Post Last Edit by akuchenta at 1-7-2012 17:57
Festival Phi Ta Khon di Thailand
Di Dan Sai,rovinsi Loei Thailand setiap tahun dilangsungkan sebuah festival yang unik. Festival Phi Ta Khon ialah festival di mana orang ramai memakai pakaian menyerupai hantu bagi mmeperingati salah satu cerita yang berlaku pada kelahiran semula Gautama Buddha. Menurut cerita penduduk tempatan sebelum dilahirkan menjadi Siddhartha Buddha, beliau hidup sebagai Putera VessantaraJataka. Pada suatu hari Vessantara Jataka menggembara dan setelah beberapa lamaorang menganggap beliau sudah meninggal dunia. Pada suatu hari beliau pulangsemula dan kerana terlalu gembira penduduk setempat berpesta bagi menyambutkepulangan beliau. Kegembiraan yang dirasai sangatlah melampau sehingga merekayang sudah mati pun hidup semula semata-mata untuk menyambut kepulangan Vessantara Jataka. Dari situlah perayaan Phi Ta Khon bermula.
Di Thailand haribersejarah ini disambut dengan campuran fahaman animisme penduduk tempatan.Penduduk setempat akan meminta Phra U-Pakut, penunggu Sungai Mun untuk menjagakeselamatan mereka. Ketika berarak penduduk Dan Sai akan memakai topeng hantuyang dibuat dari kertas dan kanji. Pada waktu yang sama mereka akan membawa kayuberbentuk zakar yang melambangkan kesuburan. Pada hari ketiga perayaan barulahmereka pergi ke kuih untuk mendengar khutbah dari sami Buddha.
Perayaan iniberubah tarikhnya dari tahun ke tahun dan ianya hanya akan disambut apabila duaorang pawang akan melihat hari apakah yang paling sesuai untuk ianya disambut.Tahun ini ia jatuh dari 22-24 Jun yang lalu. Kalai anda mahu melihat sendiriperayaan hantu Thailand silalah buat perancangan segera.
# macam-macam |