Salam sejahtera semua... mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi kecewa. tapi kekecewaan or frust yang bagaimana tu? Let's check it out it from a song u're most attracted to listen while u're in your sorrow world:
(MOD leh merge klu dah ada thread seumpama ini)
Kategori Pertama:
Situasi :Frust dan Merajuk
Lagu : Gingerbread - Kucari damai dihati
Petikan lirik: sesalan tidak terucap, bila kau berubah sikap, kusedar siapa diriku, kau buat tempat berteduh. Semoga engkau bahagia, di samping kekasih baru, andainya engkau kecewa, janganlah kau cari aku...
Pesanan clock: Mungkin dia bukan yang terbaik untuk anda. ambil masa untuk mengenali orang lain yang menyayangi anda sepenuh hati
Kategori Kedua:
Situasi: Frust tapi menyembunyikan kelukaan
Lagu: Mazlela - Tabah
Petikan lirik: Andai satu hari ada orang yang bertanya, Mengapa kita tidak bersama, jawablah bahawa jodoh kita tiada, dan kita tak pernah sengketa...
Pesanan clock: teruslah tabah mengharung hidup. You are so positive and easily can get back.
Kategori Ketiga:
Situasi: Frust dah lama tapi tak mampu melupakan
Lagu : Nurul - Kerana Terluka
Petikan lirik: Kiranya tempias membasahi jendelamu, itulah airmata yang jatuh di pipiku, kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu, itulah rinduku yang menyebut namamu, setelah sekian lama tak jumpa...
Pesanan clock: Usah terpaku terlalu lama di pintu yang tertutup dan mengabaikan pintu-pintu lain yang terbuka untuk kita...
Kategori keempat:
Situasi : Frust tapi dengki, tak boleh terima kenyataan
Lagu : AXL - Akulah kekasihmu
Petikan lagu : Itukah dia kekasih yang pernah berjanji, memberi cinta untukmu sepenuh hati, dia akan menyesal suatu hari nanti apabila dia mengetahui, kekasihmu ini ingin kembali...
Pesanan clock: udah2 le..biarlah diorang bahagia. Dulu tak mo jaga baik-baik, dah melepas baru nak cari balik.
Kategori kelima:
Situasi : Frust namun tetap berusaha bangun kembali
Lagu : Dato' siti Nurhaliza _ Melawan Kesepian
Petikan Lirik: Semuga kepergianmu tak akan, mengubah apa pun, semuga mampu kulawan kesepianku. Apa pun yang terjadi berjalanlah tanpa henti...
Pesanan clock : teruskan hidup kerana kau sangat kuat untuk melalui semua ini.
Akhir kata, semuga bertemu semula dgn org yang jauh lebih baik. Berdoalah agar diberi ganti yg lebih baik dari yg baik sebelum ini. Emm...anda pernah alami kategori yg mana satu? atau anda dari kategori berbeza? meh kongsi kan..
frust... kecewa... tapi sekarang saya tak dengar lagu-lagu frust... saya dengar lagu yang menaikkan semangat saya... skyscraper-demi lovato lagu lepas geram dalam keta sebab kalau dengar lagu2 frust ni memang mengalir air mata...
Situasi: Frust tapi menyembunyikan kelukaan
Lagu: Hattan - Dari kekasih kepada kekasih...
entah berapa..kali kucoba...membohong hati ini....hebat dilanda rindu padamu..namun semua alasan...rambu bagaikan awan berarak..yang memang tak pernah abadi..yang berlalu kan tetap berlalu..bagai diiring angin...tak juga..pula layuuuuuu....
kasih yang takkan menjadi nyata kekdahnya....
pst: ntah ikut konsep ntah ni...main cek in terjah jeee....
ye betul tue.. jom layan Sha Den Dunia belum berakhir
Dunia belum berakhir...bila kau putuskan aku...masih banyak teman-temanku di sini menemaniku...
Dunia belum berakhir...bila kau putuskan aku...wajah ku jugak ngak jelik-jelik amat, ada yang mahu....
sama cam pasu gak..
masa memula zaman memula keciva dulu...kalau dengar orang pasang lalu rock kapak ni, rasa macam nak tutup tutup je..nak-naknya taim tu lah dengar lagu yang sebijik menggambarkan perasaan kita masa tu...berjurai air mata...
lama gak pantang tak dengar lagu-lagu camni....dengar nasyid ngan ceramah je masa ni nak kuatkan hati balik..
actually clock perasan juga kita ada cycle tersendiri dalam menghadapi frust. mungkin kite pernah alami kelima-lima kategori frust tersebut krn ia adalah peringkat dalam healing proses...
mungkin saja kita bermula dgn frust dan dengki sebab tak leh terima keadaan tu. So, kita akan kuarkan statement, kekasih baru dia tu bukan le lawa/handsome sgt pun. harus dia menyesal nanti..
klu coping strategy kite yg awal tu tak berjaya mungkin saja selepas itu kita jadi frust dan sgt kecewa dan klu leh tak nak jupe lagi dah
mungkin juga kemudian bila keadaan semakin sukar, kita bertindak menyembunyikan perasaan kita sendiri. tak nak layan rasa dan yakin bahawa semua ini pasti ada hikmahnya walaupun hakikatnya kita kecewa sgt dan gagal melupakannya...
Hasil usaha yg berterusan untuk heal dan cope dgn keadaan ni psti kita boleh bangun lagi dari kekecewaan itu... betul tak?
mungkin juga kemudian bila keadaan semakin sukar, kita bertindak menyembunyikan perasaan kita sendiri. tak nak layan rasa dan yakin bahawa semua ini pasti ada hikmahnya walaupun hakikatnya kita kecewa sgt dan gagal melupakannya...
wah..macam banyak pengalaman je nih...
kalau bab hati dan perasaan ni nak dibincangkan, memang takkan habes...kadang-kadang sukar nak diterjemahkan dengan kata-kata...
tapi, lagu-lagu macam ni kekadang berantu jugak..macam kena aje dengan situasi kita, kan...
pengalaman kutip dari orang je yg banyaknye pasu. pengalaman sendiri tidaklah banyak sgt mungkin sebab terpaku terlalu lama di pintu tertutup kot... hehe
bab hati dan perasaan ni, pasu ada la pengalaman sesikit..tapi, alhamdulillah...tak la sampai terbabas...
pun takdelah drama yang besar besar sampai nak terjun bangunan bagai...hehe..
just suka duka dan perit bercinta je...
orang yang bercinta ni...dikatakan punya hati yang dalam...setiap bait katanya bermakna dan memang jatuh ke hati...
erm...pasu dulu pernah sekali hilang semangat ngan sedih aje...tapi takde la sampai hilang pertimbangan bagai..kuat lagi iman..kerja pun tetap pegi tak coti tak mc....dalam 6 7 bulan camtu laa..
tapi, alhamdulillah..ok da sekarang...
kapal ver da wijk
cite ape ni clock..?..cite la sikit...alang-alang dah sebut...
oh itu citer novel dr hamka. tajuknya tenggelamnya kapal ven da wijk. touching sgt novel tu. kisah ttg seorang anak muda bernama zainuddin. bapanya keturunan minang tetapi ibunya bukan. bapanya telah merantau dan berkahwin dgn ibunya masa merantau itu. bila kedua-duanya telah meninggal zainuddin pergi ke tanah adat minang untuk mengenali ahli keluarganya. tetapi dia kurang diterima kerana ibunya bukan dr kalangan mereka. dia telah jatuh hati dengan haryati seorang gadis piatu dalam keluarganya juga. haryati banyak mempertahankan zainuddin. namun percintaan itu dihalang oleh ibu2 dan bapa2 saudara haryati. haryati dipaksa berkahwin dgn seorang lelaki yg kaya raya dan zainuddin sgt kecewa. haryati juga telah mengutus surat menolak pinangan zainuddin dan memilih pemuda kaya tersebut. bertambahlah duka zainuddin. Zainuddin membawa diri ke tempat lain dan memulakan kerjaya dengan menghasilkan karya-karya yg hebat. Kejayaannya telah menemukan semula dia dgn haryati dan suaminya yg hadir ke persembahannya. dari situ dia tahu haryati agak menderita kerana suaminya itu sgt suka bersosial. perniagaan suami haryati akhirnya merosot dan dia membunuh diri. haryati telah menumpang belas ehsan zainuddin selepas kematian suaminya itu. tetapi pintu hati zainuddin bagai telah tertutu[ buat haryati. Dia akhirnya menghantar haryati untuk pulang ke tempat asalnya di sisi keluarganya. haryati di hantar menaiki kapal ven dar wijk yg akan menuju te tanjong periuk sebelum ke tmpt tujuannya. namun malangnya, kapal itu telah tenggelam dan haryati meninggal dunia... zainuddin sebenarnya masih menyimpan rasa hati dan cintanya untuk haryati tetapi dia tidak bertindak menyunting haryati mungkin kerana perbezaan taraf mereka. tapi kekecewaan telah membuatkan dia semakin berjaya. namun kesepian tetap menemaninya. dan akhirnya zainuddin mati bersama cintanya pada haryati...
gitula citernye klu tak salah ingatan clock. nak sure kena buka balik novel tu.