Post Last Edit by etonjelita at 3-5-2012 03:25
Zed Zaidi Ulangi Pendirian Status Lambakan Artis Luar. Monday, 30 April 2012
Lambakan artis luar dari Malaysia yang menceburi industri tempatan telah mencapai satu tahap serius dan akan memberi kesan negatif terhadap kemajuan Artis di Negara ini.
Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi berkata, semua pihak yang terlibat dalam Industri ini mesti mencari jalan penyelesaian agar kawalan lebih menyeluruh dapat direalisasi bagi memastikan golongan artis tempatan menjadi pilihan paling utama berbanding artis luar.
Penegasan beliau ini dilihat merupakan susulan kontroversi kritikannya mempersoalkan kelayakan Pelakon kegemaran ramai Aaron Aziz dari Singapura sebagai calon bagi Anugerah Bintang Popular (ABP).
Namun tindakan Zed Zaidi mempertahankan pendiriannya berkenaan hal berkaitan tidak menggambarkan dirinya menentang keras kemasukan artis luar ke dalam industri hiburan tanah air. Akan tetapi ianya mesti dikawal agar ruang dan peluang lebih utama diberikan kepada artis-artis tempatan.
"Tidak dinafikan kemasukan artis-artis luar ke negara kita bukan sahaja banyak membantu merancakkan industri hiburan tanah air bahkan juga menggalakkan persaingan antara artis luar dan tempatan. Persaingan sememangnya bagus. Akan tetapi jika trend kemasukan mereka tidak dikawal melalui persatuan, apakah akan terjadi kepada industri hiburan tanah air kita dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang? Bagaimana pula dengan nasib artis-artis tempatan negara yang ingin mencari sesuap nasi di buminya sendiri?" kata beliau.
Zed Zaidi yang sebelum ini mengkritik kelayakan Aaron Aziz yang dipilih sebagai pemenang Bintang Paling Popular ABP 2011 menerusi laman sosial Twitter telah dikecam peminat pemegang watak utama filem 'Ombak Rindu' itu. Ianya lebih memberi tamparan hebat setelah kritikan tersebut disambut dengan nada positif dari Penyanyi No. 1 Malaysia Dato' Siti Nurhaliza.
Dato' Siti menganggap tindakan Zed Zaidi dilihat tidak profesional kerana mengkritik menerusi laman tersebut. |