhormat dalam kalangan orang Brahmana.  

Ada beberapa maharesi yang menjadi penegak perundangan Brahmana juga misalnya seperti:

1. Angiras
2. Apasthambha
3. Atri
4. Bhrigu
5. Brahaspatti
6. Baudhyan
7. Daksha
8. Gautam
9. Harita
10. Katyayan
11. Likhita
12. Mannu
13. Parasara
14. Samvartta
15. Shankha
16. Shtatapa
17. Ushnasa
18. Vasishta
19. Vishnu
20. Viyasa
21. Yagnakalkiya
22. Yama


21 daripada resi2 ini merupakan prastaawak (penegak) kepada smarthi. Yang tertua antara semua smarthi datangnya dari sutra2 Apastambha, Baudhyan, Gautam, dan Vasishta.   

Keturunan Para Brahmana

Ramai orang dari masyarakat India dan bukan India mengaitkan diri mereka dengan resi2 Veda sama ada dari keturunan Brahmana atau yang bukan Brahmana. Misalnya seperti dasharna dan naga2 (dua2 jenis puak ini tersebut dalam Mahabharat yang aku sudah berbuih2 membuat thread untuk nya dalam board history, legend, n myth) dikatakan berketurunan dari Kashapa Munni. Keturunan golongan Brahmana biasanya dikenali menerusi gotram mereka yang merujuk kepada keturunan bapa mereka. Ia adalah nama resi2 yang agung yang mana penganut Brahmana akan mengaitkan diri mereka dengan nya.

Brahmana dari Vishwakarmma pula dikatakan berasal keturunan Pancharesi atau Brahmarishi. Menurut Yajurveda dan Brahmanda Puran, kelima2 resi tersebut adalah:

1. Sanaka
2. Sanathan
3. Abhuvanas
4. Prajannas
5. Suparnas

Mengenai Dakwaan Keturunan Brahmana dari Jati Lain2

Benda ini tidak menghairankan pun jika kita membaca dan meneliti smarti2. Pergerakan Panchal ada juga menuntut semula hak2 brahmana dengan mendakwa bahawa ahli gerakan Panchal mengamalkan kebudayaan Brahmana dan menjalankan upacara2 menurut adat-istiadat veda. Puak Kani di selatan India pun ada menuntut keturunan dari Brahmana turunan Agastiya Munni.

Orang dari jati shudra Kashi Kabadi ada mendakwa bahawa mereka berketurunan Brahmana Sukradeva. Tugasan mereka adalah untuk memindahkan air ke bandar suci Kashi di Banares. Keturunan Padmashali mendakwa berasal dari Maharesi Markandeya yang mengarangkan Markandeya Puran. Golongan masyarakat pekerja seperti Saini (tukang kebun) juga mendakwa dalam ceritera mereka bahawa mereka berasal dari Brahmana dan memanggil diri mereka sebagai Parpadh Brahmana yang mana selepas berzaman2 mereka bertukar menjadi phoolmali (penanam bunga).

Golongan Dadhich Brahmana pula mendakwa mereka bersalasilah dari resi Dadhichi. Ada banyak juga jati2 mendakwa mereka berasal dari resi Dadhichi.

Siddhartha Gautama dikatakan berketurunan Brahmana dari resi Angiras melalui resi Gautama. Ada banyak pula jati kesatria dari puak2 lain yang merupakan ahli kepada keturunan Angiras. Jati yang terkebelakang misalnya jati Matang mendakwa berasal dari Matang Munni yang mengalami kenaikan taraf melalui karmma. Lagi, ada lagenda juga tentang kaum nomad dari Kerala iaitu kaum Kakkarissi yang berketurunan Brahmana yang keluar dari mulut wahana Dewa Vishnu Narayann, iaitu Garuda.

Penganut Kristian Katolik berjati Brahmana (sebab mereka asal  kaum Hindu) di Goa dan Mangalore di India berasal dari golongan Brahmana Konkan yang dibaptiskan ke kekristianan semasa zaman penjajahan Portugis di Goa.     

Banyak lagi lah benda dakwa mendakwa ini. Tapi Ini cuma lah pengenalan maka sebutkan sedikit2 sahaja sudah mencukupi untuk memberi kefahaman dan menjawab teori2 mengarut orang Barat tentang sistem kasta bodoh mereka. Westerners during colonial period mostly were uncivilized animals without any aryadharmma.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2012 11:44 PM | Show all posts
Bentuk2 Tugasan Brahmana

Semenjak Buddhasakrat (era Buddha) lagi, ada beberapa tokoh Brahmana yang menjalani pekerjaan buruh. Misalnya Brahmana Subhadra yang menganuti ajaran Sang Buddha merupakan seorang jati Brahmana (Brahmin) tetapi menurut pekerjaannya adalah seorang tukang gunting di kampung Atuma.

Jati Brahmana boleh membuat pelbagai pekerjaan, pekerjaan mereka bukan semestinya dalam kuil sahaja menjadi sami2 macam difahami orang menurut apa yang diajar dalam teori bodoh orang Barat. Mereka boleh menjadi pendita, orang alim, sarjana, peniaga2, pahlawan seperti contoh dalam Rajatarangini Kalhana bahawa Brahmana yang mempunyai nilai-nilai kepahlawanan dikenali sebagai Brahmakshatriya.   

Contoh yang lain, adalah dalam ceritera Brahmana Parashuram yang juga salah satu avatara Vishnu Narayann. Parashuram diceriterakan sebagai seorang pahlawan gagah berani yang mengalahkan habis jati kesatria Haiheya 21 kali banyaknya. Beliau berkemahiran dalam penggunaan senjata dan melatih yang lain2 untuk berlawan dengan tidak bersenjata, bertangan kosong sahaja. Parashuram dikatakan menaikkan Brahmana2 Bhumihar menjadi thakur (tuan tanah) selepas kaum Kesatria dikalahkan. Brahmana Bhumihar selepas kejadian itu meninggalkan tugasan kependitaan mereka walaupun ada lagi sedikit bilangan mengamalkan ajaran Brahmana lalu mengambil pekerjaan sebagai tuan tanah.      

Pengikut sampradayam golongan Brahmana ada juga bekerja dalam bidang perubatan misalnya Brahmana Vaidya di Bengal yang memakai nama keluarga Gupta, Dashgupta dan Sengupta. Mereka dianggap sebagai turunan Dhanavatari, iaitu avatar Vishnu Narayan yang merupakan dewa mewakili perubatan dan bapa kepada Ayurveda.

Brahmakshatriya atau Brahmana yang berkaitan dengan kesatria adalah golongan yang berkaitan dengan kaum Brahmana dan kaum Kesatria. Dalam keluarga diraja Rajput, Brahmana menjadi guru2 dan pelindung kepada putera2 mahkota. Mereka bergelar Rajpurohit dan mengajarkan pelbagai sastram kepada putera2 raja termasuklah seni bela diri. Mereka ini juga menjaga salasilah diraja dan menjadi kunci sejarah keluarga diraja. Mereka akan menjadi varmman melindungi takhta kerajaan jika mangkuraja kehilangan ayahanda dan merupakan seorang kanak-kanak.   

Contoh untuk hal ini adalah Brahmana yang dikenali sebagai Chanakya merupakan seorang Rajapurohit kepada maharaja Chandragupta Maurya. Beliau membantu Chandragupta untuk menakluki empayar Nanda yang sangat teguh dan menghalang Alexander the Great dari menakluki kawasan2 India purba. Raja2 dinasti Pallava (di Asia Tenggara juga seeprti di pulau Kalimantan, Vietnam dan Kemboja) merupakan keturunan Brahmakshatriya sebab nama mereka akan ada tambahan varmmanna di belakangnya. Contoh pun ada, misalnya Raja Jayavarmmanna I dari Kemboja memerintah sekitar 781 AD adalah seorang Brahmakshatriya. Lain contoh Brahmakshatriya adalah Raja Lalitadittiya Muktapid dari Kashmir (empayar Karkot) yang pernah memerintah hampir seluruh India lama dan juga kawasan Asia Tengah dari Kashmir. Selain itu, ada juga Brahmakshatriya dari kerajaan Champa di Vietnam moden memerintah pada 657 AD, baginda adalah anakanda kepada seorang Brahmana (Brahmin) yang berkahwin dengan wanita keluarga diraja.   

Pada zaman penjajah pun, Brahmakshatriya dari keluarga Purohit seperti Chandra Vikramaditya pernah memulakan pembuatan meriam untuk pertama kalinya di India Utara. Kemudian beliau menjadi perdana montri dan ketua turus tentera bagi empayar Sur (keluarga diraja Pashthun) di India Utara sekitar 1556. Mereka mengalahkan tentera maharaja Akbar di Agra dan juga di Delhi.

Brahmana yang berdharmma Vaisya atau pedagang pula dikenali sebagai Brahmaviyasa. Contohnya orang dari Jati Ambastha di selatan India yang menjalani pekerjaan perubatan dan mendakwa bahawa pada zaman purba mereka ada mengamalkan ayurveda dan pernah menjadi vaidiya (doktor2 perubatan zaman purba). Semasa zaman British Raj, iaitu zaman penjajah menggalakkan mobiliti pekerjaan, orang2 ini mula memakai benang suci bagi melindungi identiti keagamaan mereka.

Sampradaya Brahmana

Brahmana mengikut banyak jenis sampradaya atau aliran tradisi2. Yang terkenal di India Selatan adalah sampradaya seperti:

1. Madhva
2. Smartha
3. Shri Vaishnava

Lain2 di kawasan2 lain dalam India selain India Selatan adalah seperti:

1. Shaiva
2. Buddhism
3. Jainism

Negara Asia Tenggara dengan Golongan Brahmana

1. Myanmar (Burma), Brahmana berada di empayar Burma dalam beberapa gelombang sejak zaman purba
2. Thailand (Siam), Brahmana2 diketahui sudah ada di kerajaan (plural) orang Siam sejak abad ke-6. Sekarang ini mereka diperlukan juga untuk memeriksa Suryasiddhant dan juga untuk melihat bintang2 bagi mengelakkan masalah.
3. Kemboja, aku tak pasti berapa ramai yang terakhir aku tahu pun dari keluarga Harshavarmman.
4. Indonesia, aku ingat di pulau Bali masih wujud tapi aku tak begitu mengambil tahu sebab aku tak paham pon bahasa Indon, hahaha.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2012 12:39 AM | Show all posts
Cara Pengenalan Brahmana dalam Hinduism

Pertama sekali akan dilihat kepada gotram. Kemudian akan dilihat kepada pravara. Ketiga menerusi sutram. Dan keempat menerusi shakha.

Baik kita akan melihat apa benda maksud perkataan2 itu? Itu semua dari bahasa Sanskirit lah.

Gotram

Menandakan asal turunan dari nenek moyang. Bagi orang Brahmana, mereka akan membuat rujukan nenek moyang mereka kepada resi2. Dari buku Panini (tatabhasa Sanskirit), ia memberi takrif bahawa gotram membawa maksud keturunan. Dalam Bhaudhayan Shrautasutram, dinyatakan bahawa akar turunan-turunan orang Brahmana berasal dari nama ashtarishi (lapan orang resi). Mereka itu adalah:

1. Agastya
2. Atri
3. Bharadwaaj
4. Bhrigu
5. Gautam
6. Kashap
7. Vashishta
8. Vishwamitra

Beberapa lamanya, gotram2 ini berkembang dari salah satu daripada lapan gotram ini. Ashvalayan Shrautasutra menyebut bahawa akar kepada turunan kemudian terbahagi lagi kepada gana (puak) dan juga kepada paksha (sebelah bahagian). Lepas itu pula kepada gotram2 perseorangan.  

Pravara

Bermaksud kumpulan resi2 yang membezakan pemula kepada gotram perseorangan daripada yang lain. Biasanya ia merupakan nama sebilangan resi2 yang terkenal yang dipunyai oleh gotram orang perseorangan itu. Pravara bermula dengan nama akar gotram, dan berakhir dengan nama pemula gotram seseorang itu. Umumnya, pravara memastikan hubungan antara seorang itu dengan dua-tiga orang atau kadang2 dengan lima orang resi2 yang terkenal membentyk gotram bagi sekumpulan orang atau seorang. Dari Ashvalayan Shrautasutram, pravara dibentuk atas nama resi2 yang enam atau shashtrishi:

1. Agastya
2. Angira (termasuk Gautam n Bharadwaj)
3. Atri
4. Kashap
5. Vashisht   
6. Vishwamitra

Ada dua jenis pravara iaitu:

1. Shisha prashishar-rshi parampara (tradisi keguruan berdasar siapa guru mereka)
2. Putraparampara (keturunan sebab mereka dari keturunan resi2 sendiri)

Menurut Gobind Sadashiv Gurye, pravara ini terbentuk sekitar 600 sm dan semasa zaman resi Bhaudhyan sudah ada dalam lampiran shrautasutra nya lebih kurang 800 gotra dan pravara yang turun di bawah2 nya.

Sutram

Sementara veda2 merupakan sumber terpenting dalam dharmma, teks2 dari catitan mulut ke mulut sudah ada dalam antara abad ke-8 sampai ke-4 sm. Teks2 ini berlegar tentang tradisi2 veda yang kita sebut sebagai cabang2 atau shakha. Cabang2 ini adalah tentang upacara2 dan juga tentang perundangan menurut dharmm. Teks2 ini juga membentuk bahagian pengetahuan, sains2 yang melengkapi dan dikenali sebagai vedanga (tubuh badan veda).

Veda2 merupakan diilhamkan dan diwahyukan, manakala kalpa sutram pula merupakan tradisi atau wahyu kedua. Smarthi pula bermaksud apa yang diingati atau dihafal oleh orang2 alim dikarangkan oleh resi2 yang berasal dari aliran2 veda yang berbagai2.

Kalpa sutram ini ada terbahagi kepada tiga kumpulan semuanya:

1. Shrautasutram
2. Grihayasutram
3. Dhammasutram

Shakha

Ia memberitahu kepada orang ramai ideologi dharmma yang diikuti oleh seorang Brahmana menerusi tradisi2 veda atau aliran. Ia memberitahu orang ramai tentang pengamalan upacara apa yang diamalkan seorang Brahmana itu, apa jenis korban veda yang diamalkan, upacara2 yang dijalankan dalam rumah Brahmana itu, serta kewajiban yang sesuai dengan dharmma kumpulan masyarakat atau pun suatu keluarga itu.

Menurut Vyaakaran Mahabhasha dari Patanjali, ada 21 shakha menurut Rigveda, sembilan menurut Atharvaveda, 101 menurut Yajurveda iaitu 86 dari Krishna Yajurveda serta 15 dari Shukla Yajurveda dan 1000 menurut kepada catitan2 Samaveda.

Catitan2 veda ini berkembang menjadi shakha.

Catitan2 untuk Rigveda ada sampai hari ini seperti:

1. shakala
2. sankhaayan
3. bashkala
4. ashvalayan
5. paingi
6. mandukya
7. kaushitaki.

Catitan2 untuk Samaveda yang wujud lagi seperti:

1. kauthuma
2. jaiminiya atau talavakar
3. ranayanaiya
4. satyayan
5. bhallavi

Catitan bagi shakha Shukla Yajurveda (Yajurveda Putih):

1. madhyandini vajyasena
2. kanva
3. Katyayan

Catitan shakha Krishna Yajurveda (Yajurveda Gelap)

1. taittiriya
2. maitrayani
3. charaka katha
4. kapisthala katha
5. jabala

Catitan shakha Atharvaveda:

1. saunaka
2. paippalad

Maklumat tentang shakha dari veda2 ini disusun dalam charanavyuha atau paparan kepada cabang2 dan aliran veda2. Ada tiga pula buku untuk charanavyuha yang dikaitkan dengan resi2 saunaka, katyayan dan vyasa. Sekumpulan Brahmana yang mengkaji shakha2 tertentu secara keseluruhan seperti samhita, brahmana, aranyaka, kalpa sutram, serta teks2 tambahan lain dan menjalankan upacara2 dikatakan sudah menurut kepada charan atau cabang2 veda.

Contoh, Brahmana yang mengkaji tattiriya samhita, brahmana dan aranyaka bersama2 dengan kalpa sutram dari apasthambha menurut kepada apasthambha charan. Boleh nampak sangat detail bukan? Jadi religion, tradition n customs sebenarnya tidak terpisah dari kehidupan masyarakat. Semua yang ada dalam kehidupan adalah berkaitan dengan keagamaan juga bagi penganut Hinduism.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2012 05:38 PM | Show all posts
Budaya Kita dan Budaya Barat

Masa kini, sudah menjadi lumrah orang ramai akan tiupkan lilin semasa hari jadi, atau tutup lampu semasa hari2 yang bertuah. Kebudayaan Brahmana juga mengarahkan seseorang itu keluar dari kegelapan ke arah cahaya seperti kata tamaso maa jyotirgamaya. Kebudayaan Barat boleh diterima, idea mereka boleh diterima tapi kita bukan menerimanya seperti kambing mengikut kambing! Kita dapati ramai orang selalu minta logik akal bagi setiap perkara, alah macam golongan2 itu lah yang selalu perli2 orang tapi dalam isu2 yang ringkas mereka tak mengambil kira logik pula, sudah lah tiru budaya Arab dan Barat

Bak kata Swami Vivekananda: "Jika suatu perkara asing datang, maka persoalkannya dulu, baru lah boleh terima kalau diterima akal kita. Jika budaya itu budaya kita, budaya Hinduisme, maka terima lah ia dulu, kemudian baru persoalkannya (sebab sudah perfect untuk kita)".

Om asto sadragamaya... tamaso maa jyotigramaya... mirtoyirmaa  amirrtam gamaya... omm shaanti shaaanti shantiiih ommm.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-8-2012 10:52 PM | Show all posts
Dewata dalam Kitab Suci

Kitab suci Brahmana adalah veda-veda lah. Bagaimana kita tahu tentang dewata2 ini? Dalam 1028 bacaan sembayang dalam Rigveda, kebanyakannya ditujukan khas untuk dewata2 ini. Brahmana merupakan ajaran dari zaman Veda. Yang ini juga yang sampai ke Asia Tenggara dan banyak sembahan dibuat atas nama dewa Indra. Yang dari Jambudvipa yang boleh dilihat masa moden ini adalah dari falsafah2 orang2 alim semasa abad ke-7 AD dan ke-8 AD.

1. Indra
2. Virtra dan pemusnah Vala, pembebas lembu2 suci dan pelindung sungai2
3. Agni api pengorbanan dan utusan para dewa

Soma biasanya akan disembah kepada dewata2 yang penting ini.

Yang diseru dalam sekumpulan sekaligus adalah Vishvadevam:

1. Marut, dewa2 kilat yang berada di kendara dewa Indra
2. Ashvin, separa kuda kembar

Adittiya    

Kumpulan2 utama dewata2 dikenali sejak zaman veda adalah dewa2 dan asura2. Teks2 zaman veda kemudian dan dalam agama orang Hindu secara umum tak mempunyai pandangan yang buruk terhadap para asura. Mitra dan Varun merupakan antara adittiya utama. Apa benda nya adittiya ni? Adittiya merupakan mereka yang tercetus dari Aditi yang juga ibunda sang Surya. Aditi juga merupakan ibunda kepada Agni dan yang tercetus dari Aditi seperti Adittiya adalah dari jenis asura. Lain-lain adittiya adalah Aryaman, Bhaga, Ansa dan Daksha.

Dewa Surya merupakan merupakan perwakilan kepada matahari. Savitri, Vivaswant, Ashvin2, dan Arbhu2 semua merupakan tukang2 separa dewata dan juga merupakan aspek2 kepada dewata surya. Kejadian alam semuanya mempunyai dewata2 nya seperti Vayu mewakili bayu, Dyaus Patar dan Pertiwi mewakili dan menjaga di langit dan bumi, Ushas mewakili waktu subuh, dan dewi yang terkenal dikenali melalui Rigveda iaitu dewi Apas mewakili air2.

Sungai memainkan peranan yang penting dan ada penjaga yang melindungi sungai. Jadi orang zaman dulu2 sangat hormat kepada alam semulajadi bukannya seperti orang zaman moden yang kurang ajar membuang sampah sarap dalam sungai, membuang sisa toksik dan merosakkan alam dengan pencemaran serta mewujudkan ketidakseimbangan alam. Sungai2 yang terkenal dalam kalangan penganut ajaran para Brahmana adalah sungai Sapta Sindhu serta sungai Saraswati.

Sungai kepada Penganut Brahman Buddhism

Bagi penganut ajaran Buddhisme, ramai kamu pasti tidak begitu mendengar tentang hal ini. Jadi kita menceritakan serba sedikit sebagai memeriahkan board Hinduism kerana ajaran Buddhism adalah sebahagian daripada tamadun kehinduan juga. Adalah harus menghormati semua unsur2 alam ini. Bagi masyarakat Siam terutama yang mengikut ajaran Brahmana dan ajaran Phra Buddha Chao, akan diberikan sembah hormat kepada Phra Mae Thorani Vasuthara semasa perayaan Tam Bun. Phra Mae Thorani merupakan jelmaan kepada Ibu Pertiwi yang menjadi saksi kepada karmma baik yang pernah dijanakan oleh Sang Buddha dan Sang Buddha meminta bantuan kepada Ibu Pertiwi dengan menyentuh ke tanah supaya dia menjadi saksi dan memudahkan Sang Buddha mencapai bodhi (pencerahaan). Dalam bahasa Sanskirit, kita menyebutnya sebagai Pavithra Ma Dharani. Dia membantu Sang Buddha membersihkan tentera2 Mara melalui dhana parami mengalirkan air dari rambut ikal mayang nya membanjiri tentera Mara. Jadi, teori Barat tentang Bodhisatva tidak ada dalam kalangan penganut Buddhism di sebelah selatan adalah kurang tepat lah. Hal ini sudah dikupas oleh bhikkhu2 terpelajar dari Sri Lanka juga. Di negeri2 penganut Buddha sebelah selatan termasuklah dalam negara2 orang Siam, memang ada tabik kepada Bodhisattva dan juga ada aliran2 dari ajaran Brahman yang lanjutan.         

Dewa Kematian

Selain itu ada juga dewa kematian yang disembahkan sebagai dewata. Dia merupakan dewa dunia bawah dan dunia kematian. Dalam ajaran Buddhism pun ada Yama.

Dewata dalam Hinduism Lanjutan

Sebelum abad ke-8 AD dewa Vishnu dan dewa Rudra belum lagi kedengaran secara umum. Tetapi selepas abad ke-8 AD orang ramai mula mendapat pengetahuan tentang Dewa Vishnu dan Dewa Rudra (Mahadev). Yang terkenal pada zaman lampau adalah Dewa Indra. Semasa abad ke-6 AD pun, raja2 Pallava memberi sembah kepada dewa Indra dan menggunapakai nama2 keluarga seperti Shailendra yang membayangkan tempat bersemayam Dewa Indra.

Dewa Brahmana di Asia Barat

Dewata2 dalam ajaran Brahman ada juga dikenali di Asia Barat dalam kerajaan orang2 Mittani. Walaupun tak dikenali sebagai agama Hindu kerana bukan dalam tamadun India, tetapi dewa2 adalah dewa yang sama seperti Dewa Indra, Dewa Mitra, Dewa Varun dan para Nasatya (anak2 kepada Saranya teman kepada dewa Surya, mereka cucunda kepada Vishwakarmma) dalam abad ke-15 sampai ke-15 BC. Nama dewata ini tersebut dalam perjanjian orang Mittani menunjukkan bahawa mereka menurut agama yang juga agama para Brahmana yang mengikut ajaran Rigveda.   

Dewa Utama dalam Montra2 Ajaran Brahmana

Yang ditujukan bacaan sembahyang menurut ajaran Brahmana adalah:

1. Indra
2. Agni
3. Soma
4. Para Vishwadeva
5. Para Ashvin atau Nasatya
6. Varun
7. Para Marut
8. Mitra
9. Usha
10. Vayu
11. Savitri
12. Para Arbhu
13. Pushan
14. Para Apri
15. Brahaspatti
16. Surya
17. Dyaus Patar dan Pertiwi
18. Para Apa
19. Vishnu Narayan
20. Brahmanaspatti
21. Rudradev (Shiva Shankara)
22. Dadhikara
23. Dewi Saraswati
24. Yama
25. Parjanya (hujan)
26. Vach (kata2)
27. Vishwakarma
28. Vastospatti
29. Manyu
30. Kapinchala (jelmaan dewa Indra)

Dewata yang Tiada Montra untuk Mereka

1. Manas (pikiran)
2. Dakshina (anugerah kepada pendita dan penyair)
3. Gnanam (pengetahuan)
4. Purush (manusia jagat)
5. Aditi
6. Bhaga
7. Vasukra
8. Atri
9. Apam Napat
10. Kshetrapatti
11. Gharta
12. Nirrti
13. Asamati
14. Urvasi
15. Paururava
16. Vena
17. Aranyani
18. Mayabhedha
19. Tarksha
20. Tostar
21. Saranya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 12:03 AM | Show all posts
Sumber Ajaran Brahmana dan agama Hindu

Penganut Hinduism dan pengikut Brahmana mempunyai kitab suci. Bahagian kitab suci terbahagi kepada dua zaman iaitu zaman awal yang ditanda dengan veda2 dan zaman terkemudian yang ketika itu orang alim ramai membuat catitan penjelasan untuk veda2. Pada zaman lampau penggunaan bahasa Sanskirit dalam masyarakat bertamadun. Pada zaman moden, penggunaan bahasa2 tempatan pula penting untuk kefahaman dharmma masyarakat setempat dan bukan hanya membebelkan montra2 atau ajaran2 yang tidak difahami dalam bahasa yang lama.

Tradisi Ajaran Brahmana dan Hinduism

Ada dua jenis tradisi kitab suci dalam Hinduism dan ajaran Brahmana semasa zaman awal:

1. Shruti, iaitu yang diwahyu oleh dewata
2. Smarti, iaitu yang dihafal dari tradisi nenek moyang manusia bukan dari dewata

Selepas zaman veda2 pula ada dua jenis:

1. Shastram
2. Itihasa atau babad2 sejarah

Sekarang mari kita fahami apa benda istilah2 berbahasa Sanskirit merujuk kepada sumber ajaran Brahmana dan sumber agama Hindu?

Shruti

Maksudnya simple sahaja. Ia bermaksud yang didengari di telinga. Dalam bahasa Melayu pun ada perkataan ni yang berasal dari bahasa Sanskirit yang diserap semasa nenek moyang kamu menganut ajaran Brahmana dan ajaran Buddha iaitu seru. Istilah ini merujuk kepada kitab-kitab berkanun dalam agama Hindu dan ajaran Brahmana. Ia adalah satu daripada tiga komponen yang menjadi punca utama dharmma. Dalam perundangan kehinduan, ia sangat lah penting. Ia bermula dengan teks2 awal yang pada mulanya dibaca di mulut orang alim sampai kepada teks di zaman hampir ke zaman moden iaitu upanishad2.

Shruti berbeza dengan sumber kedua ajaran Brahmana dalam agama Hindu. Shruti memang diwahyu dari dewata. Dalam tradisi falsafah Mimamsa, kepercayaan terhadap dewata adalah yang terutama. Teks2 awal yang menjadi sumber utama kehinduan adalah dipercayai berasal terus dari "Suara Kebenaran Jagat" yang didengari oleh resi2 purba yang kemudian menterjemahkannya kepada apa yang difahami oleh manusia.

Jadi shruti itu kitab2 yang mana? Ia lah kitab2 veda yang empat yang terkenal pada awal2 nya. Untuk kamu dipanggil bertamadun dan Hindu itu adalah menerima veda2 ini.

1. Rigveda dibaca montra2nya oleh hotar
2. Yajurveda dibaca montra2nya oleh atharvayu
3. Samaveda dibaca montra2nya oleh udgatar
4. Atharvaveda yang merupakan himpunan montra2 lama dibaca oleh brahma

Dasar bacaan sembayang untuk setiap veda2 ini dibantu tambahan dengan penjelasan bagi setiap bacaan yang ada dalam shruti semuanya iaitu:

1. Brahmana
2. Aranyaka
3. Upanishad
4. Sastera2 cabang atau aliran agama Hindu diperkuat lagi dengan bahan2 yang berkaitan dengan empat tradisi veda awal ini.

Peranan Shruti dalam Kehinduan

Shruti adalah benda suci dari dewata jadi perlu kepada orang tertentu yang mengendalikan bacaannya dan untuk acara2. Perundangan, adat-istiadat dan keagamaan setempat terbentuk melalui pembacaan dan pentafsiran veda2. Untuk perundangan, smarti memberikan gambaran yang lebih jelas untuk manusia memahami cara mengendalikan masyarakat dan kehidupan masyarakat menjadi masyarakat tersusun. Maklumat yang jelas untuk sesuatu perlakuan yang betul tidak dijelaskan dalam veda2 kerana ia tidak menerangkan tatacara atau peraturan untuk sistem perundangan. Ia adalah wahyu dewata yang tidak diganggu gugat oleh bahan2 lain. Jadi peranan smarti adalah menjadi penjelas kepada veda2 dan shruti wujud sebagai sumber kepada semua perundangan orang Hindu ortodoks tanpa sebarang pengkhususan. Maksudnya ia adalah sumber perundangan yang umum lah.

Smarti

Ia bermaksud apa yang diingat dalam pikiran kerana perbuatan berulang2 yang menjadi kebiasaan dan adat-istiadat. Kalau bahasa Melayu, yang in conjunction dengan perkataan ini mungkin apa yang dihafal. Jadi smarti merujuk khusus kepada kitab suci agama Hindu yang menerangkan komponen perundangan menerusi adat-istiadat masyarakat. Kalau sebut smarthi maka semua orang tahu lah ia bukan sebahagian dari veda2. Ia penting dalam kehinduan kerana ia merupakan sumber kedua selepas shruti untuk menjalani kehidupan kemasyarakatan dan perseorangan. Yang ini, aku biasa membaca Manusmarti sebab aku pernah belajar mengenai law semasa aku degree dahulu. Ia disusun selepas veda2 kira2 sekitar 500 BC. Jadi sebelum nak merapu tentang hal jati dalam Hinduism macam apa yang diajarkan dalam Orientalism semata2 nak melemahkan penganut agama Hindu. Pastikan baca betul2 Manusmarti juga. Ia tak menyebut sesuatu jati itu akan kekal pada hayat yang sama dan ada masyarakat yang melakukan kekejian pun akan jatuh taraf nya menjadi hina dalam hayat itu juga.

Smarti ini menggariskan tradisi masyarakat menurut apa yang selaras dengan dharmma terutamanya melibatkan kemuliaan seseorang jika mematuhi perundangan. Ia difahami menerusi karya2 tradisional misalnya seperti Ramayana. Yang ini terkenal lah di Asia Tenggara, di empayar Siam ia dikenali di negeri2 orang Melayu sebelah selatan sampai ke negeri2 orang Thai dan negeri orang Kemboja menerusi tradisi2 wayang kulit. Dalam bahasa Siam, ia disebut sebagai Ramagien atau Ramakirtti. Tradisi watak2 utama dalam Ramayana ini digambarkan tegas dalam menjalankan dharmma. Dharmma bukan sesuatu perkara yang kamu katakan "mesti" atau "tak mesti". Ia adalah sesuatu yang spontan, lepas itu baru digariskan sebagai panduan.

Peranan Smarthi

Untuk undang2 kehinduan, cendekiawan selalunya menterjemahkan benda ini sebagai tradisi atau adat istiadat. Walaupun smarti adalah suatu yang bertulis, tetapi ia berbeza dengan shruti yang diwahyukan dewata. Sebab itu perkataan smarthi sendiri sudah menggambarkan hal ini. Ia mengandungi falsafah resi2 yang diajarkan kepada shiksha (murid2). Ingatan ini mengandungi tradisi2 dan adat istiadat Hindu. Kemudian ia dikumpulkan menjadi sumber kedua dalam perlaksanaan dharmma, direkodkan secara bertulis dalam dokumen2 dan mempunyai penjelasan2 seperti Manu Smarti. Smarti ini terikat juga kepada enam Vedanga dan itihasa2 seperti Mahabharat dan Ramayan serta Purann. Melalui semua karya ini lah perundangan dharmma berkekalan dan dikembangkan lagi kepada masyarakat semua. Smarti akan diperguna jika tidak dapat menemui sebarang jawapan dalam veda2 untuk menjalani kehidupan suci.

Bahagian Smarthi

Ada dua bahagian smarthi iaitu:

1. Smarthi sebagai adat istiadat
2. Smarthi sebagai ceritera2 bertulis

Smarthi sebagai adat2 adalah yang diajarkan menerusi ingatan. Dari ingatan2 ini lah kemudian dharmma ditegakkan dan dipelihara. Smarthi sebagai ceritera2 bertulis pula merujuk kepada teks2 tradisional. Ia mengandungi dharmmashastram dan diperkembang dari smarthi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2012 03:56 PM | Show all posts
Nilai-Nilai Kehinduan dan Moral bagi Seorang Hindu dan Brahmana

Seseorang yang mengikuti kepada agama Hindu merupakan seorang yang mengikut pula ajaran yang terkandung dalam shruti. Veda mengajarkan kepada advaita atau ketidak-duaan dan kesedaran diri iaitu Brahman. Di sini berkenaan dengan apa konsep Tuhan atau apa2 yang agama lain bawa kan tolong jangan disamakan. Ia tak ada kaitan dengan agama siapa2. Ia hanya konsep agama Hindu dan berasal dari tamadun kehinduan yang beribu2 tahun berkembang dalam kalangan maharesi!

Dalam abad ke-8 AD, ada tokoh2 agamawan Hindu seperti Brahmana Shri Adhishankaracharya dan juga Pendita Shri Ramanna Maharshi  dari abad ke-19 AD memberi penjelasan tentang cara menyedari diri iaitu Brahman menerusi karya2 mereka dan falsafah yang mereka pelopori. Di negara2 seperti Indonesia yang mempunyai populasi penganut agama Hindu, aku kurang periksa lah tentang sama ada negara ini mendapat maklumat yang lanjut dari kedua2 tokoh terkenal ini. Tapi di Malaysia dan di Thailand, kita mendapat tahu mengenai mereka kerana ada nya maklumat yang disampaikan oleh berita2 masyarakat yang majmuk di daratan walaupun berbahasa kebangsaan satu sahaja selain ajaran Brahmana sudah berada di daratan Asia Tenggara berabad2 lamanya.

Tentang nilai2 moral kehinduan ini ada disebut dalam yama2 (sekatan apa yang perlu) dan niyom2 (pengamalan untuk menyekat apa yang perlu). Yang kedua ini merupakan prasyarat untuk kesedaran diri iaitu Brahman.   

Jadi apabila kamu melihat kepada perkataan2 seperti yama atau niyom ini kita masih belum faham lah apa benda nya ia. Maka jangan kita cepat membuat keputusan untuk mengadili apa2 kerana kita hanya mempunyai persepsi sahaja. Boleh jadi, kita dipengaruhi persepsi atau pandangan kita semata2. Bukan suatu kebenaran pun. Pengalaman kehidupan manusia itu ada lah berbeza2. Ini yang diajarkan oleh Sang Buddha kepada kita. Kita melihat kepada punca kepada sesuatu tindakan. Bukan melihat kepada hasil sesuatu tindakan itu. Sebab apabila nasi sudah terlajak masak, maka menjadi bubur lah. Keluar statement2 atau soalan2 yang bodoh adalah sebab kita tidak sedar diri kita maka nanti kalau kita melihat hasil nya dari tindakan atau vaacha (kata2) kita, kita sudah menjadi mileccha (orang tidak bertamadun) dan orang bodoh or jahiliah.

Yama

Ada 10 jenis yama yang perlu diketahui semua yang menurut dharmma, kebanyakan berkaitan dengan diri orang perseorangan juga bukan kamu melihat ke dalam diri yang lain:

1. Ahimsa jangan menyakiti, mencedera, mencalarkan sesiapa pun tidak kira dengan pikiran kita, kata2 kita, atau perbuatan kita sebarang masa nya. Ini yama yang utama. Yang lagi berikutnya adalah yama yang membantu pencapaian dharmma kita. Ini juga yang Sang Buddha mengajarkan.

2. Satya erti nya kebenaran, pikiran dan kata2 kita mesti menurut kepada hakikat bukan main cakap sesedap mulut nya sahaja bukan bercakap di hati dan pikiran lain di mulut lain. Jika kita seorang Hindu, mesti menjadi Hindu sepenuhnya mengikut ajaran guru2.

3. Asteya, jangan mengambil hak orang jangan mencuri, jangan menyamun jangan berhutang.

4. Brahmacharya, perlakuan yang mulia, tidak main2 apabila bujang, setia apabila sudah kawin.

5. Kshama, memberi ampun, sabar, melepaskan apa yang sudah terlepas tetapi melihat apa boleh dilakukan masa kini. Perkara lampau kamu biar jadi tauladan bukan menjadi sebagai bebanan perasaan atau menjadi suatu kebanggaan.

6. Dhriti, tegas melawan ketidaktabahan, melawan ketakutan, melawan sifat tak tegas, menjalankan tugasan menjadi sempurna. Menggenggam bara api sampai menjadi abu.

7. Daya, kasih sayang terhadap semua yang bernyawa.

8. Arjava, kejujuran, terus terang sahaja, menghindari penipuan dan perbuatan2 salah.

9. Mitahara, selera makan itu sederhana sahaja, makan tak sedikit dan makan tak banyak, tidak mengambil sebarang daging, ikan, kerangan, tidak memakan burung dan juga jangan curi telur burung untuk makan atau buat apa2 pon!

10. Shaucha, kemurnian, mengelakkan ketidaksucian pada tubuh badan, minda pemikiran dan percakapan. Menurut Patanjali Sutram, Shaucha merupakan perkara yang pertama sekali dalam Niyom.

Niyom

Ada 10 niyom semuanya mengikuti Yama2 tersebut:

1. Rhi iaitu merendah diri dan berasa malu dengan kesilapan sendiri.

2. Santosh atau berpuas hati dengan apa yang kita ada, tidak melebih2 dalam keinginan. Dalam bahasa Thai kita menyebut nya sebagai po piang atau cukup2 sahaja.  

3. Dhan, memberi tanpa mengharap balasan.

4. Astikya iaitu kepercayaan terhadap guru tidak berbelah bahagi, kepercayaan terhadap ajaran2 dan jalan menuju pencerahan (bodhi).  

5. Ishvar pujana atau memuja kepada Tuhan dan menyemai kesetiaan melalui pemujaan harian dan bertapah untuk kembali semula kepada punca diri.

6. Siddhantashravan iaitu mendengar sastram2, belajar ajaran2 dan mendengar kepada yang bijaksana dari turunan kita.

7. Mati, membina kehendak kerohanian dan intelek melalui petunjuk sang Guru.

8. Vrata berjanji suci menurut segala apa yang ditetapkan dharmma, menurut peraturan dan mengamalkannya dengan setia.

9. Japajatra, mengulang2 bacaan montram setiap hari.

10. Tapah, menahan yang berlawanan iaitu menahan lapar dan dahaga, menahan panas dan sejuk, menahan berdiri dan duduk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 11:17 PM | Show all posts
Sebagai selingan ya kawan2, kita akan meninjau tentang peranan Brahmana dalam ajaran Phra Buddha Chao. Golongan Brahmana berpengaruh lah dalam ajaran Buddha dan penyebaran aliran ajaran Buddha termasuk di Asia Tenggara dan Asia Timur misalnya seperti di China dan Jepun.

Brahmana dan Ajaran Buddha

Yang terkenal sekali adalah seperti pengganti kepada Phra Buddha, iaitu Vasubhandhu dan pelajar utama nya iaitu Shariputra. Kemudiannya adalah Nagarjuna dan Ashvaghosha, Buddhaghosa, Padmasambhava, Shantideva, Kumarajiva, Milinda Panha (dia seorang berbangsa Greek), Nagasena, Manjushri, Shantarakshita dan Aryadeva. Shantarakshita berasal dari Kashmir dan mengajarkan kedua2 ajaran Brahmana (Hinduism) dan Buddhism bersama2.

Golongan Brahmana merujuk secara berterusan kepada teks-teks ajaran Buddha seperti Tipidok (Tripitaka) dan selalu nya juga merupakan pelajar2 utama kepada Phra Buddha Chao. Dalam Brahmanavarga atau warga Brahmana yang terkandung dalam Dhammapada ada disebut pandangan Buddha terhadap para Brahmana. Dalam ayat 422 Dhammapada, Buddha menyatakan bahawa: "Dia yang mulia itu, yang perwira, pendita agung, penuh kasih sayang, suci murni hatinya dan dicerahi, maka aku memanggilnya sebagai Brahmana (Buddha)". Jadi di sini, aku tak nampak apa perbezaan nya ajaran Buddha dengan Hinduisme. Kerana Buddha sendiri mengakui peranan golongan Brahmana cuma keadaan masyarakat yang menyebabkan orang salah faham terhadap Buddha lalu mengatakan Baginda tidak mengakui veda-veda. Aku berpendapat ini adalah sesuatu yang disebabkan oleh kekeliruan pengkaji2 dari Barat. Ini adalah pendapat aku selepas aku melihat kepada sutram2 dan juga kerana aku menyimpan juga teks2 Manusmarthi.   

Penulis misalnya Masefield menulis bahawa dalam teks-teks penting Buddhisme ada ditunjukkan bahawa penganut ajaran Buddha mendapatkan dhana daripada keluarga2 Brahmana dan Dharmmachakkhu (pemahaman kepada empat kebenaran mulia) kebanyakannya dikurniakan kepada golongan lelaki keturunan Brahmana.   

Sarjana seperti Asim Chatterjee menulis juga bahawa seseorang itu tidak boleh menafikan bahawa pelajar2 Brahmana (Brahmin) yang belajar dari Gautama Buddha telah menyelamatkan Sanghom (Sangha) ketika ia berada dalam bahaya. Pemberontakan Devadatta telah dihalang oleh Shariputra dan selepas itu Mahakashapa mengadakan perhimpunan untuk membantu Sanghom daripada tenggelam dan dilupakan masyarakat. Brahmana walaupun semakin dilupakan dalam Buddhism tetapi masih lagi menjadi perwakilan kepada kekukuhan budaya masyarakat selain ramai orang dari golongan Brahmana juga menganut ajaran Buddhisme.

Seorang upasaka (orang awam) pengikut Buddha iaitu Jayadeva dari Bihar pernah dipenjarakan apabila pusat pembelajaran ajaran Buddha di Odantapuri diserang juga merupakan seorang Brahmana. Beliau memberi nasihat kepada sekumpulan sami Buddha di Nalanda supaya bersiap-sedia dan membantu mereka menyelamatkan diri semasa diserang oleh barbarian Moslems.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 09:19 PM | Show all posts
Walapun panjang bacaan Ganapati Atharvavirsham atau Sri Ganeshatharvishesham ni aku tetap nak taipkan dalam ni. Yang ini ada dalam tradisi Brahmins, tapi orana ramai yang non-Brahmins atau non-pendita x ada sebab untuk tidak mengikut sama2. Benda2 jati mengarut tu bukannya ajaran dharmma. Aku beri makna dalam bahasa Malay dahulu. Boleh cari terjemahan ke bahasa Tamil atau bahasa lain2 juga untuk belajarnya.

Sebenarnya bacaan ini sangat bagus untuk kita memperbaiki moraliti kita sehari2. Kita boleh membaca nya jika hendak membuat kerja2 seperti kerja2 berkaitan dengan kehidupan seharian yang melibatkan kesenian dan artistik. Jadi elok lah dibaca sampai dihafalkan anak2 muda, bukan baca dengan terkumat kamit bahasa Sanskirit sahaja sebaliknya kita kena lah faham apa benda yang kita baca itu. Supaya menjadi lebih berkemajuan dan berketamadunan tinggi! Biasanya pengikut ajaran Buddha di Thailand di wilayah2 selatan iaitu Malays of Siam empire yang refuse untuk menganut Islam walaupun dari aliran Theravada akan membaca tabik ini juga kepada dewa Ganesh sebagai Bodhisattva sebelum membuat persembahan seni supaya dilindungi dari orang jahat yang suka dengki

Biar kita dengar benda baik2 sahaja dengan telinga kita. Dan dengan bantuan semua indera yang ini. Kami beroleh peluang untuk berbakti kepada Mu. Dewa Indra pelindung kami. Dewa Pusha yang mengasihani kami. Moga Garuda bertuah bersama kita. Dan moga Guru Dewa mengurniakan kejayaan kepada kami. Biar keamanan berada di serata-rata.  

Sekarang kita mula lah membaca Sri Ganeshatharvishesham....

Om tabik dewa Ganesha, dewa Gana. Kau lah wajah pertama Bramhatatva yang timbul. Kau lah yang menciptakan seluruh alam semesta seluruhnya sendirian. Kau lah yang satu-satu Nya yang Jaya. Benar lah Engkau itu Atma 1

Tuturkanlah hakikat mulia. Tuturkan lah Kebenaran sempurna 2

Lindungi aku. Lindungi orang yang menggambarkan Mu. Lindungi semua yang mendengar sifat2 Kamu. Lindungi lah aku dan pelajar2 yang berada bawah asuhan Kamu. Lindungi lah aku dari sebarang halangan (semasa upacara nanti biasa saja halangan terjadi). Dari timur. Lindungi aku dari barat. Dari utara. Dari selatan. Dari atas dan bawah. Lindungi aku dari semua arah 3

Kau lah susunan ucapan. Kau lah kebahagiaan dan kesedaran abadi. Kau lah Kebenaran, Pikiran dan Kenikmatan... Yang tanpa sesaat pun. Kau tidak lain tidak bukan adalah Dewata. Kau lah Pengetahuan, Yang Halus dan Yang Kelihatan 4


Seluruh alam semesta terjelma kerana Engkau. Seluruh alam semesta dilestarikan Engkau. Seluruh alam semesta terhapus dalam Mu. Seluruh alam semesta akhirnya akan terserap ke dalam Mu. Kau lah Tanah, Api, Air, Udara dan Kau juga empat jenis pengucapan dan akar punca nya bunyi 5

Kau melampaui tiga jenis Guna (Sattva, Raja dan Tama). Kau melampaui tiga jenis jasad (tampak, halus, sementara). Kau melampau Yang Lampau, Yang Kini, Yang Akan Datang. Kau melampau tiga tahap keadaan (jaga, bermimpi, tidur chandra/nyenyak). Kau lah yang selalu tinggal dalam cakram Muladhara. Resi2 semua selalu bertapa dengan Engkau. Kau lah pencipta. Pelestari, Pemusnah. Dewa Trilokam (tiga dunia), Api, Air, Bulan, Matahari. Kau mencakupi semua meresapi segala nya 6
  



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 09:39 PM | Show all posts
Selepas menggambarkan sifat2 dan perkaitan alam semesta dengan Dewa Vignanet (Ganesh), Resi Atharvan memberikan kita Ganesh Vidyam atau Pengetahuan Ganesh dalam bentuk montram yang mendedahkan rupa suci dewa Viganet. Suku kata Ga menjadi ongkar (perisytiharan), diikuti oleh suku kata Na. Montram satu aksara ini akan termaktub dengan Om pranava.  

Ga merupakan bahagian pertama.
Na bahagian pertengahan.
Penghabisannya Um.

Terbentuk oleh bindhu digabungkan dengan depan dan semua nya membentuk kata2 suci. Montram ini jika disebut betul2 dalam bahasa Sanskirit diikuti dengan kebersihan hati akan berkuasa mendedahkan Dewa Viganet yang suci. Resi yang menerima montram ini Sang Ganaka dan seloka nya Nijrat Gayattiri. Dewata nya Ganapatti. Om "Gang Namo Ganapatti  7


Yang berbakti selepas baca ini sila tunduk hormat bakti kepada Dewa!

Bertapa atas Dewa Bergading tunggal, dengan belalai melentur. Moga Baginda mengurnia aku pengetahuan dan mewahyu aku 8

Rupa Saguna Dewa Viganet dipersembah dalam seloka di atas Om Gang Namo Ganapatti dengan satu gading (sebelah kanan) yang bertangan empat. Tangan kanan atas membawa tali ikat. Sebelah kiri atas memegang galah. Sebelah kiri bawa membawa gading patah dan sebelah kanan bawah memberkati kita. Tikus atas panji Nya menjadi wahana Nya.

Dia berwarna merah. Berperut bagong. Dia bertelinga gajah memakai pakaian merah. Dia diselubungi dengan cendana merah berhiasan bunga2 merah. Dia selamanya memberkati yang berbakti semua dan wujud sebelum alam semesta lagi. Dia melampaui Prakiritti dan Purusha dan selamanya menciptakan alam semesta. Yang terusan bertapa atas Nya adalah Yogi Terunggul! 9   

Tabik kepada Kamu Dewa segala Dewata, Gana2 dan semua hidupan.  Tabik kepada Yang Berperut Bagong Bergading Satu yang memusnahkan semua halangan, Anakanda Dewa Siva Maheswara yang mengurniakan anugerah kami tabik dengan Nama Mu! 10


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2012 06:57 PM | Show all posts
Lapan vinayaga atau kuil2 astavinayaga di Maharashtra membentuk satu dari salah satu perjalanan astavinayakayatram (pilgrimage) yang terkenal. Mari lah kawan2, kita sama2 kita mengenali semua lapan vinayaga ini menurut susunan dalam gambar nya



Mula dari kanan atas

1. Kuil Moreshvar Morgaon, daerah Pune
2. Kuil Siddhatek Siddhivinayaga, daerah Ahmadnagar
3. Kuil Pali Ballaleshvar, daerah Raigad
4. Kuil Varadavinayaga Mahad, daerah Raigad

Mula di bawah dari kanan

1. Kuil Chintamani Thevor, daerah Pune
2. Kuil Lenyadri Girijatmaja, deareah Pune
3. Kuil Vighnahar Ojar, daerah Pune
4. Kuil Mahaganapati Ranjanagaon, daerah Pune
       
Untuk pengetahuan ramai, Vinayaga merujuk kepada Dewa Ganapati atau nama lain Nya Dewa Vigneswar. Kalau bertandang ke wilayah Maharashtra jemput lah melawat nya tidak mengira yang Buddhist atau yang Hindu nya kerana tokoh dewa ini dihormati kedua2 pihak




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2012 07:07 PM | Show all posts
Yo anyatra kurute dharmma kaaryam davijottamah. Vihaaya sandhyam pranntim sa yaati narakaayutam. - Manu Smarti

Barangsiapa Brahmin yang menjalankan upasana tanpa Sandhya, (hukum karmanya) ke neraka lah pergi nya.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2012 07:56 PM | Show all posts
Signifikasi Amalan Arghyam

Bagi orang Brahmin n penganut Hindu Ortodoks, ada amalan sembahan. Dalam bahasa Sanskirit, ia disebut sebagai Arghyam. Arghyam ni sejenis kiriyam dalam upacara Sandhyavandanam. Upacara ni sangat penting bagi penganut agama Hindu Ortodoks semua tak kira dari aliran apa pun. Sembahan ni untuk orang non-Hindu fahaminya adalah satu upacara untuk menyucikan diri dengan pemakaian tirtham (air). Sebenarnya agama Hindu sangat menitikberatkan kesucian rohani manusia. Kalau nampak orang India yang tidak bersih, itu bermaksud dia bukan Hindu dan tidak beradat agama serta barbarik. Dia cuma orang India sahaja tertaluk apa bahasa yang dia bertutur.

Macam achamanam, marjannam dan prashannam, arghyam pun banyak menggunakan air. Air diambil dari tapak tangan kanan dari sadhaka dan dilambung sikit di udara lepas membaca gayatri mantram. Sembahan ini dijalan kan tiga kali. Dalam Sandhyavandanam smartha, ada satu lagi tambahan arghyam supaya boleh memperbaiki kesilapan2 dalam arghyam sebelum nya. ia disebut sebagai kalathiitha prayaschitta arghyapradhanam.  

Biasanya sandhyavandanam dijalankan oleh kelompok orang Brahmin lah. Tujuannya untuk kebaikan masyarakat bersama sebab sembahan dijalankan sekali untuk semua jati. Bacaan sadhaka gayattiri semasa menatang air dalam tapak tangan merupakan satu kerja yang bukan bersifat peribadi sebaliknya ditujukan kepada dunia. Yang menerima sembahan ini adalah dewa Surya (matahari). Sebelum ni aku pernah nampak jati lain mengamalkannya aku rasa tak ada masalah jati lain nak menjalankannya sendiri untuk diri mereka. sekarang bukannya zaman feudal dah pun boleh sahaja hendak menjalankan perkara2 kebajikan untuk kebaikan diri sendiri.  
  
Dalam arghyam ini ada maksud tersendiri nya. Semasa arghyam dijalankan, syaitan mandeha akan dihapuskan oleh nya. Mandeha ini bermaksud "lemah keazaman".  Setiap hari kita akan memulakan hari kita dengan keazaman. Tapi bukan semua keazaman ini dapat dipenuhi. Hanya azam kuat sahaja yang dapat tercapai oleh manusia. Lain2 keazaman berbaki itu akan tertinggal dalam suptha manas atau pemikiran bawah sedar kita.

Boleh nampak betapa saintifiknya manusia zaman purba dalam hal psikologi? Orang Barat baru sahaja hendak tahu pada abad ke-19, orang Hindu Ortodoks sudah tahu nya berjuta2 tahun lampau tanpa perlu memisahkan keagamaan, adat istiadat dan sains dari kehidupan.

Jadi suptha manas ini akan mula menyelubungi cahaya surya dalam diri kita yang dikenali sebagai intelek. Akibatnya intelek kita menjadi lembap dan mula gerhana. Dengan kuasa dari Gayattiri mantram serta air dalam sembahan arghyam, maka kita akan menemui penawar pada cas2 badan kita. Gayattiri mantram mempunyai kuasa prachodanam untuk menyembuh, mengembalikan dan meningkatkan daya intelek kita.  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2012 03:09 AM | Show all posts
Signifikasi Purna Kumbham



Purna Kumbham membawa maksud kendi penuh. Purna kumbham ini diisi penuh dengan air kemudian akan dihiasi dengan dedaun segar dari pokok mempelam dan juga diletakkan sriphala atau buah kelapa di atas nya. kendi biasanya diperbuat dari tanah liat, tembaga, perak atau besi loyang. kadang2 kendi ini dihiasi dengan corak seperti astakalashmi atau pon swastika.

Purnam membawa maksud beres atau sempurna. Ia bermaksud bahawa kehendak pasti akan tercapai dengan usaha. Purna kumbham ini merupakan sebahagian daripada upacara keagamaan Hindu. Ia diguna dalam grahapravesham atau sebelum masuk rumah, perkahwinan atau keraian bertuah lain. Jika diguna dengan puja, benang merah atau putih akan diikat sekeliling kendi. Ikatan biasanya berbentuk geometri dan cantik lah. Selalu nya juga dewata akan diseru dalam upacara purna kumbham.

Sewaktu puja, mantra akan dibacakan dengan memberkati air dengan mantra2 dan air diguna untuk abhisekam atau sebagai prasadham kepada baktan2. Orang alim dan shanta (saints) semua mengenalpasti Brahman. Jadi kita pula mengiktiraf mereka dan memberi hormat dengan menyembahkan purna kumbhan di pintu2 masuk. Di setengah tempat purna kumbham menyambut orang2 ternama menurut cara adat istiadat Hindu.   

Kendi melambangkan ibu pertiwi manakala air memberi kehidupan. daunan hijau melambangkan kehidupan manakala sriphala melambangkan kesedaran murni. lanjutan dari air tadi, ia melambangkan air sebelum kehidupan wujud yang dari nya semua kehidupan tercetus. unsur suci nya memberi kehidupan kepada semua. ia merupakan roh yang berisi dengan cinta dan kasih sayang, kemakmuran dan hormat kepada tetamu. kehidupan diwakili oleh daunan dan sriphala mewakili Dewa. Dalam kebudayaan Hindu yang tradisional dan murni, purnakumbham dianggap sebagai lambang kepada Tuhan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2012 08:30 PM | Show all posts
Thirupatti Brahmotsavam



Gaja Vahannam



Surya Prabha Vahannam



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.072404 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list