CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183432|Reply: 2576

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 3-7-2012 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Nicki_Meow at 12-10-2015 08:44 AM



ROMANCINTA

Fifi atau nama penuhnya, Sofea Raihana adalah anak kepada seorang tokoh korporat ternama. Fifi telah terlanjur dengan teman lelakinya - Shah, dan Shah meninggalkan Fifi di saat dia berbadan dua. Demi menutup malu, bapa Fifi, Tan Sri Yusuf meminta bantuan Fandi, seorang pemuda yang baru dikenalinya untuk menikahi Fifi. Tan Sri Yusuf menjanjikan wang sebanyak seratus ribu ringgit seandainya Fandi bersetuju untuk  menerima Fifi sebagai isteri.

Fandi melihat ini sebagai peluang keemasan. Wang bukanlah penyebab utama untuk Fandi menerima tawaran Tan Sri Yusuf. Dalam masa yang sama, Fandi mahukan bantuan Tan Sri Yusuf untuk mencari Nabilah – adiknya yang telah lari dari rumah sejak dua tahun dahulu.           

Tiada sesiapa yang menjangka, Shah sebenarnya seorang penjenayah. Shah, atau lebih dikenali sebagai Shark dalam dunia gelap, adalah samseng yang terlibat dalam kes-kes penyeludupan dadah dan pelacuran. Shah atau Shark adalah anak buah kepada Jedi. Geng Jedi merupakan kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis.

Namun, kewujudan Jedi umpama satu misteri. Jedi seperti bayang-bayang di malam hari. Tiada seorang pun tahu identiti sebenar Jedi malah, tiada siapa yang tahu wajah sebenar Jedi. Ianya menjadi teka-teki, bukan saja dikalangan orang-orang Shark malah, kepada pihak polis sendiri. Atas sebab tertentu, Shark juga tidak pernah membuka mulut tentang siapa sebenarnya Jedi.

Tekad pihak polis untuk menjatuhkan Geng Jedi semakin membara. Shark dijadikan umpan untuk memaksa ketua kumpulan penjenayah itu keluar dari bayang-bayangnya.

Penglibatan Shark dengan jenayah telah memakan diri. Shark telah dikhianati oleh orang-orangnya sendiri. Hidupnya menjadi porak-peranda. Shark menjadi buruan bukan sahaja oleh pihak polis, dia juga sedang diburu oleh orang-orang Jedi. Keseorangan dan terdesak untuk melarikan diri, Shark akhirnya menjadikan Fifi sebagai tebusan.

~ JUNE 2015 ~



*Operasi Buka Pagar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2012 12:29 AM | Show all posts

PROLOG

Hujan renyai-renyai yang turun seolah-olah mengiringi perjalanannya. Dia juga terasa ingin menangis. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menangis untuk seorang perempuan tetapi pada hari ini, air mata lelakinya menjadi murah.


Ya ALLAH,

Aku tak mengerti segala apa yang telah KAU aturkan untukku. Tapi aku redha menerimanya. Andai dia memang milikku, KAU kembalikanlah dia padaku suatu hari nanti.



Sofea Raihana,

Aku pernah bermimpi yang satu hari nanti kita akan kekal selamanya tetapi kini aku mengerti, ianya tak mungkin terjadi. Telah ku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk mu tetapi aku gagal. Maafkan aku kerana pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Pergi ku ini bukan kerana benci, tetapi aku pergi kerana aku tak mampu mencintai jika kau juga tidak mencintai aku.



Harris Saifullah,

Ketahuilah walaupun hadirmu tidak di pinta, namun kamu adalah sebaik-baik anugerah ALLAH. Doa ku pohon agar dikau sentiasa di dalam Rahmat Ilahi. Semoga kamu akan menjadi sehebat namamu suatu hari nanti.









Lebuhraya agak lengang ketika ini. Dia meneruskan perjalanannya tanpa henti. Kuala Lumpur sudah jauh di belakang tetapi hatinya tertinggal di sana. Last edited by Nicki_Meow on 25-9-2012 12:18 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 12:33 AM | Show all posts
Episode 1

Suasana tegang melanda banglo mewah yang terletak di Taman Melawati itu. Tiada kata-kata yang keluar daripada para penghuninya. Wajah Datuk Yusuf kelihatan berkerut. Sesekali dia menarik nafas, berusaha menenangkan perasaaan. Hanya lafaz zikir di ucapkan dalam hati agar syaitan tidak terus menghasut amarahnya. Datin Haryati masih teresak-esak menangis. Pilu hati seorang ibu tidak dapat disembunyikan. Berita yang di terima bagai batu menghempap dirinya.  

Fifi pula tidak menunjukkan sebarang riak perasaan. Seolah-olah berita yang di sampaikan dari mulutnya itu berita biasa-biasa sahaja. Tiada rasa sedih, takut, marah mahupun malu. Wajah mama dan papanya di pandang bergilir-gilir, menantikan kata-kata seterusnya.

“Fifi tahu tak apa yang Fifi dah buat?” Akhirnya Datuk Yusuf membuka mulut setelah lama berdiam diri. Dia masih membelakangkan isteri dan anak perempuannya. Tidak mahu berhadapan, bimbang itu akan menaikkan lagi marahnya.

“Papa tak tahu apa yang merasuk fikiran Fifi sampai sanggup Fifi buat begini pada papa, pada mama”

“Apa lagi yang tak cukup Fifi? Apa yang Fifi nak, semua kami tunaikan. Kami didik Fifi, berikan yang terbaik untuk Fifi, tapi ini yang Fifi balas?” Satu demi satu ayat keluar dari mulut Datuk Yusuf.

“Papa, biasalah benda-benda ni semua” Fifi merengus sambil menjeling Datuk Yusuf.

“Biasa? Fifi kata biasa? Penat-penat papa hantar Fifi belajar agama, ini jawapan Fifi?”

“Normallah tu.” Fifi menjawab.

“Apa yang normal?” Suara Datuk Yusuf agak tinggi kali ini.

“Perempuan mengandung, normallah. Apa masalahnya?”

“Masalahnya, Fifi mengandung tak ada suami. Anak tu anak luar nikah, Fifi faham tak?”  Fifi diam tidak menjawab. Namun di wajahnya masih tiada riak.

“Siapa dia?” Datuk Yusuf bertanya lagi.

“Siapa apa?”

“Anak dalam perut Fifi tu! Siapa bapak dia?” Fifi diam, menarik nafas sekali.

“Shah” Perlahan Fifi menjawab.

“Siapa?”

“Shah” Ulangnya dengan lebih kuat.

“Shah mana?”

“Shahrizal” Akhirnya Fifi menyebut nama penuh.

“Siapa Shahrizal?”

“Fifi kenal dia masa birthday party Nina” Fifi menjawab dingin. Letih di soal jawab begitu, apatah lagi emosinya sejak akhir-akhir ini tidak stabil. Datuk Yusuf menggelengkan kepala.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 12:36 AM | Show all posts
“Lagi?” Fifi diam. Yang sebenarnya, dia pun tidak berapa tahu banyak informasi tentang Shah.

“Takkan itu ke yang Fifi tahu pasal jantan tu?” Fifi hanya menggelengkan kepala.

“Tak tahu? Fifi ke hulu ke hilir dengan dia, Fifi dah tidur dengan dia, mengandung anak dia…”

“Abang!” Datin Haryati menegur. Tidak mahu suaminya itu terlepas lebih banyak kata. Datuk Yusuf menarik nafas.

“Dah berapa bulan?” Datuk Yusuf bertanya lagi.

“Lima minggu” Fifi menjawab.

Itu yang dia dengar daripada Dr. Syarifah, doktor yang merawatnya di klinik. Kalau tidak kerana dia pitam secara tiba-tiba di kolej siang tadi, sudah pasti dia pun tak tahu yang dia sudah mengandung. Patutlah sejak akhir-akhir ni Fifi terasa badannya lemah dan dia belum datang bulan seperti yang sepatutnya. Tapi, dia tidak langsung merasa loya seperti lazimnya wanita yang mengandung.

“Fifi rasa, nak ke si Shah tu bertanggungjawab?” Soalan Datuk Yusuf kedengaran sinis.

“Shah cintakan Fifi. Dia pasti akan bertanggungjawab”

“Cinta?” Datuk Yusuf hanya mengeluh mendengar jawapan Fifi. Wajah anaknya bongsunya yang baru menginjak 19 tahun itu di pandang lama.

“Shah sayangkan Fifi. Dia cintakan Fifi. Dia akan kahwin dengan Fifi!” Fifi berkata lagi apabila melihat Datuk Yusuf hanya mendiamkan diri.

Fifi yakin, Shah betul-betul cintakannya, betul-betul sayangkannya. Dengan Shah, dia di layan seperti puteri kayangan. Walaupun sudah di beri amaran oleh rakan-rakannya yang Shah tidak boleh dipercayai namun Fifi tak peduli. Lelaki itu terlalu istimewa baginya.

Fifi juga akui, dia amat menyayangi Shah. Terlalu sayang sehingga dia permata berharga miliknya tergadai begitu sahaja. Walaupun pada mulanya dia tidak merelakan tetapi akhirnya Fifi tewas pada pujukan dan janji manis Shah. Fifi sangat yakin dengan perasaannya. Sebab itu, dia tidak gusar apabila mendengar berita yang dia mengandung. Dia yakin Shah akan bertanggungjawab. Dalam diam, Fifi sebenarnya mengharapkan dia dan Shah akan di satukan secepat mungkin. Bila mereka di satukan, Shah akan menjadi miliknya seorang. Tiada lagi wanita-wanita miang yang mahu merampas Shah darinya.

“Papa, Fifi nak kahwin dengan Shah” Tanpa rasa malu, Fifi menuturkan kata-kata itu.

“Papa tak rasa lelaki tu nak kahwin dengan kamu”

“Shah baik papa, tak mungkin dia akan tinggalkan Fifi” Datuk Yusuf menggelengkan kepala.

“Papa lebih dulu hidup dari Fifi. Papa dah masak dengan segala jenis perangai manusia dalam dunia ni. Kalau Shah tu baik, tak mungkin dia akan sentuh kamu sebelum waktunya” Datuk Yusuf membalas.

“But papa, we love each other. We do it because of love…”

“Sudah Fifi! Kamu masih nak pertahankan lelaki tu? Cinta konon! Sebab cintalah mata kamu buta” Datuk Yusuf meninggikan suara. Hatinya terasa sebal mendengar kata-kata kurang matang dari Fifi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 12:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-7-2012 15:07

“Fine! Fifi salah. So what you do you want me to do now?!” Fifi juga mula meninggikan suara.

“Kalau ikutkan hati papa, papa nak Fifi gugurkan kandungan ni”

“Nak gugur, gugurkan ajelah” Fifi menjawab lagi.

“Astaghfirullahhaladzim… budak ni”

“Abang… sabar” Datin Haryati mencelah. Bimbang sekiranya suaminya itu menaikkan tangan. Datuk Yusuf menggelengkan kepala lagi seraya menarik nafas.

“Selama ni papa bagi Fifi kebebasan, apa saja kehendak Fifi kami ikutkan. Tapi ini yang Fifi balas. Fifi dah memalukan papa, mama. Fifi dah malukan keluarga kita” Fifi memalingkan muka, tidak mahu memandang papanya.

“Mulai daripada hari ni, Fifi tak boleh keluar rumah lagi tanpa keizinan papa dan mama”

“What?!” Merasakan kebebasannya bakal dirampas, Fifi mula resah.

“But papa, macam mana dengan study Fifi?” Fifi mengajukan soalan, lebih kepada mencari alasan. Yang sebenarnya, dia bimbang tidak akan dapat berjumpa dengan Shah lagi.

“Berhenti belajar. Fifi nak pergi kolej dengan perut memboyot? Nak bagi malu pada papa? Pada mama?” Fifi mendiamkan diri. Nafasnya mula turun naik manakala otaknya cuba mencipta pelbagai alasan.

“Dan jangan sekali-kali kamu cuba jumpa Shah”

“Papa… apa ni?” Tak boleh jumpa Shah? NO!

“No way papa. Fifi nak jumpa Shah. Fifi sayang Shah” Datuk Yusuf hanya mendiamkan diri.

“Papa!”

“Jangan melawan Fifi. Cukuplah apa yang Fifi dah buat pada papa, pada mama” Kali ini, Datin Haryati bersuara. Tangisannya sudah reda.

“Papa…ini anak Shah papa. Fifi mesti kahwin dengan Shah!”

“Stop it, Fifi. Jangan nak melawan lagi. Kalau papa dapat tahu Fifi keluar tanpa pengetahuan papa, I will send you to rehab” Keras suara Datuk Yusuf kali ini. Dia pun sudah penat, tidak mampu lagi untuk bertelingkah.

“Huh” Fifi merengus, matanya mula berkaca. Dengan pantas, dia meninggalkan ruang tamu itu lalu menuju ke biliknya tanpa menoleh lagi.

Datuk Yusuf hanya memerhatikan langkah Fifi hingga hilang dari pandangan. Kemudian, perlahan-lahan dia duduk di atas sofa. Datuk Yusuf menarik nafas beberapa kali, cuba untuk menenangkan dirinya.

“Abang…” Datin Haryati memanggil. Datuk Yusuf menoleh.

“Apa kita nak buat sekarang?”   

Datuk Yusuf menggelengkan kepala. Fikirannya juga kusut. Dia menghela nafas dan melepaskanya perlahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 12:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-7-2012 15:09

Di dalam bilik, Fifi menangis. Tangisan yang di tahan sejak dari siang tadi. Dia tidak menangis apabila Dr. Syarifah memberitahu berita itu. Malah dia juga tidak menangis ketika menyampaikan berita itu kepada mama dan papanya. Namun, itu semua hanyalah dia luaran. Di dalam hatinya, hanya TUHAN yang mengetahui. Dan kini, dia menghamburkan semua tangisannya sendirian.

Pada awalnya, Fifi merancang untuk merahsiakan kehamilannya dari papa dan mama. Tetapi dia tidak menjangka, perbualannya di telefon dengan Nina didengari oleh mamanya.

Aku mengandung? Seboleh mungkin, Fifi cuba menidakkan fakta itu. Fakta yang dia sudah hamil. Dan yang paling teruk, dia hamil tanpa suami yang sah. Fifi memejamkan mata. Secara perlahan-lahan, Fifi mengusap perutnya seolah-olah mencari sesuatu. Perutnya masih rata, seperti tidak mengandung.

“Bila dah masuk lima minggu ni, belum nampak lagi perubahan pada perut puan ya. Tetapi, embrio atau janin sudah ada jantung kecil yang mula berdenyut dan mampu mengepam darah. Kalau puan nak tahu, jantung embrio ni kecil saja. Pada waktu ini juga, organ penting bayi seperti ginjal dan hati akan mula terbentuk” Kata-kata Dr. Syarifah terngiang-ngiang di telinganya. Dr. Syarifah memanggilnya dengan panggilan Puan walhal dia belum berkahwin. Dan dia tidak tahu sama ada Dr. Syarifah memanggilnya puan dengan sengaja atau tidak.

“Shah, where are you?” Fifi berbisik sendiri. Sudah berkali-kali nombor telefon Shah didail tetapi masih tidak dapat di hubungi.

Air matanya turun tanpa henti. Fifi mula teresak-esak. Akhirnya, dia tertidur dalam tangisan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2012 08:37 AM | Show all posts
best la...

sila next!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 10:02 AM | Show all posts
Nicki bebeh... novel ke ni?
Best arrr lagu tu! Macam mana nicki buleh tau pasal lagu zaman tok kadok tu? Cer habaq berapa umoq nicki waktu lagu tu pemes..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2012 12:43 PM | Show all posts
ai like! ai like! ai like! lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 12:45 PM | Show all posts
nicki pun ada cerita baru ... kelllaassss ....

chaiyookk!! .... ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 12:46 PM | Show all posts
Reply 7# sarizu

Next????

Arrggghhhh demam demam demam.....











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 12:50 PM | Show all posts
Nicki bebeh... novel ke ni?
Best arrr lagu tu! Macam mana nicki buleh tau pasal lagu zaman tok kado ...
ladyFinger12 Post at 3-7-2012 10:02


Sinar FM lah... (Style Abby Fana...)

Kadok tak berapa kadoklah Lady ooiiii....

Penyanyi asal - Band Kenny Remy Martin. Di cover semula oleh Premelodic - band yang dah sejuk beku. Bestkan?

Apa tadi? Hang tanya umoq....Muda lagi.....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 12:50 PM | Show all posts
Reply 9# cmf_conan

Coming....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 12:50 PM | Show all posts
Reply 11# Nicki_Meow

jgn demam dulu ... hapdat thread dulu ... ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 12:54 PM | Show all posts
jgn demam dulu ... hapdat thread dulu ...  ..
hotmum Post at 3-7-2012 12:50 [/quote]

Wah Hotmum... di seru-seru terus muncul.

Dah dapat baby ek....congrats!. Very the 'hotmum' lah you...

Boboy ke gegerl? Dengar orang lain dapat baby, terasa nak preggie lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 12:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 4-7-2012 22:01

Episode 2

Datuk Yusuf hanya duduk bersandar di kerusi. Dia masih memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah anak bongsunya. Sudah beberapa hari mereka tidak bertegur sapa. Fifi lebih kerap menyendiri di dalam bilik, menunjukkan tanda protes. Fifi akan hanya bercakap dengan isterinya. Itupun tidak lagi semesra dulu.

Beberapa buah album keluarga berselerak di atas mejanya. Gambar permata hatinya, anak-anaknya di tatap satu demi satu. Dari mereka berumur sehari sehinggalah yang terbaru. Sudah cukup rasanya perhatian, didikan dan kemewahan di berikan kepada mereka. Doa dan harapannya cuma satu, agar kesemua anak-anaknya menjadi seorang yang berjaya di dunia, mahupun di akhirat.

Aidil, anaknya yang sulung bakal mewarisi tempatnya di YH Group of Companies tak lama lagi. Manakala Adzim, kini menetap di Jepun. Setelah habis belajar, Adzim nampaknya telah jatuh cinta dengan negara tempat matahari terbit itu. Tetapi Fifi, hidup anak gadisnya itu seperti kehilangan arah. Anak gadisnya ini lebih suka berpoya-poya lantaran hidupnya yang di saluti kemewahan. Segala-galanya bermula bila Fifi menyambung pelajaran di salah sebuah istitusi pengajian swasta yang terkenal di Cyberjaya. Sejak dari itu, gaya hidup Fifi mula berubah. Mungkin terpengaruh dengan rakan-rakannya yang suka berpoya-poya. Kelab malam menjadi tempat Fifi beriadah. Sudah berkali-kali kata nasihat di berikan, tapi semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Datuk Yusuf memejamkan mata. Buntu fikirannya ketika ini, cuba mencari di manakah kesilapannya. Sudah di berikan segala yang terbaik untuk ketiga-tiga orang anaknya, baik dari segi duniawi mahupun agama. Mungkin memang ada salahnya juga. Fifi satu-satu anak perempuannya. Oleh itu, dia dan isterinya kurang bertegas dengan Fifi berbanding abang-abangnya.

Datuk Yusuf mengeluh lagi. Dia perlu mencari cara untuk segera menyelesaikan perkara ini. Untuk dia menanggung malu sedemikian rupa, agak sukar untuk Datuk Yusuf menerimanya. Dia adalah ahli korporat yang dikenali di Malaysia. Sekiranya keluar berita yang anaknya mengandung luar nikah, sudah pasti imejnya di mata masyarakat akan tercela. Bertahun-tahun dia membina empayar perniagaannya sendiri. Telah di lalui segala ranjau untuk berjaya hingga ke tahap ini Imej yang terpamer cukup sempurna di mata masyarakat.

“Gugurkan anak itu” Bagai ada satu suara menghasutnya entah dari mana.

“Anak itu tidak berdosa”

“Kalau kau taknak malu, gugurkan”

“Aku tak mahu jadi pembunuh”

“Bunuh? Apa yang kau bunuh? Anak itu masih dalam perut ibunya”

“TIDAK”

“Buat senyap-senyap. Takkan ada sesiapa yang tahu”

“Abang” Datin Haryati memanggil. Datuk Yusuf tersentak.

Astargfirullahhaladzim. Ya ALLAH... Subanallah.

Datuk Yusuf segera melafazkan istighfar. Apa yang aku fikirkan ini, Ya ALLAH? Datuk Yusuf meraup wajahnya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2012 01:00 PM | Show all posts
Datin Haryati berdiri sahaja di pintu bilik bacaan itu, mengukir senyuman. Datuk Yusuf turut tersenyum, hambar. Datin Haryati bergerak menghampirinya lalu duduk berhadapan.

“Berterabur album atas meja. Ti lah yang kena kemas nanti ni” Datin Haryati berseloroh.

“Saja, tengok gambar anak-anak” Datuk Yusuf membalas. Datin Haryati tersenyum lagi.

“Fifi macam mana?” Tanya Datuk Yusuf. Senyuman di wajah Datin Haryati pudar.

“Entahlah bang. Dia tak nak cakap banyak. Berkurung je dalam bilik”

“Awak dah tanya Nina, siapa Shah tu?” Datuk Yusuf bertanya lagi.

“Sudah. Tak banyak yang dia tahu. Nina pun first time jumpa Shah masa birthday party dia dulu. Entah macam mana Fifi boleh tersangkut” Terang Datin Haryati.

“Tak membantu” Datuk Yusuf berkata perlahan.

“Kita nak buat apa ni bang?” Datuk Yusuf menggelengkan kepala. Datin Haryati juga terdiam. Seperti suaminya, hatinya juga resah memikirkan anaknya itu.

“Bawa bersabarlah bang. Ini semua dugaan Allah buat kita” Datin Haryati berkata lagi. Datuk Yusuf menganggukkan kepala. Benar kata isterinya, semua ini dugaan. Datuk Yusuf menarik nafas panjang.

“Abang… Sudahlah tu. Jom kita masuk tidur. Dah berumur ni, kena banyak rehat” Datin Haryati mengajak.

“Berumur…berumur pun, macho lagi. Ramai anak dara kat luar tu nak kan saya. Bolehlah awak tambah pelaburan beli payung emas” Datuk Yusuf mengusik.

“Yalah…kita dah tua. Dah tak cantik macam dulu” Datin Haryati mencebik.

“Kita gurau je. Merajuk pulak dia” Datuk Yusuf tersenyum memandang muka cemberut isterinya.

Datuk Yusuf bangun. Hari sudah larut malam. Dia juga ingin melelapkan mata. Tangannya di hulurkan lalu di sambut oleh Datin Haryati.

“Ti, awaklah isteri abang dunia akhirat. Ti lah sumber kekuatan abang. Tak mungkin abang nak cari lain” Datuk Yusuf berkata perlahan. Walaupun sudah berumur dan berkahwin hampir 35 tahun, Datuk Yusuf masih romantik seperti dulu. Tidak segan menunjukkan kasih sayangnya. Datin Haryati terharu memandang suaminya.

“Nanti Ti tolong kemas album atas meja tu ya…”

PAP! Bahu Datuk Yusuf di tepuk.

“Aduh” Datuk Yusuf mengaduh perlahan. Datin Haryati tersenyum melihat gelagat suaminya. Sudah sekian lama berkongsi hidup dengan Datuk Yusuf, sudah masak dengan perangai masing-masing. Dalam gundah, mereka masih bergurau, berharap galau di hati akan berkurangan….walaupun seketika.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 01:02 PM | Show all posts
Reply 15# Nicki_Meow

i ada gak bukak forum ni ... tapi tak boleh nak login ... hahaha ... sbb tgk kat tab ... baru ada kudrat nak duk kat kosi nih ... ngadap pc ... heheheheh .... kita dapat baby boy ... alhamdulillah ... dah 2 pasang ... cukup la dulu ... naktutup kedai sat .... hahaha ....

syiok laa ... ada cerita baru ... tak kebohsanan aii kat umah ni .. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 01:07 PM | Show all posts
Episode 3

Fifi termenung sendirian di atas katil. Hatinya sakit. Di tambah pula dengan keadaan dirinya yang mengandung, semakin menambahkan ketidakstabilan emosinya. Dia lebih mudah menjadi marah. Dia juga kerap terjaga dari tidur ketika waktu malam dan dia terasa lebih cepat penat berbanding dulu. Selera makannya turun. Sepanjang hari Fifi cuma mahu memakan roti dan pisang serta minum susu. Makanan yang lain-lain dia tidak lalu. Tetapi yang peliknya, dia tidak pula mengalami rasa loya seperti lazimnya wanita yang mengandung.

Fifi merengus lagi. Telefon bimbitnya yang baru di campak ke bawah di kutip semula.

Nombor telefon Shah di dail lagi. Sudah berkali-kali di cuba tapi tidak berangkat. Ada kalanya talian langsung tak dapat di tembusi. Memang Shah selalunya begitu. Akan menghilangkan diri beberapa hari dan kemudian muncul semula. Fifi tidak kisah dengan keadaan itu kerana dia pasti, Shah akan tetap mencarinya. Tetapi kali ini, dia betul-betul memerlukan Shah. Shah perlu mengetahui keadaannya. Shah perlu tahu yang dia mengandungkan anaknya. Shah perlu bertanggungjawab!

“Talian yang anda dail tidak dapat di hubungi. Sila cuba sebentar lagi”

Arggghhh! Pick up the phone! Fifi terasa seperti ingin menjerit. Telefon bimbit di hempas ke tilam.

Dia menangis lagi.

************************************************************

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 01:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-7-2012 15:11

Shark menggeliat kecil. Secara perlahan-lahan, dia mengalihkan tangan yang memeluk pinggangnya, tidak mahu menganggu tidur pasangannya yang kelihatan nyenyak sekali. Shark tersenyum memandang Bella. Tubuh wanita itu hanya di tutupi dengan sehelai selimut, begitu juga dirinya. Satu ciuman di berikan di dahi Bella.

“Thanks” Bella bergerak sedikit tetapi masih tidak terjaga.

Shark menolak selimut yang menutupi tubuhnya. Tuala yang terletak di lantai di capai lalu dia ke bilik air. Setelah mencuci muka dan badannya serba sedikit, dia mencapai rokok dan telefon bimbitnya lalu terus keluar ke beranda. Shark berdiri sambil memerhatikan permandangan indah Kuala Lumpur dari tingkat 17, penthouse mewah sewaannya di The Sign, Sri Hartamas. Langit kelihatan gelap tidak berbintang, sepertinya malam ini akan hujan.

Dia menyalakan rokoknya lalu di hisap dalam-dalam. Kemudian, dia memeriksa telefon bimbitnya yang telah di letakkan dalam ‘silent mode’. Nombor telefon itu terpapar lagi di skrin untuk kesekian kalinya. Shark menarik nafas tetapi tidak pula menunjukkan apa-apa riak. Rokoknya di hisap lagi sehingga habis. Setelah itu, dia mendail nombor telefon itu.

“Hi Sayang” Shark menyapa, namun yang di hujung talian hanya mendiamkan diri, merajuk mungkin.

“Sayang… kenapa ni? You tak suka ke I call?” Shark cuba memujuk.  

“Sayang, talk to me. I miss you so much”

“You pergi mana? Dah seminggu I cari you, tapi tak dapat” Akhirnya kedengaran suara di hujung talian.

“You rindukan I ya?”

“Huh”

“Sayang. Kenapa ni? I penat tau. Baru je sampai rumah. Tapi bila I call you, you nak marah-marah pulak”

“I call you banyak kali tapi you tak pernah nak angkat. Sms pun tak ada”

“Kan I dah kata, I pergi oversea… ada kerja. Sorrylah”

“Yalah, tapi takkan sampai tak boleh call I” Suara itu kedengaran merajuk.

“I busy sayang. Bukan I sengaja pun” Tiada jawapan. Hanya terdengar rengusan.

“Sorrylah sayang. I betul-betul busy. I sampai-sampai rumah, terus je I call you. I rindu…” Shark memujuk lagi. Itu memang salah satu kepakarannya, memujuk wanita.

“Sorry ya?” Shark berkata lagi.

“Okay…” Shah tersenyum mendengar jawapan itu.

“Sayang, kenapa ni? Cuba cakap dengan I...you ada masalah ke?” Shark bertanya lagi setelah gadis itu kembali mendiamkan diri. Dia mula terasa malas mahu melayan tetapi di gagahkan juga.

“Bi, I ada problem”

“Okay... tell me. Maybe I can help you to fix it”

“It’s our problem”

“I’m listening…”

“I…I….I’m pregnant” Shark terdiam, agak lama.

“Bi, please say something” Suara itu kedengaran resah.

“Anak I ke?”

“Apa you tanya ni? Mestilah anak you! I bukan pernah main dengan orang lain pun!” Terdengar jeritan bingit di telinga Shark.

“Dah berapa bulan?”

“Masuk ni dah enam minggu” Shark mengeluh perlahan.

“Bi… apa kita nak buat?” Shark kembali mendiamkan diri.

“Bi…” Suara itu seperti merayu.

“Gugurkan?”

“I takut nak gugurkan. Lagipun…papa dah tahu”

Bodoh punya perempuan! Shark hanya mampu memaki dalam hati.

“Bi…”

“Tak apa. Macam nilah. I penat, baru je balik. I nak rehat dulu. You pun pergilah tidur. Dah malam ni”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.186790 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list