CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarizu

Liana Jasmin-[U]

[Copy link]
Post time 25-8-2012 09:33 PM | Show all posts
nti sambung lg yer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2012 09:39 AM | Show all posts
auntieagony posted on 18-8-2012 12:54 PM
Selamat hari raya... Ingat kan ada sambungan tadi?

sambung sket je auntie
santai2 lagi ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2012 09:41 AM | Show all posts
nhid_tam posted on 25-8-2012 09:33 PM
nti sambung lg yer....

layan sket lagi...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2012 09:42 AM | Show all posts
haruslah dibaca dgn mood raya

edisi balik kampung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2012 09:45 AM | Show all posts
Episod 12

Sara merengek meminta izin daripadaku untuk membenarkannya pergi bercuti bersama keluarga Mila. Tidak dinafikan sememangnya aku tidak pernah membuka peluang untuk membawanya ke mana-mana destinasi percutianpun dalam dunia ni selama lima tahun dia menghirup udara di bumi Allah ini.

“Ibu janji minggu depan kita balik kampung lama sikit.”

Hanya itu janji yang mampu aku buat. Kerana janji itulah semalaman Sara muncung. Mana taknya, Mila ajak pergi bercuti ke London, jauh benar terpesongnya untuk sekadar balik kampung! Ini bukan nak balik raya, ini nak pergi bercuti! Memang aku buat tak faham.

Macamana aku nak faham kalau London pun aku tak pernah jejak, inikan pula nak tumpangkan anak daraku yang sorang tu kepada orang lain? Tapi bukan itu masalah utamanya kerana aku percaya keluarga Mila akan menjaga Sara seperti anak sendiri. Masalah dunianya, mana aku nak cekau duit? Kalau tambang pergi balikpun sudah beribu-ribu, mana lagi nak korek dana untuk percutian selama dua minggu? Menyesal aku kenal dengan keluarga orang kaya tu!

“Mila ajak Sara pergi bercuti sama-sama la, bu... Bukan Sara tak nak balik kampung, tapi cuti sekolahkan lama. Sara tak pernah pergi bercuti, Mila kata London tu best. Lagipun Mila kata kat London sekarang ada salji, mesti best kan dapat main salji kan, bu? Bolehlah Sara ikut ya, bu.”

Aku tadah telinga mendengar ayat Mila kata, Mila kata, Mila kata... Memang bukan salah Mila yang berkata-kata, Sara yang merengekpun tidak salah, mungkin aku lah kot yang bersalah kerana langsung tidak pernah memberi peluang untuk Sara melihat dunia dari sisi lain selain rutin hariannya kini. Mungkin inilah masanya untuk aku memberi sesuatu yang lebih berharga kepada nilai hidup Sara. Aku perlu merancang sesuatu.

“Macam ni Sara...apa kata kalau kita yang ajak Mila balik kampung kita? Mila tu kan tak pernah rasa balik kampung. Dia kan orang bandar. Lepas tu kita sama-sama la bawak Mila tu pergi jalan-jalan tempat menarik,” aku memberi saranan, rasanya idea yang sudah cukup bernas.

Sara kelihatan termenung panjang, agaknyalah sedang mencongak-congak cadangan yang aku sarankan. Jemarinya digerakkan beberapa kali seolah-olah sedang mengira sesuatu. Kira duit ke?

“Cuti sekolah nanti berapa hari, bu? Berapa hari kita nak balik kampung?” Seolah-olah ada sinar dari soalan yang diutarakan Sara.

“Cuti sekolah lama, sebulan lebih. Kita balik kampung seminggu, cukup? Nanti kita sama-sama bawak Mila pergi tengok kambing atok yang banyak tu. Lepas tu kita bawak Mila pergi kebun pisang nenek. Lepas tu kita ajar Mila petik ulam yang nenek tanam tu, ajar dia makan ulam tu cicah dengan budu yang macam selalu Sara buat tu kan...,” aku sakan mempromosi.

“Lepas tu Mila nak buat apa lagi kat kampung?” Sara sudah tertarik.

“Sara bolehlah main lompat getah dengan Mila, main batu seremban, macam-macam lagilah. Kalau Mila dah habis jalan-jalan keliling kampung tu, kita bawak la Mila pergi bandar, makan KFC ke, McD ke, makan pizza ke...ibu belanja yang best-best semuanya. So gooddd!!!” Aku melagukan slogan KFC dengan intonasi tersendiri, semoga terliurlah Sara untuk balik kampung.

“Tapi nak ke Mila tu balik kampung kita? Rumah atok tu kan tak cantik macam rumah Mila,” Sara serba salah.

Aku tersenyum panjang. Mila pastinya akan jatuh cinta dengan rumah kayu berlantai papan, bertiang seri di tengah ruang, berlarian di ruangan bawah rumah yang bertiang tinggi, berkejar-kejaran habis-habisan di laman rumah yang meluas memuaskan hati untuk bergelak riang sehingga terduduk-duduk di tangga kayu rumah yang bertingkat-tingkat. Letih di malam hari diteduhi kelambu mengulik mimpi di atas katil kayu utuh. Lena!

Sesiapa yang tidak sukakan kampung adalah orang-orang yang sangat merugikan. Menjadi orang kampung sangat menenangkan. Kampung juga mengajar erti ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup di kota besar ini.

Esok aku akan pergi jumpa Mak Pah menyatakan hasrat yang satu ini. Semoga terpesonglah hasrat Sara untuk ke London! Terbukalah pula pintu hati Mila untuk menyertai kami balik kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 10:11 AM | Show all posts
sarizu posted on 26-8-2012 09:39 AM
sambung sket je auntie
santai2 lagi ni...

Salam.

Thks Sarizu sbb melayani permintaan auntie... Perasannya auntie ni kan..... Anyway.... best....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2012 02:14 PM | Show all posts
Suruh Sara mintak kat nenek dia yang kedaung tu... Kih Kih Kih

Nak episode 13.... (dan 14, 15, 16, 17...)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2012 03:21 PM | Show all posts
auntieagony posted on 26-8-2012 10:11 AM
Salam.

Thks Sarizu sbb melayani permintaan auntie... Perasannya auntie ni kan..... Anyway.... b ...

apa yg best auntie?
x de la auntie sj je gurau2, banyak rumah x buat 'open house' lg ni...kita je yg dok bkeliaran kt sini

anyway, memg best la kan balik kampung, lagi2 kalu tkenang zaman kanak2 kita dulu...
fuhhh...seronoknya raya kat kampung ... x hilg2 lg mood raya nih  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2012 03:24 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-8-2012 02:14 PM
Suruh Sara mintak kat nenek dia yang kedaung tu... Kih Kih Kih

Nak episode 13....  (dan 14, 15, ...

sila bagi duit raya! BANYAK!

RUMAH SENDIRI BILA NAK BUAT OPEN HOUSE?!!




Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 09:07 PM | Show all posts
sarizu posted on 26-8-2012 03:21 PM
apa yg best auntie?  
x de la auntie sj je gurau2, banyak rumah x buat 'open house' lg ni...kit ...

Best sbb yg berikut:-

- Penulis ttp berkarya walaupun tgh meraikan hari raya dlm suasana beraya ni.... Syabas!
- Sbb Liana dpt mengalihkan pandangan anaknya Sarah dgn memujuk Sarah utk menjemput Mila balik kg.
- Auntie tertunggu2 continuation enovel ni, bila dah ada sambungan, pasti ler best....

Ok tak dgn 3 justifikasi ni? Cukup2 ler tu....

Auntie pun baru balik drp open house hari raya ni.... puhhhhh.... penat, panas dan belenggas.... but worth it and priceless!
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 10:38 PM | Show all posts
sarizu posted on 26-8-2012 03:24 PM
sila bagi duit raya! BANYAK!

RUMAH SENDIRI BILA NAK BUAT OPEN HOUSE?!!

Amboih! Dah bangka pun nak duit raya lagi?
Pssstt...kot kalau ada duit raya lebih tu hulur le ke sini....

Rumah sinun sentiasa open memanjang.... Entry jek takdok pasal otak beku..uhuk...


Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 01:58 PM | Show all posts
selamat kembali sarizu... ade sambungan kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2012 08:25 PM | Show all posts
nti free sambung lg yer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 02:52 PM | Show all posts
dam dum dam bnyi mercun di hujung kmpung..
cik sari tulungg sambungg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2012 05:38 PM | Show all posts

Auntie tertunggu2 continuation enovel ni, bila dah ada sambungan, pasti ler best...

jenuh la enovel ni nk bsambung...
Last edited by sarizu on 31-8-2012 05:42 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2012 05:41 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-8-2012 10:38 PM
Dah bangka pun nak duit raya lagi?


nak cover baju raya yang tepek swaroski hari tu...


Last edited by sarizu on 31-8-2012 05:43 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2012 05:44 PM | Show all posts
wasap posted on 28-8-2012 01:58 PM
selamat kembali sarizu... ade sambungan kah?

sambungan ada je...
tp letih la kalu dok nunggu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2012 05:46 PM | Show all posts
nhid_tam posted on 28-8-2012 08:25 PM
nti free sambung lg yer...

ok, sambung sket lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2012 05:50 PM | Show all posts
awanjingga posted on 30-8-2012 02:52 PM
dam dum dam bnyi mercun di hujung kmpung..
cik sari tulungg sambungg...

open house hari raya jadi medan kawan2 berhubung
cik sari sudahpun sambung


adoilahhh...













im tu mknanya i am
ya ke???

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2012 05:55 PM | Show all posts
Episod 13

Syukur Alhamdulillah kerana Mila sekeluarga menyokong penuh hasratku untuk membawa anak kecil itu turut serta kami balik kampung. Siapa sangkakan segalanya akan dipermudahkan Allah? InsyaAllah jika niat hambaNya adalah baik, segalanya akan dipermudahkan laluannya. Tidak ada adegan pujuk raya, Mak Pah sekeluarga memberi kepercayaan sepenuhnya kepadaku untuk menjaga baik Mila sepanjang tempoh dia akan bersamaku di kampung nanti.

Sara apa lagi, terlompat-lompat kesukaan apabila tahu Mila akan bersama kami berada di kampung selama seminggu. Kami sudah merancang untuk balik dengan keretaku, mudahlah nanti untuk beroperasi sepanjang percutian nanti.



Namun, malam sebelum kami bertolak pada keesokan pagi, aku menerima panggilan daripada Kamal. Entah apa igaunya, dia menyatakan hasrat untuk ikut kami balik kampung. Bersama seisi keluarganya!

Tidaklah mampu untuk aku menolak isi hati tetamu ini, kalaupun ia tidak diundang. Katanya dia sekeluarga akan konvoi dengan kami, dan mengizinkan untuk Mila berada sekereta denganku. Fuh, macam konvoi nak pergi meminang dah ni! Ai, ada hati nak perasan? Sebenarnya jauh di sudut hati aku sedang merasakan sesuatu, tetapi tidaklah mahu banyak bersoal-jawab. Aku bersetuju sahaja tanpa sebarang syarat, bukan luak pun rezeki menerima tetamu ni, malah Islam sangat menggalakkannya. Bukankah tetamu itu membawa rahmat? Mudah-mudahan...

“Terima kasih, Liana. Bolehlah nanti saya kenal bakal saya,” sedap mulut saja Kamal berkata-kata di hujung talian. “Awak tak kisahkan saya nak berkenal-kenalan dengan bakal mertua baru saya?”

Merepek meraban sungguh lelaki yang seorang ini. Kan ada benarnya rasa di sudut hatiku? Mahu merasa balik kampung konon! Nasib baiklah kerana aku masih mampu mengawal keadaan, tidaklah mahu aku merepek sama, jatuh saham siapa nak kutip? Aku masih sedar diri, jauh bezanya latar belakang kami bagaikan dasar laut yang gelita dengan pesisir pantai yang menyamankan. Bolehkah diumpamakan sebegini?

“Nak berkenalan dengan semua orang kampung saya pun memang saya tak kesah,” aku menyambung kata. “Diaorang semuanya baik-baik belaka, memang bertuahlah kalau ada pakcik makcik kat sana tu berkenankan awak, dapat la mereka merasa dapat menantu orang bandar.”

Aku dengar dia gelak. Aku diam saja. Kalau boleh mahu cepat-cepat mematikan talian kerana mahu mengemas keperluan balik kampung esok hari. Rancangnya usai Subuh saja kami sudah bersedia untuk bertolak.

“Memang saya sangat berharap pakcik makcik pertama yang akan menyambut kedatangan saya nanti akan berkenankan saya untuk dibuat menantunya,” Kamal masih tidak melepaskan peluang. “Saya yakin mereka tidak akan menyesal untuk menyerahkan anak perempuannya berada di bawah jagaan saya. Samalah saya berkeyakinan penuh anak-anak saya tidak akan menyesal mempunyai seorang pengganti ibu mereka yang penyayang sebagaimana ibu mereka selama ini.”

“Oklah Encik Kamal, saya belum siap berkemas lagi ni. Jumpa esok ya,” ingin benar aku menamatkan perbualan.

“Ok. Kita bertolak jam berapa ya?” Masih berkesempatan buat-buat tidak tahu. “Kejutkan saya Subuh esok boleh?”

“Dah lama saya tak buat kerja kejutkan orang tua bangun tidur,” aku selamba menjawab. “Subuh tu kan kewajipan, tak payah la nak tunggu ada orang yang kejutkan untuk kita laksanakan perintah Allah.”

“Memang saya tak silap, dan beruntunglah kalau memilih untuk berkahwin sekali lagi,” ada saja peluang untuk Kamal memesongkan cerita. “Bukan sekadar cantik dipandang, tetapi ada ilmu agamanya untuk jaminan saya sekeluarga menumpang baiknya.”

Aku diam. Akhirnya diam-diam mematikan talian telefon tanpa salam penyudahnya. Sabarlah jantung, janganlah engkau gugur!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.539370 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list