|
baru terbaca kt ohbulan psal gosip ni..
ni antara artikel tu....
Hamboi, sudahlah pergi ke kelab malam, bergaduh lagi. Hairan betul OHBULAN!, tak malu ke wanita-wanita ini bergaduh di depan khalayak ramai. Dengarnya, siap bertarik rambut bagai.
Baru-baru ini, OHBULAN! dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang kenalan yang berkunjung ke kelab malam untuk beristirehat, katanya. Dalam perbualan larut malam yang mengejutkan, kami diberitahu mengenai insiden pergaduhan antara seorang penyanyi yang juga sering berlakon dan kini sedang dikaitkan dengan seorang VIP telah bergaduh dengan kakak kepada seorang pelakon wanita terkenal.
Pada mulanya, susah juga mahu mempercayai cerita dari kenalan ini, namun setelah dikaji dengan lebih mendalam dan didengar berulang-ulang kali, barulah OHBULAN! percaya.
Pergaduhan ini berpunca dari teman lelaki penyanyi wanita ini apabila teman lelakinya dikatakan mempunyai hubungan dengan kakak kepada seorang pelakon wanita terkenal. Mungkin tiada orang kenal siapa kakak kepada pelakon wanita terkenal ini, namun pelakon wanita ini cukup diminati dengan aksi manja dan sikap “enjoy”nya.
Menurut kenalan OHBULAN! itu, pergaduhan ini berlaku penuh dramatik sekali apabila kedua-dua mereka saling tuduh-menuduh dan bertarik rambut. Apa yang OHBULAN! dengar sebelum ini, teman lelaki artis wanita ini dipercayai sudah mempunyai isteri dan mempunyai rangkaian aset & harta yang banyak.
so siapakah itu??? |
|