CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12574|Reply: 24

Kesultanan Melayu Melaka : bermula 1400 atau 1262?

[Copy link]
Post time 12-4-2012 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Menurut buku IKSEP ini Kerajaan Melayu Melaka di dakwa wujud sejak 1262.ada siapa2 yang ada info lebih tepat utk tahun mana yang lebih tepat?

Ini buku IKSEP:

Buku Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262




Sinopsis : Kerajaan dan Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara atau Iskandar Syah. Namun begitu, tarikh perubahan kerajaan ini sebelum ini tidak dapat dinyatakan dengan pasti. Sumber sebelum ini hanya berasaskan pendapat para penulis Portugis kurun ke-16 dan andaian serangan Majapahit ke atas Palembang yang dikatakan berlaku pada 1397 serta butiran kehadiran raja-raja Melaka ke Cina dalam catatan rasmi kerajaan Ming pada awal kurun ke-15.

Justeru, Kerajaan Negeri Melaka melalui agensinya Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) telah mengambil inisiatif untuk melakukan kajian dan penyelidikan serta seminar bagi membincangkan tarikh sebenar Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka. Maka, pakar sejarah Malaysia telah membuat penyelidikan dan kajian berdasarkan sumber Sulalat-us-Salatin (Raffles 18) iaitu naskah Raja Bungsu dan Sumber Belanda adalah pada tahun 1262. Penemuan baru ini telah menolak tahun 1400.


Pengarang : Abdul Rahman bin Ismail, Abdullah Zakarian bin Ghazali, Zulkanain bin Abdul Rahman
Penerbit : IKSEP
Genre : Sejarah
Mukasurat : 71 halaman
Cetakan Pertama : 2012
ISBN : 978-983-2600-37-4


sumber: http://www.rajamenangis.com/2012/03/buku-pengasasan-kerajaan-melayu-melaka.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2012 02:50 PM | Show all posts
Melaka ditubuh 1262, bukannya 1400 atau 1278?

MELAKA 31 Mei - Sejarah penubuhan Melaka berubah lagi!

Jika April lalu, sekumpulan penyelidik merumuskan sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278 tetapi kali ini tarikhnya berubah kepada 1262 dan bukannya 1400 yang menjadi rujukan sebelum ini.

Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai penubuhan dan pengasasan kerajaan Melayu Melaka diputuskan hasil kesepakatan menerima pendapat kajian selama setahun oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ketetapan lima resolusi telah diputuskan untuk menolak pendapat penulis-penulis terdahulu yang menyatakan Melaka diasaskan pada tahun 1400 masihi atau 1278 sebaliknya mengambil keputusan tarikh sebenarnya adalah pada 1262 masihi.

Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran IKSEP bersama Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diadakan hari ini.

''Tahun 1262 adalah tarikh sebenarnya penubuhan kerajaan Melayu Melaka dan bukannya 1278 atau 1400. Keputusan ini adalah muktamad hasil daripada kajian oleh sekumpulan penyelidik sejak Jun 2009 yang bersepakat untuk menolak pendapat penulis-penulis terdahulu.

''Tarikh asal 1400 dan 1278 yang dikemukakan tidak mempunyai sandaran fakta yang kukuh sebagai tahun sebenarnya penubuhan kerajaan Melayu Melaka kerana tahun itu diperolehi daripada andaian dan tujuan penulisan berdasarkan sumber-sumber yang ada," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran IKSEP di Hotel Everly Resort di sini hari ini.

Seminar sehari itu dihadiri kira-kira 250 orang peserta dari seluruh negara.

Mohd. Ali berkata, seminar tersebut turut bersetuju berdasarkan tulisan Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu (MS 18 Stamford Raffles), kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada 660 hijrah bersamaan 1262 masihi.

Katanya, rumusan penyelidik telah menolak tahun 1400 dan 1278 sebagai tahun pengasasan Kerajaan Melayu Melaka kerana kesepakatan sarjana Barat (Portugis) bukan berdasarkan fakta sejarah.

''Ini juga termasuk Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar dan cakap," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, hasil kajian yang diketuai oleh Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah UM itu akan dijadikan sebagai koleksi dan didokumentasi di Arkib Negara.

Katanya, keputusan yang diperoleh hari ini juga akan dimasukkan ke dalam Jurnal tempatan dan Antarabangsa.

Beliau menegaskan, kajian yang dilakukan itu berdasarkan daripada sumber bertulis, artifak dan lisan serta penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia.

''Antara tempat yang dilawati oleh penyelidik terbabit adalah Kepulauan Riau, Pulau Penyengat, Pulau Singkep, Pulau Lingga, Sumatera Selatan iaitu di Jambi dan Palembang serta Sumatera Barat di Padang dan Batu Sangkar," katanya.

Selain Dr. Abdullah Zakaria, jawatakuasa penyelidik terdiri daripada Naib Canselor KUIM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim, Dr. Zulkarnain Abdul Rahman (Ketua Jabatan Sejarah, Universiti Sejarah) dan Prof. Dr. Mohamad Redzuan Othman (Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM).

Penyelidik lain ialah Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (Jabatan Sejarah UM), Prof. Dr. Nordin Husin (Pengerusi, Program Sejarah, Politik dan Strategik), Prof. Dr. Noriah Mohamad (Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM), Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Ismail (Universiti Sains Malaysia) dan Prof. Madya Ubaidilah Muhammed (Jabatan Pengajian Tiong Hua UM).

habis.../
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 03:26 PM | Show all posts
Beliau menegaskan, kajian yang dilakukan itu berdasarkan daripada sumber bertulis, artifak dan lisan serta penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
koboi Post at 12-4-2012 14:50
Macam mana nak komen ? Butiran hujah mereka tak disebut kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 03:57 PM | Show all posts
logically, make sense
sebab batu bersurat terengganu pun bertarikh 1303 masihi
maknanya kalau di terengganu pun islam dah lama sampai tahun 1303 tu, dah siap implement hukum hudud lagi, takkan islam kat melaka baru sampai 1400++
padahal kalau ikut teori penyebaran islam mengikut laut, terengganu tu dah kira hujungla

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 05:12 PM | Show all posts
Mohd. Ali berkata, seminar tersebut turut bersetuju berdasarkan tulisan Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu (MS 18 Stamford Raffles), kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada 660 hijrah bersamaan 1262 masihi.

koboi Post at 12-4-2012 14:50
Apa saja dokumen yang dah dicemari bahalol sewel bernama Tun Sri Lanang perlu dipandang dengan penuh rasa curiga.

Maklumlah. Penulis ini ada tebiat menyelitkan dongeng ciptaannya sendiri ke dalam naskah Sejarah Melayu.
Antara kisah yang direkanya sendiri ialah Raja Suran & keagungan negara raja ini. Tapi kewujudan raja suran dan empayarnya tak  pernah disahkan langsung oleh rekod pihak lain seperti china.
Satu lagi dongeng lamunannya ialah berkenaan penduduk melaka yang didakwanya kehairanan mendengar bunyi & melihat kesan tembakan meriam portugis. Sedangkan Alfonso d'Albuqurque sendiri beberapa kali menyebut tentang penggunaan senapang & meriam besar oleh tentera melaka dalam catatan beliau.


Amat jelas sekali  
Tun Sri Lanang = kaki temberang.

Maka berkemungkinan besar senarai nama raja melaka juga telah dia tokok tambah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 05:41 PM | Show all posts
bukan dah ada thread nie ker
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2012 01:51 AM | Show all posts
Jadi Sultan2 yg memerintah mesti salasilahnye lg panjang kan?iyelah start 1262 sampai Portugis serang tahun 1511.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 09:08 AM | Show all posts
sedihnya! after soooooo many years baru nak start buat research balik ke? patutnya research pasal ni on going..bukan setakat berhenti di satu point dan berpuas hati..berapa kali nak ubah sejarah dalam satu period..sedihnya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2012 11:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by koboi at 15-4-2012 19:14

Ini petikan dari blog Resam Melayu:Penemuan Baru. Melaka Diasaskan Tahun 1262 dan Bukan 1400.
Fakta sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang digunakan sebagai bahan buku-buku teks mungkin terpaksa diubah berikutan penemuan terbaru penyelidik tempatan bahawa kerajaan tersebut yang menjadi asas kepada pembentukan negeri-negeri Melayu lain telah dibuka pada tahun 1262 dan bukan pada tahun 1400.
Syabas kepada penyelidik-penyelidik yang berusaha mengumpul bukti dan menemukan fakta baru yang secara langsung akan mengubah banyak peristiwa dan sejarah yang sedia ada. Sememangnya banyak peristiwa serta sejarah yang diberitakan serta ditulis,  mempunyai keraguan dan pertindihan tarikh dan masa seperti Kerajaan Melayu Benua Siam Islam dengan Melaka. Begitu juga sejarah Hang Tuah yang banyak mempunyai versinya tersendiri menerusi Hikayat serta catatan sejarah yang ditulis.
Menurut sumber kosmo bertarikh 1 Jun 2010, Zaman Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara wujud dalam 30 tahun lebih awal daripada kerajaan Majapahit di pulau Jawa yang diasakan pada tahun 1292 sebelum kedua-duanya bersaing mengusai rantau Nusantara.
Penemuan yang diperakukan oleh 9 penyelidik tempatan yang dilantik kerajaan negeri Melaka sekaligus menolak tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu tahun 1278. “Setakat ini mereka yakin bahawa tarikh kerajaan Melayu Melaka diasaskan ialah pada tahun 1262 iaitu 138 tahun lebih awal tetapi jika ada pihak lain yang menemui bukti baru, sila berikan bukti,” demikian kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menerusi akhbar kosmo selepas merasmikan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka di Melaka.
April lalu, sekumpulan penyelidik merumuskan sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1278 tetapi kali ini tarikhnya berubah kepada lebih awal iaitu 1262 dan bukannya pada tahun 1400 yang menjadi sumber rujukan selama ini.
“Keputusan ini diputuskan oleh sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan negeri menerusi kerjasama Institut Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Setakat ini keputusan adalah muktamad ekoran hasil kajian penyelidik sejak tahun 2009 yang sepakat menolak pendapat penulis-penulis terdahulu.


Tarikh 1400 dan 1278 yang dikemukakan tidak mempunyai ciri fakta yang kukuh sebagai tahun sebenar penubuhan kerajaan Melayu Melaka kerana tahun itu diperolehi daripada andaian dan tujuan penulisan berdasarkan sumber-sumber yang ada,” menurut Datuk Mohd. Ali Rustam lagi.
Berdasarkan tulisan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) versi Raja Bongsu, kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada 660 Hijrah bersamaan tahun 1262. Ini secara langsung menolak kesepakatan sarjana Barat sebelum ini termasuk dari Portugal kerana bukan berdasarkan fakta sejarah. Fakta Barat diambil dari Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada tahun 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar cakap.
Menurut Datuk Mohd. Ali Rustam, keputusan yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah berdasarkan sumber bertulis, artifak dan lisan serta penyelidikan yang dijalankan di Malaysia dan di Indonesia. Antara tempat yang dilawati penyelidik termasuklah Kepulauan Riau, Pulau Penyengat, Pulau Singkep, Pulau Lingga, Sumatera Selatan iaitu di Jambi dan Palembang serta Padang dan Batu Sangkar di Sumatera Barat.
Menurut Pakar Sejarah, Prof Emiratus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, penemuan tarikh baru ini tidak boleh dianggap muktamad kerana sejarah memang selalu dikaji semula setiap kali terdapat penemuan baru. Ia tidak boleh bergantung pada sumber di dalam negara sahaja kerana ia melibatkan sumber-sumber negara lain yang terlibat,” kata beliau lagi.
Sumber: http://resam-melayu.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 10:15 AM | Show all posts
Sekurang-kurangnya kita berjaya merungkai penemuan ini setelah senyap hampir berpuluh tahun mengenai tarikh sebenar penubuhan  Melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 04:03 PM | Show all posts
Catatan krajaan china kurun ke-13 ada pernah sebut melaka ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 08:17 PM | Show all posts
Marco Polo 1292  yang singgah di beberapa negara sepanjang selat melaka ada sebut tentang melaka ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 10:51 AM | Show all posts
Marco Polo ada catatkan kewujudan sebuah kerajaan MALAIUR yg mempunyai bahasa & raja sendiri
mungkin itu sebagai gambaran Melaka sebab catatan itu menyebutkan terdapat urusan perdagangan termasuk rempah


sumberThe Travels of Marco Polo/Book 3/Chapter 8 -by Marco Polo, translated by Henry Yule

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 01:06 PM | Show all posts
al kisah....dulu blajo 1400...ade pulak penemuan baru...
btw, great info....good job.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 01:26 PM | Show all posts
abis parameswara mcm ne???
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 01:35 AM | Show all posts
Marco Polo ada catatkan kewujudan sebuah kerajaan MALAIUR yg mempunyai bahasa & raja sendiri
mungk ...
H猷L鰃頧 Post at 20-4-2012 10:51
Negara bergelar Malayu dah wujud sejak abad ke 7 lagi. Di Sumatera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 12:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by BotakChinPeng at 24-4-2012 15:08

Selain Marco Polo & kerajaan negara china zaman itu, ibnu Battuta 1326 juga tak pernah sebut tentang Melaka.

Hmmm... nampaknya harapan untuk 1262 diiktiraf seluruh dunia sebagai tahun bermulanya Kesultanan Melaka semakin tipis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 04:15 PM | Show all posts
ehhh betol ka ni ??? amacam plak ngan Pasai ??
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:23 PM | Show all posts
Reply 17# BotakChinPeng

Tak ingat la pulak dari mana aku baca, tapi Ibnu Batutah pernah sebut pasal kerajaan Kedah Tua.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 12:20 PM | Show all posts
Reply  BotakChinPeng

Tak ingat la pulak dari mana aku baca, tapi Ibnu Batutah pernah sebut pasal ...
winamp05 Post at 25-4-2012 13:23



Ada dalam modul sejarah sek men.

Istilah  Arab   mulaqah   bererti   pertemuan   dan   malakat   bermaksud perhimpunan segala dagang. Bermakna kawasan itu telah dikunjungi oleh saudagar saudagar  Arab  yang  berdagang  dan  menyebarkan  agama  Islam semenjak  abad  ke 7  Masehi  seperti  terdapat  dalam  catatan  pelayar  Islam termasyhur iaitu Ibnu Battuta. Antara abad ke 7 Masehi,   kerajaan  awal  di  negara  kita dah wujud antaranya Lembah  Bujang  Kedah  Tua (abad 1 - 14).
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.071198 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list