CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34115|Reply: 231

Liana Jasmin-[U]

[Copy link]
Post time 2-7-2012 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jaza2008 at 11-7-2012 00:45

Episod 1



Aku Liana Jasmin.

Punya kisah tersendiri yang mahu aku kongsikan dengan kalian semua yang sudi membacanya. Kisah hidup aku sendiri, mungkin jauh berbeza dengan kalian semua, mahupun hampir sama atau adakah ianya sama? Jika pun sama mungkin bukan seratus peratus sama, kerana takdir manusia itu berbeza kalaupun ia kelihatan sama.

Kisah derita dan bahagiaku sendiri, buat tatapan kalian semua sebagai suatu alasan untuk lebih memahami sebuah kehidupan.

Aku bekerja, dalam waktu yang sama masih belajar. Bukan belajar untuk mendapatkan sebarang persijilan, tetapi belajar menghadapi persaingan dalam kehidupan ini.

Aku bekerja di sebuah butik pakaian. Ya, pakaian yang mencecah ribuan ringgit sepasang, jauh ke langit untuk aku menyarungnya dengan hanya bergaji lebih kurang RM1500 sahaja untuk hayat selama sebulan. Jadi, dengan hanya sumber kewangan sekadar itu sahaja untuk hidup yang lebih bermakna di bandar besar ini, maka aku perlu belajar lagi. Belajar untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Memang penat apabila sehingga larut malam aku terpaksa menyiapkan tempahan manik baju pelanggan, tetapi inilah yang dinamakan pengorbanan, buat kesenangan ibuayah di kampung, jua buat anak kesayanganku yang jauh di mata. ‘Ibu rindu Sara,’ aku sebak.




“Bu, nak ikut,” rengek Maisara apabila tiba masanya untuk aku pulang ke Kuala Lumpur.

Hati aku berbolak-balik. Apalagi alasan yang boleh aku berikan kepada anak kecil ini? Belum masanya untuk aku bawa dia hidup bersama di sana, tentu banyak perkara yang perlu disediakan untuk kemudahan si kecil ini. Tapi apakan daya, aku jauh dari berkemampuan,sedangkan diri sendiri hanya menyewa bilik sahaja serumah dengan beberapa orang teman yang lain. ‘Sabarlah anakku, ibu janji kita akan hidup bersama tidak lama lagi. Ibu akan usahakannya.’

Aku senyum kepada Maisara, walau dalam hatiku sehabis pilu. Tangannya kupegang lembut, menariknya kedalam pelukan hangatku. Sungguh aku sebak walau acara ini saban minggu berlaku, aku tidak mampu untuk menidakkan rasa kasih seorang ibu yang mendalam terhadap satu-satunya zuriat yang dimiliki.

Dalam kabur pandangan, aku menghulurkan not RM5 kepada Maisara. Itulah ‘gula-gula’ untuk mengembirakan jiwanya saat perpisahan berlaku saban minggu. Dia ketawa, dan aku gembira untuk kesekian kalinya.

Namun, tiada kata yang mampu aku luahkan. Hanya pelukan kejap pengubat rindu untuk seminggu yang mendatang. Maisara membalas kuat pelukanku. Mungkin dia sudah mengerti bahawa sekejap lagi kami akan berpisah untuk selang seminggu lagi. Begitulah saban waktu. Sampai bila? Aku pun tidak tahu sampai bila kami harus hidup begini, tapi impiku semoga tahun depan mampulah aku membawanya tinggal bersama di Kuala Lumpur. Aku mahu menghantarnya ke sekolah. Biarlah dia menimba ilmu seawal usia. Jangan jadi seperti aku yang sudah terlewat.

“Nanti ibu balik jumpa Sara lagi ya. Sara duduk sini jaga datuk dan nenek. Diaorang dah tua, jangan lupa bantu mereka ya,” aku memujuk seraya meraut rambut ikalnya ke belakang.

Anak kecil itu tersenyum bangga.Apalah kudratnya untuk membantu pada usianya empat tahun? Tetapi itulah kebanggaannya apabila sering saja aku menuturkan bahawa dialah satu-satunya cucu yang ada untuk membantu datuk dan nenek di kampung. Seronok pula dirinya apabila diletakkan harapan untuk menjaga orang tua itu.

“Tapi atok dengan nenek selalu tak bagi Sara tolong, bu,” Maisara mengeluh. “Atok dan nenek kata Sara budak kecil lagi. Tapi ibukan selalu pesan suruh Sara tolong diaorang. Atok dan nenek kata ibu main-main je cakap macam tu.”

Maisara memang petah berkata-kata. Kata ibuku, begitulah aku diusia kanak-kanak dulu. Seorang anak kecil yang sangat periang dalam apa jua suasana. Namun, kini tiada lagi keriangan itu. Segalanya telah berubah selepas berlakunya perpisahan diantara aku dengan bekas suamiku kini. Aku seolah-olah tiada lagi minat pada dunia ini, semata-mata rajukku pada sebuah kepercayaan yang telah dikhianati oleh seorang insan yang paling aku sayangi.

Namun, Allah masih menyayangi diriku. Dianugerahkan zuriat sehebat Maisara menjadikan aku bangkit dari terbuai dengan perasaan kecewa selama ini. Aku kembali bangun semata-mata untuk melihat anak kecil itu membesar cemerlang dimasa hadapan. Maisara tidak seharusnya menjadi mangsa rajukku sekian lama. Aku juga mahu buktikan kepada keluarga bekas mertuaku bahawa tidak selamanya aku akan berada di bawah. Aku tidak mahu Maisara menerima impaknya semata-mata kerana ibunya tidak berpendidikan tinggi.

Akram juga sudah lama tidak menjenguk kami, lebih-lebih lagi Maisara si buah hatinya selama ini. Sebagai seorang ayah, sepatutnya dia tahu tanggungjawab memberi kasih sayang kepada satu-satunya zuriat yang dia miliki. Tapi apakan daya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2012 09:54 AM | Show all posts
citer baru dh ada..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2012 09:56 AM | Show all posts
sila...sila...
tp jgn mintk smbung... episod 2 nehe...

letak ni pasai tengok sunyi sepi je kt sini...
kasi meriah sket tu yg menyebok ajak Liana masuk sini...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 10:29 AM | Show all posts
sila...sila...
tp jgn mintk smbung...  episod 2 nehe...

letak ni pasai tengok su ...
sarizu Post at 2-7-2012 09:56


Ha ah lah.... sunyi je kan?Meh meriahkan lagi board ni...




ps: nasib baik tak liyana jasmay. hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 10:47 AM | Show all posts
is sudah sampai neh....masuk jela k....bt cam rumah sendiri boleh x...?

sila teruskan........bila kelapangan.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 01:06 PM | Show all posts
sila...sila...
tp jgn mintk smbung...  episod 2 nehe...

letak ni pasai tengok su ...
sarizu Post at 2-7-2012 09:56


Wah... cerita baru....

Betullah cakap awak dgn Lady.... agak sunyi board ini.

Taknak sunyi... sambunglah cepat sikit....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2012 01:32 PM | Show all posts
sambung lagi

citer pasal ibu tunggal menarik... sebab bnyk cerita pasal teruna dara
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 02:28 PM | Show all posts
bayangkan,, if rupa-rupanya si maisara simpan sume duit yg makdie bagi?? waaahhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2012 09:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by wardah75 at 4-7-2012 09:08

jgn lama-lama sgt ek cari idea tu.. hari-hari lebih 10X saya refresh tuk tgk citer baru..hhihih nk wat citer tk reti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 11:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-7-2012 11:18

Cik Sarizu... silalah sambung... Meh cheq kasi meriah benang hang. Mana tau kot dapat idea melantun-lantun...

Our main actress... Rita Rudaini as Liana Jasmin




Mia Sara Nasuha as Maisarah





and...introducing...


Drum Roll.....



















Aidil Zafuan as Akram


Sorry... cheq dah terkenan Lady....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 09:50 AM | Show all posts
heronya siapa..akram ke org lain ni...
kalu fahrin ahmad jdi hero pun ok juga..suka tgk drama rita couple dgn fahrin...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 12:15 PM | Show all posts
Cik Sarizu... silalah sambung... Meh cheq kasi meriah benang hang. Mana tau kot dapat idea melantun- ...
Nicki_Meow Post at 5-7-2012 11:15



   hahahah...xtahan.....RR tue....(nnt RR xminta royalti ker...?) alah AZ...xsuka xsuka......
lain2 calon....?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 12:16 PM | Show all posts
mana la cik liana neh.....banyak keje sgt ker kt KL tue.....?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2012 02:58 PM | Show all posts
citer baru dh ada..
awanjingga Post at 2-7-2012 09:54


citer baru ada...sambungannya???

ok, jom layan sket lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2012 03:01 PM | Show all posts
nasib baik tak liyana jasmay.


memg inspirasi dr nm tu la ni...suka ngan nm dia, orgnya pun suka gak...tp gediknya memg la x suka...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2012 03:03 PM | Show all posts
sila teruskan........bila kelapangan.....


yg kelapangan tu sush sket nk cr...

ok, jom layan sket lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2012 03:04 PM | Show all posts
Taknak sunyi... sambunglah cepat sikit....


std ah nicki, cept x cept smingu skli gk nyambungnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2012 03:06 PM | Show all posts
sambung lagi

citer pasal ibu tunggal menarik... sebab bnyk cerita pasal teruna dara
sang_arjuna Post at 2-7-2012 13:32


bla otai msuk mgomen ni bpeluh2 gk rasanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2012 03:07 PM | Show all posts
bayangkan,, if rupa-rupanya si maisara simpan sume duit yg makdie bagi?? waaahhhhhhh
cmf_conan Post at 2-7-2012 14:28


x de dlm plot asl, tp bleh simpan utk kembangkan idea makaceh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2012 03:09 PM | Show all posts
jgn lama-lama sgt ek cari idea tu.. hari-hari lebih 10X saya refresh tuk tgk citer baru..hhihih nk w ...
wardah75 Post at 4-7-2012 09:07


utk citer ni x yah refresh byk2 kali...
lmbt bebenor nk nyambungnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.066266 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list