CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9492|Reply: 66

[La race]..(forum perdana:perceraian ibu bapa) ahli panel: twilight

 Close [Copy link]
Post time 28-2-2012 02:49 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by hanasensei at 28-2-2012 11:08



Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia


Terleka sebentar mendengar bait-bait lagu dari kumpulan nasyid saujana. Keluarga bahagia. Jika ditanya semua ingin memiliki keluarga bahagia, tetapi berapa ramaikah yang berjaya mencapai matlamat tersebut. Tambahan lagi dengan fenomena penceraian yg semakin kerapberlaku dalam kalangan masyarakat kita.


Mengharungi kehidupan perkahwinan danmenjalankan kewajipan sebagai ibu,bapa, suami dan isteri bukan mudah untukdilaksanakan. Namun begitu, ikatan suci yang pada dasarnya bertujuan untukmembina sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni seringkali berakhir dengansatu kisah yang menyakitkan dan menyedihkan iaitu penceraian. Rumahtangga yang dibina selama bertahun-tahun akhirnya musnah juga lantaran masalah-masalah yangditimbulkan oleh pasangan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik.


Perkara halal tetapi dibenci oleh Allah adalahpenceraian. Islam sendiri tidak menggalakkan penceraian bahkan menggalakkanumatnya agar berbincang dan menyelesaikan dengan cara yang baik dan berhikmah.Jika sesuatu masalah tidak dapat lagi diperbetulkan, maka Islam mengizinkan penceraian sebagai jalan terakhir.

Seperti firman Allah dalamAl-Quran.


“Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telahberpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakanperdamaian antara keduanya, Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai.Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu danbertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (SurahAn-Nisa′: 128)


Dengan sekali lafaz cerai yang keluar dari mulut suami, maka jatuhlah talak ke atas isteri. Secarakasarnya, memang nampak mudah dan amat dikhuatiri apabila masyarakat khususnyaorang islam akan menganggap bahawa penceraian ini sesuatu yang bolehdipermainkan dan sesuatu yang enteng. Jika berlaku perselisihan faham antarasuami dan isteri, tanpa berfikir panjang bercerai adalah penyelesaiannya tanpa memikirkan natijahnya. Inilah yang berlaku. Namun ketahuilah hakikatnya bahawapenceraian ini merupakan sesuatu yang serius kerana mendatangkan implikasi-implikasi yang negatif terhadap banyak pihak.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2012 02:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by hanasensei at 28-2-2012 11:15

Punca-punca perceraian

Jika tiada angin,masakan pokok bergoyang. Penceraian yang berlaku pasti ada faktor-faktornya sama ada faktor kecil mahupun besar. Kebanyakan kes penceraian yang berlaku adalah disebabkan oleh kehadiran orang ketiga. pasanga. Ada juga sesetengah kes dimana isteri berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Apabila ini berlaku, pasangan tidak dapat menerima kehadiran orang ketiga dan lebih rela untuk menjadi janda atau duda. Penceraian juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah pasangan yang tidak dapat memenuhi kehendak seks masing-masing. Walaupun perkahwinan ini bukan hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, namun isteri atau suami akan berkelakuan dingin dengan pasangan jika terlalu mengikut perasaan. Suami pula akan mengambil keputusan untuk berkahwin lain. Situasi akan bertambah kritikal lagi apabila pasangan tersebut tidak dikurniakan anak kerana masalah batin yang dialami oleh pasangan.

Selain itu, tidak sefahaman atau tidak serasi sering menjadi faktor yang menjurus ke arah penceraian. Perselisihan kecil atau perbezaan pendapat sudah menjadi asam garam dalam kehidupan berumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Demi kesejahteraan rumah tangga,mengapa tidak dibuang sahaja yang keruh serta ambil yang jernih. Setiap pasangan pastinya ada kelemahannya masing-masing. Seelok-eloknya, ambillah masa untuk memahami pasangan masing-masing serta jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran untuk memastikan kerukunan rumah tangga sentiasa terpelihara.

Dari sudut lain pula, sifat isteri yang lebih mementingkan kerjaya berbanding keluarga turut menyumbang kepada faktor berlakunya penceraian. Sebagai seorang wanita yang bekerjaya dan dalam masa yang sama sebagai seorang isteri dan ibu, mereka seharusnya bijak dalam membahagikan komitmen dan masa untuk kerjaya dan keluarga. Sifat wanita yang tidak mengendahkan kesihatan serta kebajikan suami dan anak-anak menyebabkan mereka rasa tersisih. Masalah ini juga tidak tertumpu kepada kaum wanita sahaja, malahan ada juga kaum lelaki yang bersifat demikian. Komitmen suami yang hanya tertumpu kepada kerjaya menyebabkan hadnya masa untuk berkomunikasi dan berbincang tentang hal kekeluargaan. Isteri pula akan memberontak dan merungut sehingga tercetusnya pergaduhan.


Faktor kewangan juga turut menjadi isu dalam kes penceraian. Masalah ini berlaku tatkala berlakunya perbezaan pangkat dan jurang pendapatan antara suami dan isteri. Apabila isteri mempunyai pangkat dan pendapatan yang lebih berbanding suami, isteri akan merasakan dirinya lebih tinggi daripada suami dan menimbulkan perasaan bongkak sehinggakan isteri tidak lagi patuh dan taat dengan perintah suami. Perasaan hormat terhadap suami semakin hilang dipengaruhi oleh sifat ego. Perkara sedemikian ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan suami merupakan ketua keluarga. Isteri seharusnya membantu dan bertolak ansur dengan suami berkaitan dengan masalah kewangan bukannya dengan mendesak serta merendahkannya.


Campur tangan ibu dan bapa dalam masalah rumahtangga anak-anak juga turut menyumbang kepada pertambahan kes penceraian. Ada sesetengah ibu bapa suka menghasut anak – anak mereka untuk bercerai disebabkan mereka tidak suka kepada pasangan anak mereka atau dalam erti kata lain bukan menantu pilihan. Kes sedemikian ini sudah banyak berlaku dan anak-anak pula mudah terpengaruh dengan hasutan ibu bapa tanpa mencari jalan penyelesaian yang lebih baik. Sebagai ibu bapa, mereka tidak harus mencampuri urusan rumahtangga anak-anak sebaliknya menasihati dan mengajar anak-anak dengan perkara yang menjurus kepada kebaikan.

Implikasi penceraian

Selagi bekas pasangan suami isteri itu masih bertelingkah setiap kali mereka bertemu, selagi itulah emosi anak-anak akan terus tertekan. Keadaan rumahtangga yang huru-hara, suasana yang tidak tenteram dan ibu yang tidak dapat mengawal keadaan atau perasaannya juga akan menyebabkan emosi anak-anak terganggu.


Seseorang kanak-kanak akan berasa marah terhadap ibu bapanya kerana bercerai dan dia melepaskan perasaan marahnya itu melalui perubahan sikap yang mendadak. Dia menjadi degil, bersikap panas baran, bertumbuk dengan budak-budak lain, mencuri, ponteng sekolah, bercampur dengan kumpulan budak-budak nakal dan menghisap rokok. Dia menjadi penyedih dan tidak suka bergaul, asyik menyendiri, menangis seorang diri, tidak lena tidur malam dan kelihatan malas.Kanak-kanak mungkin berasa takut menghadapi masa depan tanpa seorang ayah. Mereka risau jika terpaksa berhenti atau bertukar sekolah, berpindah rumah, menghadapi masalah ekonomi dan sebagainya. Ini menyebabkan mereka berkelakuan tidak menentu. Kanak-kanak prasekolah mungkin tidak mahu berenggang dengan ibunya kerana takut kalau-kalau dia akan kehilangan ibunya pula. Dia juga mungkin lebih kerap kencing malam dan membuang air besar dalam seluarnya.  


Kanak-kanak remaja pula lebih sukar dikawal tanpa pengawasan  ayahnya.  Jika ibunya bekerja, ini akan memberinya lebih banyak kebebasan. Perasaan marah, kecewa dan sedih menguasai dirinya. Jika tidak diberi perhatian, dia akan cuba mencari ketenangan jiwa dengan berpoya-poya dan menghabiskan masa dikedai-kedai serta pusat-pusat membeli-belah bersama kawan-kawan yang mungkin memberikan pengaruh yang kurang sihat. Dia mungkin tidak mengendahkan pelajarannya, selalu ponteng sekolah, merokok, meyertai kumpulan budak-budak nakal dan berkemungkinan besar terdedah pada pengaruh najis dadah. Anak-anak remaja yang tidak berdaya mengatasi ketegangan jiwa ini mungkin akan lari dari rumah. Ada juga remaja yang bertindak lebih jauh daripada itu sehingga sanggup cuba membunuh diri.


Beban tanggungjawab yang terpaksa dipikul seorang diri oleh wanita yang telah diceraikan menyebabkan ramai daripada mereka yang berkahwin sekali lagi. Adakalanya, ini dapat memperbaiki keadaan tetapi adakalanya boleh juga menimbulkan masalah perhubungan di antara kanak-kanak dengan ayah tirinya.


Ironinya, janganlah menganggap bahawa penceraian sebagai jalan penyelesaian yang terbaik untuk satu konflik atau masalah yang berlaku. Konsep mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bak kata orang-orang tua, jika mahu bercerai, lihatlah wajah anak-anak kerana di mata mereka ada seribu penderitaan dan kesengsaraan jika ikatan perkahwinan itu terputus . Seboleh-bolehnya, setiap pasangan perlu banyak bersabar, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Komunikasi amat penting dalam menyelesaikan kemelut yang melanda jiwa mereka. Pasangan seharusnya meluahkan segala apa yang tidak berkenan dari hati ke hati dan tidak memendam rasa.

      Bagi kaum lelaki yang dikurniakan sembilan akal, fikirlah dan buatlah sebaik-baik keputusan demi kesejahteraan keluarga dan masa depan anak-anak. Jadikanlah perkahwinan itu sebagai langkah pertama untuk menuju gerbang kebahagiaan. Bagi mereka yang merancang untuk mendirikan rumahtangga, lengkapilah diri dengan ilmu yang mantap dan mengetahui tanggungjawab yang akan dipikul untuk membentuk keluarga yang mawaddah, sakinah dan rahmah.

Sebagai penutup, marilah kita berkongsi bersama perasaan mereka yang pernah mengalami perceraian sama ada dari pihak suami, isteri dan anak-anak.

akhirnya aku diceraikan..baru saja 4 hari yg lalu..walaupun aku x pasti apa yg aku dngar itu btul2 itu yg dimaksudkan..kerana aku cuma dngar melalui talipon..ketika itu suami aku bersama kekasih hatinya..dan saksinya adalah kekasihnya...dgn megah nya prempuan tu mengatakan aku telah diceraikan.. Haryatie

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=540807&highlight=akhirnya%2Baku%2Bdiceraikan
Saya pernah bercerai. Diceraikan masa mengandung 9 bulan. What I can say, bercerai is not easy...kalau blh diselamatkan, selamatkanlah. Unless dah tak ada jalan keluar hingga tahap rasa kalau spouse u mati lagi baik. Then lebih baik berpisah. Ablishan

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=451094&highlight=cerai
So now jadi ibu tunggal, besarkan anak 2 org tu. Maybe sya menyesal berkahwin tapi saya tak pernah menyesal berpisah... skg hidup lebih aman & bahagia. Anak2 pun faham walaupun baru usia 8 & 9 thn. Happydot

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=451094&highlight=cerai
Terima kasih juga kepada tuan punya blog atas titipan yang sangat bernashttp://nadzirah-penawarhati.blog ... ktor-dan-kesan.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 03:05 AM | Show all posts


mari beramai-ramai menghadiri forum perdana dengan tajuk PERCERAIAN IBU BAPA, punca dan kesan bertempat di BOD PP, FORUM CARI

Kehadiran dan sokongan moderator semua amat dihargai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 03:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 03:53 AM | Show all posts
thread mn yg hana guna as rujukan yer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 04:05 AM | Show all posts
Reply 5# juju_amin84


   dah edit n letak link.. so boleh mnunggu komen mod lah yer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2012 04:11 AM | Show all posts
Reply 6# hanasensei

k
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 06:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 12:00

Reply 2# hanasensei


    good source... dari sudut pandangan berbeza...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2012 07:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 28-2-2012 13:19

Good info, good point

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 08:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 12:01

selaku mod subbod kes curang, poligami dan perceraian.. isu yg dikupas sungguh realistik dan kena dgn skima jawapan PMR tahun 2007 yg lalu..

padat, bernas, cuma kena elaborate sket tang kelemahan istri memberi layanan pada somi menyebabkan somi berpaling pada yg lebih baek kih kih kih..


PS:
nampak sgt carian guna keyword "cerai" hhahahahhhaa


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 08:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 28-2-2012 13:19

kupasan yang best...padat dan menarik especially bab punca2 penceraian...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 08:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 28-2-2012 13:20

macam-macam ada..

gambar ada....lagu ada...kajian kes pun ada....

penyampaian kemas, mudah dibaca dengan pengolahan yang baik..

"AHLI PANEL"... - bab ni tak menahan, idea yang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 08:58 AM | Show all posts
sgt resourceful. bagus.
(komen in sgt plastik)

gudluck
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 09:21 AM | Show all posts
Reply  hanasensei


    good source... dari sudut pandangan berbeza...
yipun_78 Post at 28-2-2012 06:59



   tq mod yipun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 09:22 AM | Show all posts
Good info, good point
bacteria82 Post at 28-2-2012 07:59



   tq mod superior bacteria atas komen...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 09:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 28-2-2012 13:20

info yang berguna kepada semua pihak yang terlibat, sangat bermanafaat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2012 09:24 AM | Show all posts
selaku mod subbod kes curang, poligami dan perceraian.. isu yg dikupas sungguh realistik dan kena dg ...
ParinAmat Post at 28-2-2012 08:49



   saya SPM 2007..sebab tu ikut skema tahun tu.. bab isteri tu xleh bincang kat bod PP.. nanti kena pindah masuk ke bod lain plak..


zaman skrang kena google, x sempat nk mengarang

thank you yer mod atas komen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 09:25 AM | Show all posts
kupasan yang best...padat dan menarik especially bab punca2 penceraian...
adieqchomelz Post at 28-2-2012 08:54



   thankz adik sebab sudi beri komen kat akakcomel ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 09:27 AM | Show all posts
macam-macam ada..

gambar ada....lagu ada...kajian kes pun ada....

penyampaian kemas, mudah di ...
pasuoren Post at 28-2-2012 08:57



   thankz pasuoren atas komen ikhlas itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2012 09:28 AM | Show all posts
sgt resourceful. bagus.
(komen in sgt plastik)

gudluck
hitamputih Post at 28-2-2012 08:58



   haha..plastik pun ok gak.. nak wat camner dah lama x asah bakat mengarang..
apa pun thankyer mod sudi bg komen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.152505 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list