CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11798|Reply: 103

[LA RACE] Hikayat Merong Mahawangsa

 Close [Copy link]
Post time 20-3-2012 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by BATUAPI8888 at 20-3-2012 09:33



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2012 08:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by BATUAPI8888 at 20-3-2012 09:21

Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan tradisional seperti yang dapat dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sulalat al - Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar dan pelbagai hasil penulisan sejarah tradisional Melayu yang lain.

Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.

Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur tempatan, unsur Hindu dan Islam dan ternyata cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, seorang pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu kerana memulakan ceritanya dengan mengemukaka asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir (semasa penyalinan terakhir dilaksanakan), kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian dan kacamata masyarakat sezaman.

Walaupun tidak semua hasil penulisan sejarah tradisional ditulis berdasarkan ciri-ciri penulisan sejarah tetapi hanya sebahagian daripada ciri-ciri tersebut,
Hikayat Merong Mahawangsa tertulis dengan berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan konsep sejarah masyarakat zaman silam.

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China. Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.

Pengarang tidak menyebut langsung perkaitan antara negeri Kedah dengan negeri Perak dan Patani tetapi menggambarkan wujudnya pertalian yang erat antara negeri Kedah dengan negeri Siam. Pengarang menceritakan bagaimana bermulanya tradisi penghantaran bunga emas dan bunga perak oleh negeri Kedah kepada Siam bila Raja Seri Mahawangsa (Raja Kedah yang ketiga) mendapat berita kekanda sulungnya Raja Siam mendapat putera. Terus raja Kedah memerintahkan supaya tradisi menghantar bunga emas itu diteruskan hingga ke akhir zaman setiap kali mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah puteranya, Raja Seri Maha Inderawangsa menentang perintahnya dan berkahwin dengan puteri bangsa gergasi. Perkahwinan inilah yang melahirkan Raja Bersiung, raja yang paling terkenal dalam hikayat ini. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih terkenal sebagai Raja Bersiung menjadi seorang Raja yang zalim terhadap rakyatnya sendiri dan tersingkir dari takhta. Baginda diganti oleh puteranya yang bergelar Raja Phra Ong Mahaputisat yang digantikan pula oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa.

Dalam zaman pemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsalah, negeri Kedah menerima Islam yang dibawa oleh Syeikh Abdullah. Baginda merupakan raja Kedah pertama memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Mudzaffar (sic Muzaffar) Syah. Setelah selesai meletakkan asas keislaman di negeri itu, Syeikh Abdullah pulang ke Baghdad. Sultan Mudzalfal Syah diganti oleh puteranya bergelar Sultan Mu'azzam Syah. Hikayat diakhiri dengan jurai keturunan raja-raja yang memerintah Kedah hingga ke Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, raja yang memerintah semasa hikayat ini disalin kali terakhir.

Jelas kelihatan bahawa hikayat ini dikarang selepas ketibaan Islam dan pengarang banyak memberi perhatian kepada peristiwa-peristiwa tertentu yang menyerlahkan asal-usul rajanya, pertalian dengan Siam yang menceritakan mengikut kebijaksanaan pengarang untuk menjaga kedaulatan raja dan negerinya, kisah kedatangan Islam yang sengaja dikemukakan berbeza dengan kedatangan Islam ke Pasai dalam Hikayat Raja Pasai dan kedatangan Islam ke Melaka dalam Sulalat al Salatin (sejarah Melayu) dan lain-lain peristiwa. Ini membuktikan hikayat ini dikarang secara sedar oleh pengarangnya dengan tujuan mengagungkan kedaulatan raja dan negerinya.

Hikayat Merong Mahawangsa menyebut bahawa Raja Kedah yang pertama ialah Merong Mahawangsa. Baginda menjadi duta Maharaja Rom untuk membawa Putera Raja Rom berkahwin dengan Puteri Maharaja China.

Dalam pelayaran, angkatan Merong Mahawangsa telah diserang oleh burung garuda di laut berhampiran Pulau Langkapuri. Angkatan Merong Mahawangsa yang "penuh laut" telah binasa melainkan kapal Merong Mahawangsa sendiri. Baginda terpaksa mendarat di pantai berhampiran kaki Gunung Jerai. Di situ baginda dirajakan oleh penduduk tempatan.

Negeri Rom yang dimaksudkan ialah wilayah Empayar Parsi atau Iran, satu masanya sebahagian dari wilayah Empayar Rom Timur. Kawasan ini sudah pun menerima Islam sejak zaman Khulafa-ur Rasyidin. Kepada orang-orang Arab bekas wilayah Empayar Rom di Utara Iran ini ialah "Rom". Di kawasan inilah orang-orang Iran dan orang-orang Turki silih berganti menegakkan beberapa buah kerajaan Islam yang kuat.

Burung Garuda ialah kenderaan Dewa Wisnu dan menjadi satu dari lambang-lambang agama Hindu. Angkatan Merong Mahawangsa tidak dapat dielakkan dari diserang oleh angkatan perang Hindu. Dalam KM 11 dan 12, serangan-serangan angkatan Hindu ke atas angkatan Islam di Laut India adalah fenomena biasa.

Merong Mahawangsa dikatakan telah berkahwin dengan seorang gadis Orang Laut dari suku Gergasi dan menggalakkan rakyatnya bercampur darah diantara kaum. Amalan ini bukanlah amalan orang beragama Hindu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:14 AM | Show all posts
tunggu banner timbul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 09:15 AM | Show all posts
tunggu banner timbul
adabintang Post at 20-3-2012 09:14



   banner dah l;etak atas tu mod, kat bawah gambar hikayat merong tu, ada nama saya ngan tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:17 AM | Show all posts
banner dah l;etak atas tu mod, kat bawah gambar hikayat merong tu, ada nama saya ngan tajuk
BATUAPI8888 Post at 20-3-2012 09:15


owhh... mcm tak cumil ajer bannernye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 09:18 AM | Show all posts
owhh... mcm tak cumil ajer bannernye..
adabintang Post at 20-3-2012 09:17


org tua dah rabun mod, i.t. pun kurennnggg...itu jek mampu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2012 09:18 AM | Show all posts
banyak info yang boleh di pinpointkan. akan tetapi terlalu panjang.. edit bagi nampak lebih menarik boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:19 AM | Show all posts
org tua dah rabun mod, i.t. pun kurennnggg...itu jek mampu
BATUAPI8888 Post at 20-3-2012 09:18


sajer nyakat batu api..
jap eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2012 09:19 AM | Show all posts
banyak info yang boleh di pinpointkan. akan tetapi terlalu panjang.. edit bagi nampak lebih menarik  ...
nuryakmal Post at 20-3-2012 09:18



   worrait...aku kasik kaler2 sikit, mod pun edit komen kasik cantik yek
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:21 AM | Show all posts
penerangan yg mantap dan sgt senang dibaca..excellent!!
masa kat skolah dulu miro suka hikayat ney..gigih baca smpai terhilang buku dia...harap macit library x perasann kehilangan buku tersebut  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 09:22 AM | Show all posts
penerangan yg mantap dan sgt senang dibaca..excellent!!
masa kat skolah dulu miro suka hik ...
mironewQ Post at 20-3-2012 09:21


terima kasih, terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:26 AM | Show all posts
cek in.tak tahu nak sembang apa...dah baca dah artikel warna kuning sakit mata tu...nice story!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:26 AM | Show all posts
kalo rozita che wan ada dalam gmbar2 ko baru aku komen baekkk punya hahahhahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:27 AM | Show all posts
Reply 10# BATUAPI8888


    batu.. bannernye touch up lagik skit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 09:28 AM | Show all posts
Reply  BATUAPI8888


    batu.. bannernye touch up lagik skit
adabintang Post at 20-3-2012 09:27



   ok...jap...aku usaha....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:29 AM | Show all posts
ok...jap...aku usaha....
BATUAPI8888 Post at 20-3-2012 09:28


ringkas sgt tu.. name pun esemen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 09:32 AM | Show all posts
Reply 10# BATUAPI8888


    edit la dulu kasi tengok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 09:34 AM | Show all posts
ringkas sgt tu.. name pun esemen
adabintang Post at 20-3-2012 09:29



   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 09:34 AM | Show all posts
Reply  BATUAPI8888


    batu.. bannernye touch up lagik skit
adabintang Post at 20-3-2012 09:27



   itu jek tahap kepandaian aku dlkm mengedit, lebih kalu, aku tak reti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 20-3-2012 10:16

penah baca time kat skolah tapi tak habis..

ringkasan yg menarik.. dan padat..

bagus... good info..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.071363 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list