CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3258|Reply: 9

MENU IFTAR DAN SAHUR SEMPENA RAMADHAN

[Copy link]
Post time 22-7-2012 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Seperti sediakala sempena ramadhan ni THREAD MENU IFTAR DAN SAHUR muncul lagi.
Moh kita meriahkan thread ini....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2012 10:45 PM | Show all posts
x dek urang nak join ke thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 11:14 PM | Show all posts
natang ape tu dila oi? tgk mcm rendang. tgk lagi skali mcm cheese.. cecite2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 11:30 PM | Show all posts
saffianoprada posted on 23-7-2012 11:14 PM
natang ape tu dila oi? tgk mcm rendang. tgk lagi skali mcm cheese.. cecite2


Ian
tu benornya LASAGNA
menu buka pose semalam
try uat untuk Iftar ramadhan ni



Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 11:32 PM | Show all posts
masyaALLAH. bak mai recepi.. menjadi tak? bile dipotong ala2 tali2 x? beef ke chicken ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2012 11:47 PM | Show all posts
saffianoprada posted on 23-7-2012 11:32 PM
masyaALLAH. bak mai recepi.. menjadi tak? bile dipotong ala2 tali2 x? beef ke chicken ni?

ian
Semalam buat bila potong sedikit ada lembik aa
tapi habis gak Ian, licin gak
aku uat ikut resepi RASA
Tang bahan D tu aku guna mozzarella ja
aku guna satu cheese ja ian...
ang try lah buat






LASAGNA DAGING ::
Bahan A:
500gm plat lasagna pasta

Bahan B:
500gm daging hancur (seeloknya daging batang pinang)
30gm bawang putih - dicincang
40gm bawang besar - dipotong kiub kecil
100gm isi tomato
50gm pati tomato
5gm daun basil
3gm daun salam
3gm oregano
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Lada putih secukupnya

Bahan C: (Sos keju)
90gm mentega (hak ni aku guna marjerin sbb butter aku abis lah pulak)
75gm tepung gandum
800ml susu cair
65gm keju parmesan (disagat)

Bahan D: (Keju topping)
250gm keju mozzarella (disagat)
200gm keju cheddar

Cara memasak:
1. Sos daging: Tumis bahan B seperti bawang putih dan bawang besar sehingga keperangan. selepas itu masukkan oregano, daun basil dan daun bay.
2. Tambahkan pati tomato dan masukkan daging hancur. Tumis sehingga daging masak.
3. Tambahkan isi tomato dan masukkan lada putih dan garam secukup rasa. Kacau rata dan angkat. Ketepikan.
4. sos keju (Bahan D): Panaskan mentega di dalam periuk sehingga cair. Tambahkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit serta digaul sehingga rata.
6. Masukkan keju parmesan. Kacau rata dan angkat. Ketepikan.

Lasagna (Bahan A):
1. Rebuskan flat lasagna pasta sehingga sederhana masak. Angkat dan rendam di dalam air sejuk. selepas itu, tapiskan.
2. Sapu mentega di dalam acuan berbentuk empat segi. susunkan lapisan lasagna. Masukkan sos daging. Tambahkan sos keju di atas lapisan sos daging tadi. Letak satu lapisan lagi flat lasagna pasta dan ulang cara tadi. Buat sekurang-kurangnya tiga lapisan lasagna.
3. Bahagian atas lasagna, ditaburkan keju topping. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 350oC selama 15-20 minit. sedia dihidangkan.


Credit ** RASA






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2012 02:35 PM | Show all posts
cik mod....nk cite buka apa smlm berserta pic ke

smlm berbuka ngn popia basah, kuih serabai, satar dgn air mata kucing

Comments

reenz... lau ada PC leh dpat tacang lebeh  Post time 24-7-2012 02:49 PM
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 03:02 PM | Show all posts
reenz013 posted on 24-7-2012 02:35 PM
cik mod....nk cite buka apa smlm berserta pic ke

smlm berbuka ngn popia basah, kuih serabai, sata ...

ok mod...thanks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2012 03:34 PM | Show all posts
Semalam Iftar Param punya semua
sebab letrik blackout kat umah
mood masak Ilang



Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 04:27 PM | Show all posts
Mungkin post aku ini kurang sesuai untuk thread ini, tapi aku ingin kongsikan info mengenai harga jualan di jalan TAR di minggu awal puasa ni. Kebetulan jumaat-ahad aku bermalam di jalan TAR, harap boleh membantu untuk membandingkan harga-harga juadah tertentu di tempat kalian semua.

1. Serunding Ikan - rm5/100gram
2. Serunding Daging - rm6/100gram.
3. Serunding Ayam - rm7/100gram.
4. Rendang Tok - rm4/100gram.
5. Acar Buah - rm4/100gram.
6. Nasi Kerabu - rm3.
7. Nasi Kerabu Ikan/Ayam - rm5.50/rm6.
8. Biskut Raya - rm50/3box.
9. Kuih - rm2/4biji.
10. Otak-otak - rm1.20/batang.
11. Satar - rm3/3 ketul.

Comments

Maknanya KUIH jatuh satu lima poseng? mahai no  Post time 25-7-2012 06:13 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.368051 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list