CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37395|Reply: 205

All about Cats: Newspaper cuttings, video, photos, blog, etc.

[Copy link]
Post time 11-11-2008 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Last edited by boocik04 on 31-7-2012 08:20 AM \n\n'Tadika Kucing'    Oleh Md Fuzi Abd Lateh
rencanabh@bharian.com.my               

     

                   Jamilah Lee  membela 17 ekor haiwan kesayangan di sebuah rumah  teres setingkat di Rawang, Selangor

RAMAI tidak mengetahui dan sukar mempercayai insan berjiwamurni membuka Pusat Penjagaan Kucing yang mesra juga dikenali 'TabikaKucing'. Apa juga pandangan masyarakat setempat, Jamilah Lee AbdRahman, 52, tidak kekok dengan aktivitinya yang ikhlas membela haiwankesayangan itu.

Mesra dikenali sebagai 'Kak Lah Kucing', wanita ini sanggupmenghambakan dirinya memelihara 17 kucing tersayang yang ditempatkanbersama di sebuah rumah teres setingkat di Bandar Bukit Sentosa diRawang, Selangor.
        
      Tambahan pula, hidup sebatang kara pada usia emas menuntut kesabaran tinggi menghadapi pelbagai dugaan melanda.

Katanya, sejak kematian suami tercinta, Abd Samad Ahmad, 65,pada 2006 yang menghidap sakit jantung, hidupnya begitu sunyi bagaikanhilang arah tuju.

"Saya tetap bersyukur kerana kucing yang dianggap 'anak'sendiri bijak mengambil hati setiap masa. Perkahwinan saya pada lewatusia itu lebih malang kerana saya tidak mempunyai zuriat sendiri.
                              
WAJAH manja Betty yang disayanginya.

                        "Sebenarnya minat memelihara kucing ini subur dalam diri sejak zamanremaja. Ini mendorong saya meneruskan hobi membelai kucing sehinggakini," katanya. Selain memelihara kucing sendiri, rumahnya juga menjaditumpuan jiran dan penduduk setempat untuk menempatkan sementara kucingketika mereka ingin pulang bercuti ke kampung.

Katanya, setiap kucing peliharaannya itu mempunyai namamanja tersendiri, sentiasa aktif dan bijak melayaninya ketika namamereka disapa. Beliau memiliki kucing jenis Parsi, kucing biasa dancampuran beberapa baka tempatan dan luar negara yang dibeli sertaditemui sendiri.

Sebelas kucing betina dan lima jantan yang dibela itudikenali dengan pelbagai nama, antaranya, Mimi, Jaja, Girl, Darling danDidi. Setiap haiwan itu mempunyai tabiat dan kelakuan berbeza yangcukup menghiburkan hati pemiliknya itu seperti telatah kanak-kanak yangpandai merajuk, bergurau dan kelakar.

"Kuching diberi makanan khas berharga RM130 sebungkus (10kilogram) yang dianggarkan mencecah RM500 setiap bulan. Selain ubatcacing, demam dan cirit-birit turut disediakan kepada yang mengalamisakit seperti itu," katanya.
                              
JAMILAH mendodoikan 17 kucing apabila sampai waktu tidur.
                        Setiap hari kucing kesayangannya itu tidur bersama atas katil dalambilik. Sebelum itu, mereka juga bijak menonton televisyen bersamanya.

Katanya, oleh kerana tinggal bersama kucing itu setiap hari,beliau tidak memasak makanan untuk dimakan sebaliknya dihantar bapanya,Lee Abd Rahman, 80, yang tinggal di taman berdekatan rumahnya.

"Ramai jiran dan rakan tahu saya begitu sayangkan kucingini. Mereka begitu yakin menempatkan kucing peliharaan sementara waktudi sini ketika mempunyai pelbagai urusan lain.

"Kucing saya kebiasaannya pandai membawa diri dan menjagakelakuan masing-masing. Mereka sentiasa diajar bijak melayani tetamu.Saya sering berpesan bahawa seperti mana mereka disayangi, begitu jugakucing lain (tetamu) perlu disayangi juga tanpa memilih kasih," katanyayang juga bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah kantinsekolah rendah swasta di Bukit Sentosa.

  Yang istimewanya, kucing peliharaan Jamilah tidak membuat kotor dan mengganggu barangan hiasan yang disusun dalam rumah.

Aktiviti kucing itu juga disusun sempurna seperti kanak-kanakyang berada di tadika termasuk jadual makan, tidur, membuang najis danbermain di kawasan kolam buatan di luar rumah dengan rakanmasing-masing.

Hati kecil wanita ini cukup sensitif akan dunia kucing.Beliau sukar menerima hakikat sekiranya ada kucing mati dilanggarkenderaan depan mata. Peristiwa seekor kucing jalanan mati dilanggarkereta depan rumahnya beberapa tahun lalu cukup menyayat hati danmenusuk kalbu.

Setiap hari sebelum keluar bekerja, jam 7 pagi, Jamilah akanmengejutkan kucingnya untuk mandi, bersarapan dan membersihkan diri dibilik mandi.

Tepat jam 6 petang, semua 'anaknya' itu sedia menanti dipintu penuh pengharapan agar 'mama' tercinta pulang membelai mereka.Setiap ekor kucingnya itu mempunyai perbezaan umur masing-masing. Bettyadalah yang tertua mencecah 13 tahun tetapi kenakalannya cukupmenghiburkan Jamilah.

Beliau berkata, Betty pandai mengambil hatinya denganmelakukan pelbagai suruhan seperti memicit badannya di kaki yangmengalami sengal-sengal tulang.

Setiap kucing itu ada rezeki masing-masing dan selagi tinggal bersamanya di situ, kucing itu akan selamat.

"Saya sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dipanjangkan umursupaya dapat menjaga mereka sebaik mungkin. Bagaikan sukar menerimahakikat sekiranya saya meninggal terlebih dulu daripada semua kucingyang dibela ini. Saya serahkan kucing kepada ayah saya untuk menjaganyawalaupun tidak sempurna seperti di bawah jagaan ini," katanya.

Sekiranya mempunyai modal mencukupi, Jamilah bercadangmembela lebih banyak kucing di rumahnya dan memiliki kawasan rumahselesa untuk menempatkan mereka.

Pelbagai keperluan lain seperti alat permainan untuk kucing akan ditambah untuk memberi keselesaan kepada mereka.

[ Last edited by  ati1402 at 28-11-2008 07:38 PM ] Last edited by leotazz818 on 31-7-2012 09:22 AM \n\n Last edited by boocik04 on 4-2-2013 09:50 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2008 11:07 AM | Show all posts
howaaa auntie...baiknyeee....syd camne nak mintak address umah auntie ni yek...saje tanye kalo ko ade kaki2 yg bleh tlg...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:21 AM | Show all posts

Reply #2 hatemetoday's post

kak hate, since artikel ni dlm Bh rasanya kalo bebetul nak kak hate leh contact org BH la mintak alamat auntie angel ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:22 AM | Show all posts

Paper Cutting: All about Cats

'Tadika Kucing'Oleh Md Fuzi Abd Lateh
rencanabh@bharian.com.my (11/11/2008)



Jamilah Lee membela 17 ekor haiwan kesayangan di sebuah rumah teres setingkat di Rawang, Selangor

RAMAI tidak mengetahui dan sukar mempercayai insan berjiwa murni membuka Pusat Penjagaan Kucing yang mesra juga dikenali 'Tabika Kucing'. Apa juga pandangan masyarakat setempat, Jamilah Lee Abd Rahman, 52, tidak kekok dengan aktivitinya yang ikhlas membela haiwan kesayangan itu.

Mesra dikenali sebagai 'Kak Lah Kucing', wanita ini sanggup menghambakan dirinya memelihara 17 kucing tersayang yang ditempatkan bersama di sebuah rumah teres setingkat di Bandar Bukit Sentosa di Rawang, Selangor.

Tambahan pula, hidup sebatang kara pada usia emas menuntut kesabaran tinggi menghadapi pelbagai dugaan melanda.

Katanya, sejak kematian suami tercinta, Abd Samad Ahmad, 65, pada 2006 yang menghidap sakit jantung, hidupnya begitu sunyi bagaikan hilang arah tuju.

"Saya tetap bersyukur kerana kucing yang dianggap 'anak' sendiri bijak mengambil hati setiap masa. Perkahwinan saya pada lewat usia itu lebih malang kerana saya tidak mempunyai zuriat sendiri.
WAJAH manja Betty yang disayanginya.

"Sebenarnya minat memelihara kucing ini subur dalam diri sejak zaman remaja. Ini mendorong saya meneruskan hobi membelai kucing sehingga kini," katanya. Selain memelihara kucing sendiri, rumahnya juga menjadi tumpuan jiran dan penduduk setempat untuk menempatkan sementara kucing ketika mereka ingin pulang bercuti ke kampung.

Katanya, setiap kucing peliharaannya itu mempunyai nama manja tersendiri, sentiasa aktif dan bijak melayaninya ketika nama mereka disapa. Beliau memiliki kucing jenis Parsi, kucing biasa dan campuran beberapa baka tempatan dan luar negara yang dibeli serta ditemui sendiri.

Sebelas kucing betina dan lima jantan yang dibela itu dikenali dengan pelbagai nama, antaranya, Mimi, Jaja, Girl, Darling dan Didi. Setiap haiwan itu mempunyai tabiat dan kelakuan berbeza yang cukup menghiburkan hati pemiliknya itu seperti telatah kanak-kanak yang pandai merajuk, bergurau dan kelakar.

"Kuching diberi makanan khas berharga RM130 sebungkus (10 kilogram) yang dianggarkan mencecah RM500 setiap bulan. Selain ubat cacing, demam dan cirit-birit turut disediakan kepada yang mengalami sakit seperti itu," katanya.
JAMILAH mendodoikan 17 kucing apabila sampai waktu tidur.
Setiap hari kucing kesayangannya itu tidur bersama atas katil dalam bilik. Sebelum itu, mereka juga bijak menonton televisyen bersamanya.

Katanya, oleh kerana tinggal bersama kucing itu setiap hari, beliau tidak memasak makanan untuk dimakan sebaliknya dihantar bapanya, Lee Abd Rahman, 80, yang tinggal di taman berdekatan rumahnya.

"Ramai jiran dan rakan tahu saya begitu sayangkan kucing ini. Mereka begitu yakin menempatkan kucing peliharaan sementara waktu di sini ketika mempunyai pelbagai urusan lain.

"Kucing saya kebiasaannya pandai membawa diri dan menjaga kelakuan masing-masing. Mereka sentiasa diajar bijak melayani tetamu. Saya sering berpesan bahawa seperti mana mereka disayangi, begitu juga kucing lain (tetamu) perlu disayangi juga tanpa memilih kasih," katanya yang juga bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah kantin sekolah rendah swasta di Bukit Sentosa.

Yang istimewanya, kucing peliharaan Jamilah tidak membuat kotor dan mengganggu barangan hiasan yang disusun dalam rumah.

Aktiviti kucing itu juga disusun sempurna seperti kanak-kanak yang berada di tadika termasuk jadual makan, tidur, membuang najis dan bermain di kawasan kolam buatan di luar rumah dengan rakan masing-masing.

Hati kecil wanita ini cukup sensitif akan dunia kucing. Beliau sukar menerima hakikat sekiranya ada kucing mati dilanggar kenderaan depan mata. Peristiwa seekor kucing jalanan mati dilanggar kereta depan rumahnya beberapa tahun lalu cukup menyayat hati dan menusuk kalbu.

Setiap hari sebelum keluar bekerja, jam 7 pagi, Jamilah akan mengejutkan kucingnya untuk mandi, bersarapan dan membersihkan diri di bilik mandi.

Tepat jam 6 petang, semua 'anaknya' itu sedia menanti di pintu penuh pengharapan agar 'mama' tercinta pulang membelai mereka. Setiap ekor kucingnya itu mempunyai perbezaan umur masing-masing. Betty adalah yang tertua mencecah 13 tahun tetapi kenakalannya cukup menghiburkan Jamilah.

Beliau berkata, Betty pandai mengambil hatinya dengan melakukan pelbagai suruhan seperti memicit badannya di kaki yang mengalami sengal-sengal tulang.

Setiap kucing itu ada rezeki masing-masing dan selagi tinggal bersamanya di situ, kucing itu akan selamat.

"Saya sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dipanjangkan umur supaya dapat menjaga mereka sebaik mungkin. Bagaikan sukar menerima hakikat sekiranya saya meninggal terlebih dulu daripada semua kucing yang dibela ini. Saya serahkan kucing kepada ayah saya untuk menjaganya walaupun tidak sempurna seperti di bawah jagaan ini," katanya.

Sekiranya mempunyai modal mencukupi, Jamilah bercadang membela lebih banyak kucing di rumahnya dan memiliki kawasan rumah selesa untuk menempatkan mereka.

Pelbagai keperluan lain seperti alat permainan untuk kucing akan ditambah untuk memberi keselesaan kepada mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:29 AM | Show all posts
uiii ... cumil nyer si betty tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:43 AM | Show all posts
ler... haku pong bukak thread pasal ni.. tp general ..semua paper cutting abt cats...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2008 11:51 AM | Show all posts

Balas #3 Mizzsued\ catat

tq mizz akak dah email bh...tq
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:52 AM | Show all posts
TheStar
Sunday July 27, 2008
Feline love
By ONG SIEW LEE


WHEN one listens to Justina Yong talk about her beloved pet cats, it is as if she is talking about six close friends whom she grew up with. In fact, five of her six cats were strays. She speaks of her cats excitedly, and her conversations are littered with funny anecdotes about her cats.

Life has not been the same for Justine since the six cats entered her life. Nishka is the oldest of her pack, and also 憈he most emotional

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2008 11:57 AM | Show all posts
wah...byknya kucing
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 12:10 PM | Show all posts

Reply #6 hatemetoday's post

Kalo dah leh contact auntie ni n establish relationship, leh ler buat rombongan cik kiah visit ker...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by HARRIER28 at 11-11-2008 11:57 AM
wah...byknya kucing


bela kucing mcm bela anak.. sbb tu kasihsayang tak berbelah bagi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 12:17 PM | Show all posts

Balas #7 Mizzsued\ catat

ajek boleh...insyaAllah...tungguu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 12:22 PM | Show all posts

Cerita lama: Utusan 11/10/1999

Kamariah prihatin terhadap kucing melarat
Kucing -kucing ini dipungutnya dibawa pulang ke rumah dibersihkan diberi makan, tempat tinggal dan rawatan agar haiwan tersebut mendapat penghidupan yang baru.

Bermula dengan dua ekor kucing yang dipungut di pasar salah seekor darinya berkurap di kepala, tanpa merasa jijik dia mengambilnya dipelihara dan diberi rawatan hingga sihat.

Sifat sayangkan kucing memang telah lama terbentuk dalam dirinya sejak masih gadis lagi kerana keluarganya juga menyayangi kucing.

Apabila berpeluang mengikut suaminya melanjutkan pelajaran di bidang muzik di England selama empat tahun, mereka membela seekor kucing diberi nama Tom.

Di sini banyak sekali pertunjukan kucing diadakan, sebagai penggemar kucing Kamariah tidak melepaskan peluang menyaksikannya.

Dari pertunjukan beginilah dia mula menggenali kucing baka tulen iaitu baka yang tidak dikacuk dengan jenis lain yang sungguh cantik.

Semua ini menambahkan minatnya untuk membela kucing secara yang terancang.

"Membela kucing juga seperti membela anak, bukan sekadar memberi makan dan minum tetapi memerlukan perhatian, penjagaan, kasih sayang dan belaian manja,'' katanya, sewaktu ditemui di rumahnya di Kajang, Selangor.

Mereka juga terdedah kepada jangkitan penyakit jika tidak diberi pelalian dan bahaya lain seperti dilanggar kereta, jatuh, keguguran dan sebagainya lagi.

Kita dapat melihat pembesaran sempurna dari cahaya matanya yang bersih dan jernih, bulunya yang cantik dan lembut bak sutera dan kehidupan sehariannya yang cergas dan jinak.

Kalau dulu kebanyakan daripada kita membela kucing cukup sekadar memberi makan nasi yang digaul dengan ikan atau lebihan nasi yang hendak dibuang, mereka patut sedar bahawa kucing juga memerlukan diet seimbang seperti manusia. Cukup garam serta zat makanan yang lain.

Oleh itu ketika membeli makanan kucing, terlebih dahulu hendaklah meneliti lebel yang tertera di luar bekasnya sama ada cukup segala zatnya atau memerlukan makanan tambahan yang lain.

"Sebagai orang Islam kandungan makanan yang halal disentuh perlu juga diambil kira,'' ujar Kamariah.

Kamariah yang juga Naib Presiden Kelab Kucing Malaysia, begitu perihatin terhadap kucing-kucingnya yang sebanyak 30 ekor itu. Sebuah kandang yang luas dan bersih disediakan di belakang rumah di bawah redupan pepohon rambutan yang rendang.

Setiap bulan dia membelanjakan sebanyak RM 600 termasuklah memberi rawatan dan pelalian seperti selesema kucing.Selain dari itu ubat cacing perlu diberi tiga hingga enam bulan sekali.

Seperti manusia, kucing yang mendapat jangkitan seperti jangkitan cacing kelihatan murung, letih dan tidak cergas.

Menurutnya lagi, memang kucing juga boleh memudaratkan manusia melalui sejenis penyakit yang dibawa oleh najisnya. Sebaiknya gunakan sarung tangan apabila membersihkan kucing dan kandangnya.

Bagi mereka yang alah kepada bulu kucing mudah mendapat penyakit lelah. Oleh itu pemelihara kucing perlu ada kesedaran kebersihan yang tinggi bukan saja terhadap kandang dan kucingnya malah dalam rumah juga perlu senantiasa bersih, bebas daripada bau yang tidak menyenangkan.

Ibu kepada dua orang anak seorang telah pun berumah tangga dan seorang lagi masih menuntut bergiat dalam Kelab Kucing Malaysia sejak 16 tahun lalu lagi. Hinggalah dipilih sebagai naib persiden dalam tahun 1992.

Kini kelab tersebut mempunyai ahli seramai 2,000 orang. Jika dulu orang kenamaan dan berkemampuan saja yang tampil menjadi ahli kini orang biasa juga berminat untuk mengetahui cara membela dan kebajikan kucing-kucing mereka kerana peningkatan taraf hidup dan pendidikan orang ramai.

Kalau dulu hanya kucing bandar saja yang diberi makan makanan kucing yang siap dipaket kini kucing kampung pun mampu mendapat makanan yang sedemikian.

Hari ini katanya, ada kira-kira 60 jenis kucing yang diiktiraf sebagai piawaian dunia.

Di Malaysia dibahagikan kepada berbulu pendek dan yang berbulu panjang. Berbulu panjang seperti jenis Parsi dan yang pendek seperti Burma, siam, rex dan sebagainya lagi.

Usaha-usaha juga sedang giat dijalankan untuk mewujudkan baka tulen kucing Malaysia, yang diiktiraf dunia.

Bagi mendapatkan pengiktirafan piawaian dunia sekurang-kurangnya memerlukan tujuh jenerasi kucing dari baka tulen.

"Setakat ini, kita telah pun berjaya sampai generasi kedua dan memasuki generasi ketiga. Satu hari nanti kita dapat menyaksikan kucing yang dinanti-nantikan itu,'' katanya.

Sebenarnya, bukanlah mudah untuk membentuk minat yang sama antara suami isteri dalam sesebuah rumah tangga. Begitu juga dengan Kamariah yang gemarkan kucing sementara suaminya penyanyi J. Sham gemarkan muzik. Peluang keemasan terbuka ketika mereka di luar negara dulu apabila sering menemaninya melihat pertunjukan kucing.

Melihatkan pelbagai aksi kucing-kucing comel diperagakan dalam pertandingan, sedikit demi sedikit minat tersebut tumbuh.

Kini suaminya juga merupakan antara 'orang kuat' Kelab Kucing Malaysia, selaku penasihat kelab.

Kamariah yang dulunya seorang guru besar di Sekolah Convent, Kajang memilih bersara awal lima tahun lalu menghabiskan banyak masa dengan aktiviti Kelab Kucing seperti memberi ceramah, memberi tunjuk ajar tentang penjagaan kucing, menganjurkan pertandingan dan sebagainya lagi.

Menyentuh tentang kesedaran umum terhadap kucing sebagai haiwan peliharaan yang patut diambil berat, Kamariah berkata, masih ramai yang tidak mengambil berat tentang kucing peliharaan yang dibuang di mana suka.

Sebelum memelihara kucing kita patut memikirkan yang haiwan ini juga akan beranak setahun tiga hingga empat kali. Jika telah berkembang biak tentu akan menimbulkan masalah kepada pemeliharanya jika tidak disediakan tempat tinggal yang sempurna.

Jadi, pemeliharanya mesti membuat sesuatu seperti mengkasi kucing jantan tetapi jangan dibuang di merata tempat.


* masa ni k leo tak bela kucing lagi..thn 1999..lama dah rencana ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 12:29 PM | Show all posts
24 kucing teman serumah Hayati
Oleh Badrila Jamlus
jbad@hmetro.com.my

SIKAP kasihan pada haiwan yang sering ditinggalkan atau dibuang begitu saja sama ada di pasar atau belakang restoran mendorong diri untuk menjadikan haiwan manja itu sebagai teman peliharaan.

Nor Hayati @ Putri Md Noor, 31, sanggup menghabiskan wang lebih RM400 sebulan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk 24 kucing yang dipelihara sejak lebih tiga tahun lalu, sekali gus menghabiskan masa terluang membelai kucing kesayangannya.

Tanpa menghiraukan tanggapan orang lain mengenai hobi yang turut dikongsi peminat kucing lain, gadis berbintang Leo ini sanggup bangun seawal jam 4.30 pagi setiap hari untuk memastikan kucingnya diberikan penjagaan sepenuhnya.

揝aya sanggup bangun di awal pagi setiap hari untuk memberi makan, membersihkan najis dan memastikan setiap kucing ini berada dalam keadaan sihat di kandang masing-masing.

揝elepas itu, saya bersiap pula ke tempat kerja di Pulau Pinang dan rutin ini diteruskan meskipun pada bulan puasa,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 12:49 PM | Show all posts
iskk...seme kuat hati sungguh bela anak2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 02:18 PM | Show all posts

Reply #8 hatemetoday's post

aknak join...nak join...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2008 02:21 PM | Show all posts

Reply #7 hatemetoday's post

best...best..terharu baca..bila la fir leh jadi macam diorang..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 03:24 PM | Show all posts

Balas #9 firdaruddin\ catat

iye iye...oang bh ni idak le lagik menjawab email aku...dah aku call tadik...iskk abes segenap mana dia g passing the line...fedup mak teros hang up...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 03:39 PM | Show all posts

Reply #10 hatemetoday's post

Heheh kak hate lain kali kalau call paper ni bgtau nak cakap ngan si polan kat newsdesk/feature desk...receptionist derang mmg salu cemtu, asal antar jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by firdaruddin at 11-11-2008 02:21 PM
best...best..terharu baca..bila la fir leh jadi macam diorang..huhu


fir..kekadang ia terjadi tanpa disedari.. tetiba anak terkumpul 10-20 eko...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.090422 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list