View: 12086|Reply: 29
|
Anak Di Luar Ikatan Perkahwinan
[Copy link]
|
|
Saya tak tahu nak letak topik ni kat mana. Tapi saya rasa sesuai diletak di ruangan agama sebab ada kena mengena dengan hukum Islam.
Saya seorang isteri yang masih belum dikurniakan anak dan sedang dalam perancangan untuk mengambil anak angkat dari golongan anak yang lahir di luar ikatan perkahwinan.
Di tempat kerja, seorang pekerja saya menyuarakan pendapat mengenaianak luar nikah. Pendapat dia mendatangkan pertengkaran kecil antarakami. Hingga akhirnya dia terpaksa diam. (mungkin dia tak beranilebih-lebih sangat bertengkar dengan saya). Menurutnya, "Anak luarnikah ni 5 keturunan pun tak hilang dosanya. Anak luar nikah ni takkanmasuk syurga. Kalau anak tu baik dan soleh macamana pun dia takkandapat masuk syurga. Dia cuma dapat cium bau syurga je dari jauh.Adadalam Quran tentang ni" (mungkin hasrat hati dia nak nasihat kan sayasupaya tak ambil anak luar nikah tapi dia tak sangka kata-kata dia nicuma mengundang kemarahan saya). Ni dialog kami lepas dia cakap macamtu:
Saya : Saya takleh terima apa yang akak cakap. Kalau betul apa yang akak cakap bagi saya ayat Quran tu
Dia : Akak dah lupa apa ayat dia tapi memang ada
Saya : Kalau akak lupa ayat apa akak bagitau je surah apa. Saya boleh cari sebab saya ada tafsir
Dia : Kadang-kadang kita ni tak faham ayat quran tu sebab ada ayat yangtersirat bukan direct. Akak dulu sekolah agama. Ustaz akak yang cakap 5keturunan baru hilang dosa luar nikah tu.
Saya: Kenapa pulak mak ayah dia yang berzina kena anak pulak yang tanggung? Saya takleh terima tu
Dia : Kadang-kadang hukum Islam ni kejam tapi kita takde pilihan kena jugak terima.
Saya : Akak...siapa kita ni nak tentukan syurga neraka orang? Kita yanganak sah taraf ni comfirm ke masuk syurga? Ada satu hadis nabi, sayarasa semua orang tahu. Nabi cakap semua bayi yang lahir ni ibarat kainputih. Nabi cakap semua bermaksud semua tu termasuk lah anak orangkafir ngan anak luar nikah. Nabi tak cakap kecuali anak luar nikahsebab anak luar nikah ni tak masuk syurga.
Dia : Entah lah tapi memang dari dulu orang cakap macamni. Akak ni sekolah agama akak tahu lah
(tak habis-habis dengan sekolah agama dia)
Saya : Anak Nabi Nuh pun tak mewarisi kenabian ayah dia. Anak Nabi Nuhtu yang taknak naik kapal ayah dia masa banjir besar. Tu anak Nabi tu.Anak Nabi pun Allah tak janjikan syurga. Sebab dosa pahala syurganeraka ni bukan keturunan tapi bergantung pada individu itu sendiri.Kalau sampai macamtu sekali hinanya anak luar nikah lebih baik sebelumlahir gugurkan aje. Buat apa lahir? Takde peluang pun nak masuk syurga.Sia-sia je lahir. Tapi kenapa Islam melarang keras penguguran janin?Kalau gitu takpe la buang bayi luar nikah ni. Saya memang takleh terimaapa yang akak cakap. Tak kisah lah apa pun yang akak cakap
Dia : Abis tu kenapa ustaz akak cakap macamtu?
Saya : Ustaz akak tu bercakap bukan sebagai Islam tapi sebagai Melayu yang pandai-pandai buat hukum sendiri atas nama Islam
(lepas tu dia terus diam. Saya tak tahu samada dia mati akal untuk berhujah ataupun dia takut nak menjawab lebih-lebih)
Disebabkan perbalahan kecil tu saya terfikir hikmah di sebalik saya danjuga pasangan lain masih belum dikurniakan anak oleh Allah SWT.Memandangkan akak tu tidak mengalami masalahchildless seperti saya, mereka memandang hina anak luar nikah. Mungkinjika saya ada anak sendiri saya juga akan berfikiran seperti merekayang memandang hina anak luar nikah dan menyanjung anak yang lahir dariikatan perkahwinan. Pasangan seperti saya ni lah yang sanggupmengambil dan membela anak luar nikah sebagai anak sendiri tanpaprejudis pada mereka. Pasangan seperti saya juga lah yang akan membelanasib anak luar nikah. Indahnya perancangan Allah SWT terhadap manusia.Di zaman yang terlalu banyak penzinaan seperti ini, Allah cipta jugapasangan seperti saya. Jika semua pasangan berkahwin dikurniakan anak,mungkin tiada siapa atau terlalu sedikit golongan yang sudi membelanasib bayi-bayi yang lahir tanpa ikatan perkahwinan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang I tahu ada beberapa soal / isu yg dikaitkan dengan anak tak sah taraf ni
a) soal pemilikan harta
b) soal kahwin kalau that anak tu anak perempuan
c) tak boleh jadi imam - tapi ni sebab soalan saya dulu akhi Ibnur kot rasanya yg bagi dalil yg tolak pandangan ni
tak pernah dengaq lagi yang dosa dia juga tanggung.
anyone? |
|
|
|
|
|
|
|
erk.. serius tak pernah dengar tentang hukum dosa 5 keturunan tak hilang ni. Kot ye pon taktau, jangan la pandai2 bagi hukum.
Pernah dengar dalam ceramah baru2 ini, ustaz tu cakap, bagi sesiapa yang mengeluarkan hukum atau memberi pendapat tentang sesuatu dalam agama, dalam keadaan yg dia memang taktau atau jahil, haram hukumnya. Even jawapan yg diberi tu betul. Iaitu jawapan yg diberi tu cuma dibelasah tapi bernasib baik jawapan yg diberi tu betul.
Apa yg TT jawab kat dia tu betul la. Ni ada kisah yg dipetik dari hadis berkenaan pemuda yg membunuh 99 nyawa.
“Dari Abu Sa`id Sa`d bin Malik bin Sinan al-Khudri radhiAllahu `anhu, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Pada zaman dahulu ada seseorang yang telah membunuh 99 orang. Kemudian dia mencari-cari orang yang paling `alim di negeri itu maka dia pun ditunjukkan kepada seorang pendeta. Dia pun lantas datang kepada si pendeta dan menceritakan bahawa dia telah membunuh 99 orang, maka adakah masih boleh diterima taubat. Lalu pendeta itu mengatakan bahawa taubatnya tidak akan diterima. Lantas orang itu membunuh si pendeta tadi maka genaplah sudah orang yang dibunuhnya sebanyak 100 orang.
Dia mencari-cari lagi orang yang paling `alim di negeri itu maka dia ditunjukkan kepada seseorang yang sangat `alim. Kemudian dia menceritakan bahawa dia membunuh 100 orang, maka adakah masih boleh diterima taubatnya. Orang yang sangat `alim itu menjawab, “Ya, masih boleh. Siapakah yang dapat menghalangnya untuk bertaubat? Pergilah ke daerah sana kerana penduduk daerah sana itu sama menyembah kepada ALLAH Ta`ala, maka sembahlah ALLAH bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali lagi kekampung halamanmu kerana perkampunganmu adalah daerah hitam.”
Maka pergilah orang itu. Setelah menempuh jarak kira-kira setengah perjalanan maka matilah dia. Kemudian bertengkarlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat berkata, “Dia telah berangkat untuk benar-benar bertaubat dan menyerahkan dirinya dengan sepenuh hati kepada ALLAH Ta`ala.” Malaikat Azab pula berkata, “Sesungguhnya dia belum berbuat kebaikan sedikit pun.”
Lantas datanglah seorang Malaikat dalam bentuk manusia, maka kedua-dua Malaikat itu menjadikannya sebagai hakim. Maka berkatalah Malaikat yang dalam bentuk manusia itu, “Ukurlah olehmu dua daerah itu. Maka kepada daerah yang lebih dekat itulah ketentuan nasibnya.”
Mereka mengukurnya kemudian mereka mendapati daerah yang dituju itulah yang lebih dekat. Maka orang itu diambil nyawanya oleh Malaikat Rahmat.”
(HR al-Bukhari dan Muslim) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mengarutlah tak pernah ada hukum mcm tu. Setau aku mengandung anak luar nikah tak berdosa, melahirkan anak luar nikah pun tak berdosa. Yg berdosa ialah berzina dan buang anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak tahu nak letak topik ni kat mana. Tapi saya rasa sesuai diletak di ruangan agama sebab ada ...
malaygirl Post at 28-5-2012 13:22 
Puan, izinkan saya bertanya - Puan dah mencuba kaedah perubatan yg dinamakan 'assisted conception' di mana mana university hospitals ke? untuk tujuan mendapatkan zuriat?
boleh saya tahu ( if Puan nak kongsi laa , kalau tak tak mengapa , ye ) Puan sudah berapa lama berkahwin?
dan Puan dah menjalani pemeriksaan perubatan ke?
sebab kalau belum puan boleh lah ikhtiar barangkali?
sebab nak bela anak angkat ni - i am sure Puan dah maklum kan hukum aurat, batal sah wuduk etc |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anak tu cuma ada 2 keturunan,...yang tiga lagi nak didatangkan dari mana?
Kenapa hanya 5 keturunan? Tidak tujuh?
5 keturunan dosa yang tak hilang....Kira macam mana...Dosa tu di kira berat ker besar ker jumlah ker atau isipadu...?
:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# mbhcsf
sebab tu saya cabar dia utk tunjuk kan saya ayat quran mana yg cakap macamtu
walaupun ayat quran yang dia kata tersirat,saya tetap nak jugak
saya boleh refer kan ayat tu untuk ditafsir kat sini atau mana2 ustaz yang saya kenal
tapi sampai harini (dah 4 hari) dia masih belum bagi saya ayat tu
saya tak boleh terima orang hina anak luar nikah
sebab insyaallah kalau diizinkan Allah suatu hari nanti anak itulah jugak yang akan saya amik sebagai anak saya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# aLieNzDaToR
terima kasih alienzdator ngan cerita ni
first time dengar tapi memang menginsafkan saya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# mbhcsf
assisted conception saya memang xpernah dengar
saya br 2 tahun berkahwin
saya dah buat pemeriksaan kat hospital dan keputusannya saya dan suami tiada masalah
doktor sendiri cakap,jangan tanya saya mengapa sebab saya tiada jawapan.kalau tuhan kata ini bukan masa nya lagi awak takkan mengandung.pray a lot (doktor ni doktor singh)
saya redha kalau Allah masih belum nak bagi saya anak sebab saya tahu ada hikmah yg saya xnampak
mungkin saya rasa saya mampu tapi sebenarnya saya xmampu
tapi saya memang akan melenting kalau sekiranya saya amik anak angkat di masa depan,org menghina dia
saya baru ber ura-ura nak ambil pun dah macam2 hukum saya dengar,mcm2 halangan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# rdzaccess
saya tak tahu pulak nak kira dosa tu macamana sebab pertengkaran kami petang tu mcm yg saya post tu je
dia mungkin boleh berbangga dalam keluarga dia tiada anak luar nikah dilahirkan
tiada juga yang tak boleh mengandung yang mengambil anak luar nikah sebagai anak
tak macam keluarga saya,ramai yang tak boleh mengandung dan mengambil anak2 luar nikah ni sebagai anak
tapi dia jangan lupa yang dia masih ada dua orang anak dara yang masih belajar kat kolej n sekolah
perjalanan tu masih panjang |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya yang membuatkan saya marah sangat sebab dia menjatuhkan hukum sendiri
tambah pulak saya rasa dia menghina anak saudara kesayangan saya
(anak angkat adik saya)
mujur budak tu masih bayi dan tak mengerti apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dah 3 thn kawin, still lagi takde anak. rawatan doktor pn belum buat lagi. so kami still tak tau apa mslh tp kami masih berusaha. dan insyaAllah dalam perancangan nak dapatkan rawatan. saudari, saya rasa 2 tahun tu still lagi awal untuk amik anak angkat (bagi saya la). sebab akak kawan saya pn stlh 4 thn dia takde anak, akhrnya dia peknen.
so..just cadangan je. jangan buat keputusan terburu2. lagi pun saudari and suami takde apa2 masalah. 2 tahun bagi saya still awal lagi. bukan saya tak setuju amik anak angkat ni tp bela anak angkat tanggungjawabnya memang besar. sebab kita nak bela anak orang yang mungkin kita tak tau asal usulnyer. mcm kawan saya, dia cam saya gak. tapi thn lepas dia decide nak amik anak angkat. mak budak tu orang kedah and bapak budak tu orang sabah (saya rasa anak luar nikah, tapi dia tak bitau tp saya leh rasa sebab beranak kat hospital swasta and sume urusan kawan saya yang tanggung).
satu hari tu dia citer kat saya yang anak angkat dia ni even br setahun lebih umurnya tp perangai nye baran semacam. bila kena marah skit, abis benda dia baling. dan satu hari tu dia boleh pergi angkat meja lipat (meja plastik) then dia renung tajam mata kwn saya ni. kawan saya risau sesangat. tp insyaAllah kalau kita pndai didik, mgkn baik la jadinye budak tu.
tapi tu la...risiko bela ank angkat. sebab kita x tau cmne perangai mak bapak diorang. ye la..kata orang, nak tgk anak2 kita nnt tgk la cmne rupa mak bapak dia. kadang2 dah elok kita ajar anak2, tp berbalik mcm tadi la... saya setakat ni mmg nak anak sesangat tapi klu boleh mmg nak ada zuriat sndr. bukan ego atau apa sebab klu boleh saya tak nak amik anak angkat (buat masa ni la....). saya pn dah discuss dengan hubby. kut ditakdirkan mmg kami takde zuriat sndr, kami nak bela anak angkat jgk tapi biar dari darah daging kami sndr iaitu anak sedara ke...atau ada sedara mara kami yg susah, so boleh kami bela, |
|
|
|
|
|
|
|
Salam..
Allah Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa. Anak itu adalah ciptaan-Nya. Menghina anak luar nikah adalah menghina Allah. Dia tidak berdosa satu apa pun. Aturan anak angkat yang ada sekarang tidak berlaku adil kepada anak angkat termasuk pemberian nama dan pewarisan harta. Pekerja yang menentang anda mempunyai masalah dalaman yang cukup serius. Kerana merasakan dirinya anak "halal" dia dah pandai menghukum anak "haram" ciptaan Allah SWT. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply mbhcsf
assisted conception saya memang xpernah dengar
saya br 2 tahun berkahwin
saya da ...
malaygirl Post at 29-5-2012 11:01 
2 years and you baru jumpa doktor dan no problem ...okay just have a healthy lifestyle dan MESTI STRESS FREE - that means
you do exercise, eat well ...u know...relaxlah
tang anak angkat ni well ...tricky sikit sebab you are a newly married lady ...so give yourslef sometime lah kot ...dan bila Puan kata normal that means you are normallah kan no masalah gynae ke aper ke kan ?
okay ....i take it that yup belum ada rezeki dan saya percaya ALLAH akan bagi jika DIA tahu kita ready and perlu ...
so in the mean time relax
sebab anak angkat ni tricky sikit laaa dari segi aurat dan etc etc |
|
|
|
|
|
|
|
Reply mbhcsf
assisted conception saya memang xpernah dengar
saya br 2 tahun berkahwin
saya da ...
malaygirl Post at 29-5-2012 11:01 
yelah you marah jugaklah orang cakap macam tak sekolah je kan well i can see from your view tapi well...maafkanlah dia , take your time ...
assisted conception ni ( ni kalau u dah habis kudrat u canlah it costs about 3 K kot or i dunno 4 digits RM ler kot )
kaedah hamil lah - IVF ke , ICSI ke etc etc ni kalau u nak baby sesangat
so siap duit dan ia ada peratusan kejayaan dan kegagalan juga ... |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun dah hampir 2 thn berkahwin tp belum dikurniakan zuriat. baru bulan feb lepas buang cyst dlm rahim dan now lps 3 bln berlalu nak terus berusaha dptkan anak lah.harap2 cyst tu x jd balik lah or harap2 xda la mslh2 lain yg dtg.thanks jugak kpd beberapa forumer yg bg pendapat psl anak angkat n rawatan2 kesuburan.
tp apa yg sy tersentuh kat sini adalah psl anak luar nikah.kalau saya dgr apa yg kwn TT tu ckp psl dosa 5 keturunan x abih tu,mmg saya pun akan marah.anak luar nikah x salah,mmg baby bila dilahirkan ibarat kain putih.suci drp dosa.didikan drp penjaganya la yg akan mencorakkan kain putih tu mcm mana.anak itu x minta pun dilahirkan ke dunia ni sedemikian rupa. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm islam..bayi yg dilahirkan tanpa sebarang dosa..klu kristian ade original sin... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mummybee at 6-6-2012 07:05
Reply 1# malaygirl
anak luar nikah x bersalah..dia x tahu ape2 pon..Allah tu Maha Adil,Maha Pengampun...sy percaya tu..bila sy terbaca post ni sy jd sedih..sbb sy sndiri pregnant anak luar nikah..memang terasa diri sy hina..tp sy taubat,sy harap n berdoa sgt Allah terima taubat sy..bnde yg trjadi semua ade hikmahnye..at least sy x gugurkan baby yg x bersalah ni . alhamdulillah sy dah x buat lg dosa..janganlah hina anak luar nikah..baby ni x tahu ape2 pon..dia x bersalah..bukan kerja kita nak meletakkan orang kat syurga atau neraka..tu semua kerja Allah . Sy percaya pintu taubat sentiasa terbuka. |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
first time post kat thread ni...
mengenai ambik anak angkat anak luar nikah mmg byk pro n kontra nya...tp yg pasti hati kena ikhlas dan jgn ungkit asal usul anak tu kemudian hari...maksud sy ...kalau bila besar atau sedang membesar bila perangai dia baik tentu dipuji...kalau jahat, nakal tentu kita marah tp kalau terlebih jahat n wat kita terlalu marah tentu akan kuar mcm2 perkataan...apa pun perkataan yg nak dikatakan pastikan jgn diungkit asal usul dia yg dia tu anak luar nikah...tu je sebab tu bkn salah dia bkn juga dia minta utk lahir sbg anak luar nikah...
manusia mcm ragam mcm perangai..anak yg bkn anak luar nikah pun ramai yg bila besar tak jd org ...
yang part tang aurat tu plak...x silap sy kalau ambik baby, ibu boleh mkn pil hormon yg menggalak kan pengeluaran susu badan..jd ibu angkat tu boleh menyusukan baby tu (kiranya jd anak susuan la) dan selepas tu soal aurat dgn ibu/bapa serta adik beradik (jika ada-biasanya kalau susah nak dpt anak,lps ambik anak angkat Allah bg rezeki plak) dah xjd masalah... |
|
|
|
|
|
|
|
sy mmg xpernah dgr pun psl dosa 5 keturunan tu. ni 1st time sy dgr. takutnya kalau org tu buat hukum sendiri. kalau kita tak tau atau tak pasti mengenai sesuatu perkara tu, baik kita diam dari kita buat hukum sendiri. nanti takut tmbhkan dosa pulak. ilmu kita kat dunia ni terlalu sikit untuk kita debatkan perkara yang kita x tau. jgn nanti org cop kita ni jahil agama. baik kita tanya ustaz atau ustazah yg lbh arif tentang ilmu agama ni. jgn nanti kita terpesong akidah pulak. nauzubillah minzalik.. maaf kalau sy terslh kata.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|