Reply 92# joey_mcintrye
Nama Komersil: Azwan Ali Umur: 46 Asal: Kuala Lumpur Pekerjaan: Artis Hidangan Kegemaran: Rendang Mak Tom Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Spageti Bebola Daging Pencuci Mulut Kegemaran: Pengat Durian Manis atau Masam: Masam Cili atau Bawang Putih: Kedua-duanya
Ibunya sendiri iaitu Mak Tom menjadi sumber inspirasi Azwan Ali untuk melibatkan diri dalam bidang masakan. Banyak tunjuk ajar dan cara memasak yang betul telah diturunkan kepada Azwan Ali untuk menyediakan hidangan yang lazat terutamanya Rendang Mak Tom. Pengalaman yang ditimba sejak 5 tahun lalu sudah pasti akan digunakan sepenuhnya dalam MasterChef Selebriti Malaysia. Apa jua jenis hidangan Melayu menjadi pilihan Azwan Ali untuk disediakan. Rasanya yang terlalu sedap membuatkan Azwan Ali teruja untuk menyediakan apa jua masakan Melayu untuk dinikmati bersama. Segala warisan masakan Melayu ini sudah pasti akan disimpan oleh Azwan Ali untuk generasi akan datang. Azwan Ali amat meminati Chef Selebriti Datuk Chef Wan kerana celotehnya ketika menyediakan hidangan-hidangan lazat dan juga kejujurannya dalam berkata-kata. Walaupun kata-kata Chef Wan terkadang mengguris hati beberapa orang, namun bagi dirinya, Chef Wan telah menyampaikan apa yang ingin disampaikannya dengan jujur. Sekiranya diberi peluang untuk menyediakan hidangan istimewa, ingin sekali Azwan Ali mneyediakan hidangan yang sangat istimewa kepada isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansur. Beliau ingin sekali melihat Datin Seri merasa hidangan yang disediakannya sendiri dan memberikan komen terhadap masakannya itu. Impiannya untuk membuka Cafe Mak Tom ingin dilaksanakan sekiranya Azwan Ali dinobatkan sebagai Juara MasterChef Selebriti Malaysia. Azwan Ali ingin memberikan hiburan sambil memasak untuk pelanggan yang hadir. Keceriaan dan kegembiraan perlu ada ketika menikmati hidangan.
|