CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
 Author| Post time 12-4-2012 04:13 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 2

TOK! TOK!

Faiz mengangkat muka. Nadia sedang berdiri di depan pintu biliknya sambil membawa sebiji mug.

“Nescafe tarik, Encik Faiz” Kata Nadia.

“Tahu tahu je awak ni” Faiz senyum dan di balas oleh Nadia. Sebiji mug berisi Nescafe tarik di letakkan di meja majikannya.

“Nanti awak keluar, tolong panggil Aznim” Pinta Faiz.

“Okay, tu je Encik Faiz?”

“Yup. Thanks” Nadia berlalu pergi.

Aznim, Event Executive merangkap setiausaha tidak rasminya di Halim Travel & Tours melangkah masuk.

“Yes, En. Faiz?”

“Saya dah edit promotion untuk April sampai June. Not much, just a few wordings to change” Kata Faiz sambil menyerahkan satu fail kepada Aznim.

And then, call Ms. Zara, Marcom Manager Hotel Maya. Tolong confirm appointment saya dengan dia esok, lunch hour” Kata Faiz lagi.

“Okay”

“Siapa yang jaga booth masa Matta Fair nanti?”

“Mira and Nadia. I will be there on Sunday” Jawab Aznim.

Next week, saya pergi Tioman. If there are any urgent things, please pass to me before Friday” Aznim mengangguk lagi.

“Okay, tu je. Thanks Kak Nim” Faiz senyum.

“Encik Faiz. Saya dah cakap banyak kali, tak payah panggil saya kak” Aznim menegur. Walaupun Aznim tujuh tahun lebih tua daripada Faiz, dia rasa macam pelik pula bila seorang majikan memanggilnya kakak.

Dulu, majikannya adalah Puan Sharifah yang kemudiannya meletakkan jawatan atas faktor umur. Atas permintaan Datin Faridah, Faiz kemudian mengambil peranan menguruskan syarikat ini. Halim Travel & Tours adalah satu-satunya agensi pelancongan di bawah syarikat AHO Corporation.  

“Saya pun dah banyak kali cakap dengan Kak Nim, tak payah panggil saya encik. Kak Nim panggil juga. Lagipun, dah biasalah Kak Nim. Sebelum saya ambil alih syarikat ni dari abah pun, dah panggil Kak Nim. Nak tukar rasa macam tak sopan” Terang Faiz. Faiz paling suka berurusan dengan Aznim. Cekap dan mudah bekerja dengannya.

“Sukah hatilah. Jangan panggil makcik sudah. Hilang glamor I” Faiz tersenyum.

Kalau tak ada apa lagi, saya keluar dulu” Aznim meminta diri. Faiz hanya mengangguk.

Faiz kembali mengadap komputer ribanya. Selain menjadi pengurus besar di Halim Travel & Tours, dia juga mempunyai blog pelancongannya sendiri. Blog itu akan di kemaskini setiap kali dia pulang daripada mana-mana destinasi pelancongan.

Bosan mengadap blog, dia mula membuka akaun Facebooknya. Macam-macam cerita ada di dalam. Dia membaca satu demi satu.

Apada… Nak masak nasi goreng ikan masin pun nak update status kat facebook?  

Ni lagi sorang, demam pun nak bagitau dalam facebook. Makan ubat lepas tu duduk diam-diam sudah.

Laki aku main kayu tiga?  Faiz menggeleng kepala.

Dani Amin: Bro, busy ke?

Pesanan baru dihantar oleh Dani, ‘sidekick’nya merangkap jurugambar setiap kali dia pergi melancong.

Faiz Halim: Taklah. Kenapa?

Dani Amin: Aku dah email gambar Pulau Perhentian. Nanti kau pilihlah mana yang berkenan.

Faiz Halim: OK.

Faiz kembali membelek facebook secara rambang. Secara sengaja, dia menaip nama Adalea di tempat carian.

Bukan.

Pun bukan.

Gila apa? Pakai baju kurung tapi misai tebal.

Cun juga ni.

Woohoo.. seksi.

Bukan juga.

Kau terjah teruslah rumah dia. Kata hati kirinya.

Gila. Kalau dia dah kahwin macam mana? Kata hati kanannya pula.

Tu belakang cerita. Yang penting, kau jumpa dia dulu.

Eh, tak boleh. Kalau laki dia jenis cemburu buta, naya aku kena tembak tak tentu pasal.

Dia mengeluh lagi. Satu tarikan nafas di lepaskan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2012 04:15 PM | Show all posts
Reply 41# Nicki_Meow

he he... lawak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 04:22 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 3

Mereka baru pulang dari Pulau Tioman, sengaja mengambil jalan dari Mersing ke Kluang, sebelum meneruskan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur. Beriya-iya Dani mengajaknya singgah di Kluang dulu. Katanya, kopi di stesen keretapi Kluang memang terkenal. Sambil menghirup kopinya, Faiz memerhatikan sekitar kawasan stesen keretapi itu. Ada ramai yang menunggu. Sekeping roti bakar di ambil, buat mengalas perut.

“So, bila next trip?” Tanya Dani. Sibuk dengan kamera mengambil gambar candid.

Faiz tidak menjawab. Masih memerhatikan orang ramai yang sedang menunggu ketibaan keretapi menuju arah ke Pantai Timur.

“La… termenung rupanya” Dani mengangkat muka bila Faiz tidak memberikan jawapan.

Dani mengenali Faiz di Taiping, Perak tiga tahun dulu. Dani yang memang hobinya mengambil gambar bertemu Faiz yang sedang melancong seorang diri di Kuala Gula. Setelah berkenalan, baru dia tahu yang Faiz adalah pemilik blog Fearless & Adventures. Sejak itu, dia dan Faiz menjadi rapat dan sering mengikut Faiz melancong. Kerjayanya sebagai jurugambar bebas, memudahkan jadualnya disusun mengikut jadual Faiz.

“Bro, apa lu fikir?” Tanya Dani.

Faiz mengangkat kening.

“Semenjak dua menjak ni, kau macam muram je. Kenapa?”

Faiz diam lagi. Memang begitu sifatnya, berat mulut. Tapi bila dah diajak berbual, macam-macam idea dan macam-macam cerita yang keluar.

“Kau ada masalah ke?” Faiz menggeleng.

“Macam nilah bro. Kalau kau rasa nak cerita, kau cerita lah. Kalau kau tak nak pun tak apa. Tapi janganlah termenung macam ni” Kata Dani lagi. Faiz menggaru-garu dagu.

“Teringat awek lama” Ringkas Faiz menjawab.

“Awek? Aku ingat kau tak minat dengan perempuan” Dani berkata sambil tersengih.

“Bodoh” Maki Faiz tapi Dani hanya tergelak. Sudah biasa dia dengan Faiz bergurau kasar begitu.

“Awek mana ni? Setahu aku, kau tak pernah pulak usha mana-mana awek”

“Aku dah lama kenal dia. Lebih kurang enam tahun lepas rasanya. Masa tu aku kerja jadi waiter je pun. Awek tu pun kerja sekali”

“Cun?”

Beauty is in the eyes of the beholder” Faiz menjawab. Dani hanya tersengih lagi. Bermadahlah pulak.

“Lepas tu, apa jadi?” Tangannya masih lagi sibuk mengambil gambar.

“Aku tinggalkan dia macam tu je” Faiz menjawab. Dani memandang Faiz kali ni.

“Kenapa?”

“Sebab…” Faiz menceritakan kisahnya serba sedikit.

“Kau suka dia, tapi kau tak bercinta dengan dia. Lepas tu kau tinggalkan dia. Sekarang kau nak cari dia balik” Dani membuat rumusan paling ringkas dari cerita Faiz.

Faiz hanya mengangguk “Lebih kurang macam tulah. Sejak akhir-akhir ni, aku macam selalu teringatkan dia”

“Dah enam tahun bro. Takkan sekalipun kau tak pernah contact dia?”

“Aku pernah juga call handphone dia. Tapi tak dapat. Dah tukar nomborlah kot”

“Kenapa kau tak pergi rumah dia terus?”

“Aku takut dia dah kahwin” Kali ini Faiz membayangkan kerisauannya.

“Ala bro, kau nak risau apa. Kalau dah kahwin, anggap jelah tak ada jodoh. Tapi kalau dia tak kahwin lagi, kau yang rugi” Dani memberi buah fikiran.

“Jadi, selama ni kau membujang, sebab awek ni lah?”

Faiz mengangguk sambil tersengih. Dani menggeleng kepala. Enam tahun? Lama tu. Entah-entah dah beranak tiga.

“Minggu depan kau datang kan?” Tanya Dani lagi.

“Eh, mesti” Faiz menjawab.

“Bagus”  Sudah dirancang dengan bakal tunangnya untuk mempertemukan Faiz dengan kawan baik Mariam. Buka sekali dua mereka membuat rancangan, dah berkali-kali. Tapi setiap kali itu juga Faiz menolak. Sekarang baru dia tau kenapa. Rupanya teringat kekasih lama.

“Kali ni, kau mesti jumpa dia”

“Siapa?”

“BFF Mariam”

Faiz memutarkan matanya ke atas. Letihlah cakap dengan orang tak reti bahasa.

Dani yang melihat gaya Faiz hanya tersengih lalu dia kaunter bayaran, membayar harga makanan dan minuman. Mereka kemudian beransur untuk pulang semula ke Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 04:30 PM | Show all posts
Reply 42# ladyFinger12

Thanks Lady. Cerita awak pun menarik juga...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 05:34 PM | Show all posts
BFF mariam tu... kaka harap la sangat si Lea... ... apa la kabor si Lea ekkk... keje apa la dia gamaknya... tak sabor neh... sambung lagi nicki bebeh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 05:38 PM | Show all posts
Reply 45# asyriqa

dah kawen kot ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-4-2012 01:01 PM | Show all posts
Reply 45# asyriqa

Hehehe.. kita tunngu sama-samalah ya... Boleh gitu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 01:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 13-4-2012 14:01

Part 2 - Episode 4

Dia ketawa sendiri. Gambar-gambar di komputer ribanya ditatap penuh asyik. Sejak pertama kali dia melihat wajah jejaka itu, hatinya sudah terpaut. Jejaka itu datang seperti membawa harapan. Datang untukmenyelamatkannya dari sesuatu yang dia pun tak tahu apa.


“You sayang I tak?”


“Sayang”


“I pun sayang you” Dia tersenyum manja.


“Kalau betul you sayang, bila nak kahwin dengan I?”


“Sekarang”  Dunia ini sangat indah dirasakan.


“I cantik tak?”


“Cantik” Kepalanya dilentokkan manja. Dia merasa bahagia di dalam duniannya sendri.


Aku cinta, padamu… Sungguh
Mestikah ku ucapi, dari mulutku sendiri..
Aku cinta padamu… kasih…


Nyanyian itu di ulang-ulang… Khas untuk kekasihnya. Dia tertawa lagi…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2012 02:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 11-5-2012 21:38

Part 2 - Episode 5

“Hi Faiz” Terjongol muka Emalin di depan pintu.

“ Hi Lin” Faiz menyapa kembali sambil tersenyum.

“Bila you balik dari Tioman?”

“Last Sunday”

“You tak call I pun bagitau you dah balik?” Emalin membuat nada seolah-olah merajuk.

“I busy lah Lin. Banyak kerja” Ringkas jawapan Faiz. Dia merasakan tidak perlu untuk dia melaporkan apa-apa kepada Emalin.

“Ala, saja nak elak dari I kan?”

Faiz mengangkat kening. Tau pun.

“Jom pergi lunch” Ajak Emalin.

“I busylah. Next time eh?”

“Ala.. jomlah. Temankan I makan. I belanja”

Faiz menarik nafas. “Okaylah” Akhirnya dia berkata.

Emalin tersenyum. Hatinya melonjak kesukaan.

“You nak makan apa?” Tanya Faiz ketika melangkah keluar.

“I nak makan Japanese Food” Emalin menjawab manja.

“Let’s go to first floor. I dah banyak kali juga makan kat situ, sedap juga” Faiz mengajak.

“Okay” Dengan sengaja Emalin memaut lengan Faiz ketika melangkah keluar walaupun dia tahu Faiz tidak suka dia berbuat begitu. Faiz yang merasa tidak selesa, tidak pula berkata apa-apa. Hanya membiarkan sahaja.

Mereka menuju ke Restoran Still Waters yang  terletak di tingkat satu, Hotel Maya. Restoran ini menghidangkan kombinasi makanan Jepun dan Kantonis.

“Hey Faiz” Faiz menoleh bila terdengar namanya di panggil.

“Oh, Hi Zara. Sorang je? Nak pergi lunch ke?” Faiz menegur ramah. Sudah lama dia mengenali Zara Yasmine, pengurus di bahagian komunikasi Hotel Maya.

“I baru balik dari photoshoot untuk food promotion” Zara menjawab.

“Ni girlfriend you ke? Cakap tak ada girlfriend lagi” Zara mengusik sambil menghulurkan tangan kepada Emalin.

“Bukan girlfriendlah. Kawan je” Faiz membetulkan fakta lalu muka Emalin berubah.

“Hi, I’m Zara” Salam di sambut. “Emalin” Sepatah sahaja di jawab

“Okaylah Faiz. I’ll make a move first. Enjoy the food ya” Zara meminta diri. Faiz mengangguk dan tersenyum lagi.  

**********************************************************************************

“You nampak muram je? Kenapa?” Soal Emalin. Makanannya sudah separuh di habiskan.

“Tak ada apa. Biasa je”

“Dulu you tak macam ni pun”

“I’m okay Lin, takde masalah pun” Faiz berkata lagi. Rimas pula dia disoal begitu berkali-kali.

“You perasan tak, kita dah jarang jumpa. Tak macam masa mama you ada”

Faiz mengerutkan kening. Itu saja yang di ulang-ulang Emalin setiap kali mereka berjumpa. Emalin, anak kepada kawan baik mamanya. Memang mamanya dan mama Emalin pernah cuba menjodohkan mereka berdua tapi Faiz tidak mahu. Malangnya, Emalin pula sebaliknya. Gadis itu benar-benar mengharapkan sesuatu yang tak mungkin dapat di penuhi. Walaupun Faiz cuba berkali-kali, Emalin tidak mahu mendengar penjelasan yang hatinya tidak pernah terbuka untuk Emalin.

“Faiz, I cakap dengan you ni. You dah tak macam dulu tau. Selalu mengelak dari I. Call pun jarang. Kenapa?” Emalin bertanya lagi.

“Tak ada apa Lin. I’m fine. Seriously I am”

“Kenapa you macam ni? I ada buat salah ke?”

Faiz menolak rambutnya ke atas. Apa lagi yang mahu di katakan pada Emalin?

“Faiz, I tahu you tak suka I datang jumpa you” Nada Emalin seakan merajuk. Faiz tersenyum memandang Emalin.

“Lin, you nak datang jumpa I ke, nak ajak makan ke, I tak kisah. You dah macam adik I sendiri”

What? Adik, aku separuh mati gilakan kau, kau anggap aku ni macam adik?

“Makanlah cepat. I banyak kerja nak buat” Faiz berkata lagi.

Emalin terdiam memandang Faiz. Memang dia tahu yang Faiz tiada perasaan kepadanya, dia tetap tidak berputus asa.

Susah sangat hati kau nak terima aku kan? Emalin menarik nafas dan kemudian di hembuskan perlahan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 02:19 PM | Show all posts
emalin ... org dah tak nak ... blah je lah ... hehehehe ....

cari la mana2 lelaki yg sesuai .... hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 03:46 PM | Show all posts
si faiz ni duk terkenang mata air lama dia si lea tuh... ko cantik la macam ratu dunia sekalipun emalin ooiiii... tak der taman dalam hati faiz ni kat ko... baik ko blah gi cari mamat lain... berlambak ada...bangla, negro, nepal, lombok, vietnam...macam2 ada 1 world la katakan.... eheheheee
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 03:47 PM | Show all posts
bila la kan bersua dengan lea neh... tak sabor...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 04:03 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 6

Dia memeriksa pelamin yang ringkas itu buat kali terakhir. Esok kawan baiknya, Mariam akan bertunang. Jadi dia perlu memastikan segalanya sempurna.

Perfect” Katanya perlahan. Kini, dia perlu memastikan segala aksesori dan baju juga lengkap. Dia segera ke bilik Mariam.

“Yam” Dia memanggil.

Mariam yang sedang membelek-belek tiara dan subang menoleh.

“Yang mana satu kau nak?”

“Aku pakai yang nilah” Mariam berkata sambil mengangkat sepasang subang mutiara.

“Okay” Dia berjalan ke arah Mariam. Baju dan aksesori yang telah dipilih Mariam diasingkan satu tempat manakala yang lain di masukkan kembali ke dalam beg.Setelah siap, dia duduk bersebelahan dengan Mariam. Kedua-dua mereka kelihatan penat.

“Penatnya. Baru bertunang dah penat macam ni” Mariam mengadu.

“Kau yang nak buat grand-grand, mana tak penat” dia menjawab.

“Kau bila lagi, Ad?” Mariam bertanya.

Dia hanya tersenyum mendengar soalan Mariam. Bukan sekali dua Mariam bertanyakan soalan itu, dah beratus kali. Mariam selalu berangan hendak bersanding sekali dengannya.

“Ada jodoh nanti, adalah” Ringkas jawapannya, jawapan yang sama juga setiap kali.

“Ke kau tunggu mamat tu lagi?” Mariam bertanya lagi. Dia diam, perlahan-lahan berbaring di atas katil.

“Entahlah Yam. Susah nak cakap. Yang aku tahu, hati aku dah tak terbuka untuk orang lain” Mariam menggelengkan kepala.

Kisah sahabatnya sudah didengar berkali-kali. Dia ingat lagi, bila Ad datang mengadu padanya. Hampir sebulan juga sahabatnya itu murung.

“Dah enam tahun Ad, kau nak tunggu dia sampai bila?” Mariam pula berbaring di sebelahnya.

“Sampai penat” Dia tergelak kecil dengan jawapannya sendiri.

“Aku nak kenalkan kau dengan kawan Dani, kau tak nak” Mariam menyambung.

“Tak payahlah susah-susah carikan jodoh untuk aku. Pandailah aku cari sendiri”

“Eh hello, Cik Adalea. Kalau nak tunggu kau sendiri nak pergi cari, sampai tualah kau tak berlaki” Tempelak Mariam.

Sebiji bantal di baling ke Mariam. “Main kasar nampak?” Lalu berlakulah perang bantal antara mereka. Akhirnya kedua-dua mereka kembali terbaring kepenatan.

“Esok kawan Dani datang tau. Boleh kau jumpa dengan dia” Mariam mencuba lagi.

Lea memutarkan matanya ke atas. Tak habis-habis.

“Ala, kau kenal-kenal dulu dengan dia. Kalau berkenan, on jelah. Kalau tak, tak apa”

Handsome woo. Sepuluh kali ganda handsome dari mamat yang kau tunggu tu. Anak Datuk lagi” Bukan main lagi Mariam membuat promosi jualan murah.

“Mana kau tau dia tak handsome? Bukannya kau pernah jumpa dia”

“Aku taulah"

“Kalau kawan Dani tu handsome, kenapa kau tak tackle kawan Dani tu je?”

“Sebab… Dani lagi handsome dari kawan dia”

“Sudahlah” Mereka ketawa.

“Yam, I’m happy for you

“Thanks”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 04:06 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 7

Majlis pertunangan Mariam berlangsung meriah. Bagai majlis kahwin lagaknya. Maklumlah, Mariam anak tunggal jadi ibu bapanya tak kisah berhabis lebih.

Lea mengambil kesempatan untuk duduk sebentar sementara Mariam mengambil gambar. Dani dan Mariam kelihatan gembira. Pertunangan diikat selama setahun. Pasti dia juga yang akan menjadi wedding planner Mariam.

Lea melihat jamnya. Sudah pukul 5.30 petang. Dia berniat untuk beransur dulu, pelamin dan lain-lain akan diuruskan oleh pekerjanya kemudian.

“Ad, sini” Panggil Mariam.

Lea menoleh, terlihat Mariam yang sedang melambai-lambai. Dia bangun dan berjalan ke arahnya.

“Congrats, Dani” Lea mengucapkan tahniah.

“Thanks Ad” Dani senyum.

“Jom ambil gambar” Mariam mengajak. Di tangan Dani sudah tersedia kamera.

“Kau ni, bertunang pun nak bawa kamera ke?”

“Heheh.. Dah terbiasa” Jawab Dani. “Okay, posing cepat” Pelbagai gaya di ambil untuk gambar kenangan.

“Okaylah Yam, aku nak balik. Baju semua tu kau simpan dulu, esok lusa aku datang ambil. Staff aku datang lepas Maghrib, buka pelamin” Kata Lea.

“Eh, kejap lagilah” Mariam menahan sambil matanya memberi isyarat kepada Dani bermaksud ‘Mana kawan awak tu?’

“Baru sampai, tengah makan” Bisik Dani. Dia terus berlalu untuk memanggil Faiz.

“Esok kau ada wedding ke?" Tanya Mariam.

“Ada, tapi Kak Mona yang handle” Jawab Lea. Tangannya mengipas-ngipas mukanya, kepanasan.

Dah le aku ni gelap, makin gelap berdiri tengah panas ni.

“Aku pergi toilet kejap” Kata Lea. Mariam mengangguk.

Dani dan Faiz kembali ke tempat di mana Mariam berdiri.

“Mar, congrats” Faiz memberi ucap tahniah kepada Mariam.

“Thanks” Mariam menjawab. Dia terpandang mata Dani yang kali ini memberi isyarat ‘Mana Ad?’

“Pergi toilet” Bisik Mariam.

Telefon Faiz berdering tiba-tiba.

“Excuse me” Faiz meminta izin sebelum pergi agak jauh untuk menjawab telefon.

“Yam” Lea memanggil. “Aku balik dululah”

“Ala Ad, kejap lagilah” Mariam cuba menahan lagi.

“Sorrylah Yam, aku dah janji dengan mak aku nak balik awal hari ni. Nanti aku call kau eh?” Lea berkata. Mariam di peluk. “Bye Dani” dan kemudian terus melangkah pulang.

Dani mengeluh melihat Mariam berdiri bercekak pinggang mengadapnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 04:08 PM | Show all posts
emalin ... org dah tak nak ... blah je lah ... hehehehe ....

cari la mana2 lelaki yg sesuai .... ...
hotmum Post at 13-4-2012 14:19


Nak buat macam mana hotmum, cinta itu buta katanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 04:09 PM | Show all posts
si faiz ni duk terkenang mata air lama dia si lea tuh... ko cantik la macam ratu dunia sekalipun e ...
asyriqa Post at 13-4-2012 15:46


Sabor jelah... ekekekkeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2012 04:10 PM | Show all posts
Oklah... Itu saja update untuk hari ni.

Happy reading and happy weekends semua...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 04:20 PM | Show all posts
ala weiii cik nicki bebeh.... awat secoit sajok sambungnye...  dah ler faiz ngan lea selisih plak tuh... masih tak dapat bertentang mata... frussssnyeeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 11:24 PM | Show all posts
x kesampaian lagi berjumpa ad dgn faiz ni....
tak apalah...esok-esok tu berjumpa lah mereka Yam ooiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 11:24 PM | Show all posts
x kesampaian lagi berjumpa ad dgn faiz ni....
tak apalah...esok-esok tu berjumpa lah mereka Yam ooiiii.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.103958 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list