WORCESTER, Mass. (AP) — Frank Dan Louie adalah seekor kucing yang lahir dengan dua muka, dua mulut, dua hidung dan tiga biji mata – sungguh ganjil bukan?
Ketika baru lahir, kucing itu hendak ditidurkan atau dimatikan oleh doktor haiwan akibat kecacatannya. Namun bernasik baik apabila ia diselamatkan seorang wanita bernama Marty Stevens.
Dan kini, sudah 12 tahun Frank dan Louie, yang bermata biru menikmati hidupnya.
Lebih hebat lagi, kucing itu masuk dalam senarai Guinness World Records edisi 2012 sebagai kucing Janus yang paling lama hidup di dunia ini.
Jansu adalah salah satu daripada Dewa Roman yang memiliki dua muka. “Setiap hari adalah satu anugerah untuk Frank dan Louie kerana kucing dalam keadaan ini sepatutnya hanya hidup antara 1 hingga 4 hari selepas dilahirkan,” kata Stevens sambil mengusap kucing kesayangannya itu. “Setiap hari saya bersyukur kepada tuhan kerana masih membenarkannya hidup,” tambahnya.
Hanya dua daripada tiga mata Frank Dan Louie berfungsi. Mata tengahnya tidak mampu ditutup menyebakan kucing itu seolah-olah sedang memandang tempat lain ketika dua matanya yang lain tertutup.
Walaupun kelihatan ganjil, Frank Dan Louie adalah seekor kucing yang mesra dengan sesiapa sahaja.