CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14939|Reply: 14

Pandu Uji Auto Anda/Funtastickodesign : Proton Saga FLX 1.6 SE

[Copy link]
Post time 2-3-2012 11:53 PM | Show all posts |Read mode

* UPDATE : Saya dah edit sikit kesilapan info pada artikel ini.


Akhirnya yang dinanti-nantikan telah tiba, laporan Pandu Uji Auto Anda/Funtastickodesign : Proton Saga FLX 1.6 SE telah pun selesai. Kepada mereka yang dah lama menanti, kami mohon maaf atas kelewatan tersebut atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Terima kasih kerana setia menanti laporan ini. Jom kita layan!!!


Proton Saga FLX 1.6 SE -  Kompak bergaya


Oleh Yanti Zolidia Kassim


ANTARA keistimewaan Proton ialah ia bebas untuk menentukan hala tuju produknya. Tiada pemilik atau pemegang saham untuk dijawab, Proton mampu menghasilkan produk yang bertepatan dengan kehendak pasaran tempatan. Antaranya ialah model Saga FLX 1.6 SE ini. Idea untuk menggunakan enjin yang besar di dalam badan yang kecil bukan sesuatu yang baru. BMW contohnya, menawarkan model 1-Series dengan enjin 3.0L twin turbo. Model 135i itu menjadi kegilaan untuk mereka yang mahukan sesuatu yang tidak begitu menjadi tarikan ramai, tetapi mempunyai prestasi yang mampu mengigit model M3.


Konsep yang sama diguna pakai oleh Proton untuk model Saga, namun variasi FLX 1.6 SE ini lebih ke arah gaya hidup. Penulis berjaya mendapat sebuah unit pandu uji untuk tempoh lima hari (terima kasih Proton Edar!), lebih dari cukup untuk menghayati konsep Saga ini.


Menggunakan badan Saga FLX dengan muncung terbaru dan lampu belakang putih dengan LED, ia ditambahkan lagi dengan bodykit sekeliling yang berwarna kelabu gelap metalik. Ada yang tertanya kenapa warna yang berlainan untuk bodykit tersebut, dan ada juga yang berkata ia menarik. Apapun, rekabentuk ialah sesuatu yang subjektif dan bagi penulis, ia memberikan sedikit kelainan dari model-model lain di jalanraya.


Kemasan dalam menggunakan balutan kulit hitam dengan jahitan benang merah – cukup sporty dan garang. Stereng dan tuil gear juga menerima kemasan yang serupa. Sistem audio Clarion lengkap dengan port untuk USB dan AUX. Seperti biasa, butang kawalan bunyi dan frekuensi turut diletakan pada stereng.



Enjin 1.6L Campro IAFM+ pada model ini berlainan dengan model Persona Elegance. Sebagaimana yang kita ketahui enjin IAFM sudah terbukti penggunaannya tetapi pihak powertrain Proton telah membuat sedikit naik taraf supaya ia menepati emisi Euro 5. Transmisi pula ialah CVT dari Punch. Transmisi ini mula diperkenalkan pada model Saga FLX 1.3L, dan memberikan pemanduan yang lebih lancar kerana tiada penukaran nisbah gear. Ia juga 5 peratus lebih menjimatkan, walaupun ia sedikit subjektif kerana bergantung kepada pemanduan dan 5 peratus bukanlah suatu jumlah yang banyak.


Sistem gantungan ditala sedikit bagi memastikan Saga ini lebih stabil kerana berat enjin bertambah. Fokus masih ke arah keselesaan dan bukannya prestasi ala R3. Dari segi ruang dalaman dan but, Saga memang praktikal. Ruang lega kaki bagi penumpang dibelakang cukup memuaskan, walaupun untuk mereka yang tinggi.


Sebenarnya, keluasan kabin Saga baru sudah menjadi bualan ramai, lebih-lebih lagi mereka yang sering menggunakan perkhidmatan teksi bandar. But direka untuk selaras dengan gaya hidup penduduk Malaysia yang gemar pulang ke kampung. Ia luas, malah lebih luas dari but Inspira.


Penulis menggunakan Saga baru ini disekitar banda dan juga lebuhraya, dan cuna mempraktikan gaya kehidupan sasaran pembeli Proton untuk model ini. Ia digunakan untuk membawa keluarga ke pasaraya, menghantar anak-anak ke sekolah, ke pasar, ke rumah saudara mara di kampung dan juga di atas lebuhraya.



Prestasi keseluruhan lebih mantap dari Saga FLX biasa dengan enjin 1.3L. Walaupun menggunakan transmisi CVT, pecutan masih segar walaupun sistem CVT itu terasa sedikit lembab, terutama ketika hendak memotong di mana roll-on torque lambat menendang masuk. Ciri SAT (Stepped Auto Transmission) juga memberikan tanda tanya kerana ia memberikan gaya pemanduan ala automatik biasa dengan 6 nisbah kelajuan. Alasan Proton, ciri SAT ini ialah untuk mereka yang mahukan rasa pemanduan dengan kotak transmisi automatik konvensyenel dengan torque converter.


Bayangkan jam digital Casio G-Shock yang datang dengan mod manual untuk mereka yang mahukan ciri jam lama – perlu dikunci setiap hari agar ia berfungsi. Pointless. Penulis cuba menggunakannya tetapi tidak begitu teruja dengan kelainan yang diberikan. Lebih baik dipadamkan saja sistem SAT dan diberikan butang mod Sports.


Di atas lebuhraya, ia jauh lebih baik dari kereta-kereta Perodua yang fokusnya lebih kepada pemanduan bandar. Terasa tegap ketika Saga ini meluncur pada kelajuan tiga digit. Cuma pada kelajuan tersebut, bunyi bingit dari enjin menerobos masuk seperti tiada lapik kalis bunyi dipasang pada firewall Saga ini. Setiap kali RPM melangkau 3,500 RPM, bunyi kasar enjin Campro menyakitkan telinga. Di atas lebuhraya, penulis terpaksa bercakap dengan suara yang kuat jika mahu terus berbual dengan penumpang di sebelah. Sungguh kurang romantik.


Penulis juga mendapati enjin melahu pada kelajuan lebih kurang 3,000RPM bila ia dipandu pada halaju 110km/j. Kurang pasti kenapa masih ada yang mengaitkan kelajuan ini dengan penggunaan minyak kerana enjin tiga silinder pada Perodua Kancil dahulu lebih tinggi kelajuan enjinnya tetapi penggunaan minyak masih menjimatkan. Enjin V8 5,000cc pula hanya bergerak pada 1,500RPM ketika kelajuan 110km/j dan penggunaan minyak mampu membuat seseorang itu pengsan. Penggunaan minyak Saga FLX 1.6 SE ini sebenarnya masih ditahap yang mampu diterima. Proton menjangkakan penggunaan dalam 6.5L/100km jika kelajuan malar sekitar 80km/j.



Kelajuan malar penulis mungkin lebih pada 110km/j dan penggunaan bahanapi yang diperolehi secara purata selama lima hari itu ialah dalam jangkaan 7.5L/100km. Pemanduan di jalan luar bandar (B-roads) menguji kemampuan suspensi Saga ini. Walaupun sistem suspensi belakang hanya menggunakan torsion beam, ia masih selesa dan kurang beroleng semasa menghadapi selekoh. Cuma seperti sistem torsion beam yang lain, ia akan melompat sedikit jika terlanggar bonggol ketika mangambil selekoh tajam.


Pada pendapat penulis, sistem suspensi Saga tidak sehebat Persona ataupun Neo yang menggunakan sistem suspensi yang lebih baik. Jadi, apa yang boleh kita simpulkan dengan prestasi Saga mahal ini? Ia ialah sebuah kereta Saga yang premium, dan enjin yang lebih besar menawarkan pemanduan yang lebih selesa. Sayangnya, ia sedikit bingit dan menggangu konsentrasi. Premium juga hanya kepada rekabentuk luaran dan kemasan kulit kerana dalam aspek lain, ia tetap Proton Saga.


Untuk mereka yang mahukan kelainan, atau bagi mereka yang sering berjalan jauh tetapi gemarkan sedan yang kompak dengan pemanduan yang tegap (solid), Saga premium ini mungkin menarik perhatian. Bagi penulis, mungkin Persona lebih memberi pulangan dari segi nilai.


Spesifikasi


Enjin: CamPro IAFM DOHC 16V 1,597cc


Kuasa maksimum: 108hp @ 5,750rpm


Tork maksimum: 150Nm @ 4,000rpm


Transmisi: CVT dari Punch dengan ciri SAT.


Ciri-ciri: Dua beg udara, ABS, EBD, sistem ausio Clarion dengan USB, kemasan kulit


Harga: RM RM49,899 (atas jalan termasuk insurans)


Credit: funtasticko design

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2012 06:30 AM | Show all posts
saya bakal pemilik saga flx se...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 11:03 AM | Show all posts
cantik design dia...bagus la proton da mule mengatur strategi..
aku berkenan tgk....nk beli, kete still ade 4 tahun lg.....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 11:37 AM | Show all posts
cantikknyerrrr kaler merah dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 03:55 PM | Show all posts
dashboard nmpk cam plastik murah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 04:28 PM | Show all posts
ofismate aku tolak BLM amik FLX S.E
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2012 06:28 PM | Show all posts
nampak je mcm murah, but with better materials...
six_points Post at 3-3-2012 17:17



    tp wa xberkenan ngn patern  baru ni..baik saga lama lg sempoi
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2012 03:58 PM | Show all posts
bukan dh beberapa bulan ade model ni ke?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 11:09 AM | Show all posts
waaaaaaaa..jelesnya....
tapi dah ada FL..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 12:12 PM | Show all posts
jelesnye....nak jugak...tp dh ada PE..... saga ni lagi best dari PE,rege pun ok2 jek
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 12:25 PM | Show all posts
kepada yang berminat boleh call MZ 0126877687 sales advisor Proton Mutiara Damansara...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 02:41 PM | Show all posts
x tahan fc dia mcm bawa v8 jah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:20 PM | Show all posts
cantik design...

tapi tang bunyi kuat tu yang tak syokkkk :@ :@

sama macam ku pakai kereta iswara jer la maksudnya kekekee
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:44 PM | Show all posts
Nmpk mcm menarik gak... Ada rezeki nnt mayb akan cuba utk memiliki keta nih... huhuhu... bulan2 berapa agaknya ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 09:42 PM | Show all posts
Apa beza dengan BLM 1.6 yang pernah kuar dulu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.056485 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list