CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

All about Cats: Newspaper cuttings, video, photos, blog, etc.

[Copy link]
Post time 20-11-2008 12:07 PM | Show all posts

Reply #39 hatemetoday's post

Wahh kak hate...kalo dah bersilaturrahim tu kak hate organise la rombongan cik kiah ekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 12:52 PM | Show all posts
hate..
sampaikan salam tom kalau hate dpt jumpa ngan akak jah tu yer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 03:19 PM | Show all posts
baiklahhh...akan saya sampaikan salam...pada sesape yg nak ikut tuh...nanti kita warwarkan...tapi biar akak sogheh2 dulu ngan auntie ni yek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 11:37 AM | Show all posts
Saiz kucing purba sebesar kuda dewasa



KUCING liar di hutan pada hari ini yang dianggap sebagai besar dianggarkan 10 kali ganda lebih kecil daripada spesies moyang mereka zaman dahulu.

ROTTERDAM - Penemuan rangka kaki seekor kucing kuno bertaring panjang berusia dua juta tahun mendedahkan saiz dan berat mamalia dewasa itu menyamai kuda zaman moden ini.

Menurut pakar palaeontologi, Dick Mol, inilah julung kali tulang haiwan itu dijumpai di Laut Utara dekat pantai Britain dipercayai maut akibat banjir pada akhir zaman ais purba.

Penyelidik muzium sejarah semula jadi Belanda itu berkata, rangka ditemui secara tidak sengaja oleh nelayan pukat tunda yang dibayar 100 euro untuk setiap penemuan artifak bersejarah di laut.

"Berat kucing jantan dewasa ini yang sering dirujuk sebagai scimitar cat ialah sekitar 400 kilogram dan dipercayai membunuh haiwan lain di padang ragut luas," katanya. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 08:54 PM | Show all posts
Arini dalam MalayMail kat The Gardens Mid Valley fireman sebok selamatkan seko kucing stranded kat atas kedai Robinsson.. cite penuh kena paste le.. kucing tuh refused utk diselamatkan..dia terjun 40-foot.. alhamdulillah dia tk cedera teruk..just hidung ngan kaki berdarah sket.. hopefully dia ok.. moga2 org yg telefon bomba tuh dimurahkan rezeki dan juga bomba2 tuh kerna ade initiative menyelamatkan kucing tuh..comei tau..

        Rumours, a bad crawl and a cat ...   
                        By Aizat Sharif     November 27, 2008      Categories: News

        Withseveral car parks closed and massive traffic congestion aroundMidValley Megamall yesterday afternoon, wild rumours went intooverdrive when a fire truck

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 10:28 PM | Show all posts

Reply #45 jezzebelle's post

erk!! tingat anak2 bulu kat umah ha siannye idung mulut die bedarah
isk! alhamdulillah...seb bek ade bomba sudi nak selamatkan kucing..
tp cam xde gunenye gak ek sbb kucing tu terjun sndirik
jrg skali dgr kt mesia nih bomba nak selamatkan kucing..
lau negara luar tu byklah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2008 05:10 PM | Show all posts

Balas #46 ati1402\ catat

tu la..kire bomba ngan org yg tepon bomba tu berhati mulia pasei ade initiative nk selamatkan kucing tuh...gomokskan? sian dia...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 05:29 PM | Show all posts

Reply #45 jezzebelle's post

:pompom: :pompom:  Chaiyokkkk kat firemenn!!!:pompom: :pompom:

Kiut ajer kucen tu walopun dr gambar tu mcm ala2 juling

So heartwarming kann....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2008 07:39 PM | Show all posts

Reply #45 jezzebelle's post

ape jadi ngan kucing tu skg ek?..mana lah dia berada agaknye ye..i wonder..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 05:30 PM | Show all posts
ni Funnie,bibik saya kasi kat saya..


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 09:20 PM | Show all posts
cantik si funnie ni...ekor blurry...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2009 12:46 PM | Show all posts
Hobi: Sayang kucing
Oleh Hidayah Mohammad
hidayah@bharian.com.my





SETIAP kali ada masa terluang, Faznida pasti akan meluangkan masa melayan kerenah kucing kesayangan di samping memastikan haiwan peliharaannya cukup makan dan sihat.

Dipelihara bagaikan sebahagian anggota keluarga

KIRA-KIRA 3,500 tahun dulu, di zaman Mesir purba kucing digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada dimakan tikus dan haiwan pemusnah yang lain. Hari ini kucing menjadi haiwan peliharaan rumah yang paling terkenal di dunia. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam cerita dongeng dan legenda daripada beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Sunnah nabi ada menyebut, berbuat baik kepada binatang terutama kucing kerana Rasulullah SAW pernah membela dan dikatakan sayangkan kucing.

Begitu juga dengan Pembantu Koordinator, Faznida Zaulkifli. Gadis berusia 26 tahun itu sangat sayangkan kucing sehingga sanggup meluangkan masa lapangnya bersama kira-kira 20 ekor kucing yang dibela sejak kecil.

Katanya, beliau minat membela kucing kerana ‘kecomelan’ haiwan berkenaan dan setiap satu mempunyai keunikan sendiri. Malah, ada antara kucing belaannya manja, mendengar kata dan kerenah mereka yang menghiburkan.

“Saya sukakan kucing Parsi dan siam kerana mereka dikurniakan bulu yang cantik. Kucing Parsi mempunyai bulu cantik dan manja, sementara jenis siam pula lebih mendengar kata dan pandai berdikari.

“Sememangnya membela kucing memerlukan banyak kesabaran. Ada yang buang najis merata tempat dalam rumah sehingga rumah berbau. Tetapi, kita sebagai tuan yang sudah serasi dengan haiwan berkenaan perlu selalu menasihati dengan cara selalu bercakap dengan mereka.

“Walaupun ada juga orang yang mengatakan bahawa seseorang itu gila apabila bercakap dengan kucing, tetapi bagi saya sendiri bercakap dengan mereka adalah perkara biasa dan menyeronokkan. Bercakap dan mengajar mereka supaya berdisiplin dan berdikari memudahkan mereka melakukan apa yang mereka mahu, contohnya seperti membuang najis,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Faznida juga anak ketiga dari empat beradik membela kucing sejak kecil dan berkongsi hobi bersama ibunya. Ibu memberi galakan sementara bapanya pula membantu dari segi kewangan untuk membela kucing.

Katanya, masa perlu sentiasa ada sekurang-kurangnya bercakap dengan mereka walaupun ketika sibuk. Faznida sering meluangkan masa dengan bermain dengan kucing dan melayan semua kucing belaannya sama rata. Lebih mengujakan semua kucing yang dibelanya mendengar cakap dan mudah memahami kata.

“Nama pun suka membela kucing sudah tentu mereka memerlukan perhatian rapi dari segi kesihatan, pemakanan dan sebagainya. Seekor anak kucing akan hantar ke klinik haiwan sebanyak dua kali bagi dapatkan rawatan.

“Dianggarkan kos rawatan mencecah antara RM150 hingga RM200 seekor. Bagaimanapun, jika jaga dengan baik, mereka tidak akan memberi masalah pada kemudian hari,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan ada banyak kucing di rumah, beliau turut menyediakan ruang tempat tinggal khas untuk kucingnya. Kebanyakan kucing tinggal dalam sangkar kerana kawasan rumah terhad dan juga bahaya untuk melepaskan mereka.

Tetapi, beliau akui, sekali-sekala akan melepaskan kucing peliharaannya bagi membolehkannya bermain bebas berdikari.

“Kucing saya juga ada nama-namanya tersendiri bagi memudahkan kita berkomunikasi. Saya sangat sayangkan Bobby kerana dia paling manja sementara kucing bernama Thirteen pula pandai mendengar kata. Hiro pula pandai bermain, manakala Kiki adalah ibu kepada kebanyakan kucing yang saya ada. Dia antara kucing saya yang paling setia dan manja,” katanya yang suka keluar bersiar bersama keluarga dan rakan sekiranya ada masa lapang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2009 08:49 PM | Show all posts
Dunia haiwan Dr Zul
Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my




Bagai seiring personaliti jejaka XY - Ikon Lelaki minggu ini tatkala menyentuh soal kerjaya dan keperibadiannya. Sikap penyayang terhadap haiwan melengkapi tuntutan profesion sebagai doktor veterinar si empunya diri. Ikuti tabir cerita Dr Zul Erwan Azmi...

SUKAR diluahkan betapa meriahnya sesi fotografi menghasilkan gambar muka depan XY - Ikon Lelaki minggu ini. Bayangkan, gelagat 32 ekor kucing peliharaan personaliti pilihan XY - Ikon Lelaki, Dr Zul Erwan Azmi cukup menguji kesabaran dan kreativiti menghasilkan sudut dan pose terbaik.

Lucu, nakal dan bersahaja menjadi antara karektor yang dilihat pada kumpulan kucing ini. Puas mengumpulkan semua 32 ekor, ada saja kucing dan 憆akan-rakannya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2009 08:49 PM | Show all posts
ensem plak doc nih ye

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 01:26 AM | Show all posts

Reply #53 Syd's post

uwahh..ensem lagi penyayang..what a bonus
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 08:39 PM | Show all posts

Reply #53 Syd's post

laaaa..... ni la vet yg boocik selalu jumpa bila hantar kucing2 kat vet sect. 13, shah alam tu.
memang baik dr. ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2009 09:21 PM | Show all posts

Reply #56 boocik04's post

ohh vet sec13 ke..
ati skg salu pegi yg ttdi jaya tu.
vet sec13 tu pnah jmpe yg pompuan tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 12:16 PM | Show all posts
encemnye doc... kalau mcm ni, kucing x demam pon.. tuan kucing demam bole ke dia rawat
lepas ni x psl2 bawak kucing g shah alam pulok..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 03:45 PM | Show all posts

Reply #58 leotazz818's post

ehehehe ....
masa 1st time jumpa dulu, ingatkan dr. ni bujang....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 05:21 PM | Show all posts
alahaii doktorr..hesengnye munggg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 1.129402 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list