CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2989|Reply: 15

Isu penempatan haram Israel

[Copy link]
Post time 18-3-2012 03:32 PM | Show all posts |Read mode
aku ditugaskan untuk membuat artikel jurnal untuk isu ni...pening kepala mencari bahannya..kat internet ada,tapi masalahnya bagaimana nak kaitkan dengan perjanjian damai dan isu-isu lain..agak complicated...
.sebelum ni aku baca gitu-gitu je isu palastine ni...tapi bila sampai ke tahap buat artikel ni aku jadik pening kepala...banyak benda yang nak dikaji...kalau kawan-kawan ada  info atau mana-mana rujukan yang boleh aku share,harap dapat bg tau ye...sesiapa yang ada pendapat pun dialu-alukan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2012 05:04 PM | Show all posts
cuba kaji pasal:

1. Beza antara sempadan Israel sebenar (1948) dengan sempadan selepas Israel occupy West Bank, East Jerusalem, Gaza Strip, Sinai Peninsula dan Golan Heights (1967). Jadi kena tahu jugak perang Six Day War (1967) tu dan dari negara mana yang asal milik tanah2 tersebut iaitu Jordan, Egypt dan Syria.

2. Jenis2 pentadbiran Israel terhadap wilayah2 tersebut iaitu sama ada bertaraf bandar, regional council (block settlements atau daerah yang besar), local council (daerah kecil) atau outpost (wilayah kecil yang di luar tembok pemisah) .

Wilayah yang dirampas dari Egypt (kesemuanya telah dilepaskan kembali sama ada kepada Egypt atau kepada autonomi Palestin)

1) Sinai Peninsula (1967-1982) - ada pelbagai petempatan seperti Ofra, Sufa, Yamit Olit, dsb,  kena kaji sikit
2) Gaza Strip (1967-2005) - satu saja petempatan iaitu Gush Katif yang di bawahnya terpecah pada 17 blok kecil seperti Netzer Hazani, Neve Dekalim, Gane Tal, Bnei Atzmon dsb

Wilayah yang dirampas dari Jordan (masih dalam occupation Israel)

1) West Bank (1967-sekarang)

Terbahagi pada dua iaitu Judea (selatan) dan Samaria (utara) dan dari sini terbahagi pada bandar, regional council atau local council dan juga outpost. Nama-nama penempatan tersebut macam Gush Etzion, Mateh Benyamin, Shomron, atau bandar Ariel, bandar Ma'ale Adumim, bandar Modi'in Illit dsb.

Beberapa blok telahpun diberi pada pihak Palestin seperti utara Samaria.

Permasalahan di West Bank adalah yang paling besar sebab ia adalah wilayah jarahan Israel terbesar dan yang paling memberi masalah pada kewujudan negara Palestin yang merdeka (yang akan dibina atas West Bank dan Gaza Strip)

2) East Jerusalem (1967-sekarang)

Wilayah yang diserap masuk secara rasmi oleh Israel pada 1967 dan dicantumkan dengan West Jerusalem (wilayah sah Israel 1948). Amerika Syarikat dan sekutunya mengiktiraf hal ini tapi ia ditentang PBB dan pelbagai NGO dunia lain.

Israel seperti sangat sukar untuk memberikan kata putus berkenaan isu East Jerusalem kerana baginya, ia milik Israel secara muktamad, ibu negerinya yang abadi dan tiada kompromi yang boleh diberi seperti yang boleh diberi dalam isu Golan, West Bank dan Gaza.

Kaji sikit Jerusalem Law 1980 yang digubal Israel untuk masyarakat Jerusalem

Wilayah yang dirampas dari Syria

Golan Heights

Isu pecahan yang diberi kepada Syria, kawasan yang dikongsi bersama antara Israel-Syria, dan kawasan yang ditadbir secara keseluruhan oleh Israel. Juga sentuh isu masa depan kaum Druze (kaum native di Golan) sama ada ingin mewujudkan negara merdeka atau autonomi (di bawah Israel atau di bawah Syria) ataupun menjadi wilayah Israel yang sah atau digabungkan kembali ke dalam Syria.

Kaji sikit Golan Heights Law untuk masyarakat di Golan.

3. Resolusi PBB terhadap petempatan Israel (Resolusi Security Council PBB 446) yang tidak mengiktiraf occupation oleh Israel pada seluruh wilayah tersebut termasuk East Jerusalem (yang diiktiraf sekutu Israel)

4. Isu Oslo Accords 1991

Ketika ini buat pertama kali wilayah yang diberi nama Palestin diwujudkan secara autonomi iaitu pada area West Bank dan juga Gaza Strip (tetapi Golan Heights tidak dimasukkan kerana ia di reserve bagi autonomi Druze).

Kaji sikit pasal pemecahan yang dibuat pada West Bank iaitu

Area A - diberi 100% kepada Palestin iaitu dari segi pentadbiran dan juga ketenteraan. Wilayah2 tersebut ialah bandar2 tertua yang sememangnya majoriti orang Palestin seperti Bethlehem, Tulkarem, Jenin, Nablus, Hebron dsb

Area B - dikongsi bersama oleh Israel dan Palestin iaitu Israel mengawal dari segi ketenteraan dengan kerjasama ketenteraan dan sekuriti Palestin manakala Palestin menjaga dari segi pentadbiran.

Area C - adalah di bawah Israel 100% sama ada dari segi pentadbiran dan juga ketenteraan.

5. Isu Pembinaan Tembok Pemisah 1994-sekarang)
Bahagian yang diliputinya dan beza antara area Tembok Pemisah dan juga area sempadan Green Line menurut PBB

6. Isu2 pengunduran Israel

1) Pengunduran dari Peninsular Area 1978-1982
2) Pengunduran dari Utara Samaria 2005
3) Pengunduran secara unilateral (Unilateral Disengagement) dari Gaza Strip 2005

7. Isu2 perjanjian damai seperti Camp David, Two-State Solutions,

8. Isu2 Intifadah ke-2 2000-2004

Berapa orang yang terkorban di pihak Palestin dan Israel

9. Isu2 peperangan

Peperangan Gaza 2009

10. Isu2 serangan roket Kassam dari Gaza ke atas wilayah2 sekitar Israel seperti Sderot dan Ashkelon

yang lelain tu boleh tambah lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 05:20 PM | Show all posts
cuba kaji pasal:

1. Beza antara sempadan Israel sebenar (1948) dengan sempadan selepas Israel occ ...
manap77 Post at 18-3-2012 17:04


wow...cayooooo ler bro....

awak mesti expert pasal sejarah konflik arab-israel
tahu skop kajian yang dikemukakan oleh tt nie...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 07:10 PM | Show all posts
wow...cayooooo ler bro....

awak mesti expert pasal sejarah konflik arab-israel
tahu skop kaj ...
HaMiZiE Post at 18-3-2012 17:20


kalau sesiapa nak tambah lagi bagus. takde la tau sangat, cuma kalau untuk memudahkan TT, kena buat secara kronologi baru nampak sikit progression nya. Sebab kalau tengok secara news headline memang akan rasa lost dan tak tahu kat mana isu ni seperti tiada asal usul dan tiada hala tuju.

Tapi bila tengok secara kronologi akan nampak perkembangan positif (isu pemulangan wilayah2 kepada negara asal melalui perjanjian damai dengan egypt dan jordan atau pemulangan wilayah pada autonomi palestin, isu pengiktirafan autonomi palestin sebagai titik tolak negara palestin merdeka dalam oslo accords, isu two state solutions) dan juga negatif (isu intifada, isu perang gaza, isu sekatan ekonomi pada gaza, isu serangan roket pada israel, isu flotilla).

Dan selain usaha damai di peringkat kerajaan, cuba tengok juga usaha-usaha damai yang dibuat NGO2 oleh organisasi seperti Peace Now dan Betzelem. Juga beberapa usaha damai yang dibuat bersama dalam masyarakat Israel dan Palestin seperti Jewish-Arab school, Sulha Project, Peace Child, Parents Circle Family Forum dsb

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2012 10:06 PM | Show all posts
Reply 2# manap77


   terima kasih....bagusnye pengetahuan awak... leh cadangkan buku-buku yang mungkin boleh saya rujuk tentang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 10:07 PM | Show all posts
Reply 1# qatrunnada

masih perlukan apa2 maklumat lagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-3-2012 10:12 PM | Show all posts
lecturer saya cadangkan tajuk : Penempatan haram Israel : Kesannya terhadap Perjanjian damai Israel Palastine...

apakah skop tajuk yg perlu saya tulis dalam artikel?

Perlukah saya menceritakan sejarah penempatan haram israel secara general atau berkaitan dengan palastine sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 11:16 AM | Show all posts
Antara tembok pemisah



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 01:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by manap77 at 20-3-2012 13:43
lecturer saya cadangkan tajuk : Penempatan haram Israel : Kesannya terhadap Perjanjian damai Israel  ...
qatrunnada Post at 19-3-2012 22:12


Mula-mula cuba sentuh sikit tentang wilayah2 yang dijajah Israel tersebut dan kemudian terus masuk tentang hal ehwal petempatan dan masalahnya. Memang isu petempatan ini yang menjadi kekangan paling besar untuk mewujudkan perdamaian Israel-Palestin kerana antara solusi yang diketengahkan sekarang ialah solusi berupa two state solution di mana Israel kembali berundur pada sempadan 1948 manakala Palestin menubuhkan negara merdeka terhad pada wilayah West Bank dan Gaza saja. Maka diharapkan Israel dan Palestin dapat berdamai side by side iaitu masing2 punya kawasan masing2. Provided Israel keluar dari West Bank dan Gaza manakala Palestin pula berhenti menuntut tanah di sempadan tahun 1948.

Sekarang isu petempatan yang mana? Di West Bank dan juga isu East Jerusalem lah jawapannya. Isu Gaza telah selesai kerana Yahudi tidak lagi tinggal di Gaza. Cuma yang ada hanyalah sekatan dan serangan tindak balas Israel. Manakala isu Golan Heights pula lebih kepada penduduk Druze.

Masalah petempatan menjadi kekangan yang besar untuk solusi ini kerana Israel telahpun bertahun tahun mendirikan petempatan2 Yahudi yang meliputi Area C di West Bank di mana Area C adalah bahagian yang meliputi sekeliling garisan sempadan West Bank oleh Israel. Manakala Area A tempat Palestin mempunyai kawalan penuh pula ialah berupa wilayah bandar yang berada di tengah-tengah West Bank. Area A dilihat seperti terkepung dan terpecah-pecah antara satu wilayah dengan satu wilayah.

Tambahan pula dengan terdirinya tembok2 pemisah yang diselang selikan dengan pelbagai check points, ini menimbulkan banyak kesusahan pada penduduk Palestin. Israel memberi alasan pembinaan itu adalah hasil tindak balas pada serangan2 Palestin pada zaman Intifadah untuk menjaga sekuriti dan keselamatan penduduk Israel.

Dan cuba kaji sosiodemografi penduduk Yahudi dan juga penduduk Arab di West Bank. Ada lebih kurang 500 000 orang Yahudi di West Bank dan mereka adalah golongan Orthodoks dan juga golongan berhaluan kanan. Dua golongan ini menjadi prioriti bagi kerajaan berhaluan kanan yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu.

Sejak parti Likud mendapat tempat di hati masyarakat Israel pada akhir 1970an (zaman Menachem Begin) parti berhaluan kiri iaitu parti Buruh yang sosialis dan sekular (golongan Yahudi Eropah) telah hilang sambutan kerana dilihat mendiskriminasikan pada penduduk Yahudi yang berlatar belakangkan agama dan budaya timur tengah (Yahudi keturunan negara2 Arab). Tahun 1950an-1960an, oleh kerana mereka disisihkan dari bandar2 besar seperti Tel Aviv dan Yafa, Haifa ketika mereka tiba di Israel, mereka ditempatkan di khemah2 pelarian yang daif dan mendapat bantuan yang tidak adil berbanding pendatang Yahudi dari Eropah. Maka mereka memilih West Bank sebagai destinasi untuk membina petempatan baru.

Zaman 1970an parti Likud disokong oleh golongan2 keturunan pelarian Middle East ini (yang merupakan golongan majoriti) disebabkan parti itu mengamalkan dasar Neo-Zionisme yang mengimpikan Israel Raya iaitu menganggap West Bank itu sebahagian tanah Israel yang sah dan bukan satu jajahan. Manakala golongan orthodoks juga memilih West Bank dan Gaza sebagai tempat berhijrah kerana ia berdekatan dengan kota2 suci kaum Yahudi seperti Jerusalem, Hebron, Shechem dsb.

Golongan orthodoks menuntut supaya Israel tidak boleh berundur dari West Bank dan mana2 wilayah yang dirampas 1969 kerana bagi mereka, menurut Taurat, Tanah yang dijanjikan oleh Tuhan kepada Israel adalah dari Sungai Euphrates ke Sungai Nil di Mesir.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 01:42 PM | Show all posts
Dan occupation Israel terhadap West Bank, Gaza dan Golan dilihat sebagai langkah untuk mengembalikan sempadan tersebut kepada sempadan sepertimana zaman Biblikal atau zaman empayar nabi Sulaiman dahulu. Mereka khuatir bandar2 suci mereka dirobohkan seperti yang telah berlaku semasa serangan Jordan tahun 1948 di Jerusalem. Maka mereka menaruh harapan tinggi pada parti berhaluan kanan untuk membela kedudukan mereka di West Bank ini.

Begitu juga isu East Jerusalem yang dilihat kritikal pada agama Yahudi yang mempunyai Tembok Ratapan. Mereka khuatir kalau East Jerusalem diberikan pada Palestin sebagai ibu negara maka mereka hilang kelayakan dan hak di bahagian Jewish Quarter sepertimana yang pernah berlaku sekitar 1948-1969 ketika West Bank merupakan sebahagian negara Jordan.

Jadi dua golongan ini, iaitu golongan Yahudi berhaluan kanan dan juga Yahudi orthodoks di mana rata2nya keluarga dan saudara mereka menetap di West Bank, mereka khuatir dan takut kalau Israel menurut kata PBB supaya menghancurkan seluruh petempatan di West Bank dan mengeluarkan penduduk Yahudi. Oleh itu dikalangan ini ada suatu organisasi yang kuat dari berbentuk organisasi radikal dan ekstrim, kepada parti2 kecil yang menuntut pembelaan hak2 mereka dan juga yang berbentuk ideologi dan fahaman di sekolah2 yang dilihat cuba mempengaruhi Israel agar tidak membiarkan West Bank dilepaskan dalam mencapai perjanjian damai.

Setiap kali parti yang berhaluan kiri naik dalam pilihanraya, Israel bertindak untuk menghapuskan petempatan dan juga menandatangani perjanjian damai yang dilihat seperti menguntungkan Palestin seperti Oslo Accords 1994 di mana Yitzhak Rabin pm ketika itu dibunuh oleh seorang Orthodoks yang ekstrim. Sebaik saja kejadian pengunduran berlaku, parti itu akan jatuh dan diikuti dengan parti berhaluan kanan yang dilihat cuba mengukuhkan kembali petempatan Yahudi dan juga meluluskan lagi pembinaan2 yang baru. Begitulah selang selinya.

Di pihak Palestin pula, mereka melihat penduduk Yahudi sebagai perampas tanah mereka maka sering terjadi persengketaan2 dalam kawasan yang kritikal. Di tambah pula wujudnya golongan radikal dari kalangan ultra-nasionalist dan golongan mujahidin, keadaan ini memberikan masa depan buruk ke arah perjanjian damai.

Sebab itulah masalah ini sampai sekarang belum dapat diselesaikan kerana untuk menghancurkan keseluruhan petempatan Yahudi, adalah dilihat mustahil kerana pengaruh golongan kanan dalam kerajaan di mana saudara2 mereka berada di West Bank. Golongan ini lebih gemar solusi perdamaian melalui one state solution iaitu Israel menyerap West Bank dan Gaza serta Golan sebagai wilayah yang sah dan diiktiraf PBB manakala golongan Arab dikurniakan dua pilihan iaitu untuk mendapatkan kerakyatan Israel atau berpindah ke negara Arab sekitar sebagai rakyat negara itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 08:04 PM | Show all posts
Reply 10# manap77


   terima kasih sekali lagi... saya dapat banyak pengetahuan dari penerangan awak...informasi yang banyak membantu saya...kalau ada yang saya tak faham,nanti saya tanya lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 08:07 PM | Show all posts
Reply 8# lipsofanangel


   tq..gambar tembok pemisah..barulah saya tau macam mana rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 08:29 PM | Show all posts
Reply 12# qatrunnada

ada byk lagi, dibina memisahkan kawasan israel dan palestin, setiap daerah ni ada tentera yahudi berkawal... yg dalam gambar ni, tembok pemisah di Bethlehem... di Hebron, Masjid Nabi Ibrahim, Islam kongsi dgn yahudi.. 2/3 bhgn yahudi..1/3 muslim.. bhgn Muslim terletaknya Makam Nabi Ibrahim as, Nabi Ishak as, Makam Siti Sarah, Makam Rifkah. kawalan mmg ketat, nak masuk masjid kena scan....

nanti la kalau rajin kita tepek gambar ok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2012 08:39 PM | Show all posts
Reply 13# lipsofanangel


   ok...tq..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 08:24 PM | Show all posts
the sykes-picot agreement

French an Britih propose negara untuk bangsa Yahudi

McMahon-Hussein correspondence 1915-1916

Amer mekah memberikan tanah Palestine kepada penubuhan negara Yahudi

Balfour Declaration

mengalakkan penghijrah Yahudi secara besar-besaran

Agreement between Emir Feisal and Dr Weizmann

penagihan tanah Arab untuk British, French dan Yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 10:52 PM | Show all posts
manap77 - shelohim yevarech otcha/otach.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.519859 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list