CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1310|Reply: 1

'Kewangan Unisel Nazak'

[Copy link]
Post time 2-7-2012 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Kedudukan Kewangan Unisel Kini Berada Dalam Keadaan Nazak Sejak Pakatan Rakyat Ambil Alih




SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel).

Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian.

"Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini, Ahad.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Beliau berkata kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Anggota Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Anggota Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai Anggota Lembaga Pengarah universiti itu.

"Jika zaman BN mentadbir dahulu kita hanya letakkan seorang sahaja wakil kerajaan negeri iaitu Exco Pendidikan, tetapi mereka jelas meletakkan orang politik yang mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan universiti itu," katanya.

Noh turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melantik tiga Timbalan Naib Canselor dengan gred gaji Jusa B berbanding seorang sahaja semasa di bawah B Ndan mewujudkan jawatan Pendaftar Kanan dengan gred gaji yang sama dalam pentadbiran Unisel.

Noh turut mendesak Abdul Khalid menunaikan janji untuk mendedahkan maklumat pemberian kontrak secara rundingan terus di bawah pentadbiran kerajaan Selangor.

"Saya desak mereka dedahkan secepat mungkin, atau mereka boleh dedahkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Jika mereka gagal melakukannya saya akan bantu mereka dedahkan," katanya. BERNAMA

Benarkah seperti yang didakwa di atas? Bincangkan tidak melebihi 500 patah perkataan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2012 12:10 PM | Show all posts
Reply 1# TheLuPikir


   KIRA LEMBU NFC PUN LU TAK TAHU, NAK CAKAP SOAL AKAUN UNISEL PULAK... KAH KAH KAH !

Apa yang lu sebok-sebok suruh Kerajaan Negeri Selangor dedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti selangor (Unisel) wahai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar... apa yang lu tahu pasal kewangan dan pengiraan... suruh lu kira lembu National Feedlot Copration (NFC) pun lu tak tahu kira berapa ekor ada... ini lu nak cakap pasal kewangan terperinci... lu demam ke apa... kah kah kah !.

Lu tak payah susa-susah nak bagi memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel)... apasal nak bagi tempoh seminggu... lu dedahkan lah kalau lu tahu... dan kalau ada penyelewengan lu pergi lah report kat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)... apa lu tak percaya dengan SPRM ke... lu bukan Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang tak percaya dengan SPRM... lu tu Pemimpin Umporno sahabat dengan SPRM lu tahu tak... kah kah kah !.

Sebab kalau lu pergi report mesti cepat punya SPRM ambil tindakan... lu bukan Pemimpin PR yang buat report nanti lu akan disiasat balik... atau lu tak bukti tapi saja-saja nak buat kecoh konon nya macam lu perihatin sangat lah dengan sesuatu Isu... cermin lah dulu muka lu tu wahai Noh Omar oiiii... dan tanya cermin tu siapakah aku ini... mesti cermin tu akan jawap... kah kah kah !.

Lu kalau nak tahu Universiti bukan tempat buat duit keuntungan Gila Babi macam yang lu orang pemimpin Umno lakukan... kalau ada kerugian atas perbelanjaan Universiti untuk Mahasiswa itu adalah wajar.. sebab ianya di belanjakan untuk Mahasiswa... sebab Mahasiswa adalah harta Negara Masa Depan... bukan nya kerugian dan penyelewengan seperti NFC yang lu sendiri pun tak boleh kira berapa lembu NFC ada... kah kah kah !. [sumber klik sini]


hemmmmm..... gua rasa beliau ni kalau tak jadi wakil rakyat nanti boleh lah buat kelas mengajar macam mana nak jadi samseng... sebab kalau nak suruh dia buka kelas pengiraan sudah tentu tak boleh beb kerana dia sendiri pun mengira pun gagal... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.529267 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list