CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7113|Reply: 29

Kisah Pemuda Ikhlas dan Syaitan

[Copy link]
Post time 11-4-2012 03:02 AM | Show all posts |Read mode


Dalam Kitab Minhajul Qasidin, Ibnu Qudamah al-Maqdisy sempat mencatatkan sebuah kisah yang mahsyur mengenai keikhlasan. Kisah ini diriwayatkan oleh al-Hassan. Ayuh kita hayati kisah ini dan mengambil ibrah daripadanya.

Pada zaman dahulu ada sebatang pokok yang disembah oleh orang ramai, seorang lelaki pergi kepadanya dan berkata, "Aku akan menebang pokok ini."

Dia pun pergi bagi menebang pokok itu. Di pertengahan jalan, dia terjumpa syaitan yang menjelma sebagai seorang lelaki, dan berkata kepadanya, "Apa yang engkau ingin lakukan?"           

Dia menjawab, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala."

Syaitan berkata, "Jika kamu tidak menyembahnya, apakah mudarat kepadamu jika orang lain menyembahnya?"

Lelaki itu berkata, "Aku tetap menebangnya."

Syaitan itu berkata kepadanya, "Adakah kamu mahu perkara yang lebih baik lagi daripada melakukan perkara ini? Jangan tebang itu dan kamu akan mendapat sebanyak dua dinar yang terletak di bawah bantalmu setiap pagi."

Lelaki itu berkata, "Siapa yang akan bagi?" Syaitan berkata, "Aku." Dia pun pulang ke rumah dan keesokan paginya, dia mendapati ada dua dinar di bawah bantalnya.

Pagi seterusnya, dia mengangkat bantal tetapi tidak menjumpai apa-apa. Serta merta dia menjadi marah dan berazam mahu menebang pokok itu semula.

Syaitan kembali menjelma di hadapannya dalam bentuk yang serupa dan berkata, "Apa yang kamu mahu lakukan?"

Dia berkata, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala."

Syaitan berkata, "Kamu bohong, kamu tidak akan mampu menebangnya."

Lalu lelaki itu mara ke depan untuk menebang, tiba-tiba syaitan itu memukulnya hingga jatuh tersungkur, lantas mengcekik sehingga hampir membunuhnya.

Kemudian syaitan berkata kepadanya, "Kamu tahu siapa aku? Aku adalah syaitan."

Syaitan berkata lagi, "Kali pertama kamu datang untuk menebang pokok itu kamu memang marah kerana Allah dan ketika itu aku tidak boleh mengalahkan kamu.

Dengan dua dinar, aku berjaya menipu kamu dan kamu tidak jadi menebangnya. Apabila kamu kembali untuk kali kedua, ketika itu kamu marah kerana dua dinar tersebut.

Oleh sebab itulah, aku berjaya mengalahkanmu." Muhasabah Pemuda tersebut adalah pelambangan diri kita sebagai hamba Allah, kedua-dua sifat itu maujud dalam diri kita yang serba daif ini.

Kita mungkin sahaja seorang yang ikhlas pada awalan babak namun berakhir dengan sebaliknya, atau sahaja mungkin kita bermula dengan terpaksa namun akhiran adalah keikhlasan dan kelazatan iman yang membuak-buak.

Al-Quran sendiri banyak kali menekankan mengenai keikhlasan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang bermaksud:

"Padahal mereka tidak diperintah melainkan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas beribadat kepada-Nya, malah tetap teguh di atas tauhid." (Surah al-Bayinah, ayat 5)

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud:

"Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan kepada Allah) ialah segala ibadat dan amalan yang suci bersih (daripada segala bentuk kesyirikan)." (Surah az-Zumar, ayat 3)

Jelas dan nyata umat Islam perlu ikhlas malah diwajibkan ikhlas dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah. Bukan sahaja dalam ibadat khusus, dalam setiap amalan dan perbuatan harian yang lain juga mesti diikhlaskan kerana Allah.

Ini kerana lawan kepada ikhlas dalam berakidah kepada Allah adalah syirik kepada Allah, dan sebesar-besar dosa di sisi Allah adalah syirik.

Muaz bin Jabal meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Ikhlaskanlah (amalan) agama kamu, nescaya amalan yang sedikitpun akan mencukupkan kamu." (al-Hakim dan al-Dailami, disebut juga dalam Jami' As-Sangir karangan Imam as-Sayuti)

Ujian keikhlasan Waktu keikhlasan paling teruji adalah ketika dalam solat, sama ada wajib ataupun sunat.

Sebagaimana yang dinyatakan, kita mungkin bermula dengan penuh keikhlasan namun berkakhir dengan sebaliknya dan mungkin kita bermula dengan kurang memberikan perhatian namun tiba-tiba terasa nikmat dan kelazatan raja' kepada Allah saat dalam rukuk dan sujud dan sebagainya.

Solat adalah medan yang terbaik bagi menguji keikhlasan. Kalau dalam solat kita boleh berlaku ikhlas nescaya dalam urusan dan ibadat lain juga tidak menjadi masalah.

Diceritakan kepada kami dalam satu kuliah, ustaz berkata, "Kalau mahu tahu seseorang itu ikhlas atau tidak dalam solatnya, maka lihatlah apakah kualiti beliau bersembahyang di masjid sama dengan kualiti beliau sembahyang seorang diri di rumah atau depan lembu!?" Kata kuncinya adalah usaha.

Allah menyatakan yang bermaksud: "Maka berazamlah, dan bertawakal kepada Allah."

sumber diperoleh dari http://forum.rc.my/showthread.php?tid=7354

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2012 07:17 AM | Show all posts
hmm..Muaz bin Jabal , macam nama sebuah masjid dekat seri maya  tu kan? nice name...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2012 09:38 AM | Show all posts
tau xpea
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 12:32 PM | Show all posts
Salam TT, moga yg lain mendpt iktibarnya.
Insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 04:40 PM | Show all posts
TQ for sharing.

Jaga hati.. bukan mudah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 04:42 PM | Show all posts
hmm..Muaz bin Jabal , macam nama sebuah masjid dekat seri maya  tu kan? nice name...
mbhcsf Post at 11-4-2012 07:17



   nice name, kan...  nabi syg sgt kat muaz ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2012 04:44 PM | Show all posts
nice name, kan...  nabi syg sgt kat muaz ni
kismis Post at 11-4-2012 16:42



    hmm ...hehe nostalgic betul sebab saya pun tahu nama masjid in 2009 ...bless him that person ...then i asked him sapa dia? he said : sahabiah

hmm...tulah sahabat Nabi

i tatau sangat kisah dia ...org terawal memeluk islam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 04:45 PM | Show all posts
Reply 6# kismis


    i suka simple , nice , senang ingat  nama ringkas macam ni ...panjang payah lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2012 04:45 PM | Show all posts
ade ke seorg penyanyi nasyid nama Muaz?

saya nak kepastian ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 04:48 PM | Show all posts
ikhlas ni datang dari hati  feel better.

tapikan bila berada di dalam satu keadaan yg kita rasa 'kelat sikit' then ...masa tu ujian betul ...antara ikhlas dan realiti dan expectation.

lebih baik be honest.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 06:31 PM | Show all posts
hmm ...hehe nostalgic betul sebab saya pun tahu nama masjid in 2009 ...bless him that pers ...
mbhcsf Post at 11-4-2012 16:44



   masjid ada kenangan kah? hee
saya pun tak tau sgt, cuma byk kali dgr mengenai sahabat kesayangan nabi ni bila kuliah.. pasal doa yg nabi ajar pada muaz (Allahuma a'inni ala dzikrika, wa syukira, wa husni ibadatika)

kalau dpt anak lelaki lagi nak namakan muaz harap beriman, bijak faqih bab halal haram, macam muaz bin jabal ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2012 10:43 PM | Show all posts
masjid ada kenangan kah? hee
saya pun tak tau sgt, cuma byk kali dgr mengenai sahabat kesa ...
kismis Post at 11-4-2012 18:31



    well...hahaha nice name  Muaz, sedap satu nama je tapi tak nak letak ahmad ke kat depan

nama simple name nice tariq , safiyyah  etc etc

Luqman Hakim pun nice name ...but perangai cam Luqman Hakim as in dalam Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 02:18 AM | Show all posts
cakap pasal ikhlas dalam amal ibadat ni.. mcm mana ye..

kalau kita amalkan solat itu dan solat ini, surah itu dan surah ini, untuk dapat fadhilat yg sekian-sekian.. adakah itu tidak ikhlas? bukankah bila ikhlas kita tak harap sebarang balasan.. mcm mana sepatutnya kita niat dalam hati kita? mohon pencerahan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 03:33 AM | Show all posts
Reply 13# manganini



dlm bab inilah menunjukkan dgn jelas keikhlasan perlu disertai dgn ilmu.....

ilmu tanpa ikhlas , tidak diterima....

ikhlas tanpa ilmu....juga tidak tepat....

dalam bab fadhilat2 itu dan ini............amat2 penting kita cek sumber....kalau sahih dr Quran dan sunnah, conform itu yg disaran.....apabila itu yg disaran , itu maknenye yg Allah suruh, dan yg nabi ajar....maka automatik ia valid.....


dlm bab fadhilat2 nie, yg penting, jgn dengar bidaah(yg org reka2 fadhilat) kerana mmg mudah mereka-reka fadhilat2 tertentu sebab benda baik, org mudah percaya......


tp kalau setelah kita cek fadhilat itu nabi yg anjurkan atas perintah Allah, maka ia valid.....tidak ada erti tidak ikhlas dlm bab ini....

sebab quran yg bagitau (ALLAH SURUH) dan nabi yg ajar(hadis)......

maka bagaimana mengikuti apa yg Allah suruh itu, tidak ikhlas......

jd pastikan kelebihan itu ada dlm Quran dan sunnah...jgn dengar logik kata2 org saja....yg kata ia baik...
bila conform  ada dlm Quran dan sunnah , kita akan yakin.....itu yg dianjurkan.....
wallahua'lam....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 07:31 AM | Show all posts
well...hahaha nice name  Muaz, sedap satu nama je tapi tak nak letak ahmad ke kat depan
...
mbhcsf Post at 11-4-2012 22:43



   Luqman nama my anak sulung ..    kalau ikut anak sulung sy patut bagi nama abu hurairah lah.. sbb dia sangat sangat suka kucing

ehh off topik pulak. sorry TT
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 07:36 AM | Show all posts
cakap pasal ikhlas dalam amal ibadat ni.. mcm mana ye..

kalau kita amalkan solat itu dan solat in ...
manganini Post at 12-4-2012 02:18


keikhlasan tu umpama semut hitam berjalan pada malam yg pekat. susah nak nampak dan nilai, sebaik Penilai hanya Allah. kalau tak salah sy ada 3 tingkat iklas ni. rasanya kebanyakan kita iklas takat maqam pedagang.. buat untuk mendapat pahala. Selalu lah berdoa agar hati kita di ikhlaskan Allah.. hal macam ni tak blh jadi dalam masa 1-2 hari, melainkan dengan kehendakNya. Saya bercakap dalam konteks sama, pun tergagau2 jgk. Nak didik hati mmg bkn senang kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2012 03:03 PM | Show all posts
dlm bab inilah menunjukkan dgn jelas keikhlasan perlu disertai dgn ilmu.....

ilmu tanpa ikhlas , tidak diterima....

ikhlas tanpa ilmu....juga tidak tepat....

dalam bab fadhilat2 itu dan ini............amat2 penting kita cek sumber....kalau sahih dr Quran dan sunnah, conform itu yg disaran.....apabila itu yg disaran , itu maknenye yg Allah suruh, dan yg nabi ajar....maka automatik ia valid.....
ussopp Post at 12-4-2012 03:33


Salam ussopp,

Kan telah disebutkan sumbernya, dan setahu saya kisah ni memang masyhur, juga disebut dalam Ihya-ul-Uloom oleh Imam Al-Ghazali (Rah), juga disebut dalam Kitab Fadhaail Amaal oleh Syaikhul Hadith Muhammad Zakariyya (Rah).

Kisah itu bukannya dari Al-Quran atau dari Hadith, intisari kisah tersebut ialah KEKUATAN IKHLAS, selari seperti yang dianjurkan dari Al-Quran dan Sunnah (hadith).

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 03:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 13-4-2012 12:53
cakap pasal ikhlas dalam amal ibadat ni.. mcm mana ye..

kalau kita amalkan solat itu dan solat ini, surah itu dan surah ini, untuk dapat fadhilat yg sekian-sekian.. adakah itu tidak ikhlas? bukankah bila ikhlas kita tak harap sebarang balasan.. mcm mana sepatutnya kita niat dalam hati kita? mohon pencerahan..
manganini Post at 12-4-2012 02:18


Apabila kita percaya dan mengharap balasan dari Allah, bukannya dari makhluk, itu juga SEBAHAGIAN dari IKHLAS.

Manusia diciptakan sukakan kepada ganjaran. Allah Sendiri memberi Fadhilat (kelebihan) kepada manusia:

Allah Menyeru ke Darussalam (Syurga), dan Memberi Petunjuk kepada orang yang Dia Kehendaki ke jalan yang Lurus (Yunus, 25)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 03:17 PM | Show all posts
hmm...tulah sahabat Nabi

i tatau sangat kisah dia ...org terawal memeluk islam ke?
mbhcsf Post at 11-4-2012 16:44


Mu'az bin Jabal RA ialah seorang sahabat Nabi yang sangat mengasihi Nabi, dihantar oleh Nabi ke Yemen bagi urusan agama Islam. Sebelum perpisahan dengan Nabi atas urusan tersebut, Nabi memberi beberapa nasihat kepada beliau, yang merupakan amanat/nasihat/kata-kata terakhir Nabi kepada beliau.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 05:18 PM | Show all posts
Petuanya, jgn meringan² hukum² Allah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057527 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list