|
salam.
saya pernah ada waswas tentang agama. tentang nabi. dlm al-quran dan hadis-hadis nabi banyak sarankan kita supaya memberi harta kpd orang miskin, anak yatim, dan sebagainya. nabi pula macam mana? adakah dia "walk the talk"? demi allah bukan niat saya untuk kedengaran biadap. cuma perkara ni terlintas, sebab saya tak tau ada ka dak hadis nabi yg menerangkan macam mana nabi menginfaqkan hartanya.
kalau boleh ada sapa-sapa yg terangkan kat saya:
-nabi sumber pendapatan dia macam mana?
-nabi infaq berapa banyak drpd hartanya? how much in percentage did he spend from his wealth kpd anak yatim, orang miskin, etc
-nabi bagi berapa kerap kpd orang miskin, anak yatim, etc?
-nabi bersedekah dlm bentuk apa? harta ka, makanan ka, tanah ka, tenaga kerja ka?
kpd sesiapa yg berilmu, tolonglah terangkan.
juga, macam mana dgn harta seperti khumus, faie, khaybar, fadak, banu nadir, etc yg diberikan kpd nabi. nabi buat apa dgn harta tersebut. adakah nabi menginfaq drpd harta tersebut juga. |
|
|
|
|
|
|
|
what 's the motive of the question?
okay .
Answer sifat wajib bagi rasul dan nabi saya andaikan anda tahu sifat wajib bagi Rasul
then jawapan anda atau persoalan di atas rasanya sudah ada jawapan
anda tahu banyak pasal bani . atau kaum kaum yg anda sebutkan di atas dan saya yakin anda dapat menjawab persoalan saya, dengan yakin. |
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by Abangcute on 21-7-2012 02:13 PM \n\nSalam.
Was-was adalah tanda wujudnya syaitan yang menapak dihati. Tatkala anak-anak Adam sudah sebati dengan syaitan, maka apa yang dilakukannya adalah hasil didikan syaitan dan apabila Al-Quran dan Sunnah diperkatakan muncul hati yang MEMBANTAH dalam erti kata keraguan. Itu perkara BIASA!! Kerana sifat manusia yang melihat kepada KEPENTINGAN DUNIAWI.
Sebelum menjawab soalan, adalah lebih baik saya menerangkan sepatutnya SAYA TIDAK MENJAWAB SOALAN Tuan. Akan tetapi kerana saya antara mereka-mereka yang pernah Allah sesatkan, boleh nasihatkan ini sahaja, KEMBALILAH kepada kalimah Lailahaillah (Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah MelainkanNya), Muhammadun Rasullullah (Muhammad Itu Pesuruh Allah). Bacalah Al-Quran Dan Sunnah. Carilah guru (beriman lagi bertaqwa) kalau hati anda masih penuh dengan BISIKAN-BISIKAN. Untuk memohon perlindungan dan kasih sayang Allah ucaplah : Subbahanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, Allah Huakbar (SEBANYAK YANG BOLEH SEHINGGA HATI DIBERIKAN NUR KEBENARAN!!), bacalah surah Yassin setiap hari dan mohon kepada Allah perlindungan dalam ERTI KATA YANG SEBENARNYA, sesungguhnya manusia itu HAMBA dan Allah Adalah Segala-galanya kepada KITA. Dan harus ingat, jika apa yang saya sampaikan MENYIMPANG DARI APA YANG ADA DALAM AL-Quran dan Sunnah... ragu-ragu jgn ikut. Nak ikut kena ler belajar Al-Quran dan Sunnah dalam erti kata sebenar. Melainkan anda ditakdirkan untuk TIDAK PATUH KEPADA PERINTAH ALLAH sudah tentu anda tidak berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan...Sekadar berkongsi. Sesungguhnya Allah jua Yang Menentukan Segala-galanya kepada yang MAHU KEMBALI KEPADA YANG HAQ.
Wallah Hualam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak nasihat kepada diri saya dan semua... Renunglah ayat ini :
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Al-Hadiid 57:20)
Yang dimaksudkan ayat ini perihal fasik dan munafik. So sila baca link ini http://www.surah.my/57?q=melihat+kelebihan+dunia#20 dan kalau tak faham.. cari guru yang muktabar dengan meletakkan diri tu HINA walaupun GURU BERKENAAN SOMBONG.... dan ingat... kalau dah TAHU SEMUA ILMU SEKALIPUN, hinakan diri kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya dan pengetahuan kita sebesar atom cuma. Ingatlah, apa jua perkara yang dilakukan dalam erti kata TIDAK MENYOMBONG DIRI. Itulah kunci untuk keselamatan orang-orang yang disesatkanNYA. Semoga anda diberikan hidayah kebenaran dan petunjuk dalam erti kata yang sebenar-benarnya olehNYA. |
|
|
|
|
|
|
|
saya ni takde ilmu sangat. tapi dari kisah2 nabi yang saya belajar dari kecik dan dari hadith2 yang ustaz2 dimasjid dan majlis2 agama kongsikan, saya rasa nabi kita sangatlah walk the talk. nabi bukan macam politician2 sekarang yang kata peduli pada rakyat tapi rumah mereka gedabak sedangkan rakyat ade yang kelaparan. nabi sendiri walaupun menikah dengan sudagar kaya raya tapi tidak pernah hidup dalam keselesaan macam orang kaya.
ada satu kisah yang saya pernah dengar dimana sahabat sampai menangis tengok belakang nabi yang berbirat2 kerana tempat tidur nabi yang tak tak mewah dan sangat dhaif. ada juga kisah dimana setelah menjadi khalifah, saidina abu bakar bertanya pada rakyat ape kebiasaan nabi.salah satunya adalah memberi makan pada pengemis buta(kalau tak silap) yang benci dengan nabi(sebab dia tak tahu itu nabi). bila abu bakar datang memberi makan pada pengemis tu, terus dia tahu bahawa yang beri makan pada hari itu bukan orang yang biasa bagi makan pada dia sebelumnya. bila abu bakar tanya camne awak tahu? pengemis menjawab biasanya makanan yang diberikan pada dia akan dikunyah dulu supaya mudah dimakan olehnya. pastu bila abu bakar bitau yang sebelum ni nabi yang selalu bagi makan kat pengemis tu, terus pengemis tu masuk islam.
maafkan saya kalau cerita diatas tu cam tak lengkap.kalau salah harap perbetulkan. yang penting saya tau nabi bukan hipokrit macam kebanyakan orang sekarang. nabi sangat 'walk the talk". kalau nabi hipokrit, takkan mungkin islam dapat bertahan sehingga sekarang dimana berbilion2 orang menganut agama islam.dan islam menjadi agama yang paling laju dari segi peningkatan orang masuk islam dalam dunia.even nabi didaulatkan no satu dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam dunia. saya rasa sifat hipokrit takkan boleh menjadikan islam seperti sekarang.
p/s - just my two cents
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anda bacalahlah al Quran. InsyaAllah dengan mukjizat yang ada pada al Quran anda akan mendapat pencerahan...
Di lihat dari soalan anda sememangnya sedikit tetapi kupasan yang hendak diberikan bukan lah setakat pada bicara pokok sahaja. Ia akan membabitkan lain lain kupasan yang berhubung kait di antara satu sama lainnya. |
|
|
|
|
|
|
|
unhas posted on 21-7-2012 07:23 PM 
saya ni takde ilmu sangat. tapi dari kisah2 nabi yang saya belajar dari kecik dan dari hadith2 yang ...
salam. tq kerana keprihatinan saudara. saya pun ada terbaca sebegitu.
cthnya hadis-hadis yg saya ada baca:
-keluarga nabi saw tak pernah makan kenyang tiga hari berturut-turut
-rumah keluarga nabi ada kalanya berbulan-bulan tak nyala api
-nabi tak pernah makan daging dgn roti kedua-duanya sekali
-jika ada roti pun roti dibuat dgn barli, bukan roti gandum. barli pun barli kasar, sebab tak boleh tapis jadi fine
-keluarga nabi selalunya hanya makan kurma dgn air
-umar kata dia ingat zaman nabi semasa dia khalifah, nabi hanya boleh makan kurma yg tak elok
-nabi hanya tidur atas pelepah kurma
-umar pernah menangis melihat kedhaifan keadaan nabi
juga ada hadis yg kata:
-ibn abbas kata nabi insan paling pemurah dikenalinya, terutamanya di bulan ramadan, nabi memberi seperti angin
-nabi tak pernah tolak apa-apa permintaan yg orang minta kat dia
-umar kata tanah khaybar nabi set apart untuk menanggung ibnu sabil
-umar ka abu bakr, saya tak ingat, terangkan kat ali, nabi hanya mengambil drpd tanah fadak setakat keperluan keluarga saja, selainnya dia begi ke jalan allah
-umar ibn abdul aziz kata nabi gunakan tanah fadak, berkali-kali untuk keperluan orang miskin dari bani hasyim dan kepd orang yg nak menikah tapi tak mampu
-ada satu hadis yg saya tak pasti maksudnya, bilal kata, dialah uruskan akaun nabi, nabi tak ada apa-apa. bila ada orang muslim yg memerlukan, nabi suruh bilal bagi pakaian, bagi makan. sekali bilal berhutang, nabi langsaikan hutang bilal dgn hadiah yg org lain bg kat nabi. last kali ada lebih berapa dinar ka dirham, nabi kata dia takkan pulang ke rumah selagi bilal manage to give away duit tu kat orang lain. kpd sesiapa yg faham akan hadis ni, tolong terangkan kat saya, bila bilal kata :"bila ada orang muslim datang..." etc, tu , tu sekali saja ka, atau masudnya berulang kali?
cuma saya was-was, sebab saya tak tahu akan hadis yg menerangkan explicitly bagaimana nabi infaqkan hartanya, berapa kerap, berapa banyak, etc |
|
|
|
|
|
|
|
nabi already RUN his talk....
Last edited by ussopp on 21-7-2012 08:54 PM \n\n

Baginda tidak mempunyai meja makan. Makanan diletak di atas lantai. Baginda menyuap makanan yang ada dengan 3 jari. Baginda tidak pernah mencela makanan. [Riwayat Bukhari dan Muslim].
Aisyah r.a berkata, “Kadangkala sebulan berlalu namun kami tidak menyalakan api di dapur,. Kami hanya makan kurma dan air sahaja kecuali jika ada seseorang yang menghadiahkan sedikit daging kepada kami” [Riwayat Bukhari]
Siti Aisyah r.a berkata bahawa alas tidur Rasulullah SAW adalah daripada kulit yang diisi dengan serabut [Riwayat Bukhari]
Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu pernah menangis melihat kesahajaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai beliau hanya tidur di atas selembar tikar tanpa dialasi apapun. Umar radhiyallahu ‘anhu berkata:
فَرَأَيْتُ أَثَرَ الْحَصِيْرِ فِي جَنْبِهِ فَبَكَيْتُ. فَقَالَ: مَا يُبْكِيْكَ؟ فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، إِنَّ كِسْرَى وَقَيْصَرَ فِيْمَا هُمَا فِيْهِ وَأَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ. فَقَالَ: أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُوْنَ لَهُمُ الدُّنْيَا وَلَنَا اْلآخِرَةُ؟
Aku melihat bekas tikar di lambung/rusuk beliau, maka aku pun menangis, hingga mengundang tanya beliau, “Apa yang membuatmu menangis?” Aku menjawab, “Wahai Rasulullah, sungguh Kisra (raja Persia, –pent.) dan Kaisar (raja Romawi –pent.) berada dalam kemegahannya, sementara engkau adalah utusan Allah2.” Beliau menjawab, “Tidakkah engkau ridha mereka mendapatkan dunia sedangkan kita mendapatkan akhirat?” (HR. Al-Bukhari no. 4913 dan Muslim no. 3676)
pesanan: kita juga pernah tertarik dgn kata2 sang pewas-was, mereka kata apa perlunya berselawat kepada nabi.? padahal baginda sudah dijamin syurga.
tp bila kita menyelusuri kehidupan baginda, memang akan menyebabkan kita terasa nak selawat pun pada baginda.
wallahua'lam...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sojourner posted on 21-7-2012 08:38 PM 
salam. tq kerana keprihatinan saudara. saya pun ada terbaca sebegitu.
cthnya hadis-hadis yg say ...
saya rasa cam faham maksud saudara. saudara nak yang detail cam ala2 catatan dalam akun tu kan? saudara nak tahu berapa jumlah harta nabi, berapa pengeluaran, masukaan dan berapa jumlah baginda infaq? camtu ke? maaf kalau saya salah anggap. tapi saya rasa zaman dulu2 mana ada sistem management catatan yang camtu. dari mulut ke mulut je kan? even pengumpulan alquran dan penulisan pun dilakukan pada zaman uthman. so saya rasa saudara kena menyedari perbezaan zaman dulu dengan zaman sekarang.
p/s - sekali lagi, kalau saya salah, tolong sesapa betulkan saya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada hikmah apabila prophet Muhammad SAW tak buat terlalu details sebab kalau details then....
yg perbuatan , perkataan, tingkah laku Nabi Muhammad tu kan sunnah... |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 22-7-2012 05:07 AM 
ada hikmah apabila prophet Muhammad SAW tak buat terlalu details sebab kalau details then....
...
elaborate sket mod....contoh...? huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 22-7-2012 07:54 AM 
elaborate sket mod....contoh...? huhu...
sebab ada kan satu hal yg Nabi ke pernah bersabda yg apa apa yg dilakukan ( i tak pasti ni hadith ke ape ) ikut kesesuaian budaya kaum itu lah ...terutama dalam hal yg berkaitan dengan perlaksanaan sesuatu
i dengaq someone cakap cam ni - dan that is why baginda tak nak ( bukan bereeti tak teliti ) going too detail dalam beberapa perkara tertentu
solat terawikh - baginda buat 8 kat masjid secara berjemaah kan tapi baginda buat solat sunat terawikh bila sampai rumah so mmg kita nampak 8 rakaat je walhal he performed solat terawikh juga kat rumah.
so kalau baginda buat atau fixed number berapa rakaat sunat terawikh kot tak terbuat kot yg mak cik mak cik ke ape ke
so ade hal tertentu baginda tak nak details dan kita kena agak agaklah , even surah pun tak panjang
tapi u pi terawikh kat kg bharu ...well...u know...qunut dia ( i mean u know dia ni - i mean imam tu jenih yang m baca qunut la tang witir tu ) well...bolehlah gerak kepala lutut sikit ..sebab panjanggggggg... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai umat Islam murtad setelah mereka was-was mengenai Islam dan sering mendapat maklumat silap mengenai Islam.Mereka juga murtad kerna terlalu mahukan kebebasan seeprti agama lain,contohnya seks bebas dna makan apa sahaja walaupun wang haram.
Sebaiknya belajarlah agama dengan pakar agama,bukan mereka yang menggunakan agama untuk politik,wang dan sebagainya.
Ulama' jahat terlampau ramai di dunia akhir zaman...... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semuer,
Perasaan WAS WAS adalah kerana kurang ilmu.
Keyakinan/iman terbit daripada ilmu.
Utk mendapat ilmu tersebut, seseoghang perlu lah pergi belajar.
Kaedah/cara pembelajaran ialah:
1. dgn Guru yg Mursyid.
2. kitab kitab yg benar/betul
Hendak tahu perihal Rasulullah saw??
Pagi Sabtu yg lepas, Ustaz teman kata ada satu buku/kitab yg mencerita ttg Rasulullah saw.
Cara makannya, pakaiannya, sifat nya.....ghoper bentuk baginda saw etc.
Ini agar kita 'lebey mengenali' Rasulullah saw.
Yang teman tahu............sekiranya seseoghang itu semakin 'hampir' dgn Allah swt, dier akan menjadi semakin miskin!!! 
Tiada ghumah bungalow utk diri nya n keluarga.
Tiada Merc or BMW....
Haper tidak nya................abih di gunakan utk membantu oghang Islam n Agama mereka.
Contohnya Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Abd Rahman b Auf, Umar Abd Aziz......(TG Nik Aziz)
Tapi pendakwah jaman sekarang....................laen. 
Ghumah bungalow....
Business sana sini...
Naik Merc or BMW.
Jadi..........sama sama lah fikir.
Ke arah mana kita tuju.....
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
bnyk info berguna..
terima kasih ;) |
|
|
|
|
|
|
|
GuaAnakMelaka posted on 23-7-2012 03:21 AM 
Ramai umat Islam murtad setelah mereka was-was mengenai Islam dan sering mendapat maklumat silap men ...
tulah depa tak nak faktor 'agama' ni mengekang ...walhal ada unsur jahil dan persepsi egatif terhadap agama tu depa tak periksa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenali Allah dalam erti kata sebenar. Was2 wujud kerana sifat wahan (cinta dunia takut mati). Mohon perlindungan dengan Allah setiap masa. Tahukah anda sekiranya was2 wujud dalam hati terhadap Al-Quran dan Sunnah, itulah calon yg telah ditetapkan neraka berdasarkan pada qada dan qadar. Bila seseorang punyai masaalah dalam rukun Iman, maka anggaplah diri anda didalam neraka dan utk mengubahnya jadilah insan yg beriman dan bertaqwa dalam erti kata menerima ketentuanNya. Allah jua Yg Maha Luas Pengetahuan. Wallah Hualam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|