CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3056|Reply: 7

Putusnya Silaturahim dengar adik beradik/Keluarga?

[Copy link]
Post time 7-7-2012 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by TOPwind at 7-7-2012 08:28

1 Adakah jika tidak bertegur sapa. 2 Dah fedup dengan peragai memasing.
3 Saja je nak bersendirian.
4 Jumpa /call bila nak raya je..
5 Tak sehaluan.
6 Menyampah.
7 Tiada niat buruk atau jahat cuma malas je...
8 Happi mepi bersedirian.
9 Masing masing hal memasing.
10 Berjahuahan dan tak kuasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2012 07:02 PM | Show all posts
how about sibuk sangat sampai tak ade masa walhal tak ada apa apa pun konflik  ...???
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 09:32 PM | Show all posts
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Riwayat al-bukhari
Huraian:
Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.
Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 10:55 PM | Show all posts
macam mana pula jika suami menyuruh isteri memutuskan tali persaudaraan dgn keluarga isteri? isteri perlu tinggalkan suami atau perlu patuh pada suami?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 10:34 PM | Show all posts
kekadang kan, kalu duduk jauh hubungan kekeluargaan itu erat, ye la kan, jumpa pun sekali sekala sahaja..
tapi, kalu rumah dekat2, nape selalunya, ada je yg tidak kena?
walaupun dengan adik beradik sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 11:57 PM | Show all posts
kekadang kan, kalu duduk jauh hubungan kekeluargaan itu erat, ye la kan, jumpa pun sekali sekala sah ...
zarith_dayana Post at 8-7-2012 22:34



   kalau sama2 tahu tanggungjawab masing2 dan menjaga adab & petuturan supaya tidak sampai mencerobohi hak orang lain, insyaAllah tak kan ada masalah.. tak kira jauh atau dekat.. masalah selalu timbul bila masing2 tak ada ilmu, tak tau apa yg boleh dan apa yg tak boleh, apa yg patut dan apa yg tak patut.. kalau ingin kemaslahatan, balikla kepada Al-Quran dan sunnah.. Islam tu kan syumul... sunnah nabi pula sangat indah kalau di dalami dan dicontohi dalam apa jua keadaan.. kalau akhlak Nabi saw sentiasa dalam hati dan jadi amalan setiap masa, alangkah indahnya silaturrahim..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2012 08:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by zarith_dayana at 10-7-2012 08:05
kalau sama2 tahu tanggungjawab masing2 dan menjaga adab & petuturan supaya tidak sampai men ...
manganini Post at 8-7-2012 23:57


itu la... masalahnya, tak menjaga adab , tingkahlaku, mcm mana silaturrahim antara adik beradik nak ok..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 11:30 AM | Show all posts
nak masuk Sorge cepat ke lambat?
kalau nak cepat,cari ilmu & buat amal soleh
kalau nak lambat,pilihan sendiri la...mungkin sbb dh byk sgt tepuk utk sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060033 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list