View: 19811|Reply: 4
|
hospital @ clinik yg bagus utk check p'kembangan baby di kuantan
[Copy link]
|
|
Salam.......saya dah lama ingin sangat hamil................syukur sangat2 akhirnya saya disahkan hamil 4 minggu 5 hari semalam.....2 minggu yang lalu saya scan x nampak...patula baru 2 weeks masa tu....saya scan di MUIP ....saya kesana selepas maghrib.........masalahnya...2 jam menunggu...dan bila sampai masa utk saya....sy x berapa nak happy dgn cara2 doktor kat MUIP tu......1st ime sy kesana saya bg tahu dr saya dah 2 kali buat upt dan kedua-duanya pun ada 2 line.....dr tu kata napa buat 2 kali? tak percaya ke? saya bagi tau dr yg saya selalu buat tapi ada 1 line je...dah 10 bulan sy kawin.........dia x buat upt test dah sebab saya dah buat 2 kali....so..dia cadang scan terus.....masa 1st tu...x nampak pun bila dia kira cycle dr last day period diakata dah 5 weeks....dia suh dtg lagi 2 minggu.............then...semalam saya gi kesana lagi......dr lain pula.... dr di MUIP kelihatan ingin cepat2 balik napa ek? semalam sy dapat no ke2 last......masa scan kantung dah nampak hasil ukuran dr kata 4 minggu 5 hari.....sedih dan menakutkan masa scan nampak macam ada cyst dr tu kata....... napa gitu plak.....??? padahal scan sebelum ni x ada plak nampak cyst ke apa ke? kenapa dr kat Muip tu x kongsi kegembiraan kami....tapi cakap benda2 yg menakutkan..........hubby yg ikut sekali pun dia wat dek je...hubby pun sebenarnya exited dan mcam x p'caya je saya hamil.....napa dr x cakap tahniah pun kat hubby? Saya pun x muntah teruk, saya cuma ngantuk selalu.......kadang2 dr mungkin tak faham....saya x ada mak nak tanya itu ini...pada dr je harapan...tapi bila nak tanya dr dia macam tak ada mood nak jawab......saya nak minta cadangan clinik mana yang bagus selain MUIP...utk buat pemeriksaan susulan...dan bila boleh saya ke klinik kerajaan untuk buat buku pink? |
|
|
|
|
|
|
|
Cyst Punca Tertekan
Hamil dan pada masa yang sama ada cyst membuatkan seseorang wanita itu rasa tertekan. Namum, itu bukan masalah yang besar kerana lazimnya cyst tidak membahayakan. Secara umumnya, cyst adalah kantung yang mengandungi cecair yang boleh berada di mana-mana tempat seluruh tubuh. Pada ovari sendiri, pelbagai jenis cyst boleh terbentuk. Dan antara yang paling biasa dikenali sebagai functional cyst. Cyst jenis ini selalunya terjadi semasa kitaran haid normal.
Setiap bulan, ovari wanita membentuk cyst yang kecil untuk memegang telur. Setelah telur tersebut matang, kantung yang yang memegangnya itu pecah seterusnya membenarkan telur bergerak melalui salur falopio untuk proses persenyawaan. Kantung yang tinggal kemudiannya diserap.
Selain itu, ada sejenis lagi functional cyst yang dikenali sebagai follicular cyst. Ini adalah cyst yang kantungnya tidak boleh dipecahkan untuk melepaskan telur. Kantung tersebut terus membesar. Cyst jenis ini selalunya akan hilang dalam tempoh satu atau tiga bulan. Corpus luteum cyst pula terbentuk jika kantungnya tidak dapat diserap.
Sebaliknya kantung tersebut akan terus tertutup selepas telur dikeluarkan. Cecair kemudiannya akan mula memenuhi kantung tersebut. Cyst jenis ini biasanya akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minggu. Walaubagaimanapun, cyst tersebut boleh membesar sehingga 4 inci dan mungkin menyebabkan pendarahan atau ovari akan terbelit. Akibatnya, penghidapnya akan rasa sakit.
Ubat
Untuk pengetahuan, ada juga ubat-ubatan yang digunakan untuk merangsang ovulasi meninggikan kemungkinan seseorang itu mendapat cyst. Ubat-ubatan itu ialah seperti Clomid atau Serophene. Pun begitu, cyst kebanyakannya tidak ada kaitan dengan kanser. Kebanyakan wanita yang mengalami ovarian cyst jarang menunjukkan simptomnya. Akan tetapi, antara masalah yang dikatakan ada kaitannya dengan cyst ialah:
- Rasa tekanan dan sakit pada bahagian abdomen.
- Bermasalah untuk membuang air kecil.
- Sakit ketika melakukan hubungan intim.
- Pertambahan berat badan.
- Sakit ketika datang haid dan pendarahan yang luar biasa.
- Loya dan muntah-muntah.
Akan tetapi sekiranya anda ada tanda-tanda seperti di bawah ini, sila dapatkan rawatan dengan kadar segera:
- Sakit berserta demam dan muntah
- Sakit sangat pada bahagian abdomen.
- Pucat, lesu dan rasa seperti hendak pitam.
- Bernafas dengan kadar yang cepat.
Disebabkan cyst jarang menunjukkan simptom yang ketara, masalah ini lazimnya dikesan semasa pemeriksaan pelvik dilakukan. Ketika pemeriksaan dibuat, doktor biasanya akan dapat mengesan bengkak pada bahagaian ovari. Sekiranya cyst ditemui dalam ovari anda, ujian imbasan (ultrasound) akan dilakukan untuk mengenal pasti bentuk, saiz dan lokasi cyst tersebut. Pada masa yang sama, doktor turut memastikan adakah cyst tersebut dipenuhi cecair, pepejal ataupun campuran.
Untuk memastikan adakah cyst tersebut adalah sel kanser ataupun tidak, doktor akan membuat ujian darah. Pada kebiasaannya, wanita yang dikenal pasti mengandungi cyst akan disuruh menunggu sehingga satu hingga tiga bulan sebelum diperiksa semula untuk mengetahui sama ada saiz cyst itu bertambah ataupun tidak. Sekiranya selepas beberapa kali kitaran haid dan cyst masih ada bahkan semakin membesar dan menyakitkan, doktor biasanya akan menyarankan wanita tersebut menjalani pembedahan untuk membuangnya.
Bahaya
Secara umumnya, cyst tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, masalah ini selalunya tidak menunjukkan simptom-simptomnya dan yang nyata tidak ada kaitannya dengan kanser malah sering kali hilang dengan sendirinya.
Bagi wanita hamil, cyst bukanlah sesuatu yang luar biasa. Dianggarkan satu daripada seribu wanita hamil akan ada cyst. Majoriti cyst yang ada semasa hamil adalah yang lemah dan tidak membahayakan. Ujian imbasan sangat berguna untuk mengenal pasti adakah cyst itu membahayakan ataupun tidak. Sekiranya berdasarkan ujian imbasan didapati cyst hanya mengandungi air tanpa bendasing lain, maka tidak berbahaya.
Namum, jika cyst yang ada itu besar, mungkin bahaya bagi ibu hamil. Hal ini adalah kerana cyst tersebut mungkin akan pecah atau berbelit. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kesakitan pada ibu hamil tersebut dan berpotensi untuk menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang. Cyst yang besar iaitu bersaiz lebih 8cm, selalunya dibuang melalui pembedahan. Itupun sekiranya saiznya tidak membesar secara drastik dalam tempoh beberapa minggu.
Dalam kehamilan, waktu terbaik untuk menjalankan pembedahan ialah pada trimester kedua iaitu ketika kandungan berusia 14 hingga 16 minggu. Kadang-kadang pembedahan untuk membuang cyst ini dibuat menerusi pembedahan secara laparoskopi, namum jika saiz tersebut besar, pembedahan seperti biasa akan dilakukan.
lega pas baca ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah sbb dah berjaya hamil...nak tanya...awak cek kat MUIP tu kat alfarabi ke??yang dekat depan KKIA jalan gambut tu??setahu saya kalau kat situ ok jek...kalau nak buat buku masa sekarang pun dah boleh...kalau kat klinik kerajaan sebaik tahu yang kita dah mengandung terus jek datang n buat buku pink tu...
awak kat kuantan dok area mana yer?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# mamysarah
sy duduk kat sg isap |
|
|
|
|
|
|
|
TT boleh jgk pergi check kat klinik W.Y Ko jalan beserah. yang ni mmg klinik pakar sakit puan. saya hari tu masa ada masalah kandungan yang pertama saya pergi check di situ. ada scan 4D jgk utk imej scan lebih jelas. penerangan doktor pun bagus. rasa tenang jek cara dia sabarkn saya dan husband yg masa tu tau kandungan saya akan gugur bila2 masa sbb tak sihat.
sy faham TT mmg nak penjelasan kalau ada pape masalah. saya pun dah xde mak jgk nak bertanya. jd kalau ada masalah yg pelik2 pada kandungan tu mmg patut kita dptkan klinik yg btl2 blh bagi layanan terbaik kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|